Hati tenang tatkala berada di puncak bukit yang tinggi untuk melihat alam yang terbentang luas. Di utara semenanjung Malaysia terdapat beberapa lokasi menarik untuk meninjau panorama indah dari aras ketinggian tinggi.
Tidak perlu ada stamina yang baik atau menjadi seorang pendaki hebat untuk sampai ke puncak tinggi semata-mata untuk melihat ‘view’ indah. Sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak, warga emas atau golongan kurang upaya berpeluang untuk berada di atas bukit atau gunung yang tinggi. Jika anda berada di nun utara semenanjung Malaysia, ambil peluang berlibur di Bukit Larut, Taiping Perak; Gunung Jerai, Yan Kedah; dan Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Jom la singgah!
BUKIT LARUT, TAIPING
Anda tidak harus melepaskan peluang untuk menghirup udara segar yang masih belum tercemar di Bukit Larut atau dikenali juga dengan nama Maxwell Hill yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Taiping. Ambil peluang untuk bersiar-siar sambil melihat pemandangan indah bandar Taiping hingga ke laut Selat Melaka dari ketinggian 1250 meter dari paras laut.
Pemandangan di waktu malam dari atas Bukit Larut tidak sama dengan pemandangan di waktu siang. Pada waktu malam cahaya lampu rumah, kilang, jalan raya dan kedai menerangi bandar Taiping. Jika di waktu siang suhunya di antara 15 hingga 25 darjah celsius berbeza pula di waktu malam, kedinginan semakin terasa dan suhunya boleh mencecah sehingga 10 darjah celsius ditambah pula dengan fenomena hujan bukit yang hampir setiap hari berlaku.
Info
Ads
Jarak perjalanan antara kaki bukit hingga ke puncak Bukit Larut adalah 13 kilometer dan mengambil masa 30 minit dengan kenderaan pacuan empat roda. Anda berpeluang merasai sendiri bagaimana perasaan menaiki kenderaan pacuan empat roda klasik itu melepasi 72 selekoh tajam, memang mendebarkan tetapi tidak perlu risau kerana kesemua pemandunya memang hebat dengan pengalaman memandu.
GUNUNG JERAI, KEDAH
Dahulu Pulau Serai nama asal Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah. Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu produk pelancongan di negeri jelapang padi itu. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh 14 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Jika tidak berkemampuan, anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak itu boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Gunung ini memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Ads
Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Mitos
Keagungan sejarah Gunung Jerai dikaitkan dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung dan legenda batu kapal kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa.
BUKIT BENDERA, PULAU PINANG
Ads
Satu lagi destinasi percutian yang mempunyai panorama menarik terdapat di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar.
Selain menaiki keretapi kabel untuk tiba di puncak terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk anda sampai ke sini. Antaranya dengan menaiki kereta atau pun kenderaan pacuan empat roda. Selain itu anda juga boleh memilih mendaki ke puncak jika ingin merasai kelainan.
Tips Ingin Mendaki
Untuk mendaki Bukit Bendera biasanya mengambil masa lebih kurang dua hingga ke tiga jam sahaja. Terdapat banyak trek yang boleh dilalui, antaranya laluan ‘Moon Gate’, laluan dari taman Belia Perbandaran, laluan dari dalam Taman Botanical, dan dari sebelah Air Itam. Paling menarik terdapat satu laluan terpanjang dikenali sebagai ‘Laksamana Trail’ untuk sampai ke puncak bermula dari Teluk Bahang.
Best kan? Apa lagi jom rancang percutian anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berita baik untuk semua ekor Harimau Malaya terutamanya Ultras Malaya!
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sediakan EMPAT penerbangan khas ke Hanoi Sabtu ini untuk penyokong-susah-mati Harimau Malaya sempena aksi final kedua piala AFF Suzuki 2018.
Tweet Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia menyediakan empat penerbangan tambahan dengan harga RM499 pergi-balik untuk ekor Harimau Malaya.
Ultra tony here. 4 extra flights at RM 449 return out on for ultra malaysia fans to go to hanoi. Thank you to my staff who worked so hard to get slots . Also thanks to the crew operating as they give up their holiday to so these flights. Go malaysia.
Semalam (11/12/18), team Harimau Malaya seri 2-2 dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dua jaringan hebat Harimau Malaya dihasilkan oleh Shahrul Saad pada minit ke-36 dan Safawi Rasid pada minit ke-60 manakala gawang gol kita dibolosi oleh Nguyen Huy Hung seawal mini ke-22 dan Pham Duc Huy pada minit ke-25.
Tapi tak apa.. Walaupun seri, kita boleh bangkit semula macam kita buat pada Thailand baru-baru ni! Ayuh semua ekor Harimau Malaya. Mari kita gegarkan Stadium My Dinh, Hanoi! Sokongan buat pasukan negara!
Sumber: Astro Awani Gambar: Sporting News
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perdana Menteri berkata, beliau sedar rakyat di negara ini mungkin merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:
Pertama – Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac.
Kedua – Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.
Ketiga – Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Keempat – Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
Kelima – Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
Keenam – Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Kalau melancong ke Krabi, memang rugi kalau tak singgah ke beberapa pantai yang airnya biru dan jernih di sebalik gua yang ada.
Malah healing ke pantai-pantai di Krabi sudah menjadi bucket list yang wajib buat. Cuma, pantai-pantai di sana sedikit sesak kerana ramai pelancong dari serata dunia datang berkunjung.
Tetapi jangan risau, sebab kat sana ada banyak pantai-pantai tercantik yang boleh disinggah. Ini antara yang menarik dan cantik pemandangannya.
1. Hong Island
Dalam bahasa Thai, hong bermaksud ruang dan pulau ini diberikan nama Hong Island disebabkan ruang lagun yang terletak di tengah-tengah.
Difahamkan, kadang-kadang air laut akan berubah daripada hijau kepada turqoise kembali hijau.
Bukan itu sahaja, di Hong Island juga ada hutan hujan tropika yang lebih memberikan sentuhan ala-ala semula jadi.
2. Ao Nang
Siapa je yang tak kenal dengan pantai Ao Nang? Mana tidaknya, Ao Nang ni adalah lokasi paling popular di Krabi.
Untuk pengetahuan korang, pantai di sini sangat terkenal kerana air lautnya yang suam dan pasir yang lembut.
Kalau waktu cuti sekolah, pantai Ao Nang memang akan sesak dengan ramai pelancong dari serata dunia.
Jangan risau, kalau korang lapar terdapat kedai-kedai makan yang berdekatan dengan lokasi pantai ini.
3. Phra Nang, Railay
Pantai Phra Nang sebenarnya sangat dekat dengan pantai Ao Nang, tetapi kalau nak pergi perlu naik bot sebab pantai ini dikelilingi batu-batu bukit yang tajam.
Menariknya, pantai Phra Nang sangat cantik kerana air lautnya warna turqoise dengan bersebelahan dengan gua.
4. Nopparat Thara
Penduduk tempatan Thai sangat gemar dengan pantai Nopparat Thara kerana boleh berkelah di sini, walaupun permandangannya tidaklah secantik macam di Phra Nang atau di Hong Island.
Salah satu sebab utama kenapa orang tempatan suka ke sini adalah suasananya yang nyaman dan sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.
5. Maya Bay, Koh Phi Phi
Siapa je yang tak kenal dengan pantai Maya Bay ni, ia pernah menjadi tempat shooting filem The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio.
Disebabkan pantai ini merupakan antara destinasi ‘hotspot’ pelancong jadi korang dinasihatkan datang pada waktu pagi.
Ha baru lah korang berpeluang menikmati Maya Bay dengan tenang.
Sebelum ini kami ada kongsikan, beberapa makanan viral di 7-Eleven Thailand yang wajib korang cuba jika bercuti di sana.
Kredit: Deenamik.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...