Seronok sesekali dapat bertemu mata dengan camper-camper lain yang mungkin sebelum ini hanya dikenali melalui media sosial.
Dianjurkan oleh Vidalido Cabin Tent Malaysia dengan kerjasama Sahabat Campers Malaysia, seramai 55 orang menyertai Campmeet Vidalido Cabin Instant yang berlangsung pada 24/12/2022 sehingga 26/12/2022 di Alfariq Campsite Kg Raga Yan kedah.
Barisan urusetia
Pendaftaran peserta
Memilih campsite Alfariq sebagai lokasi untuk camp meet kali ini, menurut Shahrul Shafie, campsite ini lengkap dengan kemudahan (termasuk peralatan rewang & memasak) serta kawasan yang bersih, nyaman dengan suasana kampung dan sungai yang jernih serta mesra kanak-kanak.
Memang meriah acara yang dianjurkan, sebanyak 13 biji khemah dengan pelbagai jenis dekorasi tersendiri memenuhi ruang campsite Alfariq. Camper yang datang juga bukan sahaja dari Kedah, malah ada juga peserta yang datang dari Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.
Pelbagai acara dijalankan sepanjang camp meet berlangsung, antaranya kenduri rewang dengan pelbagai jenis lauk kampung, sukaneka, camp fire, lucky draw dan banyak lagi.
Ads
Paling meriah dekoKenduri rewang
Menurut Shahrul juga rata-rata yang hadir pada acara tersebut sangat seronok dan berpuas hati. Malah ada yang ingin acara sebegini dianjurkan lagi pada tahun-tahun hadapan.
Jom tengok kemeriahan yang berlangsung sepanjang camp meet ini yang dikongsikan oleh Shahrul Shafie di media sosial miliknya.
Telah berlangsung Mini Campmeet Vidalido Cabin Instant di Alfariq Campsite pada 24/12/2022 ~ 26/12/2022..
Ads
Alhamdulillah.. Selesai dgn jayanya bila semua peserta meluahkan rasa puas hati & amat happy.. Masing2 minta repeat lg tahun depan.. Insyaallah.. Kita akan cuba jadikan sebagai acara tahunan…
Terima kasih diucapkan kepada org kuat (urusetia) فاره واحیدا فاره & Ita Abu kerana usaha tanpa jemu untuk menjayakan mini campmeet ni… tak lupa juga diucapkan kepada Aleep FarAh, FarAh Aleep Alfariq & paklong maklong serta mertua CO Niesa Zul(mama) & abang yang bertungkus lumus serta amat sporting… Seterusnya peserta-peserta yang sporting serta masuk air…dari awal sampai balik kira gelak ja..Hangpa semua memang ohsemmm..
Tiga bandar di Melaka iaitu Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan jenis eko dan agro. Ia sebagai usaha kerajaan Melaka untuk memperhebatkan lagi jenis-jenis produk pelancongan di negeri itu serta untuk menyemarakkan jumlah pelancong ke daerah-daerah lain di Melaka.
Usaha yang dijalankan ini melihat kepada potensi bandar itu yang mempunyai produk pelancongan menarik serta tidak menumpukan semata-mata produk pelancongan di kawasan bandar seperti Bandar Hilir. Antaranya:
Ayer Keroh akan dibangunkan untuk produk pelancongan berasakan eko dan agro (kluster bandar).
Bagi kawasan luar bandar iaitu Alor Gajah yang merangkumi kawasan Tanjung Tuan, Kuala Linggi, Pengkalan Balak dan Pantai Kemunting akan dibangunkan dalam jangka masa panjang melihat kepada potensi yang ada di kawasan berkenaan.
Bagi kawasan Jasin, Air Terjun Asahan akan dibangunkan dengan infrastruktur yang mampan bagi keselesaan pengunjung untuk berekreasi.
Sektor pelancongan menyumbang 48 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada Melaka, semestinya mengharapkan sektor pelancongan untuk terus berkembang sekaligus mengangkat juga komuniti serta pengusaha produk pelancongan ini.
Jom cuti-cuti Melaka
image via google | Sumber: Astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cuci mata dan jalan-jalan cari barang di ‘uptown’ menjadi kelaziman kebanyakkan mereka yang tinggal di Lembah Klang.
Mana tidaknya, harga yang ditawarkan di premis jualan seperti ini lebih berpatutan dan sangat berbaloi untuk dibeli. Selain itu, jika pengunjung pandai tawar-menawar, dan peniaga bijak memberi harga istimewa, jual beli pasti di lebih menyeronokkan. Namun, ketika pandemik wabak COVID-19 menular di negara, aktiviti dan operasi di ‘uptown’ dihentikan seketika.
Pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di sini dan selepas lebih 3 bulan, PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP.
Setiap pengunjung wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sebelum masuk ke Uptown Shah Alam, setiap pengunjung diwajibkan memakai topeng muka dan menyaring suhu badan.
Pengunjung juga perlu menggunakan aplikasi SeLangkah bagi membantu ‘contact tracing’ dan hanya 100 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.
Jom bantu lebih 400 peniaga di PKNS Uptown Shah Alam kembali menjana ekonomi!
Beberapa hari sebelum ini tular di media sosial satu video berdurasi 21 saat yang memaparkan empat ekor gajah berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu yang dipercayai dirakam pekerja stesen minyak itu.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menerima beberapa laporan mengenai kehadiran haiwan liar di kawasan berpenduduk baru-baru ini, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika berhadapan dengan situasi itu.
Orang ramai juga diminta supaya berhati-hati dan tidak ghairah untuk mengambil gambar sekiranya terserempak lagi dengan gajah tersebut atau haiwan liar lain seperti harimau bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sekiranya terserempak dengan haiwan liar, orang ramai diminta supaya melaporkan segera kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. Perhilitan akan menghantar petugas untuk mengenal pasti dan membantu sekiranya wujud ancaman terhadap penduduk sekitar.
Kemungkinan kewujudan haiwan liar tersebut di kawasan awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aktiviti manusia yang semakin berkurang secara tidak langsung mengurangkan ‘gangguan’ terhadap haiwan liar, menyebabkan ia ‘selesa’ untuk keluar mencari makanan memandangkan, habitatnya bersempadan dengan penempatan penduduk.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu dan siasatan mendapati laluan itu sudah lama tidak digunakan oleh gajah liar. Menurut beliau lagi ada kemungkinan juga lokasi itu hanya menjadi laluan persinggahan haiwan liar berkenaan sahaja.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...