Bukan senang untuk melihat bandar-bandar yang penuh berwarna-warni. Tapi situasi ini tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa bandar yang kami paparkan. Kami percaya, kunjungan ke bandar ini membantu menceriakan hari anda!
Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Willemstad, Curacao
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
La Boca, Argentina
Ads
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
Longyearbyen, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
Ads
Nyhavn, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan. Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Ads
Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilili air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi. Banyak resort-resort dibina berdekatan dengan alam semulajadi yang memberikan pemandangan indah dan cukup mendamaikan.
Antara resort yang boleh dilawati tentunya Seri Ternas Resort yang terletak di Tasik Beris, Sik , Kedah.
Perkongsian dari Qamarina Azizan mengenai suasana damai di sini cukup mengasyikan berlatar belakangkan matahari terbenam yang sangat indah. Lepas habis PKP ni bolehlah singgah di sini.
Baca perkongsiannya :
Subhanallah! Allahuakhbar! Dua hari satu malam terkesima juga dengan ciptaan Allah di sini. Last view dari chalet kami.
Ni camping ala kami la. Lepak dalam khemah sembang, makan dan tidur dalam chalet. Cuaca pun hujan. Bukan renyai-renyai tapi hujan jenis lebat. Betul-betul lebat.
Ini pengalaman, bukan untuk kami sahaja tapi untuk soleh. Next time nak ajak Sofia, Aaisyah, Ayyash & Yusuf pengalaman macam ni.
Alhamdulillah Soleh lepas pengalaman ni. Pengalaman jumpa katak, pengalaman rasa serangga kecik hurung lampu. Pasang khemah dalam hujan renyai. Untuk kid experience ni tempat terbaik.
Nak juga try memancing tapi macam seriau ja sebab tak berani nak buka mata kail.Tapi tengok orang memancing pun best dah.
Nak cari ketenangan ciptaan Allah. Nie antara tempat dia.
Info resort : Seri Ternas Resort Tasik Beris Sik Contact person : En Din 0173021730 .. memang friendly Location : Google Map ada Family friendly Jangan risau gangguan binatang buas + makhluk pelik alhamdulillah takde Ada Campsite ada chalet Tempat agak privacy Ada pool untuk kanak² dan dewasa Tempat makan : kena keluar sikit dari resort, mostly yang datang sini bawa barang basah kering masak² sebab ada chalet yang siap sedia dapur, bbq dan ada bahagian yang boleh masak Nak pacak khemah ada sewa khas + plug point ada (kena deal dengan owner resort) Nak memancing boleh bila² masa and free of charge Aktiviti lain : kayak ada, tour boat pusing tasik, kalau nak bawa jet ski sendiri boleh deal dengan owner juga rasanya takde masalah For us.. tempat ni boleh repeat
Sumber : Qamarina Azizan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Walau pun Malaysia beriklim khatulistiwa, negara kita masih boleh memiliki pelbagai suasana yang menarik selepas atau sebelum musim tertentu.
Dikatakan disekitar negeri jelapang padi terutama di sekitar Alor Setar, Kedah ketika ini mengalami ‘musim bunga’ atau fenomena bunga tekoma. Kelihatan beberapa jenis pokok mengeluarkan bunga yang cantik umpama bunga sakura sudah tiba musimnya. Bunga tekoma ini mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih sejak awal minggu ini.
Biarpun negeri di utara tersebut dilanda cuaca panas, keadaan ‘musim sakura’ itu memberi sedikit kedamaian dan sejuk mata memandang sebaik melihat deretan bunga tersebut di sepanjang jalan.
Jika anda berada di sekitar lokasi itu jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar yang indah ya. Untuk anda yang bercadang datang bersiar-siar melihat fenomena bunga ‘sakura’ ini, pastikan menjaga kebersihan lokasi tersebut ya. Sayang la, jika tempat dah cantik, tapi sampah pula menggunung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi.
Tidak kurang istimewanya seperti negeri lain, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik dan lokasi best untuk menjamu selera. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Teringin menjamu selera sambil bersanta di tepi pantai? Ini lokasi yang dicadangkan:
Perkongsian daripada sumber FB Kelantan, lokasi makan paling cantik sambil ambil angin pantai sepoi-sepoi bahasa terletak di Pantai Kemayang, Bachok Kelantan.
Selamat datang ke Restoran Ombak Rindu Kemayang. Destinasi ini terletak di persisiran pantai dan mempunyai view yang sangat cantik. Kawasan sekitar restoran ini juga sangat bersih dan selesa untuk pengunjung datang menjamu selera bersama keluarga dan kenalan.
Antara pilihan sajian lazat untuk dinikmati seperti keenakan masakan panas, masakan barat, dan semestinya hidang udang, sotong dan ikan celup tepung resepi istimewa.
Di buka setiap hari dari jam 3 petang hingga 10 malam. Paling istimewa pada setiap hari Jumaat, ada persembahan ‘buskers’ akan dipertontonkan kepada pengunjung sambil menjamu selera.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...