sabang

Pulau Sabang di Aceh ni pun antara tempat diving yang best juga kalau korang minat diving dalam trip holiday. Bandar yang terdekat dengan pulau ini adalah Bandar Sabang dan kalau korang tak tahu, tempat ni adalah lokasi paling utara di kepulauan Sumatera.

Nak merancang trip solo dengan bajet yang 'mampu' di poket? Anda boleh baca perkongsian ini.

Sumber facebook Shin

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

Cerita trip ini saya share untuk berkongsi sedikit maklumat dan gambar yang mungkin menarik minat untuk anda semua pergi ke Pulau Sabang, bukan untuk dibuat pertandingan or perbandingan bajet siapa paling murah, gambar sapa paling lawa.

IKLAN

Tiket saya beli tahun lepas, Rm168 pegi balik, gamble beli sebab dah lama teringin nk ke Pulau Weh atau nama lain dia Pulau Sabang. Masalah utama saya tiada geng untuk pegi, dah iklan cari travel buddy kat sosial media tetap tak ada sambutan. Sampailah tiba hari nak pergi, dapatlah sorang kawan perempuan, tp still tak dpt nak berjimat pasal lelaki perempuan bukan muhrim tak boleh nak share bilik untuk penginapan. Dah la saya jenis penakut sedikit nak tidur seorang di tempat baru. Di Sabang pula tiada backpackers dorm atau hostel. Redha je la.

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

IKLAN
  • Flight 7.40am, sampai airport Banda Aceh around 8.10am, urusan cop passport tersangat cepat. Walaupun kecil tapi tak seteruk di Silangit. Keluar dari airport, berduyun tiba pak cik teksi tanya nak ke mana? dari Malaysia?
  • Saya stay kejap tepi bucu bangunan, sambil buat muka kesian kot kot ada traveller lain yak boleh di ajak kongsi teksi. Tapi hampa.. lemahhhhh berjalan membontoti Pakcik teksi yak girang hati dapat customer comel #ehperasan
  • Caj teksi untuk ke Pelabuhan Ulele dalam Rp140k, saya check juga grabcar dalam Rp109k sahaja. Tapi grabcar tak boleh masok kawasan airport, tak kuasa la nk menapak tempat orang, kang sesat pulak.
  • Dari airport nak ke Pelabuhan Ulele mengambil masa selama 35 minit, sampai di Pelabuhan saya terus beli ticket ferry. Ada 2 jenis, Kapal Cepat Rp80k & Kapal Lambat Rp27k include insurance. Saya pilih kapal cepat.. Padahal naik kapal lambat pon ok, jimat & takde lah lambat sangat.
  • Dari Pelabuhan Ulele ke Pelabuhan Balohan mengambil masa kira kira 1 jam pejalanan. Dalam ferry ni saya berkenalan lagi dengan seorang perempuan Malaysia, so dapat geng lagi utk share transportation ke Pulau Sabang. Di sebabkan saya tak ada booking bilik lagi, saya follow rakan baru tu ke Pantai Iboih. Asalnya saya nk stay di Freedie Sumur 3, tapi tak ada bilik kosong.
  • Sampai di Pelabuhan Balohan, saya ada 2 options untuk ke Sumur 3 atau Iboih. Samada naik teksi atau sewa motor. Caj taxi Rp150k dan sewa motor plak Rp100k sehari, boleh bargain kalo kita sewa motor lebih dari 3 hari Dan saya decide amek taxi. Pejalanan dari Pelabuhan Balohan ke Pantai Iboih mengambil masa kira kira 45 minit.
  • Tiba di Pantai Iboih saya dok usha bilik paling murah tapi menarik hati dan pandangan. Maka bertemulah jodoh dengan Ohlala Bunglow Cafe & Restaurant, bilik sea view 1 malam Rp200k, saya ambil 3 malam.. pon bargain juga harga InsyaAllah boleh dapat lagi diskaun.
  • Cuaca awal January agak tak berapa friendly.. mendung, hujan sekejap2. Pasrah je lah. Kat sini saya kenal kawan kawan baru, Eldo dari Finland, Nina Dari France, Ijul & Alfin dari Indonesia, Fafa, Nas & Caligula dari Johor.
  • Saya ada ambil pakej dolphin & snorkeling, Rp400k sorang.. max 6 org baru dapat murah.. Kalo just berdua Rp500k, ber4 Rp450k.. include makan pagi, makan siang, professional guide & photographer, snorkeling equipment.. tp saya mmg bawak sendiri peralatan, tak suka share bekas mulut orang. haha

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

  • Makan pulau, saya makan kat cafe bilik je.. sedap dan boleh masok anak tekak.. harga standard pulau..
Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M

Tip:
1.Pakai pakaian sopan-sopan di sini tau, kalau tidak kena tegur.
2.Walaupun Aceh mengamalkan konsep Patuh Syariah, tapi ada je scammer (saya kena 2 kali, total loss Rp57k), ada je tak pakai tudung. Orang yang tak pakai tudung tu kemain tegur pakaian orang suruh balik bili tukar pakaian. Ada jual arak.
3.Kalau nak jimat sewa la motor dari Bandar Aceh, bawak masuk 'Kapal Lambat', then motor tu leh cover jalan-jalan d Sabang & Bandar Aceh. Tak perlu nak naik teksi.
4. Kalau rasa beg tu lebih 7kg, pastikan balik tu amek luggage. Kena timing tak baek, masa nk masok departure gate kat airport Bandar Aceh, sambil check ticket diorang akan suruh penumpang timbang beg setiap sorang.
5. Kalau cuaca tak elok, hotel tak cantik, planning tak menjadi.. jangan down.. jgn travel sbb nk sama mcm org len travel atau nk up skit dari org lain travel.. just create something yak boleh kita ingat sampai bila bila..

IKLAN

Travel untuk kita memuji dan melihat kebesaran Allah bukan travel utk minta di puji sesama manusia..

Budget Loss Rm500 je – exclude flight ticket (Rm168)
Total 4 hari 3 malam dalam RM668.

Sekian.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI