Sebut sahaja ingin bercuti di Kuala Lumpur, pasti ramai yang mengeluh terutama pengunjung luar dari kawasan ini untuk datang bercuti. Kebanyakkannya beranggapan bercuti di Kuala Lumpur hanya semata-mata untuk mencari kawasan hiburan atau membeli-belah sahaja.
Silap tu! Di Kuala Lumpur sangat banyak muzium dan galeri yang menawarkan lokasi infomatif yang berguna. Antara yang kurang dan ramai tidak mengetahui kewujudannya seperti:
Muzium Polis Di Raja Malaysia
Mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudan Muzium Polis Diraja Malaysia terlatak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur tersimpannya hampir 2,000 artifak dengan nilai sejarah menceritakan zaman dan setiap kegemilangan PDRM untuk dipamerkan kepada umum.
Ia juga menyimpan pelbagai bahan bukti bagi kes-kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia termasuk yang mencetuskan kegemparan seluruh negara seperti aktiviti penjenayah Botak Chin yang digeruni suatu masa dulu selain kegiatan kongsi gelap dan komunis.
Info Ringkas
Penjenayah era 70-an, Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin yang terlibat dalam kes rompakan bersiri ala ‘Robin Hood’ terbesar di negara ini. Nama Botak Chin merujuk kepada gabungan tiga perkataan ‘Bo Tak Chin‘ dalam dialek Hokkien yang membawa maksud ‘Cina tiada kerja’.
Botak Chin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 adik beradik di Kuala Lumpur pada 3 Mac 1951, berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur selama setahun. Di sinilah, Botak Chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kumpulan kongsi gelap atau Geng 360 yang menguasai kawasan tersebut.
Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Ketika menunggu hukuman mati dilaksanakan, Botak Chin bertindak menyerang dan mencederakan warden penjara dengan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada pukul 3 pagi, 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
Ads
Jika pengunjung ke muzium ini, anda pasti teruja dapat melihat pelbagai koleksi senjata, model dan gambar-gambar lama, serta gambar peta dan rajah berkaitan darurat selain kelengkapan balai polis lama sebagai sumber pengetahuan. Muzium ini sangat sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.
KL City Gallery
Jika berkunjung ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah sebentar di KL City Gallery sebagai pelengkap percutian anda di sini. Dari koleksi barangan cenderamata yang unik sehinggalah replika model terbesar Bandaraya Kuala Lumpur boleh anda saksikan di banggunan era kolonial yang berusia lebih 100 tahun. Pelbagai maklumat pelancongan serta koleksi lukisan dan gambar-gambar sejarah Kuala Lumpur termasuk hiasan mercu tanda terkenal Kuala Lumpur juga menjadi daya tarikan lokasi ini.
Ads
Untuk membeli koleksi cenderamata yang dihasilkan dengan sentuhan citra tempatan, jangan lupa dapatkan koleksi ARCH yang turut dihasilkan di galeri ini. Pelbagai jenis koleksi cenderamata premium berunsurkan seni yang sarat dengan nilai estetik tersedia untuk dibeli pada harga yang cukup berpatutan. Di hadapan galeri ini terdapat sebuah replika ‘i love KL’ yang boleh diabadikan sebagai lokasi bergambar kenang-kenangan sebagai bukti sudah berkunjung ke Kuala Lumpur.
Muzium Kesenian Islam Malaysia
Muzium Kesenian Islam yang terletak berhampiran Masjid Negara telah dibuka pada tahun 1998 lagi. Sejak itu ia telah menjadi salah sebuah institusi muzium terkemuka bertaraf dunia. Di samping koleksinya yang menarik dan mengagumkan, muzium ini juga terkenal kerana rekaan bangunannya. Terdapat satu gabungan unik reka bentuk kontemporari antarabangsa dan ciri-ciri tradisional yang diambil daripada negara Iran dan Asia Tengah. Terdapat juga pelbagai koleksi artifak dari negara China, India dan Asia Tenggara di pamerkan di galeri muzium ini.
Antaranya seperti seni bina islam, Al-Quran, barang kemas, senjata, manuskrip, tekstil, matawang, seramik dan banyak lagi. Paling menarik anda boleh melihat sendiri kain asal yang pernah digunakan untuk menutup pintu kaabah beberapa tahun yang lalu yang dikenali sebagai Kiswah. Jika ingin merasai hidangan sajian Arab yang lazat, pengunjung boleh ke restoran di tingkat bawah yang terdapat di muzium ini. Pastinya hidangan yang disajikan dapat menambat selera anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Teratak Paris ini cukup menarik di Kg. Laneh, menawarkan pengalaman penginapan yang luas dan selesa, sesuai untuk percutian keluarga besar atau kumpulan kecil.
Pencinta alam semula jadi dan suka suasana tenang, boleh memilih lokasi ini dan menginap di sini.
Berteduh di Teratak Paris
Dengan suasana tenang di Kampung Laneh, yang dikelilingi oleh alam semula jadi, sawah padi, bukit-bukau, dan berhampiran dengan Air Terjun Batu Ampar, Teratak Paris adalah tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kota.
1. Homestay Teratak Paris (RM500/malam) – Kapasiti 15-20 orang
Tiga bilik tidur dan ruang tamu yang dilengkapi penyaman udara serta tiga bilik air dengan pemanas air. Homestay ini juga dilengkapi dapur dengan kelengkapan asas, meja makan yang luas di koridor, ruang beranda di hadapan dan belakang, dan akses kepada wifi, Netflix, Disney+, dan YouTube. Tempat yang sempurna untuk percutian ramai.
2. Chalet Yong (RM180/malam) – Kapasiti 4-5 orang
Chalet dua tingkat ini mempunyai satu katil King di tingkat bawah, bilik air dengan pemanas air, serta TV, kipas, peti ais, dan seterika wap. Di tingkat atas terdapat dua katil single dan beranda yang menawarkan suasana tenang. Akses wifi dan hiburan digital seperti Netflix dan Disney+ juga disediakan.
3. Chalet Cik Yang (RM200/malam) – Kapasiti 5-6 orang
Juga dua tingkat, dengan katil Queen di tingkat bawah dan dua katil single di tingkat atas. Chalet ini turut dilengkapi kemudahan penuh seperti aircond, TV, kipas, peti ais, seterika wap, dan wifi serta dua beranda di depan dan belakang.
4. Villa Teratak Paris – Bilik Bonda (RM150/malam) – Kapasiti 2-3 orang
Satu pilihan yang lebih kecil tetapi selesa, bilik ini dilengkapi katil Queen, bilik air dengan pemanas air, mini peti ais, seterika wap, dan wifi bersama dengan akses Netflix dan Disney+.
Selain dari penginapan yang selesa, Kampung Laneh terkenal dengan musim durian dua kali setahun, menambah lagi daya tarikan percutian di sini. Teratak Paris adalah pilihan tepat untuk mereka yang mencari ketenangan alam semula jadi dengan kemudahan moden.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rupanya ada tempat best atas bukit tidak jauh dari pekan Gopeng, sesuai untuk anda yang nak berdamai dengan alam semula jadi.
Serius, resort ini memang best untuk peminat suasana alam hutan yang nyaman. Air terjun Ulu Geruntum dekat sebelah resort ini, lepas mandi terus singgah tidur ke sini.
Waktu malam memang tenang dengar bunyi air terjun mengalir macam melodi lagu. Trip back to nature macam ini memang best kan?
Ada river cabin family, bougain villa dengan pool, river cabin doom dan paling unik, glamping loft.
Owh, ya! Ada macam-macam room yang cantik-cantik kat sini, jadi anda boleh pilih ikut yang anda selesa dan bajet.
Ada private sungai dan private pool juga kat sini. Menarik, bukan?
Tak ramai yang tahu lokasi ni memang cukup segar dan mendamaikan, jadi kalau anda salah seorang yang minat nature, wajib datang berjemaah.
Lokasi:
Hijau Adventures, Gopeng, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gunung berapi Anak Krakatau, yang pernah meletus pada 2018 dan mencetuskan tsunami mengorbankan beratus nyawa, kembali meletus pada malam 10 April 2020 lalu.
Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi, Mitigasi dan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, letusan itu berlaku pada jam 9.58 malam, yang mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 500 meter.
Ketika ini Gunung Anak Krakatau berada pada Status Level II (Waspada) dan penduduk sekitar tidak diperbolehkan mendekati kawah dalam radius 2 km dari kawah.
Pada 22 Disember 2018, lebih 400 orang terkorban akibat letusan gunung itu yang menyebabkan berlaku runtuhan sebahagian gunung berkenaan serta pergerakan tanah di bawah dasar laut yang mencetuskan tsunami.
Pakar mengatakan Anak Krakatoa muncul pada 1928 di kaldera Krakatoa, sebuah pulau gunung berapi yang meletus pada 1883. Dengan aliran lahar yang seterusnya yang tercetus daripada submarin menjadi pulau gunung berapi kecil, dengan konnya kini berdiri pada ketinggian kira-kira 300 meter dari paras laut.
Sejak kemunculannya, Anak Krakatoa yang berada dalam keadaan aktiviti letupan separa-berterusan, semakin meningkat kerana mengalami letusan setiap dua hingga tiga tahun. Tiada sesiapa yang tinggal di pulau ini, tetapi puncaknya begitu popular dalam kalangan pelancong dan merupakan kawasan kajian utama untuk ahli vulkanologi.
Foto: Jakarta Post
Semasa Krakatoa meletus pada 27 Ogos 1883, ia memuntahkan abu sejauh lebih 20 kilometer ke udara dalam satu siri letupan hebat sehingga dapat didengar di Australia dan sehingga 4,500 kilometer jauhnya dekat Mauritius. Awan abu yang besar meliputi kawasan itu, mengakibatkan kegelapan selama dua hari. Tsunami yang dicetuskan oleh letusan itu mengorbankan lebih 36,000 nyawa, dan menjadi salah satu bencana alam terburuk di dunia.
Sumber: Bernama | Mstar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...