Ads

Musium Tekstil Merdeka 118 Masuk Percuma Hingga 30 September, Port Baru Pencinta Seni & Warisan Di KL

Buat anda yang suka meneroka lokasi baharu di Kuala Lumpur, ada satu lagi destinasi menarik yang boleh dimasukkan dalam senarai wajib singgah.

Merdeka Textile Museum (MTM) yang terletak di kawasan Presint Merdeka 118 kini membuka peluang kepada orang ramai untuk berkunjung secara percuma sehingga 30 September 2026. Selepas tempoh tersebut, kemasukan bertiket dan walk-in dijangka bermula pada 1 Oktober 2026.

Menariknya, muzium ini bukan sekadar mempamerkan kain tradisional semata-mata, sebaliknya mengetengahkan kekayaan tekstil, seni, identiti dan warisan masyarakat di rantau ini dalam persembahan yang lebih moden dan kontemporari.

Musium Tekstil Merdeka 118 Masuk Percuma Hingga 30 September, Port Baru Pencinta Seni & Warisan Di KL
Merdeka Textile Museum (MTM) Kredit Foto: Warisankl.my

Kenali Keindahan Tekstil Alam Melayu

Bagi pencinta seni dan budaya, Merdeka Textile Museum menawarkan peluang untuk melihat dengan lebih dekat kepelbagaian tekstil tradisional serta kisah di sebalik setiap corak, teknik dan hasil kerja tangan.

BACA LAGI: 5 Mall Baru Yang Bakal Jadi Port Trending Tahun 2026

Musium Tekstil Merdeka 118 Masuk Percuma Hingga 30 September, Port Baru Pencinta Seni & Warisan Di KL
Merdeka Textile Museum (MTM) Kredit Foto: Nini Marini / Thread

Pengunjung bukan sahaja dapat menghargai keindahan fabrik, malah dapat memahami bagaimana tekstil memainkan peranan penting dalam kehidupan, budaya dan identiti masyarakat sejak dahulu lagi.

Ads

Lokasinya yang berada di kawasan Merdeka 118 juga menjadikan muzium ini antara tarikan baharu yang mudah dikunjungi ketika anda berada di tengah bandar Kuala Lumpur.

Kemasukan Percuma, Tapi Perlu Tempahan Awal

Walaupun kemasukan ditawarkan secara percuma sepanjang tempoh promosi, pengunjung perlu membuat tempahan atau pendaftaran terlebih dahulu sebelum datang.

Musium Tekstil Merdeka 118 Masuk Percuma Hingga 30 September, Port Baru Pencinta Seni & Warisan Di KL
Merdeka Textile Museum (MTM) Kredit Foto: Warisankl.my

Buat masa ini, lawatan dilakukan mengikut slot yang ditetapkan dan kemasukan secara walk-in masih belum dibuka sepenuhnya. Jadi, sebaiknya semak ketersediaan slot lebih awal bagi mengelakkan kecewa apabila tiba di lokasi.

Ads

Sesuai Untuk Aktiviti Hujung Minggu

Merdeka Textile Museum juga sesuai dijadikan lokasi santai bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan, terutama buat mereka yang mahukan aktiviti indoor yang lebih tenang dan berinformasi.

Selain dapat bergambar di ruang muzium yang menarik, pengunjung berpeluang menambah pengetahuan tentang sejarah tekstil dan warisan budaya tanpa perlu berbelanja besar.

Musium Tekstil Merdeka 118 Masuk Percuma Hingga 30 September, Port Baru Pencinta Seni & Warisan Di KL
Merdeka Textile Museum (MTM) Kredit Foto: Nini Marini / Thread

Bagi ibu bapa pula, kunjungan ke muzium seperti ini boleh menjadi aktiviti pendidikan yang lebih menyeronokkan untuk anak-anak, terutama ketika cuti sekolah atau hujung minggu.

Ads

Jangan Tunggu Sampai Oktober

Kalau anda memang sudah lama mahu meneroka lokasi budaya baharu di Kuala Lumpur, inilah masa terbaik untuk berkunjung.

Promosi kemasukan percuma Merdeka Textile Museum berlangsung sehingga 30 September 2026, manakala bermula 1 Oktober 2026, sistem tiket dan kemasukan secara walk-in akan diperkenalkan.

Jadi sebelum tempoh percuma berakhir, bolehlah ajak keluarga atau kawan-kawan singgah dan melihat sendiri satu lagi tarikan seni dan warisan menarik di ibu kota.

Info Ringkas

  • Lokasi: Merdeka Textile Museum, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur
  • Kemasukan percuma: Hingga 30 September 2026
  • Tempahan: Perlu dibuat lebih awal
  • Walk-in & tiket berbayar: Bermula 1 Oktober 2026
  • Sesuai untuk: Pencinta seni, budaya, fotografi, keluarga dan pelancong
Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Aktiviti Keluarga Tergendala Kerana Jerebu? Ini 5 Aktiviti Indoor Menarik Di...

Keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia ketika ini mungkin membuatkan ramai berfikir dua kali untuk melakukan aktiviti luar, lebih-lebih lagi aktiviti yang...