Kalau ingin rasa ‘bahagia’, mungkin anda boleh berkunjung ke beberapa buah bandar yang telah diangkat sebagai lokasi yang ‘disenangi’ ini.
Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandaraya Kuala Terengganu dan Seremban diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020. Turut tersenarai adalah bandar Bentong, Kuantan, Jasin, Kulai, Taiping, Jeli dan Yan yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Pengiktirafan Bandar Paling Bahagia 2019 ini adalah susulan daripada Anugerah Bandar Mampan 2019 yang telah diisytiharkan pada November tahun lepas sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019 oleh PLANMalaysia.
Menurut PLANMalaysia, Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 telah merekodkan tahap kebahagiaan negara secara keseluruhan berada pada paras bahagia dengan pencapaian 80.4 peratus. Pengukuran Indeks Kebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.
Ads
MURNInets merupakan alat yang digunakan bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di negara ini di bawah seliaan PLANMalaysia. Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.
Antara aspek utama yang menyumbang kepada tahap kebahagiaan ini adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.
Ads
Indeks Kebahagiaan merupakan satu daripada indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 aspek utama iaitu:
Ads
Tahap kehidupan dan kesihatan
Keselamatan kawasan kediaman dan kemudahan awam
Infrastruktur asas yang disediakan
Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara serta keseronokan bekerja
Pengurusan kewangan
Hubungan dengan jiran
Aktiviti bersama komuniti
Infrastruktur asas yang disediakan
Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan
Kualiti alam sekitar
Sebanyak 106 PBT telah menyertai kajian ini termasuk PBT Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan), Sabah (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) dan Sarawak (Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan).
Heboh dunia memperkatakan mengenai wabak COVID-19 yang melanda negara masing-masing, namun masih ada lagi negara ‘bertuah’ dikatakan belum ada lagi penduduk di situ yang terkena wabak ini.
COVID-19 sudah menjangkiti lebih 3.6 juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan 252,000 kematian. Angka itu berdasarkan data dari Pusat Kajian Koronavirus Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS). Virus itu dilaporkan sudah menular ke 210 negara dan wilayah, sejak ia mula dikesan di China, pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, setakat 4 Mei 2020 , terdapat 13 negara yang masih bebas daripada pandemik berkenaan. Negara itu adalah:
Korea Utara
Turkmenistan
Foto: state.gov
Lesotho
Foto: state.gov
Solomon Island
Foto: solomontimes.com
Vanuatu
Foto: medium.com
Samoa
Foto: americansamoa.travel
Kiribati
Foto: dxnews.com
Micronesia
Foto: worldtravelguide.net
Tonga
Foto: britannica.com/place/Tonga
Marshall Islands
Foto: nationalgeographic.co.uk
Palau
Foto: fink.com.br
Tuvalu
Foto: infratec.co.nz
Nauru
Foto: odt.co.nz
Majoriti negara ini adalah kepulauan kecil di tengah lautan dan ada yang masih dalam naungan dan jajahan Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.
Sejak penularan COVID-19, banyak pihak mempertikaikan ketiadaan laporan jangkitan virus itu di Korea Utara. Bagaimanapun, ia dikatakan disebabkan oleh status negara itu yang menjadi ‘negara paling terasing’ di dunia. Selain itu, Turkmenistan pula menjadi negara yang paling sukar dilawati dan ‘menutup pintu’ kepada negara luar.
Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin, lapor agensi berita Yonhap, memetik Kementerian Kehakiman negara tersebut.
Wanita yang identitinya dirahsiakan itu, dihantar pulang semalam selepas enggan membayar perbelanjaan untuk tinggal di kemudahan kuarantin disediakan kerajaan.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Khamis minggu lalu dan dihantar ke kemudahan kuarantin pada hari berikutnya selepas bersetuju menjalani kuarantin.
Foto: GettyImage
Bagaimanapun, wanita itu dihantar ke pejabat imigresen selepas dia enggan membayar kos perbelanjaan. Kementerian Kehakiman kemudian meluluskan pengusiran itu berdasarkan penghakiman tindakan wanita berkenaan bertentangan dengan ‘langkah-langkah kuarantin kerajaan untuk membendung wabak COVID-19.’
Foto: EPA
Ia kes pertama seorang warga asing diusir kerana enggan tinggal di kemudahan kuarantin. Minggu lalu, lapan warga asing tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana tidak mahu menjalani kuarantin secara suka rela.
Nampak menarik juga Rainforest Discovery Center (RDC), inilah Canopy Walk Yang Terpanjang di Sabah!
Anda boleh menikmati alam semula jadi di sini. Kalau tengok rasa macam naik canopy walk ni dah tinggi, tetapi hakikatnya pokok-pokok di sini lagi tinggi.
Terletak lebih kurang 30 minit perjalanan daripada bandar Sandakan.
Tarikan utama disini adalah canopy walk sepanjang 620 meter yang menjadikannya antara tarikan ikonik di Sandakan serta canopy walk terpanjang di Sabah.
Pengunjung juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis flora dan fauna di dalam kawasan RDC ini.
Antaranya pelbagai jenis burung, serangga dan lain-lain. Selain itu ada juga aktiviti seperti Zipline dan juga jambatan gantung melintasi tasik.
Dibuka setiap hari dari 8am sehingga 5pm, kalau night walk bermula dari 6pm-8pm (isnin,rabu,jumaat).
Yuran Masuk:
Dewasa – Rm7
Kanak2 5-17thn – Rm3
Lokasi:
Rainforest Discovery Center(RDC)
Batu 16, Jalan Lintas Sibuga
Sepilok, Sandakan, Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!