Bagi penggemar hidangan bufet stimbot halal, Meisan Szechuan di Leo Pacific City Centre (dikenali sebagai Quality Hotel Kuala Lumpur) menyediakan promosi hebat untuk anda. Istimewanya stimbot yang disediakan halal yang diakui oleh pihak JAKIM.
Restoran ini menyediakan seleksi juadah bufet yang terdiri daripada beraneka jenis sos yang disediakan daripada chef sendiri, serta 100 jenis aneka hidangan seperti bebola ikan, sayur-sayuran, aneka makanan laut yang enak. Menurut Mahamad Shukor Zinnol selaku Senior Sous Chef sos yang disediakan dari ilhamnya dan ia adalah kombinasi Thailand dan Vietnam namun disesuaikan dengan cita rasa Malaysia.
Antara sos tersedia untuk pilihan pengunjung ialah Leo Sos, Connie Sos, Black Pepper Sos, Thai Chili Garlic Sos, Plum Chili Sos, Red Chili Sos dan Sesame Chicken Sos. Hadir dengan memberikan pilihan dua jenis kuah rebusan sup Tom Yam atau Pati Sup Ayam Istimewa. Hanya panaskan periuk , apabila mendidih masukkan daging ayam, aneka makanan laut, sayuran atau mi. Aroma rebusan makanan terbau dari kuah tomyam dan Sup Ayam pasti membuka selera anda.
Ads
Dengan lokasi yang terletak di tengah bandar raya serta dikelilingi dengan bangunan pencakar langit serta pusat membeli belah terkenal, restoran Meisan adalah antara restoran bufet halal yang terkenal di kalangan penggemar bufet di kalangan penduduk kota. Di Meisan sesuai untuk menikmati stimbot beramai-ramai. Ruang makan yang luas , selesa untuk bersantai sambil makan.
Ads
Anda boleh mengunjungi ke restoran ini dari jam 5.00 petang hingga 10.30 malam, dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu RM39.80++ (dewasa) dan RM29.80++ (kanak-kanak).
Ads
Bagi mereka yang mencari makanan yang sihat dan berkhasiat dengan harga yang berpatutan, Meisan Szechuan wajar menjadi pilihan yang sesuai bagi anda. Bagi yang ingin menikmati suasana kebersamaan, pilihan menu di sini dapat menemani keluarga anda dan menghadirkan suasana yang akrab.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Akhirnya rancangan untuk pergi mengembara bersama-sama dua lagi rakan, Umie Syazwani dan Wan Afifah menjadi kenyataan apabila kami selamat sampai di negara bersejarah, Kemboja pada 28 Mac 2018. Percutian yang sudah dirancang setahun yang lepas ini merupakan percutian 4 hari 3 malam dan sebagai backpackers, sudah tentu kami akan memilih tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah. Seperti biasa, kami memilih penerbangan Air Asia dengan harga tiket promosi hanya RM155 untuk perjalanan pergi dan balik.
Ingin mengenali serta mempelajari adat dan budaya negara luar, Kemboja dipilih sebagai destinasi percutian kali ini kerana ianya terkenal dengan bangunan bersejarah yang berusia mencecah ribuan tahun. Lebih menarik, para pelancong dapat melihat sendiri keindahan senibina yang sangat unik hasil titik peluh masyarakat zaman dahulu.
Untuk memastikan percutian ini berjalan dengan teratur dan lancar, sudah pasti kami membuat sedikit kajian dari segi pengangkutan, penginapan, makanan serta tempat-tempat menarik dalam menghasilkan jadual perjalanan atau itinerary.
Kemudahan Penginapan Dan Pengangkutan
Kami memilih Onederz Hostel sebagai tempat penginapan sepanjang 4 hari 3 malam ini dimana ianya sangat disyorkan terutamanya kepada backpackers. Hostel yang selesa dengan harga 28.5 USD seorang untuk 3 malam. Manakala, dari segi pengangkutan pula sudah pasti kami memilih tuk-tuk dengan bayaran 15 USD seorang sepanjang berada di sana.
Silk Farm
Penerbangan mengambil masa lebih kurang dua jam. Alhamdulillah kami selamat tiba di Siem Reap International Airport dan pemandu tuk-tuk terus membawa kami ke Silk Farm. Di sini kami memperoleh pengalaman baru apabila dapat melihat sendiri kreativiti masyarakat di sana dalam menghasilkan kain sutera dengan proses-proses yang sangat terperinci.
Maka, tidak hairanlah kain sutera dijual dengan harga yang tinggi sesuai dengan cara pembuatannya yang rumit, daripada ulat yang diternak menjadi kepompong, melalui beberapa lagi proses sehingga terhasilnya sutera.
Cambodian Cultural Village
Seterusnya kami mengunjungi Cambodian Cultural Village yang merupakan sebuah taman tema serta muzium pelbagai etnik di negara Kemboja. Bercerita sedikit tentang sejarahnya, ia sebenarnya mula dibina pada tahun 2001 dan dibuka secara rasmi pada September 2003. Terdapat tujuh kawasan yang mewakili 19 kumpulan etnik di sini. Persembahan atau pertunjukkan yang diadakan termasuklah tarian apsara, perkahwinan tradisional, akrobat, permainan rakyat dan bermacam-macam lagi. Harga tiket masuk pula berharga 15 USD setiap seorang.
Angkor Wat
Pada hari yang kedua, kami pergi ke salah satu tempat menarik yang menjadi tarikan utama pelancongan di Kemboja iaitu Angkor Wat. Dengan tiket berharga 37 USD seorang, setiap pengunjung dibenarkan melawat pelbagai kuil di sekitar kawasan tersebut. Angkor Wat yang bermaksud “Kuil Kota” merupakan kuil yang paling indah dan terbesar antara kuil-kuil Angkor. Keseimbangan kuil ini bersama komposisinya serta kecantikkannya menjadi ia salah satu monument terbaik di dunia. Kami pun sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar menarik!
Bayon Temple
Kami juga tidak ketinggalan melawati kuil Bayon yang dikenali sebagai sebahagian daripada destinasi terkenal dunia Angkor dengan menampilkan pencirian satu lautan besar berwajah yang melebihi 200 buah dan memandang dalam semua arah. Melihat kedatangan pelancong lain di sini menunjukkan bahawa ramai yang ingin lebih mengenali sejarah serta asal usul bangunan lama ini. Siapa kata tempat bersejarah ini bosan? Banyak sebenarnya perkara baru yang boleh kita pelajari.
Ta Phrom
Ini juga adalah kuil yang wajib dikunjungi apabila berada di Kemboja. Lokasi ini terkenal kerana pernah menjadi tempat pembikinan filem Hollywoood, Tomb Rider. Dengan usianya menghampiri 1000 tahun, ia adalah binaan yang sangat berharmoni dengan hutan. Batang dan akar pokok hutan pula saling menyokong binaan yang hampir runtuh dan kami dapat merasakan suasana di dalam kuil Ta Phrom agak dingin. Apa yang lebih menarik di sini adalah terdapat 3 spesies pokok tumbuh membesar yang berusia beratus tahun lamanya. Terpegun kami dibuatnya.
Phrase Cambodia Circus
Ini lah salah satu pengalaman yang menyeronokkan iaitu di Phrase Cambodia Circus. Apa yang terlintas di fikiran kami setelah mendengar nama lokasi ini ialah pertunjukan haiwan, tetapi sebenarnnya ia adalah sebuah persembahan lebih kurang seperti teater yang menggunakan aksi circus. Dikenakan bayaran tiket berharga 18usd, kami merasakan ianya sangat berbaloi.
Lotus Farm
Setelah puas mengelilingi kawasan kuil bersejarah, kami singgah di Lotus Farm pada hari ketiga pula. Tiada bayaran dikenakan, Lotus Farm merupakan satu ladang bunga teratai yang agak luas, dan ianya sesuai untuk dijadikan tempat fotografi dengan pemandangan yang tenang dan cantik.
Satu pengalaman baru apabila pemandu tuk-tuk kami mengajar cara-cara untuk memakan biji teratai atau lotus seeds. Agak pelik pada mulanya, tetapi sememangnya rasanya seperti kekacang. Sebenarnya memang ramai masyarakat di sana yang menjual biji teratai ini, bermakna ia boleh dimakan terus begitu sahaja. Pelik kan tetapi benar!
Night Market (Angkor Night Market- Pub Street- Old Market)
Masa untuk membeli ole-ole! Kami singgah di kawasan sekitar Angkor Night Market dengan tujuan mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Suasana di situ agak meriah dengan berkonsepkan kehidupan ala-ala Barat. Dari segi pemakanan di Night Market pula, ianya agak meragukan dan kami hanya membeli Ice Blended buah-buahan dengan harga USD1 serta ais krim gulung yang merupakan salah satu menu popular di sana.
Selain itu, Night Market juga menjadi lokasi tumpuan kerana para pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan urutan dengan harga yang sangat rendah seperti 7 USD untuk urutan seluruh badan manakala 2 USD untuk urutan tapak kaki. Murah kan?
Kemudahan Makanan
Salah satu cabaran apabila mengembara ke negara Kemboja ini adalah agak susah bagi Muslim untuk mencari makanan Halal di sana. Bagi mereka yang mempunyai rancangan ingin meneroka negara Kemboja, kami sarankan anda untuk pergi Restoran The Siem Reap Backpackers dimana ia menyediakan semua hidangan Halal.
Selesai semua aktiviti, kami pulang pada hari keempat dengan membawa banyak kenangan manis serta pengetahuan baru terutamanya tentang sejarah dan budaya masyarakat di sana. Sememangnya pengalaman ini akan kami kenang selamanya. Terima kasih rakan-rakan backpackersdan terima kasih Kemboja! Semoga kita jumpa lagi pada masa akan datang.
Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai.
Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina. Lokasi ini juga kini mendapat jolokan sebagai Bali Langkawi dek pelbagai tarikan menarik yang tersedia di sini.
Tempat ni laa viral di langkawi disebabkan ala-ala Bali gituu. Di Penang pun ada kan, ni versi Pulau Langkawi boleh laa acah2 hadap view pantai mcm dekat Nusa Penida. Sbb ramai yang tanya so leen nak share sikit pasai tempat ni okay.
Paradise 101 lebih dikenali dgn Pulau Naam (private island) terletak di Pantai kok / Harbour park . Jeti untuk ke paradise 101 hampa perlu lalu di belakang Danna Hotel atau laluan untuk ke rumah api di harbour park. Sebelum sampai rumah api ada khemah kuning di sebelah kanan, tu kaunter untuk dapatkan voucher dan buat bayaran.
Harga voucher(dalam bentuk resit) RM30 sekepala jdi kalau yg pergi 4 org jdi 1 resit RM120 . Hampa jgn rasa mahal pulak sbb voucher ni kita boleh redeem untuk food, water sport, flying fox & banyak lagi aktiviti dia so kalau hmpa nk tau lebih lanjut hmpa boleh check di google search tripvisor untuk tau lagi details. Mcm kami hanya guna untuk makan jdi memang ngam2 RM120 tuu. Hmpa takboleh mintak refunds balik duit atau baki maknanya hmpa kena guna smpai habis laa voucher tu. Kalau aktiviti/ makan lebih pada harga voucher kena tambah duit yaa.
Jangan rasa mahal, pihak depa buat mcmni sbb sebelum ni org datang ke jeti bagitau cakap nk makan di paradise 101, jdi depa pun bwk tanpa sebarang caj. Padahal datang just nk ambil gambar pastu balik, tak makan pun. Rasa2 depa untung kaa rugi dengan minyak lagi nk hantar kita.
Makanan pun sedap2 harga berpatutan, lagu pun best2 nak layan jiwa kat situ rasa mcm p bercuti jauh jaa padahal kat tempat sendiri. Okaylaa rasa mood holiday gak walaupun p time off day jaa kan.
Toilet pun okay, bersih & selesa. Surau pun ada depa sediakan. Masa hmpa jgn risau depa takdak limit pun, tk silap waktu operasi 7am – 8pm so kalau hmpa nak duduk dari pagi sampai malam pun tkdak masalah okay.
So hampa boleh laa p tempat ni, tempat baru nk ootd
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Sabang di Aceh ni pun antara tempat diving yang best juga kalau korang minat diving dalam trip holiday. Bandar yang terdekat dengan pulau ini adalah Bandar Sabang dan kalau korang tak tahu, tempat ni adalah lokasi paling utara di kepulauan Sumatera.
Nak merancang trip solo dengan bajet yang 'mampu' di poket? Anda boleh baca perkongsian ini.
Cerita trip ini saya share untuk berkongsi sedikit maklumat dan gambar yang mungkin menarik minat untuk anda semua pergi ke Pulau Sabang, bukan untuk dibuat pertandingan or perbandingan bajet siapa paling murah, gambar sapa paling lawa.
Tiket saya beli tahun lepas, Rm168 pegi balik, gamble beli sebab dah lama teringin nk ke Pulau Weh atau nama lain dia Pulau Sabang. Masalah utama saya tiada geng untuk pegi, dah iklan cari travel buddy kat sosial media tetap tak ada sambutan. Sampailah tiba hari nak pergi, dapatlah sorang kawan perempuan, tp still tak dpt nak berjimat pasal lelaki perempuan bukan muhrim tak boleh nak share bilik untuk penginapan. Dah la saya jenis penakut sedikit nak tidur seorang di tempat baru. Di Sabang pula tiada backpackers dorm atau hostel. Redha je la.
Tip:
1.Pakai pakaian sopan-sopan di sini tau, kalau tidak kena tegur.
2.Walaupun Aceh mengamalkan konsep Patuh Syariah, tapi ada je scammer (saya kena 2 kali, total loss Rp57k), ada je tak pakai tudung. Orang yang tak pakai tudung tu kemain tegur pakaian orang suruh balik bili tukar pakaian. Ada jual arak.
3.Kalau nak jimat sewa la motor dari Bandar Aceh, bawak masuk 'Kapal Lambat', then motor tu leh cover jalan-jalan d Sabang & Bandar Aceh. Tak perlu nak naik teksi.
4. Kalau rasa beg tu lebih 7kg, pastikan balik tu amek luggage. Kena timing tak baek, masa nk masok departure gate kat airport Bandar Aceh, sambil check ticket diorang akan suruh penumpang timbang beg setiap sorang.
5. Kalau cuaca tak elok, hotel tak cantik, planning tak menjadi.. jangan down.. jgn travel sbb nk sama mcm org len travel atau nk up skit dari org lain travel.. just create something yak boleh kita ingat sampai bila bila..
Travel untuk kita memuji dan melihat kebesaran Allah bukan travel utk minta di puji sesama manusia..
Budget Loss Rm500 je – exclude flight ticket (Rm168)
Total 4 hari 3 malam dalam RM668.
Sekian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selangor bukan sekadar terkenal dengan kafe hipster, pusat beli-belah dan lokasi percutian hujung minggu. Negeri ini juga ada banyak port makan kampung yang cukup...