Sarawak sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang memukau. Dengan flora dan fauna di taman negara yang berusia ribuan tahun, pastinya tidak jemu saat berkunjung ke negeri ini.
Dikongsi oleh seorang pengguna fb, Ismail Roslan mengenai keindahan Taman Negara Bako ini, day trip boleh dilakukan di lokasi indah ini.
Menurut Ismail Roslan, Taman Negara Bako, Kuching Sarawak ini sememangnya sangat indah. Umpama berada di Hawaii.
Berikut adalah day trip boleh cuba:-
Ini merupakan lawatan pasca pandemic kerana lokasi ini sudah dibuka kepada orang ramai:-
Ads
Mael yang menunggang motorsikal 30 minit dari Kuching ke Jeti/Terminal Kpg. Bako. Sampai terminal jam 8.00 pagi, naik bot 20 minit ke Taman Negara Bako.
Daftar masuk beserta imbasan My Sejahtera di Park HQ, Teluk Assam. Kat situ boleh baca-baca info, tengok-tengok monyet, selfie dengan babi pun boleh. Lepas tu slow-slow mula treking ke Teluk Pandan Besar (view point) dan Teluk Pandan Kecil (sea stack).
Ads
Pace agak santai sebab elevation agak rendah, namun trailnya agak terbuka dan panas. Serius, bawalah air lebih. Slow-slow je jalan sambil menikmati keindahan dan keunikan taman negara ni, kalau nak laju nak pi mana?
Sampai Teluk Pandan Kecil, rilek-rilek berkelah la kat situ, dalam jam 2 petang bot datang ambil nak bawa balik (ni kena deal dengan pilot boat).
Ads
Dalam perjalanan balik, kalau rajin boleh pergi ke Teluk Paku sebelum ke Terminal Kpg. Bako. Setel trip jam 3 petang. Sekian.
Akhir kata. Sangat berbaloi, dan akan pergi lagi walaupun berkali-kali.
Info umum: – Taman negara yang tertua di Sarawak ( diwarta 1957) – Antara yang kecil di Asia Tenggara [ 27.27km²] – Hampir keseluruhan tumbuhan di borneo terdapat di sini – Tarikan utama; sea stack, monyet proboscis (orang belanda hidung besar), tapi aku suka babi dia, tak ganas langsung. – Ada 7 jenis hutan dalam sebuah taman (hutan pantai, paya, bakau, bukit, kerangas, gunung dan sand stone).
Buat masa ini, hanya trail Teluk Pandan Besar, Teluk Pandan Kecil dan Teluk Paku sahaja dibuka (boleh cover daytrip). Tapi kalau nak overnight/bermalam hanya dengan kebenaran dan permit khas dari SFC sahaja. Nak lagi menarik, dapatkan khidmat guide-guide berlesen taman negara yang berkaliber dan unggul. Penuh info bermunafaat akan korang dapat.
Pulau Pinang menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja sekiranya berkesempatan menjejaki kaki ke sini. Selain percutian tepi pantai, kunjungan ke Pulau Mutiara membolehkan pelancong mengenali budaya dan menyaksikan pelbagai bangunan warisan yang unik. Bahkan anda turut berpeluang mengunjungi pelbagai tarikan yang tidak kurang menariknya seperti muzium kaca.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja jika berada di muzium ini. Itu gambaran jujur sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam iBox Glass Museum.
iBox Glass Museum diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai muzium kaca pertama di Malaysia, iBox Glass Museum memberi kelainan berbanding muzium lain yang selalunya kelihatan suram dan tidak ceria. Reka bentuk luaran muzium ini yang unik membuatkan ramai tertanya, apa yang terdapat di dalamnya.
Cukup mempersonakan tatkala kaki melangkah masuk ke iBox Glass Museum ini, dekorasi berasaskan kaca yang berwarna-warni dan datang dalam pelbagai bentuk melatari segenap ruang muzium. Setiap pengunjung yang datang ke sini bakal disambut oleh kakitangan muzium untuk diberi penerangan dari sejarah penubuhan muzium hingga ke sesi D.I.Y (do it yourself).
Pelbagai produk menarik yang dihasilkan daripada kaca dipamirkan di sini seperti jam dinding, cermin muka, hiasan dinding, panel penghadang dan banyak lagi. Pengunjung dibenarkan untuk membeli apa jua produk yang dipamirkan di muzium ini untuk di bawa pulang sebagai kenangan. Tanpa bayaran dikenakan kepada pengujung, iBox GlassMuseum dibuka setiap kecuali Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Ilham Kreatif
Pada sesi D.I.Y (do it yourself) pengunjung tidak kira dewasa atau kanak-kanak diberi kesempatan untuk mempamirkan bakat dengan melukis dan mewarna di atas botol kaca yang dileperkan. Pewarna khas diperkenalkan agar hasil kreatif yang dihasilkan tampak cantik di atas permukaan kaca.
Lokasi: iBox Glass Museum, 80-O Jalan Mt.Erskine, 10470 Tanjong Tokong, Pulau Pinang | www.iboxglass.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Percutian ke Cameron Highland tidak sah kalau tidak singgah ke Pasar Malam Cameron Highland. Dahulunya pasar malam ini bertempat di Brinchang, namun kini sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih teratur iaitu di Golden Hills dan dikenali dengan panggilan Pasar Malam Golden Hills. Jangan ada yang tak tahu pula!
Pasar malam ni bermula pukul 4.00 petang sehingga pukul 11.00 malam. Beroperasi pada hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu), cuti umum dan cuti sekolah sahaja. Jika anda datang bercuti pada hari yang tidak dinyatakan di sini jangan buang masa pula tunggu pasar malam buka. Anda boleh ke beberapa kawasan tumpuan lain yang ada menjual pelbagai produk tanah tinggi dan makanan lazat. Tetapi pasti tidak akan ‘sepuas’ dapat berbelanja di Pasar Malam ini.
Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.
Sumber Foto: cavinteo.blogspot.com
Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?
1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai tokeynya orang bukan Islam ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini. Cari peniaga yang betul-betul orang melayu tempatan.
2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh.
3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.
Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.
Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.
Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:
1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry
7. Jagung ori Cameron Highland. Tengok warna tau! Kalau warna hijau gelap macam ni confirm ori. Kalau warna kuning pudar tu jagung Ipoh tau
Boleh jadi rambang mata beli kat sini tau. Haha
Waktu Operasi:
Jumaat – Sabtu (4.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi:
Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
Peluang untuk bergambar bersama jerami gulung di Yan, Kedah sehingga awal April terkubur begitu sahaja dek kerana lokasi ini terbakar.
foto: Harian Metro
Sehari sebelum itu, kawasan terkenal dengan gulung jerami milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis juga dilaporkan terbakar.
foto: PerlisAktif
Kebakaran di lokasi tumpuan pengunjung untuk mengambil gambar di Jalan Baru Yan hangus terbakar membabitkan kawasan jerami padi berkeluasan 14 ekar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Selain menjadi lokasi utnuk merakam foto kenangan dengan jerami gulung, di sini juga ada menyediakan perkhidmatan lain termasuk menunggang kuda, memandu ATV dan gerai makanan dan minuman. Namun jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...