Tak sangka, tempat unik ini adalah Lepak Kapung Talang Hilir yang bertempat di Kuala Kangsar. Nampak menarik apabila pelanggan yang datang boleh merasa makan dalam tiub yang agak selesa bila ada penghawa dingin di dalamnya.
Lepak Kampung Talang Hilir, Merasa Dinner Dalam Tiub
Cubalah tengok suasana di sini, dengan lampu-lampu, cukup meriah! Okay, ini antara menu yang ada di sini. Antara yang patut cuba, Char Kuey Teow dan kerang rebus.
Ads
Apa yang menarik, korang boleh sewa private dining dalam tiub bertutup dengan RM12 sejam. Owh ya, kedai makan di sini ala-ala food court.
Ads
Ya, alang-alang sudah sampai Kuala Kangsar, boleh singgah di port makan yang unik ini.
Ada pelbagai gerai yang menjual berbagai jenis makanan seperti kerang bakar, satay, dim sum, makanan Korea, western, dan masakan panas lainnya. Ini seperti sebuah food court yang menawarkan pilihan makanan yang beragam, yang sesuai untuk pelbagai citarasa.
Jika korang nak merasa makan dalam tiub itu, disarankan menempah tiub pada hujung minggu agar tidak kecewa jika meja dan gelung sudah penuh.
Lokasi:
Lepak Kampung, Talang Hilir,
23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
Waktu operasi:
6pm – 12am (Tutup Rabu)
011-2649 7539
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain roti canai, nasi lemak dan teh tarik, ramai yang menggemari keenakan cendol. Malah ada yang sanggup pergi ke suatu tempat jika di situ menjual pemanis mulut yang sedap ini.
Lain tempat lain rasanya. Malah jika kena musim durian, cendol berisi sebiji durian inilah paling viral dalam kalangan penggemarnya.
Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang tidak perlu pergi jauh untuk merasai keenakan cendol yang disajikan bersama kacang merah, santan serta air gula Melaka, sebaliknya dicadangkan anda pergi dan rasai sendiri keenakan cendol yang berdekatan.
Walaupun ada kalanya gerai cendol ini hanya dijual di tepi jalan, namun kelazatan sajian ini buat anda tidak rugi untuk datang lagi pada hari lain.
1. Cendol Durian Piaowww
Alamat: Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Jumaat – Ahad (1pm – 6pm)
2. Cendol Durian King TTDI
Alamat:179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 5pm – 12am (Isnin-Jumaat), 12pm – 12am (Sabtu-Ahad & cuti umum)
3. Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam
Alamat: Rojak & Cendol Shah Alam, No. G2, Medan Selera Delima, Section 24, Shah Alam
Waktu Operasi: 6pm–1am (cuti Isnin)
4. Cendol Durian Borhan @ Kuala Selangor
Alamat: Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: 10am – 6pm (cuti Isnin)
5. Cendol Durian @ Kampung Baru, KL
Alamat: 47 Jalan Raja Alang Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 5pm – 2am (setiap hari)
6. Markonah Food & Co. @ Seksyen 7, Shah Alam
Alamat: Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 12pm – 10pm (setiap hari)
7. Khan Cendol @ Taman Melawati, KL
Alamat: Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11am – 7pm (setiap hari)
8. Go Lokal Hut @ Putrajaya
Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, Suria Mall, 62100 Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: 8am – 7pm (setiap hari)
9. Cendol Abang Din @ Seksyen 7 Shah Alam
Alamat: 7, Lorong Keluli 1B, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40800, Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10am – 7pm (setiap hari)
10. Cendol Durian @ Mel’s Corner, Batu Caves
Alamat: Kampung Gombak Indah, 68100, Batu Caves, Selangor
Harga: RM15
Waktu Operasi: 11am – 1am (setiap hari)
11. Wahab’s Cendol
Alamat: Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9am – 11pm (setiap hari)
12. Warisan Kak Aini
Alamat: Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11am – 7pm (setiap hari kecuali Isnin)
Jambatan-jambatan ini dibina tinggi di puncak bukit, tebing tinggi, dan antara lembah merentasi sungai atau lembah. China negara paling banyak bina jambatan tinggi lebih dari 100 meter. Daripada 100 jambatan tinggi di dunia, lebih 80 adalah milik China. Tinggi jambatan dikira dari permukaan sungai atau lembah di bawah jambatan.
Berikut 10 jambatan tertinggi di dunia.
10. Jambatan Sungai Dimuhe (360 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung berhampiran Liupanshui, Guizhou, China. Dengan dek jalan raya 360 m tinggi, iambatan ini adalah sebahagian daripada laluan Lebuhraya G56 Hangzhou-Ruili antara Liupanshui dan Bijie dan dibuka pada tahun 2016.
9. Jambatan Sungai Beipanjiang (366 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung 366 meter tinggi. Ia sebahagian laluan Lebuhraya Guanxing berhampiran Xingbei Town (Xinbeizhen),daerah Zhenfeng , Wilayah Guizhou, China. Jambatan ini sepanjang 388 meter. Ketika dibuka pada 2003, ia adalah jambatan tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran tersebut sehingga pembukaan Jambatan Pipa Hegigio Gorge pada tahun 2005.
8. Jambatan Sungai Baling (370 meter tinggi)
Merupakan jambatan gantung di daerah Guanling , wilayah Guizhou, China. Jambatan ini merentas Lembah Sungai Baling dan dibuka kepada awam pada 23 Disember 2009. Jambatan ini sebahagian daripada laluan Lebuhraya Shanghai-Kunming G60 antara Kunming dan Guiyang dan mengurangkan masa perjalanan merentasi lembah sungai dari satu jam ke empat minit sahaja. Panjang jambatan gantung ialah 1,088 m manakala mempunyai panjang keseluruhan 2,237 m.
7. Jambatan Baluarte (390 meter tinggi)
Terletak di Mexico, jambatan empat lorong seluas 20 meter lebar serta sepanjang 1,124 meter yang disokong 12 tiang, dengan dua daripadanya menjadi menara di atas tebing sungai Baluarte. Ia menghubung jurang pergunungan Sierra Madre Occidental pada ketinggian 390 meter,jauh lebih tinggi daripada Menara Eiffel dan dibuka pada 2013.
6. Jambatan Paip Hegigio Gorge (393 meter tinggi)
Dengan ketinggian 393 meter, jambatan paip tertinggi didunia. Ia adalah jenis jambatan gantung sepanjang 470 meter merentasi Sungai Hegigio. Ia digunakan untuk mengangkut minyak petroleum dari ladang minyak Mananda Tenggara di selatan tanah tinggi Papua New Guinea. Ia menjadi jambatan tertinggi di dunia pada tahun 2005 dan kekal tertinggi sehingga pembukaan Jambatan Sidu River di China pada tahun 2009.
5. Jambatan Sungai Qingshui (406 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung di Guizhou, China. Berada 406m di atas Sungai Qingshuihe, ia merupakan jambatan gantung ketiga tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu jambatan terpanjang dengan jarak 1,130 m. Dua menara setinggi 230 m dan 224 m tinggi menjadi sambungan utama menggunakan keluli untuk sokongan dan keutuhan jambatan. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya Guiweng. Ia memendekkan jarak perjalanan antara wilayah Weng’an dan Guiyang dari 160km ke 38km. Jambatan dibuka untuk trafik pada 31 Disember, 2015.
4. Jambatan Sungai Yachi (434 meter tinggi)
Ia jenis jambatan kabel di Guizhou, China. Ia juga merupakan salah satu jambatan kabel terpanjang yang terpanjang dengan jarak 800 m. Menara barat setinggi 258.2 m dan menara timur adalah 243.2 m menjadikan ia antara jambatan tertinggi di dunia. Ia melintasi Sungai Yachi antara wilayah Qianxi di Bijie dan Qingzhen di Guiyang. Jambatan ini sebahagian laluan di Guiyang ke Qianxi Expressway.
3. Jambatan Puli (485 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung berhampiran Xuanwei, Qujing, China. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 menghubungkan Liupanshui dan Xuanwei dan dibuka pada bulan Ogos 2015. Jambatan dan lebuh raya mengurangkan masa perjalanan dari Xuanwei ke sempadan Guizhou dari empat jam ke hanya sejam. Jambatan melintasi aliran kecil di seberang jurang Sungai Gexiang. Ia mempunyai ruas utama 628 meter dan panjang keseluruhan 1,040 meter. Dek jalan raya adalah 24.5 meter lebar dan kabel suspensi utama adalah 26 meter jarak setiap satu. Ia seakan sama dengan Jambatan Sidu, cuma kable berwarna merah.
2. Jambatan Sungai Sidu (496 meter tinggi)
Jambatan gantung sepanjang 1,222 m yang menyeberangi lembah Sungai Sidu berhampiran Yesanguan di wilayah Badong, Hubei, China. Ia dibuka kepada awam pada 15 November 2009. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya G50 Huyu baru yang sejajar dengan Lebuhraya Nasional China 318, laluan timur-barat antara Shanghai dan Chongqing. Ia terkenal dengan dua menara berwarna kuning.
1. Jambatan Duge (565 meter tinggi)
Ia adalah jambatan kabel di Liupanshui,China. Pada 2016, jambatan ini adalah yang tertinggi di dunia dengan dek jalan raya yang terletak lebih 565 meter di atas Sungai Beipan. Jambatan ini melintasi sungai di sempadan antara Yunnan dan wilayah Guizhou.
Jambatan ini adalah sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 antara Qujing dan Liupanshui. Menara timur berukuran 269 m menjadikannya salah satu yang tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak 1.34 km antara bandar Xuanwei di wilayah Yunnan dan daerah Shuicheng di wilayah Guizhou. Ia memendekkan perjalanan antara dua tempat dari lebih dari empat jam perjalanan ke kira-kira sejam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut Langkawi, kita pasti teruja menyebut beberapa buah hotel mewah terkenal dan sering menjadi destinasi pilihan bagi yang berkemampuan. Kebanyakan hotel dan resort ini mengadap laut dan viewnya dijamin ohsem.
Tapi bagi yang mencari kelainan dan inginkan percutian santai, damai dan tidak membingitkan serta agak privasi, Rumah Bendang boleh menjadi lokasi pilihan.
Terletak di lokasi strategik cuma 3.8KM dari Langkawi International Airport, 2 KM dari Beras Terbakar serta 10KM dari Pantai Cenang yang popular, Rumah Bendang Langkawi ini boleh menjadi port family day yang menarik kalau ke pulau pelancongan ini.
.
.
.
.
Terletak di tepi bendang, jika kena pada masanya, kita akan dapat saksikan pagi menguning disimbah mentari pagi yang sangat cantik pemandangannya.
Suasana malam di Rumah Bendang ini memang tenang, sunyi dan santai. Bunyi unggas malam diselang seli denga bunyi cengkerik dan katak akan menemani tidur malam korang. Waktu malam tak memerlukan penghawa dingin kerana atapnya diperbuat dari atap Singgora yang dibawa dari Bachok, Kelantan dan terkenal sebagai atap tanah liat, penebat haba yang baik. Waktu malam juga, kawasan kolam renangnya juga sangat cantik. Kesan pencahayaan dari lampu menjadikan kolam renangnya sangat menarik.
Jom baca review dari Azira Mustaza yang menginap di rumah ini baru-baru ini yang dikongsinya di page fb Hotel Review Malaysia.
Throwback percutian saya baru baru ini dengan rakan rakan.
Check in : 17/10/21 Check out : 20/10/21
Percutian kali ini kami plan untuk cari homestay/villa yang ada private pool. Untuk lebih selesa, lagi-lagi dengan keadaan sekarang, malah selepas agak lama tidak ‘berinteraksi’ secara fizikal di publik buat ada rasa sedikit janggal. Dan kami tanpa sengaja jumpa villa ini di Facebook. Kami book 3 minggu sebelum tarikh check in.
Urusan booking dengan En Azmir (owner) sangat mudah. Dia terangkan villa ini ada 2 rumah iaitu Rumah Opah & Rumah Wan, masing masing mempunyai kapasiti pax yang berbeza.
.
.
.
Rumah Opah – 3-5 orang (1 queen bed, 1 single) RM600 Rumah Wan – 12-15 orang (6 queen bed) RM1,200
Trip kali ini saya berlima. Jadi saya ambil Rumah Opah dan tambah 2 extra bed. Charge sangat murah, cuma RM50/bed untuk sepanjang penginapan.
.
.
Lokasi
Cuma 3.8KM sahaja dari Langkawi International Airport, 2KM dari Beras Terbakar, 10KM dari Pantai Cenang. Kami rasa sangat sesuai untuk yang datang bercuti dengan keluarga, sebab tak bercampur dengan orang. Kita rasa lagi selamat lagi lagi kalau bawa anak anak. Dalam kawasan berpagar, ada guard yang jaga tiap malam.
Bilik & Tandas
Ada dua bilik. Lengkap dengan aircond, macam aircond baru. Sejuk betul. Katil selesa. Bilik selesa. Tandas juga ada dua, siap dengan heater.
.
.
.
.
.
.
.
Ruang Tamu
Turut ada aircond, sejuk. Ada Unifi. TV ada youtube, netflix. Cukup selesa untuk kami berlima. Dari ruang tamu dah boleh nampak view swimming pool, sawah padi & gunung raya – tak berkelip mata tengok ciptaan Allah.
View
NI RASA NAK BAGI 100 BINTANG! Boleh tengok gambar gambar yang saya share. Setiap sudut villa ni ‘Instagramable’, rasa tak cukup cukup lagi gambar dekat phone gallery. Tak perlu filter pun, tu semua original.
Sunrise
Apa yang BEST dekat sini, ada rezeki akan dapat sunrise yang cantik sangat. Owner kata masa tinggal sini, at least sekali mesti dapat sunrise yang lawa (ini juga kena tengok cuaca semasa ya). Saya juga ada attached gambar sunrise, speechless. Selak langsir, depan mata je 2 hari pertama saya dapat view padi menguning, 2 hari terakhir musim membajak padi, masa ni banyak sangat burung & bangau datang ke sawah padi. Pengalaman yang baru untuk saya.
Menjelang sebelum hari kita check in, En Azmir akan bagi list tempat makan yang famous antara local atau tourist yang boleh kita try. Memang panjang listnya, samada sempat atau tidak je. Kalau nak mandi air terjun Temurun dekat saja dari sini dan ia terletak di Datai. Dalam 22 km atau perjalanan 23 minit saja. Berbaloii!!!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...