Uncategorized

Masjid Dan Gereja Berjiran Pada Kedalaman 1.7KM Dalam Kerak Bumi

Share

Masjid dan gereja ini terletak di PT Freeport, Tembagapura, Papua, Indonesia dan merupakan masjid dan gereja utama untuk pekerja-pekerja lombong menunaikan solat serta ibadah-ibadah lain.

Di mana sahaja ada komuniti orang islam, pasti akan dibina surau atau masjid untuk masyarakat datang menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Jadi, tidak kurang juga dengan apa yang berlaku di kawasan perlombongan ini apabila sebuah masjid yang diberi nama sebagai Masjid Baabul Munawwar didirikan 1,760 meter di bawah permukaan bumi.

Selain daripada Masjid Baabul Munawwar ini, bersebelahnya juga terletak sebuah gereja yang digunakan oleh penganut agama kristian untuk menunaikan ibadat mereka dan dinamakan sebagai Gereja Oikumene Soteria.

Masjid Baabul Munawwar terletak bersebelahan dengan Gereja Oikumene Soteria.
Jemaah menunaikan solat di Masjid Baabul Munawwar, PT Freeport, Papua, Indonesia.

Pembinaan dua tempat ibadat sebelah-menyebelah itu menunjukkan bahawa sikap toleransi diantara kaum sangat tinggi dan keharmonian wujud di dalam diri mereka. Maklumlah, berkerja di tempat-tempat berbehaya seperti kawasan perlombongan, siapa lagi yang ada untuk membantu sesama sendiri di kala susah kalau bukan antara satu sama lain.

Masjid Baabul Munawwar

Untuk pengetahuan anda, daerah Papua, Indonesia adalah satu daerah yang kaya dengan hasil bumi dan PT Freeport di sini adalah satu kawasan perlombongan yang sangat besar. Rata-rata pekerja lombong merupakan orang islam, menjadikan Masjid Baabul Munawwar ini adalah satu tempat yang penting kepada mereka untuk menunaikan ibadat sehari-hari.

Baabul Munawwar bermaksud ‘pintu cahaya’ dan masjid ini memberikan keselesaan kepada pekerja-pekerja lombong kerana mereka tidak lagi perlu untuk naik ke permukaan bagi menunaikan solat. Malah, pada bulan Ramadan baru-baru ini, banyak aktiviti keagamaan dijalankan di sini seperti solat terawih, majlis iftar dan sebagainya.

Ceramah agama turut diadakan di Masjid Baabul Munawwar.
Sekitar majlis iftar di Masjid Baabul Munawwar ketika bulan Ramadan baru-baru ini.

Berfungsi seperti masjid-masjid biasa di permukaan, masjid ini juga diimarahkan dengan kehadiran ramai ustaz-ustaz jemputan untuk diadakan ceramah dan kuliah agama kepada pekerja-pekerja lombong. Maka benarlah, salah satu kelebihan yang ada pada pembinaan masjid adalah dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan di antara hamba-hambaNya.

Sekalipun terletak jauh dalam kerak bumi, masjid ini tetap nyaman daripada suhu yang panas. Maklumlah, apabila kita berada dekat dengan dasar bumi, makin panas suhu yang akan dirasai. Namun, kerja-kerja pembinaan masjid termasuk sistem pengudaraan dilakukan dengan baik hinggakan ruang dalam masjid terasa nyaman oleh pekerja yang datang solat di sini.

Sumber: PT Freeport Indonesia

 

IKLAN