Setiap dari kita pastinya mempunyai pengalaman menaiki bas. Tidak kisahlah bas mini atau bas panjang.
Namun siapa sangka daripada bas inilah tercetus untuk menjadikannya sebuah penginapan yang cantik dan menarik.
Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, pastinya tahu kewujudkan sebuah bas panjang milik pihak Universiti Malaya (UM) yang kini dipanggil Rumah No.2 Universiti Malaya.
Asalnya sebuah bas panjang.Dilengkap dapur mini.
Istimewanya Rumah No. 2 ini telah diubah suai sepenuhnya menjadi penginapan yang sangat cantik, selesa dan menarik.
Berlokasi berhampiran Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM Rumah No.2 ini dilengkapi dengan katil, penyaman udara, ruang tamu dan dapur kecil dan boleh ditempah melalui perkhidmatan Airbnb.
Ruang santai.Mempunyai sebuah bilik tidur.
Idea tercetus untuk menjadikannya sebagai bilik penginapan apabila Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof Faisal Rafiq Mahamd Adikan ternampak bas yang antik ini ketika sedang melawat rumah berkenaan pada tahun 2016.
Beliau bertanya tentang kegunaan bas tersebut dan seterusnya memberi idea agar bas berkenaan dapat diubah suai.
Ads
Pintu masuk.Dari depan.
Menurut seorang pelajar Sarjana Sains, Siti Norasiah Abd Kadir memberitahu universiti pada asalnya mahu melupuskan sahaja bas berkenaan.
Apatah lagi Prof Faisal Rafiq tahu tentang kewujudan dua kumpulan dalam Sekretariat Makmal Hidup dan Kelestarian UM iaitu Water Warriors dan Rimba Project yang melaksanakan insiatif kelestarian di universiti berkenaan.
Sebelum ubah suai.Usang dan antik.Proses cuci.
“Jadi, beliau tanya jika kami boleh lakukan sesuatu dengan bas itu. Saya rasa universiti masih mempunyai nilai sentimental dengan bas tersebut. Idea ini juga boleh menunjukkan usaha kemapanan dan kreativiti kakitangan UM,” katanya yang berkata proses pengubah suaian memakan masa selama 6 bulan
Dan sejak dibuka untuk sewaan maklum balas diterima ternyata mendapat sambutan menggalakkan dan dilihat mampu menjana pendapatan dan menyokong usaha kelestaraian oleh pihak universiti.
Ads
Kerja-kerja teliti.Proses ubah suai dimulakan.Mengambil masa 6 bulan.
Selepas diubah suai, bas ini masih berada dilokasi yang sama dan tetamu juga boleh menikmati pemandangan kehijauan.
Selain itu rumah tersebut turut mempunyai taman yang menempatkan beberapa ekor arnab serta ayam.
Meskipun selepas diubahsuai, hanya satu kemudahan sahaja tak dapat diletakkan di dalam bas berkenaan iaitu tandas.
Stereng asal.Sangat nostalgia.
Namun tetamu boleh menggunakan tandas yang disediakan di rumah berhampiran dan ianya hanya beberapa langkah saja daripada bas tersebut.
Ads
Untuk yang perminat boleh merasai pengalaman menarik bermalam di sini bersama rakan-rakan boleh menempahnya dengan hanya membayar RM90/ malam tidak termasuk yuran pemprosesan dan lain-lain.
Resort di tengah lautan menjadi pilihan jika bercuti Semporna, Sabah. Kebanyakkannya cukup cantik dan selesa. Paling best boleh mandi laut dan berkayak di sekitar resort sahaja.
Baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu, Crystal Resort Semporna menjadi pilihan Nana Sarina Abu Bakar dan keluarga untuk percutian mereka.
Pakej yang diambil termasuklah makan dan minum serta snorkeling di 8 buah pulau ternyata meninggalkan kenangan manis buat mereka sekeluarga. Ikuti perkongsia wanita ini tentang pengalaman menginap di sini!
Malaysia, Bukan Maldives – Crystal Resort Semporna, Sabah
First time sampai Semporna, Sabah. Cantik sangat- sangat ye Pulau-pulau di Semporna ni…Setelah saya survey beberapa resort akhirnya saya memilih Crystal Resort Semporna untuk destinasi percutian kali ni.. saya book melalui Blue Star – Pakej Semporna Sabah…Agent bernama Sen sangat ramah dan melayan segala pertanyaan saya.
Agent akan memberikan senarai hotel, pakej, kelebihan dan harga setiap hotel…jadi, boleh pilih ikut budget dan keinginan masing- masing..untuk kesini saya ambil flight
KL- Tawau ( lebih kurang 2 jam 50 minit) dan seterusnya naik van yang agent uruskan ke Pekan Semporna ( lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan)
Crystal Resort ni baru siap dalam 4 bulan lepas.. jadi condition resort sangat ok….owner pun baik dan ramah tamah…
Tarikh: 11-14 August 2022 ( 4 hari 3 malam)
Jenis Bilik: Standard Room
Booking platform: Agent
Rate: RM1899/ pax ( termasuk airport transfer, Resort, Makan ( sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam), boat transfer, island tour ( snorkeling 8 pulau) , snorkeling equipment, guide semasa snorkeling dan permit. Tiket MAS ke Tawau dalam RM 700 return untuk seorang.
CHECK IN:
Agent dahh uruskan. So tinggal check-in dan bayar refundable deposit RM 50
BILIK:
Bilik sangat luas dan selesa. Sea view. Toilet pun okay.. air laju.. electric 24/7.. ( ada juga resort yang siang hari tak ada elektrik ya).. memang tenang sangat resort ni sebab hanya ada 14 bilik sahaja
LOKASI:
Lokasi tengah-tengah laut. 40 minit dari Semporna Jetty..
KEMUDAHAN:
Boleh swimming di area resort, kayak, snorkeling (boleh sewa alat).. ada lounge yang luas untuk lepak2…
MAKAN
Makanan sangat sedap. Saya ambil full board so tak perlu pikir dah pasal makan.. tapi bawak jugak meggi cup sebab lepas snorkeling lapar heheh…
CHECK OUT:
Rata- rata resort di Semporna check out jam 10 pagi…Lepas check out tunggu boat terus ke Pekan Semporna…
KESIMPULAN:
Pulau- pulau di Semporna ni cantik sangat dari Pulau-pulau yang saya pernah pergi sebelum ini.. dalam pakage 4 hari 3 malam, agent akan bawa snorkeling dan tour ke pulau seperti Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan, Timba- Timba, Mataking, Pom Pom, Mabul dan Kapalai. Paling cantik ialah snorkeling dekat Pulau Mataking .. sangat sangat cantik…
Recommended sangat untuk pergi dan menginap di Crystal Resort.
Kuala Lumpur (KL) ibu negara Malaysia yang sememangnya mempunyai banyak tarikan untuk diterokai. Bagi yang ada anak-anak kalau nak bercuti tentulah mencari lokasi sesuai dan mesra kanak-kanak. Barulah mereka bebas bereksplorasi dan membuat aktiviti.
Sembilan tempat yang disenaraikan ini antara lokasi yang menarik untuk anda bawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati sesuai dengan si kecil yang sedang membesar.
Kalau datang dengan anak anak bawah 12 tahun, muzium interaktif Petrosains ni cukup buat mereka seronok ! Macam macam boleh belajar dan explore sendiri tentang sains sambil santai santai. Antaranya tentang dinosaur, simulator helikopter, bagaimana minyak di hasilkan, kokpit kereta lumba F1 dan byk lagi!
Datang awal kalau taknak beratur panjang ya, atau beli awal tiket online.
Tiket masuk : RM22 Dewasa , RM 10 Kanak-Kanak (Isnin-Jumaat)
RM25 Dewasa, RM12 Kanak-kanak (Hujung minggu dan cuti umum)
Nak lupakan sekejap kesibukkan KL? Jom bawa anak anak rasa tengok rama rama secara dekat, dan hirup udara segar . Anak anak akan seronok tengok macam macam jenis rama rama yang pastinya berwarna warni ! Datang waktu pagi ya sebab rama rama biasanya aktif masa ni.
Aquarium sebesar 60 000 kaki ni terletak di dalam KLCC. Antara yang menarik di sini adalah terowong air dengan travellator bergerak. Anak anda boleh nampak macam macam jenis hidupan laut dari sini seperti ikan pari gergasi, penyu, dan ikan jerung sand tiger !
Anak anak juga dapat sentuh sendiri ikan di Touch Pool. Dan paling best, boleh tengok live macam mana krew Aquaria beri makan pada ikan Arapaima yg besar tu , cuma kena datang pada waktunya
Anak anda suka haiwan? Ini memang tempat yang sesuai Di sini, anak anak akan dapat peluang memberi makan kepada arnab, ayam dan burung burung. Ada hamster, iguana dan macam macam lagi. Kebanyakan haiwan di sini memang jinak !
Lawatan anda ke Kuala Lumpur macam tak lengkap kalau anda tak ke Skybridge ni. Anda dan anak anak boleh tengok pemandangan KL dari atas. Pengalaman yg sangat menarik bila anda dapat rasai sendiri technology fast elevator di sini, anak anak mesti teruja!
Paling utama, boleh nikmati pemandangan indah tanpa bersesak sesak. Tiket hanya di hadkan 1200 saja sehari.
Tiket masuk : RM 35 Dewasa, RM 17 Kanak-kanak, RM17 Warga Emas
Bangunan yg terletak depan je Dataran Merdeka ni mula dibina pada 1894. Fuhh lama betul kan!
Yang menjadikan bangunan ini begitu penting dalam sejarah di Malaysia adalah pada ketika di mana waktu bagi Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura diseragamkan pada 1 Januari 1982.
Bawalah anak anda untuk tengok sendiri bangunan yang jadi ikon KL
Dataran bersejarah ini merakamkan detik Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Di sinilah Union Flag telah diturunkan iaitu tepat pada pukul 12 tengah malam, 31 Ogos, sebagai simbol kebebasan negara daripada penjajahan. Untuk pengetahuan anda, tiang bendera yang mengibarkan jalur gemilang di sini merupakan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 95 meter .
bawalah anak anak ke sini, supaya mereka juga ada semangat cintakan negara.
Tengah seronok makan jalan jalan KL ni, tiba-tiba terdengar bunyi azan, tapi di mana nak solat? Untuk tujuan ini, mai singgah solat di Masjid Negara. Sambil-sambil tu, bolehlah melihat keindahan masjid yang menjadi lambang keagungan agama Islam di Malaysia ni.
Ini cara tak langsung anda dapat ajarkan anak anak tentang pentingnya menjaga solat
ROL juga dikenali sebagai Projek Sungai Nadi Kehidupan merupakan satu projek untuk menghidupkan Sungai Klang dan Sungai Gombak dalam bandar. Projek ROL dengan keunikan kolam birunya terletak di Masjid Jamek iaitu pertembungan Sungai Klang dan Sungai Gombak dihiasi keindahan lampu-lampu yang terang dan suasana berkabus pada waktu malam pasti akan mempersonakan anda.
Selain itu, laluan baharu khas untuk pengayuh basikal sepanjang tiga kilometer dari Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi. Anda juga boleh mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan bangunan besar di tepi ROL yang dihias dengan lukisan mural yang cantik.
Datang waktu malam untuk lihat lampu-lampu indah menghiasi sungai, memang cantik!
Sebuah muzium wang yang ditubuhkan oleh bank pusat negara, Bank Negara Malaysia yang terletak di Kompleks Sasana Kijang. Di sini anda boleh mempelajari semua tentang wang melalui permainan interaktif dan berkomputer, serta fakta dan maklumat menarik tentang wang.
Terdapat Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Kanak-kanak. Anda juga akan dapat melihat koleksi seni Bank Pusat artis kontemporari Malaysia yang terkenal di Galeri Seni. Lawatan berpandu juga boleh diaturkan untuk kumpulan pelawat dari sekolah, universiti dan organisasi bukan untung.
Nak anak belajar tentang duit, boleh datang sini, masuk pun percuma je!
Seorang artis jalanan yang menetap di New York, Tom Bob NYC telah memberi nafas baru persekitaran ‘tidak bernyawa’ kepada hasil seni yang ceria sekaligus menjadi tumpuan ramai.
Pada awalnya, Tom Bob hanya cuba menghidupkan suasana yang suram terutamanya lorong-lorong belakang yang gelap dengan warna-warna yang ceria. Ilham tersebut tercetus agar lorong yang sunyi tidak menjadi sesuatu tempat yang menakutkan dan tidak selamat untuk dilalui selain menjadi sarang untuk melakukan jenayah.
Tom Bob telah menukarkan objek yang ‘tidak dipandang’ kepada satu kehidupan dengan sentuhannya yang aneh. Dengan menggunakan cat semburan sahaja, segala imaginasi dan karektor pelbagai animasi mengubah jalan biasa dan dinding-dinding menjadi luar biasa. Bukan itu sahaja, malah rak basikal, paip air, kotak fius elektrik bertukar kepada seekor haiwan eksotik, makhluk fantastik, dan juga orang terkenal yang begitu comel.
Seni jalanan tersebut mendapat maklum balas positif dan tular di laman sosial. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kreativiti Tom Bob. Sehingga hari ini, lokasi-lokasi tersebut sering menjadi tumpuan ramai tidak kira penduduk tempatan dan juga pelancong untuk bergambar.
Lagi hasil Tom Bob yang dikongsikan di Instagram Tom Bob NYC
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...