Cuti-cuti Malaysia. Port Dickson sememangnya lokasi percutian yang sering menjadi tumpuan ramai di Negeri Sembilan. Setiap kali hujung minggu, pantai di sini biasanya penuh dengan pengunjung malah begitu banyak hotel dan villa persendirian menawarkan pelbagai kemudahan di pantai ini.
Bagi yang terasa nak bercuti selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau tinggal di Negeri Sembilan, bolehlah intai-intai Villa Mihara ini. Tempat ini sebenarnya sangat sesuai untuk buat gathering dan reunion kerana ruangnya yang cukup luas yang mana korang berborak sampai ke pagi dengan kawan-kawan atau keluarga tanpa menggangu orang lain.
Ads
Villa Mihara ini menawarkan kemudahan seperti, kolam renan persendirian untuk dewasa dan kanak-kanak, boleh muat 15-30 orang untuk satu villa, ada 5 bilik tidur (dilengkapi penghawa dingin sepenuhnya), ada 4 bilik air (tak perlu berebut kalau datang ramai-ramai), siap ada ruang tamu dan dapur, lengkap dengan meja makan serta basic barangan masak seperti rice cooker, mesi air coway, blender, microwave, pinggan mangkuk, iron serta pelbagai lagi di mana, korang tak perlu angkut semua tu dari rumah.
Ads
Lebih menarik, ruang halamannya cukup luas di mana korang boleh access terus ke pantai. Paling penting, ia lokasi OOTD yang menarik ya. Kalau nak tahu lebih lengkap mengenai villa Mihara ini, boleh masuk ke fb mereka ya.
Puncak Fansipan yang juga dikenali sebagai ‘atap’ Indochina menjadi tarikan baru yang semakin popular di Vietnam. Mempunyai ketinggian mencecah angka 3,143 meter dari aras laut, puncak ini merupakan gunung tertinggi di wilayah Kemboja, Laos dan juga Vietnam.
Berada di wilayah Sapa yang kini semakin mendapat tempat dihati pelancong ke Vietnam, Sapa secara tidak langsung adalah wilayah tanah tinggi kerana berdekatan dengan hamparan Fansipan.
Baru sahaja turun dari Puncak Fansipan di Vietnam, Timothy Kessler berkongsi beberapa tip bagi yang mempunyai perancangan untuk sampai ke puncak tersebut. Jadi lebih senanglah untuk anda membuat persiapan sebaiknya sebelum tiba di sana. Semoga bermanfaat untuk semua.
Saya baru turun dari Fansipan. Sebelum datang ke Vietnam saya cuba research tentang Fansipan tapi macam macam info bercanggah dan mengelirukan. So saya nak bagitau pengalaman saya.
PERJALANAN
Ada tiga peringkat perjalanan
1) Naik monorail dari Sapa ke Station Cable Car (VND150k seorang pergi balik)
2) Cable Car ke Station Fansipan (VND800k seorang pergi balik)
3) Naik Funicular ke Fansipan Summit (VND150k seorang one way)
Ada yang kata tak yah ambik Funicular, naik tangga aje. Nasihat saya jangan jadi hero. Tingginya 600 steps (2.5 kali Batu Caves) dan udara dia nipis. Turun jalan kaki ok. Nampak ada ramai hero tadi duduk pegang kepala, baring kat lantai sebab penat.
CARA BELI TIKET
Boleh beli kat kaunter sana tapi kalau beli dari Klook ada diskaun sikit. Bila sampai sana tunjuk printout Klook untuk terima ticket.
CUACA
Jangan rasa kecewa kalau sebelum naik cuaca Sapa mendung dan kabus tebal. Masa saya nak naik kabus sangat tebal tapi bila dah naik cable car separuh jalan tiba tiba matahari terik sebab kita akan naik lebih tinggi dari awan.
MASA
Pergi seawal yang boleh. Mereka start pukul 8am sampai 4pm. Jangan plan aktiviti lain sebab tempat tu kena ambik masa untuk enjoy scenery. Sangat cantik dan nyaman. Saya spend lebih kurang 6 jam dari time naik di Sapa sampai turun balik.
PAKAIAN
Pakai jacket atau windbreaker. Suhu tadi lebih kurang 14 degree waktu tengahari. Matahari terik tapi angin sangat kuat dan sejuk.
MAKANAN
Bawak air dan makanan ringan. Atas ada kafe tapi harga berkali ganda mahal.
KEPADA PEROKOK
Sorry la. Takde tempat untuk hisap rokok. Mereka risau hutan terbakar so merokok dilarang sepanjang perjalanan.
Akhirnya saya nak bagitau. Saya tengok kat YouTube Mat Saleh kata naik cable car ini takut la, gayat la, panic dan sebagainya. Tapi cable car sini sangat besar dan canggih muat 20 orang. Angin kuat tadi pun tak goyang sangat. Smooth aje perjalanan. So jangan takut nak experience. Bagi saya naik cable car Genting lagi rasa takut dari yang ni.
Ribuan obor-obor merah yang aneh dan jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi pantai perkelahan terkenal sejak minggu lepas.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa pelik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla. Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’. Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan. Justeru, orang ramai dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati. Mereka juga diingatkan tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Tak kira percutian itu bersama keluarga atau kawan-kawan, Pulau Langkawi semestinya akan menjanjikan satu percutian yang menarik untuk setiap pengunjung yang datang ke sana.
Tapi, untuk anda yang baru first time nak ke pulau lagenda ni, mesti tengah cari-cari info tempat-tempat yang best nak pergi ke sana kan?
Jadi ini adalah senarai lokasi best yang anda kena singgah kalau nak ke Pulau Langkawi.
p/s: nak buat trip kelas pun sesuai sangat dekat tempat-tempat ni.
Tempat ni wajib pergi kalau ke Pulau Langkawi. Replika burung helang berukuran 12.6 x 21.6 meter ni adalah background gambar yang membuktikan anda dah menjejakkan kaki di Pulau Langkawi.
Pekan Kuah ni lubuk kalau anda nak shopping. Dah sampai Dataran Helang tu, boleh singgah terus ke Pekan Kuah sebab dia terletak sebelah-menyebelah je. Kalau anda dari Dataran Helang tu, singgah dulu ke Lagenda Langkawi Dalam Taman sebelum nak ke Pekan Kuah.
Ini tempat kalau nak beli produk minyak gamat original Pulau Langkawi. Anda boleh singgah ke showroom tempat ini untuk melihat sendiri apa barangan berasaskan gamat yang dijual kepada pembeli. Showroom mereka dilengkapi dengan kemudahan toilet,surau dan cafe sebagai tempat hentian rehat untuk anda yang kepenatan setelah seharian berjalan. Waktu operasi dibuka setiap hari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.30 petang (kecuali hujung minggu tutup pukul 7 petang).
Kalau anda nak ke sini, sila tuju ke Kampung Bayas. Jarak perjalanan dari Jeti Pekan Kuah ke Kampung Bayas mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kalau dari lapangan terbang Langkawi hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tempat ni dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam dengan bayaran masuk sebanyak RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.
Kereta kabel Langkawi ni juga dikenali sebagai Langkawi SkyCab manakala Skybridge pula terletak di Gunung Mat Chinchang. Ada banyak tarikan lain yang terletak di sekitar Langkawi SkyCab ni seperti SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Kepada anda yang nak tahu harga Langkawi SkyCab ni, sila klik di pautan yang Libur berikan ini: www.panoramalangkawi.com
Kota Mahsuri merupakan tempat menarik di Langkawi yang perlu dilawati. Kepada yang meminati kisah sejarah boleh datang ke Makam Mahsuri dan ibu bapa juga boleh membawa anak-anak untuk mendedahkan mereka kepada sejarah yang terdapat di sini. Alamat lokasi ini adalahJalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah dan waktu operasinya dari pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
Ada pelbagai penambahbaikan terbaru yang dilakukan di sini bagi memastikan setiap pengunjung yang datang dapat merasai nikmat kepuasan melihat hidupan laut yang berhabitat di Underwater World Langkawi ini. Anda mesti tak pernah tengok penguin ke? Ha dekat sini ada penguin. Jadi siapa ke Langkawi, wajib singgah ke sini, bawa anak-anak sekali. Untuk maklumat mengenai waktu operasi dan bayaran masuk, boleh rujuk di www.underwaterworldlangkawi.com
Pantai Cenang ni antara lokasi popular di Langkawi kerana pantainya yang cantik dan landai. Kalau anda ingin merasai aktiviti malam yang meriah di Langkawi, Pantai Cenang ini antara hot-spot yang perlu anda singgah.
Lokasi yang ini berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kalau anda nak merasai percutian yang agak mewah dan classy, boleh datang bercuti ke sini. Ada banyak kedai-kedai yang best tersedia untuk anda menikmati percutian yang class dan selesa.
Siapa pernah datang ke Skytrek Adventure Park Taman Botani Shah Alam, pasti tahu apa yang ada disediakan di Skytrek Adventure Park Langkawi ni. Untuk Anda yang mahukan percutian yang lasak dan mencabar, boleh datang ke sini. Cabar diri anda untuk bergantungan dan berjalan dari pokok ke pokok. Bukan jalan biasa-biasa tau, laluannya akan tergantung tinggi di atas pokok.
Tasik Dayang Bunting ni memerlukan anda naik bot dan keluar sebentar dari Pulau Langkawi sebab ianya terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi. Ada banyak tempat-tempat menarik di sini, dan kalau anda nak explore semuanya, jom la naik bot dan island hopping di sekitarnya!
Lokasi ini untuk anda yang sukakan aktiviti yang agak lasak sewaktu percutian kerana untuk ke Air Terjun Telaga Tujuh ini, anda perlu trekking lebih kurang 600 anak tangga selama 30 minit sebelum sampai ke lokasi. Tip untuk anda ke sini adalah jangan bawa benda-benda yang tak penting dan memberatkan anda dan waktu terbaik untuk ke sini adalah pada awal pagi atau waktu petang.
Kalau anda nak tengok buaya, boleh datang ke Taman Buaya Langkawi. Buaya yang ada di sini besar-besar. Kalau anda bawa anak-anak ke sini sudah pasti mereka akan teruja melihat buaya yang terdapat di sini. Kalau nak ke sini, waktu pertunjukkan buaya adalah dari pukul 11 pagi hingga pukul 2.45 petang manakala waktu makan buaya adalah pada pukul 10.45 pagi. Bayaran masuk adalah sebanyak RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.
Sekiranya anda ingin melihat apakah koleksi hadiah, pemberian dan koleksi-koleksi Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, anda boleh berkunjung ke Galeria Perdana di Kampung Kilim, Langkawi. Galeri ini dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.30 petang.
Kalau anda nak ikut jalan yang paling cepat ke sini, anda boleh ambil bot di Jeti Kuala Kedah yang mengambil masa 30 minit untuk sampai. Kalau anda ambil dari Jeti Pulau Langkawi, ia akan memakan masa selama 1 jam. Lokasi tempat ini adalah lebih kurang 30km dari Pulau Langkawi tapi taman marin ini sangat berbaloi untuk anda lawati. Tiada bahasa yang sesuai untuk digunakan bagi menggambarkan betapa cantiknya tempat ni, tapi percayalah, tempat ni memang cantik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...