Orang kata, Satun Thailand pun tempat wajib pergi kalau suka tengok tempat orang sambil makan-makan.
Hatyai dah selalu sangat, jadi cuba berjalan ke sini pula. Boleh tahan pemandangan pantai dan makanan di sini.
Masuk Satun Thailand
Haa… jangan terkejut sebab di sini tak kurang hebatnya, jika nak dibandingkan dengan tempat lain di Thailand.
Ini antara 7 tempat yang patut dilawati bila dah jejakkan kaki ke Satun!
1. Taman Bunga Matahari (Khao Thanan Thung Wa)
Terletak di wilayah Phatthalung, taman bunga ini terkenal dengan pemandangan ladang bunga matahari yang luas dan menakjubkan. Waktu musim bunga, taman ini akan dipenuhi dengan bunga matahari yang berkembang mekar, mencipta suasana yang menenangkan.
Boleh berjalan-jalan di sekitar taman untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan ini dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Di sini juga ada sebuah cafe yang sangat menarik untuk bergambar. Nak ambil OOTD untuk Instagram, jomlah ke sini!
2. Koh Li Pe
Dengan pasir putih yang lembut, air laut yang jernih seperti kristal dan pemandangan matahari terbenam yang indah, Koh Li Pe merupakan pulau kecil yang sangat menawan di Thailand Selatan.
Pulau yang digelar sebagai ‘Maldives of Thailand’ ini mempunyai tiga pantai yang indah iaitu Sunrise Beach, pantai matahari terbenam dah yang paling popular ialah pantai Pattaya.
Ads
Pulau kecil yang seakan-akan menjadi syurga tersembunyi ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk dicuba seperti memancing, menyelam, snorkeling dan menunggang skuter di sekitar pulau.
Selain itu, pengunjung juga boleh merasa keselesaan dan ketenangan dengan memanjat bukit kecil di tepi pantai atau menjelajah hutan-hutan tropika yang hijau.
3. Pantai Rawai
Anda tidak akan menemui deretan hotel mewah atau pusat membeli-belah yang ramai di sini, tetapi lebih kepada suasana yang santai dan damai. Pantai Rawai terkenal dengan kehidupan dan aktiviti nelayan yang aktif, jadi anda akan nampak banyak bot nelayan di sini.
Apa yang best, anda juga boleh membeli ikan segar dari pasar ikan yang terletak bersebelahan dengan pantai. Pantai Rawai juga terkenal dengan restoran-restoran yang menyajikan hidangan laut segar dan lazat. Anda boleh mencuba masakan laut yang popular seperti tom yam, kerang bakar dan bermacam-macam lagi.
Pantai Rawai atau Rayway ini sebahagian daripada Taman Negara Kepulauan Phetra dan pantai ini boleh diakses dengan motosikal dan kereta.
Ads
4. Masjid Al-Hashimi
Masjid Al-Hashimi merupakan spot seterusnya yang wajib singgah jika ke Satun. Reka bentuknya memang mirip Masjid Al Aqsa di Baitulmaqis nun.
Masjid berkubah kuning ini menjadi replika masjid di Baitulmaqdis ini adalah salah satu tempat menarik di Satun, terutamanya bagi yang masuk Thailand melalui sempadan Wang Kelian.
Terletak lebih kurang 24km dari sempadan Wang Kelian, seni binanya sangat unik kerana reka bentuk dan ukuran yang sama termasuk saiz, lantai, dinding dan hiasan dalaman.
Masjid ini mampu memuatkan 7,000 orang, 5,000 orang di dalam dan 2,000 orang jemaah di bahagian luar. Jadi, bagi anda yang ingin merasai pengalaman beribadah di Satun, pastikan Masjid Al Hashimi ini menjadi salah satu destinasi wajib singgah!
5. Masjid Mambang/Pusat (Satun Central Mosque)
Terletak di pusat bandar Satun, masjid ini memiliki reka bentuk yang menggabungkan unsur-unsur seni Islam tradisional dan seni bina moden. Kubah dan menara yang menjulang tinggi ini menjadi mercu tanda utama di bandar Satun.
Tempat yang sesuai untuk menunaikan solat selepas pemanduan jauh dari Malaysia. Selain itu, dengan taman-taman hijau yang indah di sekitarnya, menjadikan masjid ini sebagai lokasi yang ideal untuk meluangkan masa bersama keluarga atau mengambil gambar-gambar yang cantik.
Ads
6. Pantai Pak Bara
Di sini anda boleh lihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Dihamparkan dengan pasir putih dan air laut yang jernih menjadikan pantai ini tempat yang ideal untuk aktiviti sunbathing, berenang serta snorkeling.
Pantai Pak Bara juga dikelilingi oleh kehijauan dan tebing yang menambahkan suasana yang menenangkan jiwa dan sesuai untuk santai bersama keluarga.
Jangan lupa untuk merasai keenakan makanan laut yang segar dan enak yang pastinya akan memuaskan selera.
7. Pekan Thung Wa (The Town of Little Penang)
Pekan Thung Wa atau ‘The Town of Little Penang’ adalah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah ini.
Pekan ini adalah sebuah destinasi yang unik dan menjadi semakin popular dalam kalangan pelancong yang ingin merasai budaya Melayu yang berbeza di Thailand.
Anda akan terpesona dengan rumah-rumah tradisional, pasar raya, kedai-kedai dan restoran-restoran yang menawarkan makanan Melayu yang lazat dan tradisional.
Jangan lupa untuk mengambil gambar di depan mural-mural warna-warni yang menarik dan jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan hidangan tradisional seperti laksa, rojak dan pelbagai lagi.
Percutian ke Satun pastinya menjadi destinasi menarik dan akan diulang apabila tiba cuti panjang atau public holiday.
Tak perlu naik kapal terbang atau naik bas persiaran, cukup dengan memandu kenderaan sendiri yang bermula dari Wang Kelian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mahu melihat pemandangan hutan hujan yang berusia 130 tahun dari udara dan kawasan sekitarnya. Jom rasai pengalaman mendebarkan dengan menaiki Awana Skyway di Resort World Genting.
Kecanggihan Awana Skyway yang mempunyai 99 unit kereta kabel termasuk 10 unit gondola berlantai kaca menjadi tarikan baharu pengunjung yang ingin menghabiskan percutian hujung minggu atau bercuti bersama ahli keluarga.
Kereta kabel ini boleh membawa 3,000 penumpang setiap jam dari stesen Awana ke hentian terakhir di stesen SkyAvenue pada ketinggian 620 meter. Dengan kelajuan enam meter sesaat, perjalanan sejauh 2.8 kilometer mengambil masa hanya 10 minit.
Sistem kereta kabel keempat di Resorts World Genting ini antara yang terkini dan relevan di tempat peranginan di Malaysia. Bagi yang pertama kali ingin merasai pengalaman menaiki Awana Skyway pengunjung boleh merasai detik yang mencabar bermula di stesen Awana.
Ia mengambil masa kira-kira enam minit untuk kereta kabel bergerak dari stesen Awana ke stesen Tokong Chin Swee yang terletak pada ketinggian 1,514 meter.
Jika ingin berhenti di stesen Chin Swee yang terletak di pertengahan antara stesen pertama dan terakhir untuk menikmati pemandangan panorama, anda boleh membuat pilihan sebelum meneruskan perjalanan ke pusat membeli-belah SkyAvenue.
Di stesen ini, penumpang boleh turun untuk ke kuil melalui laluan khas dengan menggunakan eskalator. Kemudahan seperti tempat letak kereta sendiri, tandas dan kios tiket automatik disediakan. Menariknya setiap gondola turut dilengkapi dengan dua pengecas USB dan penumpang boleh menggunakan untuk mengecas telefon bimbit.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Taman Tema & Sewaan, Thomas Ng berkata, Awana Skyway menawarkan perjalanan yang lebih singkat berbanding Genting Skyway sebelum ini sejauh 3.4 kilometer serta mampu membawa 1,600 orang setiap jam.
“Kita jangkakan apabila siap sepenuhnya fasiliti, Resorts World Genting akan menjadi tempat hiburan bertaraf dunia dengan adanya taman tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dan pusat membeli-belah SkyAvenue yang menawarkan pilihan membeli-belah dan tempat makan yang menarik.
“Perancangan ini dijangka akan meningkatkan jumlah pengunjung ke Resorts World Genting kepada 30 juta pada tahun 2020, daripada 20 juta setahun pada masa ini,” ujarnya.
Terletak di Pulau Lombok, Gunung Rinjani yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan sering menjadi tumpuan bagi pendaki-pendaki tempatan dan juga dari luar negara.
Mempunyai ketinggian 3,726 meter dengan pemandangan yang cukup indah, pendaki dari Malaysia juga semakin ramai menjejakkan kaki ke sini menawan puncak gunung yang terletak di Lombok ini.
Perjalanan untuk menuju ke puncak ternyata tak mudah, namun dengan kegigihan dan beberapa panduan, insyaAllah ia boleh jadi kenyataan. Pernah sampai ke Puncak Gunung Rinjani, Yuzairi Yusofberkongsi tip untuk korang yang ada plan ingin menakluki Rinjani sepertinya.
Ikuti perkongsiannya:
Ada yang meminta. Jadi, saya rumuskan setakat yang termampu. Mungkin dapat menjadi panduan untuk mereka-mereka yang mahu ke Rinjani. Semoga bermanfaat. Nikmatilah juga keindahan taman langit ciptaan Tuhan yang sempat saya rakamkan di Rinjani.
Rumusan Pendakian ke Gunung Rinjani
Hanya ada satu penerbangan sehari ke Lombok & perlu menaiki kapal terbang dari KLIA 2.
Penukaran matawang Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia buat masa sekarang adalah RM304 untuk 1 juta rupiah.
Perlu diingat bahawasanya pin plug elektrik di Indonesia adalah berkonsepkan ‘type C & F’. Sediakan ‘travel plug adapter’ dari awal.
Kebanyakkan makanan di Lombok dijamu dalam keadaan pedas & tidak berkuah. Jaga pemakanan sedari awal untuk mengelakkan kesakitan perut yang ekstrim setibanya di basecamp.
Pendakian dari Pos Sembalun ke Pos 2 boleh juga dengan menggunakan khidmat Ojek (teksi bermotor). Dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 1 jam setengah waktu pendakian. Bayaran sekitar RP150,000.
Jika tidak mahu menggunakan Ojek, perlu berjalan kaki dari Pos Sembalun melalui Pos 1 & 2. Perjalanan bersifat landai & mengambil masa sekitar 2 jam.
Cuaca yang sangat terik & tiada pohon untuk berteduh mulai dari Pos Sembalun sehingga ke Pos 3. Pemakaian ‘sun block’ & topi ‘mortal kombat’ adalah sangat digalakkan.
Terlampau banyak tahi lembu di sepanjang jalan antara Pos Sembalun hingga ke Pos 3. Elakkan terpijak untuk mengelakkan kemurungan di awal pendakian.
Khidmat porter boleh digunakan untuk membawa barangan peribadi sehingga ke basecamp. Buatlah keputusan yang tepat samada mahu menggunakan khidmat porter sedari awal ataupun kalian akan menanggung azab pendakian menuju ‘Bukit Penyesalan’ yang tidak terbayangkan oleh pemikiran manusia normal.
Porter akan berulang alik mengambil mata air di sekitar basecamp untuk kegunaan para pendaki beristinjak. Akan tetapi, penggunaan tisu basah juga tidak perlu diabaikan. Bawa secukupnya.
Sediakan air minuman yang mencukupi untuk bekalan di basecamp pada hari pertama, kedua & ketiga (sekiranya melalui Jalur Torean).
Tiada sumber elektrik di basecamp. Pastikan setiap pendaki membawa ‘powerbank’ sendiri.
Tiada tandas awam di basecamp. Yang ada hanyalah sebuah kawasan bertutup kain kanvas & digali lubang untuk tujuan melunaskan hajat. Perlu berkongsi dengan pendaki lain.
Sekiranya perlu membuang air besar, kambuslah semula dengan tanah untuk mengelakkan bau-bauan yang tidak diingini terhidu di sekitar kawasan perkhemahan.
Selain tahi lembu, tahi manusia juga agak mudah untuk ditemui di kawasan bersemak. Biasanya berlapik dengan tisu. Elakkan memijak tisu-tisu sekiranya terjumpa di jalanan. Demi Tuhan, sesungguhnya kemurungan akibat terpijak tahi manusia lebih menyakitkan hati berbanding terpijak tahi lembu.
Cuaca dingin membeku mula terasa sekitar pukul 6:30 petang. Penggunaan jaket tebal diwajibkan kecuali jika kalian berkulit seperti penguin.
Latihan stamina berintensiti tinggi seperti berjoging, turun naik tangga kondominum, kardio workout, tersangatlah penting untuk menguatkan lagi daya tahan paru-paru. Elakkan sekadar melakukan latihan ringan seperti melompat bintang sehari 20 kali jika tidak mahu tertiarap awal untuk ke puncak.
Pendakian ke puncak akan melalui kawasan yang sangat berpasir.Penggunaan gaiter adalah wajib.
Kepenatan sebenar adalah apabila kalian melangkah 2 kali tetapi berterusan tergelincir semula ke bawah 1 kali akibat kurangnya tenaga geseran antara tapak kaki & pasir longgar untuk ke puncak. Banyakkan bersabar, mengucap & beristighfar. Ingat Tuhan.
Matahari mula terbit pada pukul 5:30 pagi. Cuaca panas melampau bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga boleh menyebabkan muka kalian menjadi warna pink. Bawa sunblock atau tutup muka kalian dengan bandana.
Sekiranya kalian merancang untuk turun melalui Danau Segara Anak sebelum ke Jalur Torean, perlu dipastikan agar kalian tiba di puncak Rinjani sekitar 6 – 10 pagi & kembali semula ke basecamp sebelum pukul 2 tengahari.
Jaga stamina ketika mendaki ke puncak. Kawal langkah & pernafasan. Jangan berlumba dengan mat saleh. Susah kalian nak menang. Hanya memenatkan diri sendiri sahaja.
Elakkan memakai kasut yang ketat ataupun terimalah akibat bahawa kalian mungkin akan kehilangan kuku kaki setibanya di Malaysia.
Jika mahu kelihatan kurus, gunakan ‘wide lens 0.5x’ ketika mengambil gambar. Pegang & posisikan kamera sedikit tinggi separas leher & halakan lens kebawah kearah subjek. Ini adalah teknik yang biasa saya gunakan ketika masih lagi aktif menjadi jurugambar perkahwinan.
Nikmati pendakian kalian bersama kawan-kawan sebaiknya. Berjaya menawan puncak ataupun tidak bukanlah penentu segalanya. Keselamatan diri lebih utama. Tidak lari Rinjani dikejar. Ambil tahu tahap kecergasan kalian & selamat berusaha.
Libur terjumpa perkataan ‘Tahun Baru Imlek’ dalam kalendar cuti Indonesia. Kami ni dah la mudah terkejut, lalu curious, apa kebenda imlek ni? Paham pun tidak.
Ada pesta makan-makan ke? Berbekalkan kebijaksanaan yang ada, kami pun menggooglelah sebab nak tahu apa ke benda imlek tu..
Dah hasilnya…. Tahun baru imlek ni sebenarnya tahun baru Cina!! Imlek ni digunakan dalam masyarakat Indonesia untuk merujuk kepada perayaan tahun baru yang disambut oleh masyarakat tionghua di sana.
Hek elehh.. Itu rupanya.. So salah seorang daripada kami pun bertanya la dengan kawan dia yang fasih berbahasa Cina untuk mendapatkan kepastian sebab perkataan tu tak pernah dengar di Malaysia.
Menurut kawan kepada kawan kami ni, perkataan tu biasa dituturkan oleh orang-orang lama. Selama dia bercakap bahasa mandarin ni, jarang sangat dia dengar Cina Malaysia menggunakan perkataan imlek kalau merujuk kepada sambutan tahun baru. Sebab tu kita jarang dengar.
Kami pun apa lagi? Ohhh sahajalah beramai-ramai.. Macam budak-budak baru tahu satu benda baru, macam tu la keadaan kami.
Jadi, kalau nama pun tak sama dengan tahun baru cina di Malaysia, ada apa-apa lagi tak yang berlainan?
Sebenarnya tak ada apa yang berbeza dengan sambutan tahun baru Cina di Malaysia. Semuanya sama sahaja daripada segi berkumpul ahli keluarga pada malam makan besarnya, angpaunya, tarian singanya, buah mandarinnya dan perhiasan bertemakan warna merah, semuanya sama sahaja.
Yang berbeza hanya nama panggilan sahaja. Di Malaysia dipanggil Tahun Baru Cina manakala di Indonesia dipanggil Tahun Baru Imlek.
So sekarang kami dah faham, tak ada bila ke sana nanti terkebil-kebil bila orang tanya tak “tak sambut tahun baru imlek mas?”, hahaha.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!