Dari jauh, rumah dengan seni bina Melayu tradisional ini gagah berdiri. Dibina dari binaan kayu cengal lama dan atap singgora, rumah penginapan dan tempat makan sedap di tengah bandar Kota Bharu menjadi viral hingga di kunjungi ramai termasuk golongan VVIP, artis, instafamous dan orang ramai untuk menikmati suasana indah dan damai di sini.

Terletak di Kampung Air Deras, Pasir Hor (lebih kurang empat kilometer dari bandar KB), tidak hanya seni binanya yang cantik, seolah kita dibawa ke zaman silam Melayu lama tetapi di sini juga sangat popular dengan juadah tradisional yang rasanya mendapat pujian 10 bintang kerana semua makanannya sedap-sedap belaka. Lebih terbawa-bawa perasaan itu apabila semua makanan dihidangkan dalam pinggan lagend seolah-olah mengenang zaman kita kecil dahulu.

Makanan Kampung Istimewa Di Singgora Hor, Singgah Sini Kalau Ke Kota Bharu

IKLAN

Makanan Kampung Istimewa Di Singgora Hor, Singgah Sini Kalau Ke Kota Bharu

Makanan Kampung Istimewa Di Singgora Hor, Singgah Sini Kalau Ke Kota Bharu
Pasti kecur melihat semua menu-menunya seperti ikan rebus goreng, ayam gulai kawah, solok lada, acar masak pisang benggala, ulam-ulaman serta kuih muih tradisional yang kesemuanya sedap hingga ia menjadi popular di kalangan pelancong luar dan dari Kelantan sendiri. Lebih unik, di Singgora Hor ini juga ada menyediakan penginapan homestay untuk pengunjung menikmati suasana kampung yang sebenar-benar kampung.

IKLAN

Makanan Kampung Istimewa Di Singgora Hor, Singgah Sini Kalau Ke Kota Bharu
.

Makanan Kampung Istimewa Di Singgora Hor, Singgah Sini Kalau Ke Kota Bharu
.

IKLAN

Makanan Kampung Istimewa Di Singgora Hor, Singgah Sini Kalau Ke Kota Bharu

Namun sebelum mahu singgah makan menu masakan popular Kelantan ini atau tak nak rasa kecewa, sila buat tempahan dahulu dengan pihak Singgora kerana tiada walk in disediakan di premis ini.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI