Thailand antara negara jiran yang sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Tidak memerlukan kos yang banyak untuk bercuti ke sana, pemandangan yang ada kat sana juga cantik dan menarik.
Paling best makanan sedap dan murah untuk dicuba. Satun dan Koh Lipe yang terletak di Barat Daya Thailand antara destinasi negara jiran yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Boleh sampai ke sana melalui jalan darat dan air, yang tinggal kat Langkawi juga lebih mudah rupanya untuk ke sana.
Pakya Bidin berkongsi percutiannya ke Satun dan Koh Lipe pada Januari yang lalu dengan menaiki feri dari Pulau Langkawi. Berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan dan juga melihat keindahan pulau di Koh Lipe, bajet yang digunakan untuk percutian dia dan isterinya hanya menelan belanja RM1300.
Trip Langkawi – Pak bara (Satun @ Setoi) – Koh Lipe – Langkawi (14-17 January 2023)
Hari pertama:
-10.30 pagi check in dekat Jetty Kuah
-Naik Feri dari Kuah ke Tammalang Pier dekat Satun (1 jam setengah) (11.30 ferry jalan)
– 12 tengahari ( waktu tempatan) sampai di jeti
-1 tengahari lepas selesai beratoq di immi kami amik teksi dari pier ke Pakbara. Harga 1000 bath (RM145). Boleh jugak nak amik tuk tuk atau truck taxi. Kena tukaq 3 kali so decide amik taxi ja. (1jam)
-2.30 petang check in Marina inn Pakbara 900 bath 1 malam ( agoda). Chalet overall ok.. sangat recomended untuk short stay. Dekat dengan 7 Eleven dan masjid.
Nava seafood (200 meter dari chalet)
– Teh Ais, Tomyam campur, nasi Pakapau & telor dadar (350 Bath). Sedap dan Portion besaq, boleh makan 3-4 org.
Pasar Malam Pak Bara
– Hujung minggu sahaja tak silap. Sabtu dan Ahad ( peak hari ahad). Macam-macam ada juai makanan.
Hari kedua:
Ads
Bara Roti ( Breakfas) ( 50m dari chalet)
– sedap dan murah2 makanan dia. Menu pulut ayam nasi komok dan macam2 roti ada boleh pilih.
– 10.30 am Checkout dan amik motor taxi p Pak Bara Pier, harga 60 bath. Kalau nak jalan dalam 700m saja.
– Kos Speedboat untuk ke Koh Lipe lebih Kurang 550bath, 200bath untuk national park fee, dan jeti fee 20bath seorang.
-12 tengahari boat bertolak dari Pak Bara ke Koh Lipe ( dia berenti Tarutao 15 min n kena bayaq 10bath untuk fee)
-2 petang sampai Koh Lipe and check in dekat Z Touch Lipe Island Resort.
Gunung, lembah dan tasik yang ada di Pakistan boleh dikatakan sebagai syurga dunia. Bandar yang wujud di tengah pergunungan pasti akan mengujakan setiap orang yang menjejak kaki ke sana.
Berkesempatan bercuti ke Pakistan pada June yang lalu membuatkan Norzaini Rohaizan Zainudin ingin berkongsi tentang keindahan negara Pakistan yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.
Trip selama 12 hari itu tidak sehari pun membosankan percutian solonya ke negara keenam yang mempunyai penduduk teramai di dunia.
Ikuti perkongsiannya:
Cantiknya Pakistan 10-21 June 2022
Alhamdulillah dapat juga ke negara Pakistan. Lama aku berniat nak ke Pakistan. Aku suka kan pemandangan gunung-gunung, view yang luas tanpa bangunan pencakar langit, kampung-kampung yang sangat sederhana. Syahdu ya perasaan dapat tengok tempat macam tu.. happy dan syukur. Dulu aku sanggup ya pergi hiking ke Annapurna base camp (ABC) di Nepal sebab kan nak tengok view tu depan mata. Walaupon bukanlah seorang yang fit, tapi gigih aku training 4 bulan untuk ke sana. Tapi ke Pakistan ini sangat last minit.
Terima kasih kawan-kawan yang aku dah dm tanya-tanya pasal Pakistan. Sangat membantu dan juga membuatkan aku percepatkan trip aku hehe..sis sejenis tak sabar!!
Ok meh aku nak share sikit pasal Pakistan. Siapa yang suka kan view, scenery, landscape.. silalah ke Pakistan. MasyaAllah cantik ya. Lawaaaaaaa sangat!!!… Sepanjang 12 hari di Pakistan, tiada satu hari pon yang membosankan aku.
Ni itinerary pendek je:
Day 1: Arrive Lahore
Day 2: Lahore to Naran (ko akan nampak landscape berubah dari kesibukan kota ke kawasan pergunungan..ishhh sis love )
Day 3: Naran to Skardu (sampai Skardu sila tutup mulut, sebab korang akan tergamam dan ternganga dengan keindahan alam ciptaan tuhan )
Day 4 & 5: Explore Skardu (air terjun, gurun, gunung semua ada)
Day 8: Hunza to Fairy Meadows (sini merasa la korang naik jeep di jalan yang dikenali sebagai “the most dangerous jeep road”, sila tawakal dan berdoa banyak-banyak. Insyaallah selamat)
Day 9: Explore Fairy Meadows (negeri atas awan..disini korang disajikan dengan view Nanga Parbat yang kadang-kadang malu nak munculkan dirinya)
Day 10: Fairy Meadows to Naran
Day 11: Naran to Lahore
Day 12: Explore Lahore and fly back to Kl at night
Apa yang korang akan bawa balik? Kenangan terindah la wehh.. sangat indah sampai aku belum boleh move on lagi dari Pakistan #posttravelsyndrome
Aku nak tulis secara details akan jadi panjang sangat. Aku ada buat travel video ala-ala daily vlog dekat youtube. So kalau korang nak tengok view and tempat-tempat yang aku pergi, korang boleh search YouTube channel aku “ZainiRohaizan”. Ada 6 episod semuanya. Or korang boleh tekan link bawah ni jelah. Kalau bermanfaat korang sedekah la sikit subscribe, komen, like. TQ in advance
Trip aku memang awesome sangat. Walaupon aku masa tu solo je. Aku join dengan satu family ni, dorang best giler sporting habis. And with the best guide ever (bodek sikit haha) lagilah awesome and smooth je. My trip jadi sangat best, santai, harmoni, happy dan juga berilmu. Gituuu..
Oklah, enjoy gambar-gambar aku di sana. Ada soalan boleh tanya je. Insyaallah aku jawab. Feel free to share this post. TQ
Thanks to my most awesome amazing guide who make sure our trip smooth and beautiful Osama Shahid Bangash
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Selalunya di Cameron Highlands, gunung yang sering menjadi pilihan para pendaki adalah gunung-gunung yang popular seperti Gunung Irau dan Gunung Brinchang Barat. Kedua-dua gunung ini memerlukan permit untuk memasukinya dan kebiasaannya trek akan ditutup pada penghujung tahun sewaktu musim tengkujuh (November hingga Februari).
Namun, ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi gunung di sekitar Cameron Highlands. Cuma mungkin sahaja ianya kurang dikenali menyebabkan gunung-gunung tersebut tidak menjadi pilihan utama para pendaki.
Pada penghujung tahun 2018, penulis telah berkesempatan mengikuti satu ekspedisi Trans-Gandik yang boleh dikira agak unik. Pemilihan kali ini adalah gunung-gunung yang agak kurang popular, yang mana gunung ini bukanlah dalam kategori hutan simpan.
Oleh itu, permohonan permit tidak perlu dilakukan, namun masih memerlukan khidmat jurupandu arah untuk masuk. Trans Gandik merangkumi 3 gunung yang bersebelahan iaitu Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik. Ketinggian bagi setiap satunya adalah 1300++ m apl.
Untuk makluman, gunung-gunung ini tidak mempunyai puncak yang menjanjikan pemandangan yang indah, malah ada yang sekadar memiliki sedikit ruang lapang di tengah-tengah belantara. Oleh itu, Trans-Gandik bukanlah pilihan terbaik sekiranya ada sahabat-sahabat yang jenis mengejar “view” puncak.
Masa keseluruhan pendakian bagi Trans-Gandik adalah setengah hari sahaja dan keadaan treknya sesuai bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam sukan mendaki ini.
Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik ini terletak di kawasan Ringlet. Jadi, kami memilih untuk bermalam di Hikers Sleep Port yang terletak di Tanah Rata. Konsepnya adalah “dorm” dan boleh memilih pakej bersekali dengan sarapan atau tanpa sarapan.
Di permulaan trek Trans-Gandik, kami telah disajikan dengan kesan-kesan tapak kaki haiwan yang begitu jelas. Menurut “guide”, haiwan tersebut baru sahaja berlalu dari situ. Kemungkinan besar kambing hutan. Kecut juga perut apabila pertama kali berhadapan dengan situasi ini.
Masakan tidak, sepanjang trek kesannya ada! Biarpun “guide” menyatakan mungkin kambing hutan, tetapi tetaplah ia haiwan liar yang tidak boleh dipandang ringan. Sebab apa-apapun, hutan ni ‘rumah’ bagi makhluk selain manusia. Kita kenalah sentiasa berwaspada.
Sehinggakan ada satu ketika, dalam perjalanan turun, “guide” kami meletupkan bebola mercun. Kuat sungguh bunyi mercun tu, walaupun saiznya kecil sahaja. “Guide” memaklumkan bahawa ada bau haiwan yang kuat.
Bagus, peka deria beliau, sebab kami tidak dapat mengenalpasti sebarang bau yang pelik pada waktu itu. Yang pasti, darjah kecut perut telah meningkat sekali ganda berbanding awal tadi.
Pendakian kali ini memang betul-betul santai sahaja. Kami banyak belajar mengenai flora hutan daripada “guide”. Seolah-olah menghadiri kuliah alam tanpa sempadan. “Guide” kami ni, jiwanya memang boleh nampak, jiwa hutan. Dengan beliau, kami berpeluang kenal jenis-jenis orkid liar, ada yang jenis tumbuh di darat, ada yang rupanya unik dan pelik, macam-macamlah.
Yang pastinya, banyak sangat khazanah negara kita yang unik, yang indah, tetapi mata kita sering terpedaya dengan tipu helah dunia luar. Dalam pada tidak sedar, tangan kita sendiri yang menghancurkan apa yang kita ada. Sayangkan?
Selain orkid, kami juga diperkenalkan dengan beberapa pohon herba renek secara dekat. Ada satu pokok herba ni, akarnya mengeluarkan bau minyak angin (methyl salicylate). Teruja betul kami. Sebab bau itu adalah ‘haruman’ yang “familiar” bagi dunia farmasi.
Memiliki bunga-bunga putih halus, sekali pandang bagi yang tidak arif, memang anggap macam kumpulan rumput liar aje lah. Apabila dirujuk, nama tumbuhan tersebut adalah tuju angin/akar suasa/akar simpul angin.
Kami juga menemui banyak “crab-spider” dengan sarangnya di sepanjang laluan trek. Kebanyakannya warna hitam, ada juga yang berwarna ala-ala jingga-keperangan. Unik bentuknya. Selain bentuk fizikal belakang badan, “crab-spider” juga disebut sedemikian kerana tabiat berjalannya yang mengiring ke tepi.
Selain itu, kami ada juga terserempak dengan sekumpulan kutu yang sedang menjamu selera di lantai hutan. Saiznya besar sehinggakan boleh nampak dengan mata kasar sahaja. Mangsanya adalah spesies ulat gonggok yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Unik sungguh rantaian makanan alam di habitat asal mereka.
Keluar sahaja dari trek Trans-Gandik, kami ingatkan berakhirlah ekspedisi hari pertama. Rupa-rupanya “guide” kami mempunyai perancangan lain. Beliau membawa kami ke Plot Hutan Pinus yang terletak di Kg Taman Sedia.
Plot Hutan Pinus dahulunya dibangunkan oleh orang-orang Inggeris, dalam percubaan menanam pokok-pokok pine di Cameron Highlands. Kini, pokok-pokok tersebut sudah tinggi menjulang.
Namun sayang, kawasan itu kini terbiar begitu sahaja tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak. Sedangkan jika dikawal-selia, ianya boleh menjadi tarikan daripada sudut ekopelancongan. Tetapi, daripada satu sudut yang lain pula, bagus juga tak dibangunkan tempat ni. Agar ianya kekal terpelihara bersih dalam suasana asalnya.
Di plot ini, terdapat satu “viewpoint”, yang boleh nampak gunung-ganang yang popular di sekeliling iaitu Irau, Brinchang, Berembun dan Jassar. Kami keluar daripada plot ini sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Ekspedisi pada hari kedua diteruskan dengan pendakian ke Gunung Ruil. Letaknya di Kg Sg Ruil, sebuah perkampungan orang Asli. Namun, jangan terkejut ya, kampung orang Asli di sini sudah moden. Tiada lagi rumah-rumah asal yang kita bayangkan.
Gunung Ruil berketinggian 1710m apl. Terletak di dalam tanah adat orang Asli. Oleh itu, biasanya, “guide” akan meminta izin dahulu daripada pihak yang berkenaan untuk masuk.
Dahulunya, kawasan pergunungan ini dijadikan tempat persemadian bagi masyarakat orang Asli. Mayat-mayat dikatakan diikat pada pokok-pokok yang besar atau diletakkan pada banir akar dan akan ditinggalkan sahaja di situ sehinggalah proses pereputan secara alami berlaku.
Trek Ruil adalah jelas. Banyak juga laluan kecil yang disebut laluan tikus, yang mana mungkin terbentuk akibat aktiviti masyarakat setempat. Kami sempat terserempak dengan satu keluarga orang Asli yang sedang menebang dahan-dahan kayu. Menurut ketua keluarga, mereka perlu membina pondok kayu untuk si nenek.
Gunung ini juga tiada puncak nyata, maka tiada pemandangan. Hanya ada batu sempadan yang memisahkan di antara negeri Perak dan Pahang. Di sini juga rezeki kami menemui sejenis kulat yang tumbuhnya di perdu pokok, berwarna kemerahan terang. Bersaiz sangat kecil tetapi tetap cantik.
Begitulah serba-sedikit ekspedisi kali ini, yang bagi penulis bukan sekadar mendaki-penat-kejar-puncak. Ianya lebih dari itu, 2 hari yang penuh dengan ilmu yang mungkin sukar diperolehi di mana-mana.
“It is truly beyond hiking those mountains!”
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi, UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hatyai yang terletak tak jauh daripada Sempadan Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Kalau tak nak bermalam, day trip pun dah memadai, boleh jalan-jalan sambil makan-makan. Yang penting bajet tak perlu banyak-banyak.
Aqilah Azizan menerusi hantaranya di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) berkongsi itinerari sehari ke Hatyai bersama teman-teman. Paling syok kos untuk setiap orang tak sampai RM100 pun.
Namun menurut Aqilah, kalau ada yang nak shopping dan terjah banyak lagi tempat kat sana, mungkin perlukan bajet yang lebih besar daripada yang dikongsikan. Apa-apa pun memang best baca perkongsian gadis ini dan teman-teman habiskan masa seharian di Hatyai.
Ikuti perkongsiannya:
HATYAI BUDGET DAY TRIP (Bawah RM100)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai saya kembali lagi tapi bukan Solo ke Hatyai
01 JULAI 2022
(Girls Day Trip)
Pulut Ayam + Milo Ais (100 baht)
(closed 2pm)
(280 baht) Lunch dimsum + daging bakar + teh ais
cara kiraan dimsum
1 pot kecik 15 baht
1 pot besar 20 baht
nasi goreng / daging bakar / kerabu semua harga lain2
(jangan pick dimsum semua , makanan dalam menu dia pun sedap)
Total Kebakaran 739 baht : MYR 91.58 (per head)
–> Kalau nak shopping di 7E DANOK sediakan duit lebih
–> Kalau nak bawa balik pulut ayam / pulut pelam pun sediakan duit lebih
–> Impromptu Plan masuk hatyai sbb nak makan saja , mmg takdak niat nak bermalam
–> Kalau nak shopping di Plaza boleh sediakan dalam RM200-300 (takut nafsu shopping tak boleh kawal)
–> Nak singgah Asean Night Market sempat , tp saya tak sure Van ke Hatyai last jam berapa + kena alert Thai Immi close pukul berapa , rasanya 10pm
–> Kalau tak pernah masuk Hatyai tu seeloknya bermalam , baru puas jalan
–> Tukar Duit di Danok dapat tinggi , (kedai sebelah 7E yg dah tutup
–>Pakai Sim brand Dtac
(laju nak mampoih)
(simcard beli di Kedai2 phone area Danok , yg juai dkt Thai immi selalu mahal sikit)
(naik Grab kena ada Thai Simcard)
instagram : qlhzzn (saya save highlight budget Day Trip)
Nak Daytrip bawa beg ni baru senang nak jalan-jalan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda sedang mencari lokasi makan yang unik di Kuala Lumpur, Grumpy Bagels 1905 di Sentul Depot antara tempat yang boleh dimasukkan dalam senarai....