Nak Renew Passport Buat Online Lagi Mudah, Tak Perlu Walk-In Lagi. Ini Cara-caranya!

Share

Sejak Mei 2022, kalau nak renew passport, korang tak lagi boleh walk-in. tapi jangan risau sebab korang boleh mohon secara online sahaja. Lengkap dengan cara dan maklumat penting yang korang perlu tahu bila hendak membuat pembaharuan pasport secara online, Ini cara-caranya!

Renew Pasport Secara Online

Korang tahu tak start 11 Mei haritu, dah tak boleh walk-in untuk renew passport? Semua buat online je sekarang.

Walk-in cuma untuk permohonan first time, warga emas, OKU, kanak kanak, hilang & rosak je.

Cara nak RENEW PASSPORT ONLINE

  1. Bukak portal >> https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport…
  2. Dah baca T&C semua, tekan “SETUJU”
  3. Korang ready sesiap passport lama utk korang refer utk isi semua maklumat korang
  4. Then dia bagi list pejabat utk korang pilih nak pick up passport nanti.

Bila boleh pick up tu nanti auto dlm system based on date & time of renew. Nak siap on same day? Boleh! Renew sebelum jam 3 petang hari bekerja.

  1. Upload gambar:
  • Background colour putih (wajib)
  • Pakaian warna gelap
  • Kalau pakai tudung, pun wajib warna gelap
  • Upload soft copy (bukan gambar polaroid)

  1. Last skali buat payment
  • Guna direct debit (FPX) / credit card
  • Permohonan biasa (13-59tahun) RM200
  • Warga emas (60tahun keatas) RM100
  • Make sure resit simpan tau!
  1. Nanti pick up, tuan badan kena pick up sendiri. Tak boleh wakil
  • Bawak IC, passport lama & resit bayaran.
  • Kalau bawah 18tahun, kena pick up dgn penjaga & bawak sijil lahir skali

Settle! Senang kan?

Sumber: FB Travetopia

IKLAN