Seramai lebih 150 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan banyak lagi telah menyertai program penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media yang dianjurkan oleh Tourism Selangor bagi tahun 2022.
Acara yang bermula sejak pagi pada 1 Ogos itu berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran penggiat media. Acara bermula dengan FAM Trip yang memberi peluang kepada semua yang hadir untuk meneroka Resort Taman Eco Rimba Komanwel yang terletak di Rawang Selangor.
Open Day & Media FAM Trip
Acara dimulakan dengan aktiviti zumba dan seterusnya ekplorasi tempat-tempat yang ada di sekitar Taman Eco Rimba Komanwel itu. Setiap yang hadir diberikan passport dah perlu mendapatkan cop bagi setiap aktiviti yang disertai.
Resort Taman Eko Rimba di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi.
Penggiat media turut diberikan task untuk setiap check point yang dilawati iaitu memuat naik gambar OOTD paling kreatif dan menarik untuk 5 hadiah yang ditawarkan selain 15 hadiah lucky draw untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.
Ads
Taterletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Commonwealth Eco Forest Park & Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.
RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Majlis Apresiasi Media
Acara diteruskan lagi pada waktu malam dengan Majlis Makan Malam Apresiasi Media bagi menghargai sumbangan dan jasa penggiat media kepada Tourism Selangor.
Ads
Dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Menurutnya, Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor.
Menurut kenyataan daripada pihak Tourism Selangor, untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komenwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kita jalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.
“Untuk tahun ini, sebanyak 27 kategori anugerah dan penghargaan yang kita perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini. Sesi penilalain diambil kira, jumlah liputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media.” Tambah beliau.
Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi. Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor dalam memacu kemajuan dalam bidang pelancongan.
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selepas sekian lama tidak sehaluan akibat perbezaan ideologi politik, Korea Utara dan Korea Selatan akhirnya berdamai pada tahun lalu.
Dikesempatan itu, membuka peluang seorang jurugambar bernama Ed Jones untuk merakam foto penduduk Korea Selatan dan Korea Utara melalui sisi kehidupan mereka tetapi dalam bidang atau aktiviti yang sama. Kesemua gambar tersebut telah disiarkan untuk tatapan ramai. Rata-rata netizen sangat kagum kerana berpeluang melihat kehidupan rakyat Korea Utara khasnya yang sebelum ini mengamalkan dasar tertutup kepada negara luar.
(Atas) Murid berusia 9 tahun dari Korea Utara merayakan Hari Kanak-kanak di Pyongyang dan (Bawah) seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Korea Selatan di Seoul Fashion Week.
(Atas) Jurulatih menembak Korea Utara di tempat kerja beliau di Pyongyang dan (Bawah) jurulatih menembak di Korea Selatan di Seoul.
(Atas) Pengunjung di Taman Air Munsu Pyongyang, Korea Utara dan (bawah) pengunjung dari Korea Utara di Caribbean Bay Water Park, Seoul.
(Atas) Pekerja stesen minyak di Korea Utara dan (Bawah) pekerja stesen minyak Korea Selatan.
(Atas) Seorang pemandu pelancong Korea Utara dan (Bawah) pemandu pelancong Korea Selatan.
(Atas) Seorang pelajar berusia 23 tahun dari Korea Utara di dataran bandar di Pyongyang dan (Bawah) seorang pelajar berusia 24 tahun dari Korea Selatan di daerah Seoul.
(Atas) Pegawai tentera dari Korea Utara dan (Bawah) Pegawai Tentera Selatan Korea yang menjaga Zon Keselamatan
(Atas) Pembeli di pasar raya di Korea Utara (Pyongyang) dan (Bawah) pegunjung pasaraya di Korea Selatan (Seoul)
(Atas) Seorang pemandu bot pelancong Korea Utara (Taedong River di Pyongyang) dan (Bawah) pemandu bot pelancong dari Korea Selatan (Han River di Seoul)
(Atas) Seorang petani dari Korea Utara dengan latar belakang ladang ginseng dan (Bawah) seorang petani dari Korea Selatan di ladang sayur-sayuran.
(Atas) Seorang wanita Korea Utara di lapangan Kim Il-sung di sebuah perarakan tentera dan (Bawah) Laksamana Muda Korea Selatan dalam persiapan menentang senjata nuklear.
(Atas) Seorang pekerja kilang Korea Utara di Wonsan dan (Bawah) pekerja kilang di Korea Selatan.
(Atas) Seorang gadis Korea Utara dalam kelas komputer di Pusat Sains (Pyongyang) dan (Bawah) seorang pelajar Korea Selatan dalam kelas komputer di Yonsei University (Seoul)
(Atas) Seorang pekerja Taman Air Munsu di Pyongyang, Korea Utara dan (Bawah) penyelamat di Taman Air One Mount Water Korea Selatan.
(Atas) Pekerja kilang Korea Utara menghasilkan peralatan pergigian di Pyongyang dan (Bawah) pekerja kilang Korea Selatan yang menghasilkan bahan pembungkusan di Chuncheon.
Penumpang AirAsia yang mempunyai tempahan penerbangan pada tarikh antara 23 Mac 2020 dan 31 Julai 2020 boleh memilih antara Akaun Kredit dengan tempoh sah selama dua tahun atau pertukaran penerbangan tanpa had untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2020.
Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan Kumpulan AirAsia, Adam Geneave berkata, semua Akaun Kredit yang dikeluarkan sebelum ini untuk gangguan berkaitan Covid-19 akan turut diberi lanjutan tempoh sah secara automatik sehingga dua tahun untuk perjalanan akan datang.
“Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar tarikh penerbangan tanpa had di mana tarikh penerbangan boleh ditukar sebelum 31 Oktober 2020 untuk laluan sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.
Pelanggan juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (dua tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut jadual penerbangan yang dikeluarkan di airasia.com
Penumpang yang layak boleh merujuk kepada Panduan Covid-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.
Dalam minggu akan datang, tempoh sah untuk semua Akaun Kredit yang belum digunakan yang dikeluarkan oleh penumpang terjejas akibat gangguan perjalanan Covid-19 terdahulu akan turut dilanjutkan secara automatik kepada dua tahun. Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen untuk bantuan seterusnya.
Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.
Kredit: Pexel Photo
Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.
“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...