Nampaknya hasrat untuk mengunjungi Pulau Tioman dan Genting Highland terpaksa dilupaka memandangkan kerajaan negeri Pahang telah menangguhkan dulu kemasukan ke pusat pelancongan ini.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim.
Beliau berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.
Sehubungan itu, katanya hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.
“Bagi pelancong luar yang sudah membuat tempahan kami minta mereka hubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut, sama ada tangguh atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SOP Pulau Tioman di pintu masuk utama Terminal Feri Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok), di sini hari ini.
Ads
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan selepas Pulau Langkawi, Kedah, tiga lagi destinasi akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik iaitu Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka.
Mengenai pelaksanaan SOP di Pulau Tioman, Kamaruddin berkata antara SOP yang dikenakan ialah pengunjung mesti lengkap dua dos vaksin dan mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19 masing-masing sebelum menaiki feri.
Beliau berkata sekiranya pengunjung membuat saringan kendiri mereka boleh membeli kit ujian kendiri di jeti atau di tempat lain, namun ujian mesti dilakukan di terminal jeti.
“Bagi individu yang melakukan ujian di klinik, mereka perlu membawa surat keputusan ujian untuk diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.
Ads
“Dengan melakukan ujian saringan, ia turut memberi keyakinan kepada pengusaha pelancongan menerima pengunjung di lokasi mereka,” katanya.
Dalam pada itu, selaras dengan peralihan Pahang ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), beliau mengharapkan penduduk negeri ini kembali membantu merancakkan sektor pelancongan yang terjejas sekian lama akibat Covid-19.
Ads
“Selepas beralih ke Fasa Tiga, banyak aktiviti dilonggarkan malah rentas daerah juga dibenarkan dan saya berharap lebih ramai yang berkunjung ke lokasi menarik di negeri ini seperti Janda Baik, Taman Negeri Rompin dan sebagainya,” katanya.
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Foto: www.myballoonfiesta.com
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Foto: www.myballoonfiesta.com
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Bila sebut jambatan kaca kita pasti tidak dapat melupakan video-video lucu gelagat pengunjung yang kali pertama menaiki jambatan kaca. Mampu tembus pandang ke bawah berlatar belakangkan gaung, ia pasti menggerunkan bagi yang gayat.
Namun semalam dilaporkan, sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.
Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.
Dalam kejadian di Gunung Piyan di kota Longjing itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan setinggi 100 meter tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 kilometer sejam, lapor The Straits Times.
Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.
Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.
"Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu," tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.
"Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?" tanya netizen lain.
Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.
Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016. Sumber : Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perak menjadi salah satu destinasi pilihan terbaik untuk bercuti. Selain masa perjalanan yang tidak lama, Perak juga antara negeri yang banyak kesan tingalan sejarah, misalnya Kelly Castle.
Selain itu Pulau Pangkor juga menyediakan aktiviti menarik bagi mereka yang ingin menghabiskan masa bercuti di pulau peranginan.
Dan bagi mereka yang sukakan bagunan bersejarah pula boleh ke bandaraya Ipoh, kerana di sana terdapat Menara Jam Memorial JWW Birch yang besar yang sangat menarik dan punya sejarah tersendiri.
Selain itu rupanya, Perak juga kini mempunyai beberapa menarik bagi mereka yang gemar berOOTD.
Tempat ini dikatakan sama seperti di Pulau Jerejak, tetapi tak perlu sampai sana untuk mendapatkan pemandangan sama.
Anda kini boleh ke Marina Island, Lumut Perak untuk berOOTD.
Menampilkan beberapa port cantik seperti tangga putih serta pintu warna-warni pastinya memberikan angle yang cantik untuk merakamkan gambar kenangan.
Apa pun kita tunggu kes Covid-19 reda barulah bebas untuk ke mana-mana.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...