Rumah tradisional melayu masih menjadi ‘trend’ dan pilihan ramai untuk mendiaminya meskipun kelihatan ‘kekampungan’. Ada yang sanggup melabur ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki bahagian rumah ala rumah ‘lama’. Ketika cuaca panas, percayalah individu yang menetap di dalam rumah tradisional ini akan berasa sejuk dan redup sahaja. Itu adalah kelebihan yang dimiliki rumah jenis tradisional ini.
Rumah tradisional melayu merupakan antara senibina terawal yang didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara. Sehingga kini jejak rumah-rumah tradisional ini masih dapat dilihat secara fizikal ataupun yang telah menjadi sebahagian artifak sejarah. Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia mewakili setiap pecahan etnik melayu yang terdapat di gugusan kepulauan ini.
Bangga atau tidak jika dikatakan rumah tradisional melayu telah dinobatkan antara rumah yang mempunyai seni bina terbaik di dunia? Seorang pengguna Facebook telah kongsikan entrinya mengenai betapa genius orang melayu dahulu membina rumah!
Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya pun cakap Rumah Melayu dinobatkan antara architecture terbaik di dunia. Wow kan? Jadi, disebabkan saya sangat suka dengan Rumah Melayu, izikan saya berkongsi sedikit ilmu. Kalau ada yang kurang, mohon tambah ya.
LALUAN ANGIN
Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.
Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.
Kenapa?
Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.
PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN
Ni pandangan dari sisi rumah. Laluan masuk bagi orang perempuan. Rumah dah kembali sepi selepas raya.
Ads
Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.
Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.
Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.
Ini contoh Rumah Limas, rumah pusaka Mak saya di Melaka. Kalau nampak ada tanduk di bumbung, itu namanya tunjuk langit. Laluan masuk ke anjung bagi kaum lelaki ketika kenduri. Kalau tetamu datang, masuk ikut sini.
Dari bahagian tepi rumah.
RUMAH TINGGI
Ads
Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.
Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.
Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir. Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.
Dua tingkap sebelah kanan, itu laluan ke rumah ibu (biasanya kawasan famili lepak, santai-santai). Kalau bising-bising, tak adalah ganggu tetamu di anjung.
Laluan antara anjung ke rumah ibu, sebelah kanan adalah bilik (tak masuk gambar).
Anjung rumah nenek saya ni memanjang.
Ads
Anjung rumah nenek saya ni memanjang.
Nampak tangga sebelah kanan? Itu laluan dari anjung tadi. Inilah ruang rumah ibu. Nampak tiang tu? Itu namanya tiang seri.
Cara selak pintu rumah lama. Dulu tak ada grill.
KIBLAT LURUS
Nampak? Kiblatnya lurus.
Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.
Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.
Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.
Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun. Manalah tahu kan.
Bagi anda yang gemarkan aktiviti pantai dan inginkan kelainan di destinasi tersebut, anda boleh memilih ke Phu Quoc. Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan alam semulajadi yang indah.
Jika bercadang ke sini, ini ada perkongsian menarik daripada saudara Taqiyuddin Ariffin yang berpeluang bercuti bersama keluarga tercinta ke Phu Quoc, Vietnam
Nak share pengalaman bercuti bersama famili kecil kami 4 beranak di Phu Quoc, Vietnam. Bunyi agak asing kan bagi korang tapi kalau mencari kelainan untuk bercuti dan maybe dah bosan dengan Bali atau Phuket, maka PQ adalah jawapan terbaik dengan bajet yang sederhana.
Kalau sebut Vietnam, rasanya orang Malaysia lebih sinonim dengan travel ke Ho Chi Minh City untuk berjalan sambil bershopping atau pun ke Hanoi but trust me PQ is worth to explorer. Air Asia sebenarnya baru je memulakan penerbangan ke pulau ini sejak dari Nov 2018.
PHU QUOC
Merupakan Pulau Terbesar di Vietnam dengan pemandangan yang sangat indah.
Terletak di selatan Vietnam, di kawsan bersempadanan dengan Cambodia.
Salah satu ‘permata’ tersembunyi Asean yang baru diperkenalkan kepada dunia.
Walau tidak seramai Bali, Phu Quoc Island yang memiliki luas sekitar 573km2 memiliki ciri khas dan kecantikan tersendiri untuk para Beach Lover.
Waktu dan cuaca terbaik adalah dari bulan Nov – March, July – September adalah musim tengkujuh ya.
Flight Tix
Return tix aritu total RM1300 untuk 1 family (4 orang) termasuk meals & luggage.Beli pun beberapa bulan sebelum nak terbang.
Penerbangan Air Asia memakan masa 1jam 45 jam dan kalau check time untuk ke sana adalah sekali sehari pada jam 12.50-13.35pm
Dan penerbangan pulang pada jam 14.05- 16.45pm
Masa diorang adalah lewat sejam
Currency VND 1juta = RM182
Rata-rata tidak fasih berbahasa English so better download apps Google Translate kalau tak mau komunikasi macam ayam dan itik nanti.Hanya staff di hotel je yang kebanyakannya boleh speaking.
Penginapan/Hotel
Datang sini nak menikmati keindahan pantai jadi saya cadangkan menginap di resort tepi pantai terutamanya di Long Beach.
Lokasi cadangan adalah di kawasan Duong Dong, banyak resort yang murah tetapi cantik dan menarik di kawasan ni boleh dapat bawah RM 150/malam.
Di bahagian selatan pula didominasi penginapan mewah seperti Intercontinental, Novotel, Best Western, JW Marriot & banyak lagi.
Trylah godek-godek semua apps yang ade especially Trivago, Agoda & Booking.com untuk dapatkan harga terbaik.
Usha-usha sket peta pulau ni agar dapat jimatkan masa/wang korang sebab tempat2 attractionnya agak jauh dan boleh membantu korang buat itinerary.
Kami memilih hotel sederhana di Duang Dong memandangkan kat situ merupakan bandar dan dekat dengan kedai serbaneka serta restoran. Hanya VND 20k sahaja dengan taxi ke Night Market.
Hari terakhir kami menginap di Sunset Sanato dimana terdapat beberapa icon utk PQ.
Transportation
Nak senang cari je hotel yang provide airport transfer. Sampai sana dah ade yang menunggu untuk pickup.
Grab/Uber takde
Taxi menggunakan meter tapi mengikut penduduk setempat Cheap Taxi (kaler kuning) dan biru agak murah nak dibandingkan dengan yang lain-lain.
Nak lagi puas hati terus tanya je berapa rega untuk ke destinasi. Silalah tawar menawar sampai jadi.
Driver taxi kat sini kebanyakan suka tunggu xpun akan datang pickup kita balik bila dah habis aktiviti di sesuatu tempat tu maka jangan bayar dulu. Bayar bila dah selamat sampai ke hotel.
Tak digalakkan menggunakan taxi dari pihak hotel. Rega agak mahal sedikit tapi kalau dah takde choice.. bolehlah kot.
Makanan Halal
Nak cari restoran menyajikan makanan halal agak sukar di sini. Cuma ade dua iaitu
Naan Kabab & Spice of India
Kami berkesempatan untuk try nasi arab & Naan tapi kurang kena dengan tekak kami. Kat sini harga makanan bagi sepinggan nasi arab agak mahal. Ade wifi & boleh bayar bil menggunakan credit card
Bawa bekalan makanan sendiri adalah yang paling selamat dan jimat.
Breakfast di hotel pun makan yang berasaskan seafood & buahan saje
Attraction places
Vinpearl Safari
Vinpearl Land Them Park
Hon Thom Cable Car
Dari An Thoi-Hon Dua-Hon Roi-Hon Thom
Pantai & Sunset
Night Market open 6pm daily.
Nak lagi senang untuk fee masuk korang leh beli siap2 kat Klook. Download je apps ni dari app store/google play dan gunakan Refferal Code – LMBPC untuk dapatkan cash back RM15. Best apps klook ni! Memudahkan dan jimat pulak tu. Kaki travel mesti kena ada ni.
Tak sempat buat Island Hoping, melawat Coconut Prison, waterfalls, Sao Beach, Pepper Farm, Ham Ninh fishing village, Ho Quoc Pagoda dan banyak lagi weh. www.visitphuquoc.info for moree ye.
Alam yang indah, penduduk yang ramah, dan seafood -nya yang menggoda, rasanya Phu Quoc sangat layak dikunjungi. Nak usha gambar-gambar dan video bleh check more in my instastory IG mrtakky ya. Akhir kata, check2 la AirAsia tu mana tahu ade promo tix murah dan boleh start plan untuk ke PQ!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali nak berdamai dengan alam, boleh hala ke Kuak Hill Resort, Lenggong, Perak. Lokasi percutian ini berdekatan dengan Gerik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding.
Kuak Hill Resort sesuai untuk anda yang ingin bercuti dalam suasana ketenangan dan di kelilingi alam semula jadi. Anda dapat melihat keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak.
Kuak Hill Resort Di Lenggong, Tempat Berdamai Dengan Alam Semula Jadi
Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ameera, dia memilih Kuak Hill Resort, Lenggong kerana lokasinya yang dekat tetapi menyeronokkan.
“Nah inilah tempatnya, sangat tenang, sejuk dan mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota, terletak di atas bukit perkampungan Melayu di Lenggong. Alhamdullillah dapat juga menikmati keindahan di atas sini, sebab sebelum ini hanya tengok sahaja,” kata Ameera.
Bagi anda yang inginkan percutian yang tenang, tiada gangguan, lokasi ini menjanjikan kepuasan buat anda dan keluarga. Hanya bunyi kicauan burung dan bunyi alunan air bukit yang mengalir kedengaran. Bilik perlu ditempah lebih awal kerana tempat ini sentiasa sahaja penuh.
Ini catatan pengalaman Ameera sepanjang bercuti di Kuak Hill Resort, Lenggong.
1. Dari perkarangan tempat letak kereta, kita perlu naik ke atas. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Kereta perlu diletakkan di bawah memandangkan lokasi agak tinggi.
2.Apabila sudah sampai ke atas, kita akan disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah yang tidak terkata cantiknya.
3.Tersedia juga kafe di sini. Hati-hati ketika berjalan kerana laluan utama untuk naik dan turun agak curam. Tidak terasa penat berjalan bila melihat suasana hijau dan menyegarkan.
4. Ada zoo kecil juga di sini. Anak-anak pasti suka. Bagi ibu bapa pula jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini kerana banyak tempat menarik untuk merakamkan kenangan percutian.
5.Tersedia juga kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan bergerak ke sana sini.
6. Buat penggemar kopi, boleh minum kopi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
7. Wajib bila ke mana-mana bawa pulang cenderamata. Di sini juga ada disediakan pelbagai pilihan cenderamata yang terletak berhampiran meja pendaftaran.
8. Bilik untuk keluarga pun besar dan selesa.
9. Boleh mandi-manda di kolam mandi yang turut tersedia di sini. Air dari kolam mandi datangnya dari air bukit. Sejuknya sampai ketulang.
10. Di luar bilik boleh lepak santai sambil minum kopi cicah biskut.
11. Pada waktu malam pula boleh buat barbeku bersama keluarga.
Lokasi percutian ini bukan sahaja sesuai untuk keluarga tetapi juga untuk pasangan yang sedang berbulan madu.
Pada waktu pagi pula, cuaca sejuk dan kabus tebal. Pasti rasa malas meninggalkan tempat tidur.
Sebut sahaja Ho Chi Minh, Vietnam, ramai daripada golongan wanita yang sangat teruja untuk ke sini. Mana tidaknya, destinasi ini mendapat jolokan lokasi membeli-belah yang menyeronokkan kerana harga yang ditawarkan sangat murah serta menjimatkan.
Lupakan sebentar destinasi menarik lain yang ada di Vietnam seperti lokasi bersejarah atau tempat yang menyajikan permandangan yang indah. Fokus utama adalah lokasi membeli-belah yang boleh buat pengunjung naik gila dan rambang mata.
Jika merancang bercuti ke Ho Chi Minh bandar raya ini yang dulunya dikenali sebagai Saigon untuk membeli-belah, komunikasi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga boleh berbahasa Melayu. Terutama di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia seperti Saigon Square, Night Square, Ben Tay, Dong Koi Street dan Pasar Ben Tahn. Jom terjah lokasi wajib untuk membeli-belah dI Ho Chi Minh.
Ben Thant Market
Pasar ini sangat popular menjadi destinasi yang wajib singgah untuk membeli-belah kerana ada pelbagai barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah. Antaranya seperti kain ela, kasut, beg, dan cenderamata. Selalunya, kaum wanita memang rambang mata di sini dan boleh jadi sehari suntuk mereka menghabiskan masa mencari barang atau buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.
Selain itu, bagi anda yang berminat untuk menempah baju atau kasut mengikut stail dan ‘design’ sendiri, tempahan diterima dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh disiapkan hanya dalam masa satu hari! Menarik bukan?
Di Cho Binh Tay Market turut menjual produk berupa kain ela, tudung dan telekung tetapi tidak sebanyak pilihan yang ada di Ben Thant Market. Namun dikatakan harganya lebih murah berbanding di Ben Thant Market.
Peniaga di sini juga mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan memudahkan pengunjung kita untuk tawar-menawar dengan jayanya.
Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street
Nguyen An Nonh Street atau dikenali sebagai Malaysian Street ini pula ala- ala seperti Jalan TAR dan terdapat pelbagai barangan Malaysia yang dijual di sini.
Telekung, baju, tudung dan jubah adalah barangan biasa dijual di sini. D sini turut menyediakan restoran makanan Malaysia yang halal. Oleh itu, anda tidak perlu risau kelaparan sepanjang berada di Vietnam.
Butik Hong Anh
Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, kebaya, dan jubah yang khusus buat wanita. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan lokasi membeli-belah lain di Ho Chi Minh kerana kualiti kainnya lebih menarik dan eksklusif.
Mac Viet
Jika anda peminat kraftangan atau ingin mencari cenderamata buat keluarga dan sahabat handai di Malaysia, Mac Viet adalah tempat yang harus dituju. Di sini, terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan kreatif boleh didapati dengan harga yng murah. Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga, anda boleh menempah kad kahwin di sini kerana seni rekanya begitu unik dan kreatif.
Walaupun nilai yang dipamirkan masih di bawah harga yang rendah dan murah, anda anda masih lagi boleh tawar-menawar ketika membeli barang.Pastikan anda tawar-menawar 50 peratus daripada harga yang diletakkan.
Begitupun, jika tidak serius hendak membeli, usah cuba tawar-menawar kerana peniaga di pasar ini mungkin bertindak kasar atau memarahi anda.
Jangan sesekali beritahu anda baru pertama kali di negara itu. Jika tidak harga yang anda tawar-menawar susah untuk dimiliki. Katakan anda sudah biasa berbelanja di kawasan itu.
Sentiasa semak matawang yang anda gunakan di sana. Contoh seperti baki wang yang diterima atau jenis wang yang akan diberi kepada perniaga. Untuk newbiesanda mungkin keliru dengan jumlah wang kertas yang banyak dan tebal di dalam dompet setelah ditukar ke matawang negara Vietnam iaitu Dong (VND).
Menggunakan kalkulator sebagai alat komunikasi utamawalaupun peniaga di situ mahir berbahasa Malaysia. Caranya mudah, pilih barang yang anda minat kemudian nyatakan harga pada kalkulator. Sekiranya peniaga berkenaan enggan, tinggalkan gerai berkenaan dan dia pasti mengejar seterusnya bersetuju dengan harga yang ditawar.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...