Malaysia memang kaya dengan lokasi menarik yang sangat cantik. Antara yang sering jadi perhatian ialah kawasan tanah tinggi.
Dan tahukah anda selain lokasi terkenal yang biasa kita tahu seperti Cameron Highland, Bukit Fraser dan Bukit Bendera, terdapat beberapa lagi lokasi tanah tinggi yang WAJIB dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
BARIO & BA’KELALAN
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak.
Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ads
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda.
KUNDASANG
FOTO: AMAZING BORNEO
Kundasang merupakan pusat tanaman sayur-sayuran segar yang terkenal di Sabah. Terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu, cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi faktor utama pelancong datang ke sini.
Menariknya Kundasang, ia lokasi yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong. Di sini, anda dapat memperolehi bunga-bunga dan sayur-sayuran segar dengan harga yang berpatutan kerana faktor cuaca yang sejuk.
Ads
BUKIT LARUT
FOTO: PENANG INSIDER
Turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi yang terletak di Taiping, Perak. Suhu pada hari siang adalah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam.
Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Memandangkan Bukit Larut merupakan kawasan lembap di Malaysia, anda akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang.
Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan kuda padi dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pelancong Eropah yang sampai ke sini akan menyamakan tempat ini sebagi Switzerland pada musim bunga!
Ads
GUNUNG LEDANG
FOTO: TOURISM MALAYSIA
Dengan ketinggian 1,276m, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika anda berada di atas gunung ini pada hari cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Lagenda dan mitos berjaya menarik pelancong yang gemarkan alam semulajadi.
Anda tidak keseorangan jika mahu bermalam di hutan ini kerana ia pilihan anda jika mahu sampai ke sini. Air terjun dan resort pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih Gunung Ledang sebagai lokasi percutian.
Bosan juga jika kerap ke tanah tinggi yang sama. Empat lokasi tanah tinggi di atas merupakan beberapa lokasi pilihan yang membolehkan anda menikmati buah epal bukit seperti yang terdapat di tanah tinggi Ba’Kelalan.
Jika anda berkunjung ke sini, tidak ada salahnya anda feeling membawa jaket tebal seperti bercuti ke luar negara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selangor memang tidak pernah kalah dalam menawarkan destinasi pelancongan tumpuan pelancong. Daripada alam semula jadinya yang indah, aktiviti riadah sehinggalah pusat rekreasi yang meriangkan, Selangor ada segalanya!
Pulau Ketam yang terletak di Klang merupakan destinasi yang menarik untuk dikunjungi yang mana pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan di sini sambil menikmati suasana pantai yang nyaman dan mendamaikan.
Kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang didiami oleh masyakarat Cina. Pulau Ketam merupakan antara destinasi pelancongan utama Selangor terletak di Klang yang menjadi tarikan pelancong. Kedudukan Pulau Ketam sangat strategik dikelilingi tiga pelabuhan utama yang menjadi laluan masuk laut ke negara ini iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara.
Pengangkutan utama ke pulau ini adalah feri atau bot laju melalui Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor. Seawal jam 8.30 pagi, feri pertama memulakan perjalanan ke pulau itu yang mengambil masa sekitar 40 minit. Untuk sampai ke Pulau Ketam, anda perlu menaiki feri (RM14 dua hala) seorang atau bot laju (RM20 dua hala) seorang. Selain itu, Jeti Pulau Ketam turut menjadi pintu masuk warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan feri ke negara seperti Indonesia.
Di Pulau Ketam, tidak ada penggunaan kenderaan lain seperti kereta kecuali basikal, skuter elektrik atau motosikal. Perhubungan antara Pulau Ketam dengan bandar Klang hanya dengan bot atau feri. Menangkap hasil laut adalah pekerjaan utama namun, terdapat sebilangan penduduk menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit, restoran dan homestay.
Makan-Makan – Pulau Ketam merupakan destinasi ideal menjamu selera. Terdapat banyak kedai makan menawarkan hidangan laut istimewa dengan harga yang murah dan berbaloi. Tidak sah kalau ke Pulau Ketam tanpa menikmati makanan laut terutama ketam kerana hasil laut baru ditangkap yang segar. Ketam di pulau ini dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis kerana di sekitar Pulau Ketam terdapat banyak kawasan paya bakau.
Memancing – Pulau Ketam juga merupakan destinasi memancing paling popular bagi mereka yang mempunyai sampan. Di sini pelbagai spesies ikan boleh diperolehi sekiranya pemancing itu mengetahui kawasan padang pancing, masa, pasang surut air, umpan, dan mempunyai peralatan yang sesuai. Siakap merah atau nama tempatannya sepang merah juga banyak terdapat disini.
Hasil Laut Segar – Pulau Ketam juga banyak menghasilkan produk hasil laut dan antara yang menjadi tumpuan adalah udang kering. Menariknya di sini, pengunjung dapat melihat pemilik kilang memproses udang kering dengan cara tersendiri. Pengunjung boleh juga meneroka pulau dengan menaiki bot persiaran dan melawat ke sangkar ikan sekitar pulau.
OOTD & Berbasikal – Selain itu, aktiviti dan tarikan yang boleh dilakukan di sini adalah seperti menyewa basikal dan mengayuh sekitar kampung, bergambar di kawasan mural dan kuil Cina, melihat dan merasai kehidupan suasana perkampungan nelayan, dan banyak lagi.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut sahaja fasal Cherating apa yang terbayang di fikiran tentunya pantai yang cantik, tapi sebenarnya ada satu lokasi yang tersembunyi untuk anda terokai kat sana.
Naberpindo Glamping yang terletak di Cherating, Pahang ini antara hidden gem yang bolah anda kunjungi untuk bercuti. Glamping yang terletak di atas bukit dengan pemandangan yang cukup indah dan dekat dengan tarikan lain di Cherating sudah pasti lokasi yang berbaloi untuk dikunjungi.
Mahathir Che Amad berkongsi pengalaman bercuti ke sini baru-baru ini. Melihat gambar-gambar yang dikongsikan sahaja cukup untuk membuat hati rasa teringin bermalam di sini. mempunyai kemudahan lengkap dengan keadaan khemah yang cukup selesa ditambah pula dengan pemandangan indah hanya dari dalam khemah yang didiami. Memang cantik dan mengujakan.
Plug point: – available 4 dalam setiap khemah glamping.
Coverage: Digi & Unifi 4g
Park kereta:
Anda akan disajikan dengan view yang sangat cantik dari atas Bukit Cherating, view laut dan sunrise.
Nak makan, kalau malas masak kedai-kedai makan dan ikan bakar banyak berdekatan dengan Pantai Cherating.
Juga berdekatan salah satu cafe viral Café Marion di Pantai Cherating.
Cuma perlu hike naik ke atas bukit, jadi perlu minimizekan barang-barang untuk dibawa naik atas. Tapi bila sampai atas, view memang best.. sejuk disapa angin dari laut & rasa malas nak turun dah.
Daya penarik di Klebang Melaka diserikan lagi dengan kehadiran aset pelancongan seperti kapal selam SMD Quessant Agosta yang ditempatkan di Muzium Submarine, Pantai Klebang. Dari jauh kapal selam SMD Quessant ini berbentuk seperti seekor ikan paus gergasi.
Sebagai negeri bersejarah dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, Melaka dikatakan negeri yang paling sesuai dan layak untuk menerima serta menjaga SMD Ouessant yang bakal menjadi ikon kepada Melaka dan menjadi monumen yang wajib dilawati setiap pelancong apabila berkunjung ke Melaka.
Kapal Selam SMD Quessant merupakan salah sebuah daripada kelas Agosta milik Tentera Laut Perancis yang dibina oleh Arsenal de Cherbourg pada 1978 dan telah berkhidmat dengan tentera laut berkenaan sehingga ditamatkan tauliahnya pada 2001.
Kapal selam tersebut mula diletakkan dalam status aktif apabila kerajaan Malaysia memeterai kontrak pembelian dengan firma pembuat kapal Perancis, Armaris serta rakan kongsi dari Sepanyol, Navantia pada 2002. Bermula 2005 sehingga 2009, kapal selam itu telah dijadikan platform latihan bawah permukaan air bagi krew-krew pelatih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum mengoperasikan kapal selam konvensional sebenar.
Proses membawa pulang kapal selam SMD Quessant itu dari pangkalannya di Brest, Perancis dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.
SMD Quessant mempunyai sejarah tersendiri melatih anak-anak tempatan sehingga berjaya mengendalikan kapal selam. Ia merupakan sebahagian daripada sejarah ketenteraan negara dan perlu dipamerkan kepada umum.
Idea mewujudkan kapal selam itu sebagai muzium diharap dapat menimbulkan minat orang ramai untuk menceburi bidang ketenteraan. Muzium Submarine yang pertama dibina di negara ini bukan sahaja akan digunakan untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Melaka tetapi lebih penting ia menjadi sumber maklumat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...