Sebuah kapal terbang WestJet yang membuat penerbangan dari Toronto ke Jamaica terpaksa berpatah balik selepas salah seorang penumpangnya ingin menjadi 'viral' dengan mengaku dijangkiti koronavirus.
Tindakan 'bodohnya' itu telah menyebabkan seramai 243 penumpang di atas pesawat Boeing 767 itu panik dan memaksa juruterbang berpatah balik dan mendarat di Florida. Syarikat penerbangan berkenaan mengesahkan kejadian itu dengan menegaskan kesemua anak kapalnya telah menjalankan tugas sehabis baik bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di atas pesawat.
Lelaki yang dikenali sebagai James Patok berusia 29 tahun itu kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Saringan kesihatan telah dijalankan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu dan dia didapati dia tidak dijangkiti koronavirus. Dia diperintahkan untuk hadir ke mahkamah pada 9 Mac depan atas tindakannya itu.
Salah seorang penumpang berkata pesawat hampir sampai ke Jamaica namun terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan. Kru pesawat turut memberikan lelaki itu topeng muka dan sarung tangan. Malah, dia juga diasingkan di tempat duduk bahangian belakang. Kebanyakkan penumpang kecewa apabila mengetahui ia adalah palsu. Perbuatannya itu sangat mementingkan diri dan membuatkan kami rugi waktu bercuti.
Stesen televisyen Kanada, Global News, melaporkan lelaki itu mengaku dia sengaja mahu memuat naik video di laman sosial supaya ia tular. Dia mengaku telah melakukan satu kesalahan tetapi tidak menafikan gembira dengan publisiti yang diterimanya. Menurutnya dia hanya membuat 'jenaka' pengumuman mengatakan dia baru pulang dari wilayah Hunan, tidak lebih dari itu.
Ads
"Apa yang saya buat, saya berdiri, saya kata, 'Perhatian semua. Saya baru balik dari wilayah Hunan.' Itu sahaja," katanya.
Seorang pemandu pelancong warga Malaysia adalah antara terkorban akibat COVID-19 di Thailand
Lelaki berumur 55 tahun dari Kelantan itu meninggal dunia pada 14 April 2020 di sebuah hospital di Bangkok.
Foto: BernamaFoto: Bangkok post
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Georgia, sebuah negeri di bawah bekas Soviet dari 13 hingga 19 Mac dan seorang daripada kumpulan pelancong yang diikutinya itu dijangkiti COVID-19.
Foto: Mikhail Japaridze/TASS
Lelaki rakyat Malaysia berkenaan jatuh sakit pada 21 Mac dan mendapatkan rawatan di hospital pada 29 Mac serta kemudian disahkan positif COVID-19. Keadaannya didapati semakin merosot selepas dua minggu. Isteri lelaki tersebut juga disahkan positif COVID-19.
Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tambang Kelas Perniagaan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.
Promosi istimewa ini bermula dari sekarang dan berakhir pada 2 Mac, membabitkan perjalanan serta merta sehingga 31 Jan 2021, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
**media[154463]**
Kelas perniagaan Malaysia Airlines menawarkan kaunter daftar masuk yang eksklusif, keutamaan dalam bagasi termasuk akses kepada Golden Lounge, antara lain.
Untuk destinasi domestik, syarikat penerbangan itu menawarkan tambang sehala semua dalam satu bermula daripada RM299, penerbangan ke Singapura daripada RM499, Phuket hanya RM549, Bangkok sebanyak RM599 dan Surabaya berjumlah RM659.
Sementara itu, promosi ini juga termasuk penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Beijing, dengan tambang bermula daripada RM2,799, Delhi daripada RM3,199, Seoul hanya RM3,399, Auckland daripada RM10,299 dan London sebanyak RM12,999.
Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun tambahan sebanyak lima peratus apabila mereka membeli tiket dengan menggunakan kad Maybank melalui penggunaan kod promo BIZ4MAYBANK.
Mereka juga boleh memilih 'Fly Now' Malaysia Airlines, pelan bayar kemudian dengan kad kredit Maybank dan Public Bank, yang membolehkan pelanggan untuk membayar tambang secara ansuran dengan kaedah sifar dalam tempoh enam atau 12 bulan.
Teluk Darvel di Lahad Datu, diyakini mampu menarik kedatangan pelancong dunia berikutan penemuan tapak selam skuba yang ikonik dikenali sebagai ‘Blue Hole’ (Lubang Biru) di Terumbu Tingkayu.
Penemuan itu direkodkan pada 14 Februari lalu oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS) yang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel.
Lebih menarik, Blue Hole itu ditemukan dengan dua struktur lubang biru, berbanding Blue Hole lain di dunia yang hanya ada satu lubang. Setiap satu berkedalaman 15 meter (45 kaki) ke dasar laut. Pegawai Penyelidik Kanan TTS, Nasrulhakim Maidin berkata Blue Hole seumpama itu adalah penemuan tunggal di Sabah dan berkemungkinan di Malaysia.
“Jika struktur terumbu separa tenggelam ini (seperti gua dalam air) dipromosi sebagai tapak selam skuba, ia boleh menjadi daya tarikan pelancongan hebat seperti di The Great Blue Hole of Belize (Amerika Tengah), Blue Hole Dean (Bahamas), selain Dragon Blue Hole (China).”
Menurutnya penemuan terjadi apabila peta remote sensing mengesan kawasan terumbu karang tetapi tidak menyangka tapak itu adalah Blue Hole.
“Kita teroka kedua-dua lubang dengan air biru sangat cantik. Kita menyelam menggunakan satu tangki gas sahaja. Pengalaman menakjubkan, apabila kita keluar dari Blue Hole itu kiri dan kanan kita lihat terasa seperti menyusuri permatang gunung di permukaan laut. Tempat itu boleh dibuka kepada penyelam ‘open water’ selain boleh dijadikan tapak aktiviti sea-walking,” katanya.
Kedudukan Blue Hole Strategik
Blue Hole itu sesuai dipromosikan sebagai antara tapak selam pelancongan kerana kedudukan strategik, dekat dengan Pulau Sipadan di Semporna.
“Kalau naik bot dari silam coast conservation area (scca) ke Blue Hole itu ambil masa 30 minit dan dari Sipadan sejam (kalau bot laju) dan dua jam (bot perlahan), pelancong di Semporna boleh terus ke Blue Hole Teluk Darvel,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya bagi mengangkat kawasan itu ke mata dunia, Teluk Darvel seluas 100,000 hektar yang meliputi Blue Hole dan 50 pulau itu perlu diwartakan kerajaan negeri sebagai kawasan perlindungan marin. Langkah itu perlu direalisasikan ke arah membangunkan Teluk Darvel di Lahad Datu sebagai destinasi pelancongan dunia berkonsepkan eko pelancongan atau pelancongan penyelidikan.
“Pewartaan ini langkah awal memulihara sumber marin di kawasan berkenaan, misalnya di Blue Hole itu kita dapati tempat tersebut banyak coral tetapi kurang ikan. Bila dive di kedalaman 13 meter kami jumpa 10 bubu (alat tangkap ikan) tapi kelihatan sudah koyak-koyak mungkin tinggalan dulu yang digunakan secara agresif menangkap ikan kerana kita lihat tiada bibit kerapu (grouper) langsung di kawasan itu,” katanya.
Pewartaan itu bakal mengangkat Lahad Datu sebagai antara pilihan destinasi pelancongan di Sabah sekali gus menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan negeri.
“Tahun lalu sahaja, hasil pelancongan Sabah direkodkan RM7.8 bilion dan pendapatan ini boleh dijana lagi dengan merancakkan produk (pelancongan) baharu seperti Teluk Darvel ini,” katanya dan turut menyatakan mereka menemukan empat tapak selaman skuba lain di situ.
Penemuan Dua Spesis Penyu
Sementara itu, setuju mengenai pewartaan Teluk Darvel, Pensyarah (Bidang Biologi Penyu) di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Juanita Joseph, berkata program ekspedisi saintifik itu turut merekodkan penemuan dua spesies penyu iaitu green turtle serta sea hawksbill turtle.
“Penyu liar ini ditemui di Pulau Baik dan Pulau Tabawan. Kalau tengok di kawasan sekitar pulau ada coral dan seagrass, penyu ini makan seagrass. Nelayan dan anggota pasukan keselamatan di Tabawan yang ditemu bual turut mengakui penyu banyak di kawasan pulau tersebut,” katanya.
Menurutnya, jika kerajaan mewartakan teluk itu, kemungkinan besar dapat menarik banyak penyu ke pulau tersebut seperti di Semporna selain dapat membaikpulih kawasan rosak seperti kawasan terumbu karang yang mati akibat di bom.
Juanita dalam pada itu berkata pembersihan pantai dan laut di beberapa kawasan di Teluk Darvel perlu dilaksanakan ekoran penemuan sampah sarap di situ. Selain sampah, mereka turut menemukan bubu lama serta ‘ghost net’ yang dibuang ke laut dan kesannya boleh membunuh hidupan marin seperti penyu.
Pada 11 Februari lalu, seramai 21 penyelidik pelbagai bidang daripada Taman Taman Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Agensi Remote Sensing terlibat dalam Ekspedisi Saintifik Teluk Darvel 2019. Program tujuh hari itu dianjurkan Yayasan Sabah dan Pejabat Daerah Lahad Datu.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...