Saat ini, bagi kaki travel pasti terkenang saat-sat indah berada di luar negara dengan latar belakang pemandangan yang cantik. Baik ketika berada di Europe atau negara lain, pasti tak dapat melupakan memori ketika mengembara.
Biasanya kaki travel akan jatuh cinta tidak hanya pada seni bina sesebuah negara tetapi pada alam semulajadinya yang cukup berbeza dengan suasana dalam negara. Hal-hal kelainan inilah sudah cukup membuatkan hati kita jatuh cinta. Namun sekarang semuanya terpaksa menahan rasa kerana sempadan negara masih ditutup akibat COVID-19.
LIBUR berkongsi pemandangan indah musim autumn yang dikongsikan oleh Ahmad Sabri atau mesra disapa Abam Sabu yang juga rakyat Malaysia yang sudah berbelas tahun tinggal di negara matahari terbit, Jepun. Ternyata memang awesome dan pasti ramai yang pernah travel ke Jepun rasa rindu untuk menatap Gunung Fuji di depan mata.
Final Autumn part awal
Hari ini Abam Sabu bersama keluarga dan teman berjalan menikmati musim luruh di Kawaguchi Lake.
Alhamdulillah diberikan peluang untuk menikmati keindahan ciptaanNya. Cuaca yang sangat baik pada hari ini.
Maple leaves yang merah berguguran berlatar belakangkan Fuji-san dan Kawaguchi Lake terlalu indah. Tak terungkap dek kata-kata. Walau seribu kali gambar diambil sekalipun, tidak akan sama dengan apa yang dilihat depan mata. Terlalu cantik.
Ads
Rezeki hari ini, ada matsuri/festival yang berlangsung di sini. Selalunya kalau ada festival, mesti akan ada satu/dua gerai makan yang halal yakni kebab/indian food. Mereka sangat pandai berniaga dan mencari peluang.
Walaupun impak COVID-19 besar melanda satu dunia, tetap ramai orang di sini. Rata-rata rakyat Jepun pun dah tak berapa kisah pasal COVID-19 ini. Namun, amalan mask dan hand sanitizer sentiasa dijaga.
Buat julung kalinya Abam Sabu dapat merasa kawalan check suhu & memerlukan log in untuk masuk ke sesuatu kawasan. Jika di Malaysia ada MySejahtera, di sini amat kurang langkah pencegahan penularan wabak ini.
Ads
Bagi yang ingin datang menikmati keindahan pemandangan ini, ini lokasinya, Maple CorridorKawaguchi, Fujikawaguchiko, Minamitsuru District, Yamanashi 401-0304 0555-72-3168 https://maps.app.goo.gl/VSQMkqEtQ3EQ55Jx9
Final Autumn part akhir
Fuji & Japan tak dapat dipisahkan. Hari ini alhamdulillah diberi kesempatan untuk pergi menikmati keindahan pemandangan musim luruh di Kawaguchi Lake.
Ads
Dalam perjalanan, terjumpa spot untuk ambil gambar Fuji-san yang sangat cantik.
Walaupun Fuji-san dah cabut topi dia balik, tetap cantik ditambah lagi dengan cuaca yang cantik hari ini.
Oleh itu Abam Sabu nak spam gambar lagi supaya kita ramai-ramai berdoa COVID-19 ini cepat berakhir dan vaccine (sama ada rusia/korea/Pfizer) dapat membantu mengembalikan industri pelancongan ini.
Saya amat sarankan kalau melancong ke Fuji, gunalah kereta, bila rasa cantik, just berhentikan kereta dan ambil sahaja gambar.
InsyaAllah kalau ada rezki servis tourguide akan diteruskan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak bercuti ala Santorini? Tak payah pergi jauh-jauh ke luar negara kerana sekarang anda boleh alaminya sendiri di Selangor. Resort yang cantik, bersih dan dikelilingi hutan menghijau adalah lokasi yang cukup sesuai buat anda yang ingin berehat sebentar dari kesibukan kerja atau terma baharu yang sering digunakan iaitu ‘healing’
Terletak di Kerling, Selangor, Beacon Resort yang diinspirasikan oleh rekabentuk penginapan yang ada di Santorini, Greece merupakan lokasi percutian alam untuk anda jadikan pilihan destinasi percutian.
Tempat ini dibina di tepi sungai dengan mata air panas semula jadi, dedaunan tropika dan tasik yang indah.
Ada banyak pilihan untuk kemudahan bilik yang boleh anda nikmati mengikut kesesuaian, termasuk mata air panas semula jadi, meredah hutan dan banyak lagi.
Lagi best bila tempat dah cantik, rugilah kalau tak ambil peluang untuk bergambar sampai puas. Banyak sudut untuk mengambil gambar yang sesuai untuk dimuat naik ke akaun media sosial anda!
Selepas raya boleh plan bercuti ke sini, sambil menghirup udara segar, dapat nikmati juga air sungai yang jernih dan juga kolam air panas.
Alamat:PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang, Hulu Selangor, Kalumpang, Malaysia
Tanpa berlengah, jom tengok video ni sampai habis, dan korang berpeluang menang percutian 2 Hari 1 Malam di Mardhiyyah Hotel & Suites. Tapi kena jawab soalan dulu ok?
Soalan:
Namakan Restoran & Cafe yang ada di Mardhiyyah Hotel & Suites?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan! (komen di sini)
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Teringin menyusuri sungai di Pulau Pinang? Luangkan masa seketika di Sungai Perai.
Sungai Perai yang dahulunya terkenal dengan sungai yang tercemar akibat menjadi lokasi tumpuan pembuangan sisa toksik daripada individu dan industri kilang yang tidak bertanggungjawab, kini telah dibangunkan sebagai antara lokasi agropelancongan di Pulau Pinang.
Menerusi projek 'Agrotourism Tasek Gelugor', pengunjung berpeluang menikmati pengalaman menyusuri Sungai Perai di samping melihat sendiri rutin harian penduduk kampung di sepanjang sungai berkenaan dalam mencari rezeki seperti nelayan, pesawah, petani, penternak dan peniaga.
Projek itu telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan kini diusahakan sepenuhnya oleh penduduk Kampung Labuh Banting, Kampung Air Itam Dalam dan Kampung Pengkalan Machang.
Jika mengikuti trip ke sini, anda akan di bawa menyusuri Sungai Perai dan didedahkan dengan spesies tumbuh-tumbuhan di sepanjang tebing sungai yang terbahagi kepada tiga zon iaitu zon pokok nipah, zon pokok putat dan zon pokok ketapang.
Selain itu anda berpeluang melihat sendiri cara nelayan menangkap ikan dan udang, merasai sendiri proses pengambilan susu kambing, belajar membuat kuih tradisional serta mendengar pengkisahan sejarah dan asal-usul tempat ini.
Setakat ini sambutan yang diterima adalah menggalakkan namun mereka memerlukan bantuan dari segi promosi terutamanya selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan sumber pendapatan penduduk kampung. Dalam projek ini, nelayan dilatih dan diberi lesen untuk mengendalikan para pelancong dalam river cruise (menyusuri sungai), kemudian pelancong akan dibawa ke jeti-jeti terpilih yang peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) mempromosikan produk mereka.
Sekiranya pengunjung ingin bermalam, ada juga orang kampung yang menyediakan perkhidmatan rumah inap desa berlesen supaya pengunjung dapat merasai pengalaman hidup di kampung.
Sejak tahun 2018, PERDA telah mengenal pasti Sungai Perai dan kawasan kampung di sekitar sungai ini yang berpotensi menjadi pusat tarikan agro pelancongan dan pelancongan pendidikan. Sekaligus industri ini dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat yang majoritinya tergolong dalam kumpulan B40 di samping dapat membangunkan projek itu sebagai pusat kajian dan pendidikan dalam bidang ekologi, agrikultur dan akuakultur.
Jom bantu orang kampung, kita cuti-cuti Malaysia di sini~
Pelancong yang berkunjung ke Terengganu kini berpeluang merasai pengalaman berbeza jika menyertai program pemuliharaan tuntung di Kampung Temir, Hulu Terengganu.
Kampung Temir mempunyai daya tarikan pelancongan tersendiri berasaskan alam semulajadi, malah ia menjadi habitat tuntung yang pasti memberi pengalaman indah kepada pelancong.
Anda berpeluang melihat sendiri tuntung betina mendarat ke pesisir sungai di Kampung Temir untuk bertelur pada malam hari dan pengalaman pasti begitu mengujakan terutama bagi mereka yang pertama kali merasai pengalaman ini.
Kampung Temir, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Kuala Terengganu, memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang masih belum tercemar namun disebabkan kekurangan promosi dan lokasi yang agak terpencil, ia hanya dikunjungi oleh sebilangan kecil pelancong sahaja sebelum ini.
Nak tahu ada apa lagi di Kampung Temir? Jom cuti-cuti ke Terengganu.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...