Oleh kerana sekatan perjalanan disebabkan PKP membolehkan kita hanya berpeluang keluar rumah hanya sekitar 10 kilometer saja.
Jadi bagi mereka yang nak lepas gian memandu di luar negara apa kata cuba kaedah secara virtual yang membolehkan seseorang seperti memandu di luar negara.
Boleh memilih memandu di bandar utama dalam dunia sama ada dengan menggunakan telefon atau PC.
Sambil memandu anda juga boleh memasang radio di negara tersebut dan rasai sendiri pengalaman seperti berada di luar negara.
Jadi rindu untuk travel memandu ke luar negara pastinya terlerai walaupun hanya secara virtual.
Ada orang kata, cara nak hilang stress antaranya drive kereta tanpa tujuan tapi dah PKP ni ada had 10KM pula.
Ads
Kalau anda nak try rasa drive kereta di bandar bandar utama dalam dunia ni, boleh cuba guna cara virtual ini .
1. Guna hp tapi kalau nak lagi feel boleh guna PC. 2. Klik link ini https://driveandlisten.herokuapp.com/ 3. Pilihlah mana mana kota yang anda suka, tadi saya try drive kereta di Delhi, stockholm dan Seoul. Saja imbau kenangan. Singapura pun ada, KL tiada pula
Oh ya, siap boleh pasang radio negara negara tersebut ok. Boleh dengar suasana jalanraya.
Ada ramai yang kongsikan gambar sistem pejalan kaki automatik di Melaka ketika ini.
Menerusi perkongsian daripada laman sosial Melaka Daily , ini adalah salah satu projek inovatif dan kreativiti yang mengabungkan Teknologi WPD (Wireless Pedestrian Detection) + Infrared + Traffic Light bagi mengantikan sistem 'Push Button'. Kaedah ini turut digunakan di negara maju lain.
Anda boleh melihat lintasan yang dipaternkan seakan belang kuda belang di kawasan penjalan kaki di Jalan Meredeka antara Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan yang sudah mula digunakan dan masih dalam tempoh percubaan.
Insiatif itu dilakukan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya khususnya pemandu dan penunggang motosikal supaya berhati-hati dan fokus dengan garisan lintasan berkenaan.
Diharap pengguna jalan kaki lebih peka untuk melintas jalan raya di kawasan yang selamat dan dibenarkan selepas ini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Isu Hutan Merapoh yang rakus ditebang untuk pembalakan dan pertanian skala besar makin panas diperkatakan. Kini, sejak beberapa hari tular di media sosial ribuan gambar solidariti dengan tagline#savemerapoh telah dimuat naik bukan sahaja pencinta alam semulajadi di Malaysia, malah dari luar negara.
Nurulhuda, antara aktivitis media sosial yang menggerakkan kesedaran tagline#savemerapoh sehingga tular ke luar negara seperti USA, Siberia, Indonesia, Jepun dan India. Banyak gambar dimuat naik di Facebook, instagram dan twitter beserta tagline #savemerapoh.
“Hutan Merapoh pernah menjadi lokasi TMMT (The Magnificent Merapoh Trail Run) yang juga disertai peserta luar negara seperti Jepun, USA, Taiwan dan lain-lain. Sudah tiga kali acara ini diadakan bagi mempromosi keindahan Hutan Merapoh dan sistem gua semulajadi yang ada. Namun selepas aktiviti pembukaan hutan, kami tidak tahu apakah masa depan Merapoh”, jelas Pengasas Pertubuhan Save Merapoh Cave, Mohd Laili Basir.
Sehingga sekarang, belum ada penjelasan dari pihak bertanggungjawab mengenai perkara ini. Jom sokong #savemerapoh
Hutan Merapoh Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, aktiviti pembalakan dan pengeluaran pokok hutan yang sedang dijalankan di atas tanah seluas 668.79 hektar itu telah memusnahkan biodiversiti di kawasan berkenaan termasuk Gua Hari Malaysia yang merupakan antara gua batu kapur tercantik di Malaysia.
Menurutnya, hasil siasatan Peka mendapati, kawasan hutan yang sedang dibersihkan tersebut telah diserah milik kerajaan negeri kepada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Corporation Sdn Bhd (LKPP) untuk tujuan pertanian berskala besar.
“Hutan kita dah tenat dan semakin sikit. Macam negara luar mereka pun ada balak, seperti di Kanada misalnya eksport mereka adalah kayu balak tapi tiap-tiap pokok yang dipotong akan ditanam semula tapi kita tidak, kita buat ‘cuci mangkuk’ potong habis,” katanya. Lagi berita dari Sinar Harian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi mereka yang pernah “mandi” dan memberi ikan kelah makan di Taman Negeri Royal Belum di Perak pasti mengetahui betapa seronoknya aktiviti berkenaan. Saat memberi makan, ribuan ikan kelah ini dengan rakus menangkap makanan tersebut sekaligus menimbulkan suasana “gerun” bagi mereka yang kali pertama melakukan aktiviti berkenaan. Biasanya aktiviti berkenaan hanya membenrkan kita memberi makan selain mandi manda bahkan adalah dilarang sama sekali menangkapnya. Untuk pergi ke santuari ini juga perlu menaiki bot atau mengikut trail perjalanan merentas hutan disediakan sebelum sampai ke lokasi.
Dan nampaknya berita baik bagi pelancongan di Negeri Sembilan apabila santuari ikan pertama bakal beroperasi tahun depan di Sungai Kenaboi, Jelebu kerana kejernihan airnya yang belum tercemar sekaligus menjadi destinasi pelancongan terbaru di negeri tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) komited untuk mewujudkan sebuah pusat konservasi atau santuari dan pusat penetasan ikan di Sungai Kenaboi, Jelebu yang dijadualkan beroperasi awal tahun hadapan.
Pengarah JPNS Saleh Awaludin berkata, projek membabitkan kos kira-kira RM120,000 itu bertujuan memelihara dan memulihara serta memperkaya pelbagai spesies ikan di perairan negeri daripada diancam kepupusan khususnya yang jarang dijumpai termasuk kelah.
Beliau berkata, projek itu kini dalam peringkat pembinaan infrastruktur dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Orang Asli negeri serta beberapa agensi lain.
"Tujuan utama adalah untuk memperkaya semula sungai kita dengan spesies ikan tempatan dan pada peringkat awal ini, kita pilih Sungai Kenaboi kerana sumber airnya yang bersih serta tidak tercemar.
"Lokasi itu juga kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan berdasarkan rekod, Sungai Kenaboi dahulu terdapat banyak kelah, tetapi sekarang makin sukar ditemui susulan kegiatan manusia berburu secara haram," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan baka ikan untuk dibiakkan di santuari itu dibekalkan oleh jabatan perikanan negeri dan Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (FRI Glami Lemi) di Jelebu.
Saleh berkata, santuari itu juga berperanan memastikan kawasan hutan terpelihara selain spesis ikan asal yang mendiami kawasan berkenaan kekal menghuni dan jika ia berjaya, projek sama akan dilakukan di sungai lain di negeri itu.
Beliau berkata, santuari ikan itu turut berpandukan konsep Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor dan Taman Negeri Royal Belum di Perak yang dilihat berjaya memastikan spesies ikan dipulihara dan kekal pada habitatnya.
Katanya, kewujudan santuari dan pusat penetasan ikan itu juga mampu menjadi tarikan baharu untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan luar negeri sekali gus mempertingkatkan sektor ekopelancongan dan ekonomi setempat.
Sementara itu, Saleh berkata, usaha memulihara populasi ikan khususnya spesies terancam dan jarang ditemui juga memerlukan kerjasama masyarakat Orang Asli berikutan mereka adalah kelompok masyarakat yang paling hampir dengan sungai berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan alatan renjatan elektrik, menuba dan bom yang boleh menyebabkan kepupusan sumber ikan selain tidak menceroboh kawasan yang digazetkan sebagai hutan yang dilindungi. Sumber : Harian Metro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...