Port healing dalam hutan di Belantara Resort Trong, Perak pemandangan di sini cukup indah. Yang suka ootd memang puas hati, banyak sudut instagramable.
Port Glamping di Perak
Cuma jalan masuk agak menyeramkan sebab lalu kawasan kampung, kebun getah, kebun kelapa sawit dan jalan berbatu yang belum ditar. Tetapi jangan risau, jalan dia cantik dan kereta biasa pun boleh masuk.
Kalau sudah sampai, boleh terus bawa anak anak mandi mini theme park. Mini theme park sini sesuai untuk anak-anak sebab tak dalam sangat. Mak-mak boleh menyembang di tepi sambil anak-anak bermain.
Bab Makanan Jangan Risau
Ads
Makan malam dan breakfast disediakan. Termasuk dalam pakej penginapan. Makanan buffet yang bagi saya agak banyak pilihan. Yang paling best, makanan sedap.
Makan malam – sate gemok, ayam bakar, spagetti bolognese, nasi, lauk ayam, kuey teow goreng dan banyak lagi.
Breakfast- nasi hujan panas, soto, cereal, teh panas, kopi dan macam-macam lagi.
Ads
Selain dari theme park, ada playground, sungai, tempat main bola tampar dan lapangan memanah.
Owh ya, kalau nak kayuh basikal atau naik atv pun boleh tapi yang ni ada caj tambahan.
Uzbekistan, bukanlah negara yang sering menjadi destinasi idaman untuk melancong. Namun, jika anda berpeluang berkunjung ke sana pasti mengubah persepsi kalian.
Banyak keistimewaan Uzbekistan termasuk sejarah ketamadunannya. Uzbekistan antara satu negara Asia Tengah yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan Islam dan boleh dikatakan menjejakkan kaki ke sini seolah-olah berada di bumi Anbiya.
Kompleks Makam Imam al-Bukhari RA
Seni binanya sangat hebat dan menempatkan makam cendekiawan Islam Imam al-Bukhari RA, pengumpul dan perawi hadis tersohor. Makan ini yang terletak di perkampungan Hartang, daerah Payaryk. Di kawasan asal makam ini terdapat sebuah bangunan berbentuk empat segi yang dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada sekitar 1997, iaitu kira-kira 1,225 tahun selepas kematian Imam al-Bukhari. Ia dibuka dengan rasmi pada 23 Oktober 1998. Tidak sekadar menziarahi makam beliau, kompleks itu juga mempunyai muzium dan Masjid al-Bukhari di mana kebanyakannya tidak akan melepaskan peluang menunaikan solat sunat di sana.
Registan Square
Registan Square yang terletak di tengah bandar Samarkand. Ia merupakan monumen bersejarah gabungan tiga bangunan madrasah iaitu Ulughbek, Sher-Dor dan Tillya-Kari. Ia dilabelkan sebagai pemandangan paling indah di negara Asia Tengah dan merupakan antara destinasi wajib juga dikunjungi di Samarkand.
Menginap di V E Hotel & Residence, Bangsar South yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur dengan reka bentuk moden. Menyediakan kemudahan, keselesaan dan akses mudah buat pelancong perniagaan di Bangsar South, sebuah hab komersial dan gaya hidup yang kian berkembang maju di kota Kuala Lumpur.
Inapan ideal di tengah kota
V E Hotel & Residence Bangsar South (V E Bangsar South) ialah jenama hotel empat bintang merupakan pilihan tepat buat sesiapa jua yang mencari inapan strategik di tengah kota . Terletak berdekatan dengan KL Sentral, stesen Transit Aliran Ringan utama di bandar yang menghubungkan terus ke kereta api ekspres menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hotel ini menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk bergerak. Dengan sejumlah 337 buah bilik mewah dan bilik suite penjuru yang serba lengkap berserta 90 bilik kediaman servis apartmen dan berkelengkapan penuh yang mempunyai satu serta dua bilik tidur, hotel ini merupakan pilihan tambahan yang amat tepat buat kawasan yang semakin berkembang maju.
Pelbagai pilihan untuk penginapan
Direka dengan penuh teliti, V E Bangsar South menampilkan ruang lobi yang luas berserta tiga kaunter penyambut tetamu bagi menjamin proses daftar masuk dilakukan dengan pantas. Tetamu boleh memilih bilik mewah, bilik suit atau bilik mewah perniagaan yang menyediakan akses kepada kemudahan istirehat yang bersifat peribadi.
tetamu boleh menempah kediaman hotel yang mempunyai satu atau dua buah bilik tidur dengan kemudahan daftar masuk dan lif yang berasingan
Memasuki ke ruang apartmen satu bilik, memberikan keselesaan buat anda yang datang bersama keluarga. Apa yang menariknya ruang tamu dilengkapi dengan set sofa dan juga TV LCD untuk lepak santai sambil menonton program kesukaan.
Di lantai yang sama ruang dapur dan ruang makan tersedia buat pengunjung. Lengkap dengan kabinet dapur serta peralatan elektrik seperti peti sejuk, microwave dan mesin basuh memberi kemudahan. Ruang bilik juga dilengkapi dengan TV LCD. Tilam yang empuk memberikan anda istirehat yang sebenar. Bilik ini dilengkapi dengan wardrobe dan juga bilik air. Anda tidak perlu berebut kerana di luar bilik juga disediakan tandas.
Kemudahan amenity yang pelbagai
V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden yang memberi tumpuan terhadap penyediaan keperluan yang tepat, seperti katil yang besar, sambungan WiFi yang bagus, kemudahan dan ameniti yang amat teliti, perkhidmatan yang penuh perhatian serta lokasi yang strategik. Direka dengan gaya pancuran air yang mengagumkan, podium ini menempatkan restoran hotel untuk menjamu selera sepanjang hari, dikenali sebagai The Straits Estate, berserta tiga bilik menjamu selera peribadi, sebuah bar kawasan terbuka dan ruang istirehat, kolam yang amat luas, serta gimnasium yang serba lengkap dan dibuka 24 jam.
Design restoran yang classy..
Di sini terdapat empat in-house kafe dan restoran iaitu The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe. Restoran The Straits Estate dibina menghadap central garden courtyard dengan sebuah kolam yang menambah suasana tenang. Manakala di lobi Kisosk The Deli, pengunjung boleh menikmati hidangan ringkas seperti gourmet sandwich, salad dan pastries bersama pilihan snek tradisional tempatan. Anda boleh singgah menikmati minum petang di sini sambil menghirup kopi atau teh.
Swimming sambil minum cocktail
Bagi yang suka berenang, jangan lepaskan peluang. Santai di area kolam renang memberi pandangan yang menarik sambil menikmati bangunan-bangunan di sekitar Bangsar South. Kolam untuk kanak-kanak turut disediakan . Kesemua kemudahan ini terletak di tingkat tiga.
Turut sesuai untuk event korporat
Untuk mesyuarat dan sebarang acara, V E Bangsar South terletak berhampiran dengan Pusat Persidangan & Acara Connexion, pengurus acara terkemuka yang mengurus kemudahan yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan mampu memuatkan sehingga 2,000 peserta, selain mudah diakses terus dari hotel. Sesungguhnya hotel ini amat tepat untuk pelancong komersial dan kumpulan perniagaan, V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden. Terima kasih V E Hotel & Residence Bangsar South untuk penginapan yang sangat selesa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain alam semula jadi, Sarawak juga gah di mata dunia kerana dibina dan dibangunkan dengan penuh harmoni oleh masyarakat pribuminya.
Biarpun terdapat 30 etnik berlainan termasuklah suku kaum Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Penan mereka hidup dalam kelompok yang aman dan damai.
Semua kumpulan etnik ini memiliki bahasa, kebudayaan serta corak hidup tersendiri sejak zaman lampau, era pemerintahan James Brooke hingga merdeka. Antara keistimewaan dapat dilihat seperti pakaian, kraf tangan, makanan, gaya hidup, tarian dan kediaman tradisi pelbagai etnik berbeza.
Hendak merantau satu negeri Sarawak melihat setiap suku kaum mungkin mengambil sedikit masa. Untuk memudahkan anda mengetahui lebih lagi mengenai suku kaum ini, anda boleh berkunjung ke Sarawak Cultural Village.
Di sini menempatkan replika pelbagai rumah kaum etnik Sarawak bersaiz sebenar. Selain melawat rumah-rumah tradisi ini, anda boleh merasai sendiri kepelbagaian budaya Sarawak seperti pemakaian kostum, juadah tradisi, mencuba alat sumpit, atau menari bersama kumpulan kebudayaan yang membuat persembahan setiap hari.
Jom cuti-cuti Sarawak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!