Nampaknya sejak Sabah sudah boleh dibuka kepada pengunjung, ramai mengambil kesempatan untuk bercuti di negeri bawah bayu ini.

Bukan hanya tertumpu di pusat bandar, Kundasang, Gunung Kinabalu, tetapi Sabah juga turut terkenal dengan keindahan pulau sekitarnya.

Perkongsian yang bercuti selama 3 hari dua malam di Pulau Mabul dan Semporna tetapi banyak tempat yang menarik sempat dilawati. Ayuh ikuti perkongsian Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari sahabat Backpacker Buddies Malaysia.

Cerita : Pulau Mabul + Semporna [3 Hari 2 malam]

Flight sampai jam 8 pagi di Airport Tawau, airport Tawau ke Semporna 1jam. Boat ke Pulau Mabul ada jam 9pagi & 5 petang. Kami memilih untuk masuk ke sana belah petang agar dapat pusing-pusing Semporna dahulu.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Beli sarapan dalam Air asia terus. Jimat. Terus beli keychain sebab adik bongsu mintakk
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Naik Air asia, tapi bergambar dengan Mas Wing.

Antara yang menarik di Semporna :

1. Starbuck Semporna. (Menarik)
Merata di Malaya(semenanjung) Starbuck ini, tapi special di sini adalah pemandangan dari Starbuck adalah Laut dan Pulau. Kebetulan kami pergi sebelum waktu rehat, maka orang tidak ramai. Kalau datang jam 11 pagi ketas, fuhh!! Penuh orang beratur nak masuk sana. Hilang mood tenang kat situ.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Belah dalam lupa nak snap. Terpesona kecantikan dia. Ada gambar kat luar sahaja.
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Depan Starbuck. Air dia sangat jernih. Belakang tu bot lalu lalang dan ada pulau.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!

2. Mydin Lounge (Menarik)
Makan tengah hari kat sini harga dia biasa. Standar makan seafood. View dia cantik. Kami datang tengah hari, maka nampak lah pulau sekitar dia.

3. Masjid Semporna (tutup, renovasi)

IKLAN

4. Dragon Inn (Menarik)
Sini bayaran dia RM3. Dapat lihat ikan sebesar kanak-kanak. Dan sini juga jeti kami untuk ke Pulau Mabul.

5. Pulau Mabul (sangat menarik)
Kami pilih Mabul Backpackers (sangat menarik) sebagai penginapan kami, sebab sini paling murah dan ini yang di cadangkan oleh senior kami yang bekerja kat sini.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Sini tempat pilihan bagi pelancong Korea dan China. Harga hotel dia boleh tahan la. Bawah jambatan ni lah penyu-penyu tidur. Banyak.
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Ikan Tuna dan Ikan Tongkol. RM12/kg. Boleh tawar sampai puas hati. Rasa tuna ni, macam ayam. Sedap.

Apa yang best dini sini? Saya bagi 4.5 bintang. Semua best. Snorkeling free, kayak free, PA System Free, lunch, breakfast dan dinner include harga bilik dah, boleh terus ke SK Pulau Mabul, boleh akses ke perkampungan Pulau Mabul terus. Kenapa 4.5 bintang? Sebab kami pilih bilik dorm jadi kena kongsi tandas. Kalau bilik sea view, baru tandas sendiri.

Rezeki: kalau ada rezeki jumpa Penyu, ikan pari petak (stingray kot nama dia), dan lain2. Landak Laut dan Tapak Sulaiman xyah cakap lah. Bersepah-sepah.

Upah masak: Pelauh atau Palauh akan sentiasa datang jual seafood dengan sampan, boleh beli, harga? Ikut tawaran, dia letak memang mahal, ikut kita lah nak tawar macam mana. Lepas tu minta Mak Cik kantin masak, harga 10ekor ketam = Rm10. (Upah masak + barang2 dia sediakan), kalau banyak, ikut lah budi bicara nak bayar. Tak ada sifir.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Beli belah dalam air sahaja. Kerang gergasi.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!

IKLAN

6. Discover Scuba Diving (DSD) (sangat menarik)
DSD adalah skuba bagi orang yang tiada lesen. 1 kali harga bawah RM200. Kamera disediakan, mereka akan tangkap gambar kita.
Kalau ada lesen, bawah RM100 sahaja.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
DSD. Seronok sangat. Pengalaman baru.
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Kedalaman 8 meter.

7. Pusing Pulau Mabul (Menarik)
Belah pagi, kami pusing pulau berjalan kaki, untuk melihat kehidupan orang sana, apa yang menarik, penyu main2 di pantai, macam penduduk situ dah, ada sarang penyu bertelur, boleh beli ikan Tuna segar dengan penduduk tempatan.

8. Pekan Semporna (Menarik)
Pasar Ikan, ada 2 tempat, 2-2 saya suka. Kecik sahaja, tapi memadai. saya suka ke pasar ikan ni, murah dan segar. Di sini lah saya beli Lobster Gergasi 2.3kg (2ekor) dan bawa balik Malaya. Hand luggage.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Memancing di sini adalah satu kesalahan. Memancing menggunakan joran. Pakai botol xpe. Ini owner yang sediakan.
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Pemandangan malam.

Beli polystyrene box kat pasar tu, saiz kecik, minta penjual Lobster isikan ais, masa nak Naik flight, saya ke tandas, buang air, sebab nak ringan. 2.5jam. sampai Johor, masih sejuk udangnya.

Harga Lobster? Ok, saya beli dengan Palauh di sini, harga ikut rundingan, harga market lobster hidup RM160/kg (sekilo=4 ekor, +- 250g seekor), dengan Palauh, dia tiada penimbang, ikut agak2 lah. Saya beli dua ekor Rm250. Sampai rumah, timbang, dapat 2.38kg. sekitar RM105/kg.

IKLAN

9. Hiking BUKIT PARAPAT (Menarik)
Kat sini member bawakan, harga RM3. Rendah, lagi rendah dari Bukit Broga. Bagi saya yang sukakan alam, saya kategorikan sangat menarik. Gambar dari drone pun lawa. Pakai phone biasa pun lawa.

Sini pun ada buat sewa Khemah untuk yang nak bermalam di atas bukit, Surau disediakan kat sini. Khemah siap pasang, tingal bawa bantal dan tilan sahaja. Silalah ke sana.

10. Pulau-Pulau Sekitar (Menarik)
Bohey Dulang, Tatangan, Mantabuan, Sibuan, Mataking, Timba Timba, Pom Pom dan lain-lagi. Tetapi kesemua pulau ini untuk balik hari.

Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Bersama penduduk Pulau Mabul.
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Resort ni macam tutup. Bergambar lah dari luar.
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!
Belah malam, sini ada pasar malam. Pagi mereka lepak-lepak je. Kanak-kanak je orang tempatan. Yang besar panjang tu, mereka 1 penginapan kami. Terjumpa kat sini. Memang menjadi rutin kat penginapan tu, pagi aktiviti santuni Warga Pulau.

Penginapan lain ada juga, Nusakuya Resort, water Banglo dan banyak lagi. Boleh pilih2 ikut poket sendiri.

Artikel Berkaitan:

Lokasi Peranginan Tanah Tinggi Menarik Di Malaysia, Mendamaikan & Pemandangan Luar Biasa!

Bukan Hanya Lokasi Tarikan Kaki Pancing, Tasik Kenyir Tawarkan Banyak Aktiviti Riadah Menarik!

Bagai Terbang Diawangan. Layan Aktiviti Lasak ‘Night Flying Fox’ Di Puncak Bukit Besi, KL!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI