Semporna yang terkenal dengan khazanah marin serta pulau peranginan antarabangsa menawarkan pelbagai pakej percutian bajet dan menarik untuk pelancong dalam negara berkunjung ke daerah di Sabah ini.
Lokasi ini juga menjadi pilihan ramai pasangan yang ingin berbulan madu dek suasananya yang begitu romantis dan privasi. Kebanyakan pengusaha resort di sini menyediakan tawaran yang sukar ditolak khususnya buat penyelam dan pencinta hidupan marin bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan setelah ditutup beberapa bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Ads
Tercari-cari idea lokasi trip bulan madu dengan pasangan yang menjimatkan? Jom berbulan madu di Semporna seperti yang dikongsi oleh saudara Arif Azhar
Ads
Ads
Resort Terbaru Paling Hot untuk Honeymoon Di Tengah Laut Semporna, Ala-Ala Maldives Sea Star Resort. World class resort, itu yang saya boleh kata…memang terbaik!!
– View cantik
– Air jernih
– Bilik yang sangat selesa
– Boleh terjun terus ke laut dari balcony
– Ada Aircond
– Elektrik 24 jam
– Makanan sedap
– Ada Swimming pool
– Free Sampan Transparent
– Servis tip-top!
Tip untuk anda yang teringin pergi bercuti ke Semporna, saya memang highly recommend anda stay di Resort Sea Star. Kena book awal tau
Jangan book bilik sendiri sebab resort tengah laut jauh dari Pekan Semporna, perjalanan menaiki speed boat memakan masa 30 minit sehingga 1 jam. So nanti anda akan lebih banyak keluar duit utk bayar boat island hopping dan lain-lain.
Better book pakej lengkap Ohh Sempornaku Travel. Siap semua aktiviti dan island hoping termasuk Resort Sea Star. Memang murah berbading book asing-asing. Team Ohh Sempornaku Travel sangat friendly dan mereka rajin ambil gambar. Terasa macam artis pulakkk
Saya suggest anda ambil pakej 4 hari 3 malam, baru anda puas explore pulau-pulau di Semporna yang bertaraf dunia. Semua pulau di semporna cantik dan unik, berbeza antara satu dgn yg lain, rugi jika anda tak lawati ke semua pulau-pulau di sana!
Waktu bila yang terbaik utk bercuti di Semporna? Sebaiknya anda pergi travel sekarang! sebab coral berwarna warni dan tak ramai orang. Best bergambar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.
Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.
Disebabkan percutian rakyat Malaysia hanya dibenarkan di dalam negara ketika pandemik, ramai yang lebih kreatif dalam memilih cara bercuti. Menggunakan pengangkutan kereta api menjadi semakin popular, lebih menyeronokkan jika mengambil peluang mencuba kereta api siap dengan tempat untuk tidur yang selesa.
Ini perkongsian trip daripada Cik Manis yang mencuba menggunakan khidmat kereta api KTMB bersama keluarga kecilnya dari Ipoh hingga ke Kelantan.
Sharing trip Sleeper Train ke Kelantan bersama suami dan anak 3 tahun. Alhamdulillah salah satu wishlist tercapai nak bawa anak travel dengan Malaysia Jungle Train.
Trip ni memang nak merasa bermalam dalam train semata-mata. Dari Ipoh ke Gemas saya ambil ETS dan dari Gemas-Wakaf Baru naik sleeper train. Sleeper train ada menghala ke arah pantai timur je, kalau cari dari utara ke selatan memang dah tak ada, semua sudah diganti ETS.
Nak tunggu border buka untuk ke Bangkok naik sleeper train ni macam lambat lagi, jadi kita naik ke pantai timur sebelum lepas ni yang ini pun dimansuhkan juga.
Saya book thru apps KTMB je, katil bawah nombor genap harganya RM46, katil atas nombor ganjil RM40. Pilih katil bawah tingkap luas sikit best tengok view yang sangat cantik
Kafe dibuka 24jam, makanan panas-panas dan sedap serta harga pun murah. So far tak susah bawa anak, yang penting ada aktiviti, saya memang tak bagi anak handphone. Entertain dia dengan tengok view, jalan-jalan ke koc cafe, bawa buku untuk aktiviti. InsyaAllah anak mesti excited dan behave bagi saya, bila ada anak bukan penghalang nak travel, tapi lagi seronok travel dengan anak. Dah biasa, mudah dia suaikan diri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
1. Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
2. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
3. Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
4. Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
Foto: Beautifulterengganu.com
5. Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
6. Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
7. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.
8. Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
9. Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
10. Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
11. Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
12. Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
13. Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
14. Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Saban tahun berjuta-juta umat Islam dari serata dunia juga tidak terkecuali rakyat Malaysia akan berkumpul di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima dan yang terakhir iaitu menunaikan haji. Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya.
Manakala Umrah pula merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu memenuhi lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan.Berkemampuan di sini bermaksud ada kenderaan pergi balik dan ada bekalan makan serta minum ketika melaksanakan ibadat umrah.
Jika terpilih untuk menunaikan haji dan umrah, tumpulah perhatian untuk memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Buat persediaan dari tanah air untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar berkunjung ke Mekah sebagai tetamu-Nya. Tidak lupa juga kelengkapan dan peralatan yang perlu di bawa ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Ada ahli keluarga yang bakal naik haji tahun ni? Ini ada tip persiapan apa yang perlu disiapkan sebelum berangkat.
1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.
2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.
3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.
4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.
5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.
6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.
7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.
8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.
9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.
10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.
11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.
12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.
13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.
14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.
15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.
16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.
17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.
18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.
19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba ‘vow of silence’, bercakap jika perlu sahaja.
20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.
21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.
22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.
23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.
24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh
25. Ada makanan/minuman ‘diuretic’ yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.
26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.
27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.
28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.
29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.
30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.
31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.
32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.
33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard ‘Lebara’ telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.
34. Download apps IMO ( penganti Wassap : incase tidak dapat guna)
Sila share untuk panduan semua. Save as note. Moga di rezekikan dijemput Allah untuk menjadi tetamu di rumah Allah menunaikan haji & umrah ♥
Sumber: Ir.Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...