Banyak norma baru yang dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat di dunia sekarang bagi menangani penularan pandemik COVID-19. Ada yang kedengaran janggal dan pelik, tetapi itu la yang perlu anda ikuti demi menjamin kesihatan sejagat.
Selepas beberapa taman tema di Jepun melarang pengunjung ‘berteriak’ ketika menaiki roller coaster, terkini di Jakarta, Indonesia pula mengeluarkan arahan ‘unik’. Pengguna perkhidmatan pengangkutan MRT di sana dilarang bersembang dengan penumpang lain atau berbual menggunakan telefon bimbit.
Foto: Bernama
“Seperti yang diketahui bahawa COVID-19 umumnya dapat ditularkan melalui titisan air liur yang dihasilkan ketika orang yang dijangkiti batuk, bersin, atau berbicara,” menurut ciapan instagram rasmi syarikat pengendali MRTJakarta.
Kolaborasi untuk memutus rantai penyebaran COVID-19
Seperti yang diketahui bahwa COVID-19 umumnya dapat ditularkan melalui tetesan droplet yang dihasilkan ketika orang yang terinfeksi batuk, bersin atau berbicara. pic.twitter.com/fezvAaisTR
MRT Jakarta, mercu baharu pengangkutan Jakarta itu mula beroperasi pada 24 Mac 2019 lalu, sebelum ini turut menguatkuasakan had jumlah penumpang lebih dari separuh kapasiti tren, jarakan sosial serta pemakaian pelitup muka, sejak Mac 2020.
Ads
Sementara itu syarikat pengendali komuter PT Kereta Commuter Indonesia (KCI), juga dijangka melaksanakan arahan dan peraturan yang sama (larangan berbual di dalam komuter).
Ads
Sehingga 1 Jun 2020, kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 26,940 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,641orang.
Sembayu Villa, sebuah tempat istirehat mewag yang terletak di atas tanah tinggi jadi lokasi pilihan menarik untuk anda bercuti di Negeri Sembilan.
Nak mandi-mandi pun rasa teruja bila melihatkan suasana yang disediakan, puas hati! Ada kolam untuk anak-anak mandi dan mempunyai bathtub untuk anda yang suka berendam untuk tenangkan emosi sekejap.
Memang cun habis tempatnya, dikelilingi pokok-pokok hijau, nampak langit biru terbentang luas, tenang!
Nampak gah dari bawah, itulah simbolik villa ini buat pengunjung yang tiba.
Mempunyai pemandangan yang cantik dan menyenangkan, Villa ini berkonsepkan kayu dan industrial. Nampak moden tetapi pemandangan indah sungguh.
Sekiranya ada masa terluang nanti boleh lah ke sini untuk bercuti, retreat, atau team building. Sambil makan boleh menikmati keindahan alam.
Lihat sahaja ruang biliknya yang besar dan luas untuk anda berehat bersama yang tersayang, dengan view luar bilik yang cukup ‘mahal’.
Sembayu Villa, Lot 3164, Kolam Air Pantai Kampung Baru Pantai, Pantai Hill, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika bercadang atau merancang percutian keluarga ke Taiwan, catatkan destinasi Leofoo Village sebagai destinasi yang perlu dikunjungi. Terletak di daerah Hsinchu Taiwan, Leofoo Village antara destinasi terbaik percutian keluarga yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi. Segalanya terdapat di sini, dari taman tema bertaraf dunia, binaan landskap dunia mengkagumkan, penginapan empat bintang unik lagi esklusif serta sajian makanan lazat yang Halal.
Apabila berada di dalam kawasan Leofoo Village, singgah sebentar di Window On China untuk melihat hasil ketelitian serta kehalusan mini replika pelbagai jenis bangunan dan binaan termasyhur dunia. Window On China telah dianugerahkan antara 10 destinasi tumpuan pelancong ke Taiwan. Kira-kira 133 miniatur bangunan terhidang di hadapan mata termasuk Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Taiwan, Menara Pisa Itali, St Basil Rusia, dan patung Statue of Liberty Amerika Syarikat. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini.
Bagi menambahkan keseronokan percutian di lokasi ini, berkunjunglah ke Leofoo Village Theme Park. Ia adalah taman tema yang terdiri daripada empat konsep hiburan mengikut tema beberapa negara seperti African Safari, South Pacific, Wild West, dan Arabian Kingdom. Malah, ia menawarkan lebih 30 permainan serta aktiviti di zon basah dan kering yang cukup menghiburkan terutama roller coaster berbentuk U yang kedua tertinggi di dunia.
Terdapat juga haiwan liar dibiar bebas berkeliaran seperti harimau, singa, zirafah dan badak. Setiap spesies haiwan ditempatkan dalam komuniti sendiri dengan pintu jeriji besi sebagai pemisah. Kalau pernah menyaksikan filem pecah panggung Life of Pi, harimau yang digunakan di dalam filem tersebut dipinjamkan dari taman ini dan dikatakan telah menjadi ‘selebriti terkenal’ di sini.
Pengunjung boleh memilih menjelajah seluruh African Safari dengan bas atau keretapi mini yang disediakan. Haiwan lain yang unik terdapat di sini adalah spesies alpaca. Anda dibenarkan memberi haiwan jinak ini makan dengan membeli makanan yang disediakan berhampiran ruang sangkarnya.
Selain bersantai dan mengenali haiwan, pengunjung berpeluang menyelami dunia koboi di Wild West, menghayati hikayat 1001 malam Aladdin di Arabian Kingdom dan mencuba pelbagai permainan air di South Pasific. Jangan lupa untuk singgah di kedai cenderamata untuk membawa pulang beberapa buah tangan sebagai kenang-kenangan, terutamanya ikon haiwan alpaka yang comel.
Sebagai memenuhi keperluan pelancong Muslim untuk dapatkan hidangan halal, pengunjung beragama Islam boleh mendapatkan makanan cita rasa Timur Tengah di Restoran Aladdin dalam kawasan Leofoo Village Theme Park dengan mudah.
Pelbagai menu Asia Barat tersedia buat pengunjung seperti Grilled Squid Salad, Chick Peas Sauce & Pita, Red Lentil, Stewed Mutton, Grilled Chicken Leg dan Puding Nasi. Anda pasti tertarik melihat nasi briyani berbentuk piramid menghiasi pinggan dengan lauk kurma kambing atau ayam tandoori. Apa yang penting, taman tema ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung muslim termasuk bilik solat dan tandas berpaip.
Rehatkan lelah anda selepas seharian berlibur dengan memilih menginap di Leofoo Resort tidak jauh dari Window On China dan terletak berhampiran Leofoo Village Theme Park.
Membangunkan konsep Safari inspirasi dari negara Afrika, resort ini menawarkan hanya 161 buah bilik esklusif demi menjaga hak bersendirian tetamunya. Tidak kira kanak-kanak atau golongan dewasa pasti terpukau dengan konsep unik yang ditawarkan iaitu menginap bersama haiwan disekeliling resort.
Umpama berada di dalam zoo, anda boleh melihat zirafah, kuda belang, badak, dan banyak lagi hanya dari jendela kamar atau baring di atas katil. Jangan risau mengenai masalah bau-bauan haiwan yang timbul dari persekitaran safari, kerana setiap kamar dilengkapi dengan gelas kaca yang nyah bau.
Bilik anda tidak akan sesekali memberikan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada di jambatan yang menghubungkan kawasan safari ke resort, terdapat haiwan terutama zirafah menghulur keluar kepala, jangan sentuh atau memberi makanan. Ianya perkara yang sangat dilarang di sini.
Pada malam hari pula, terdapat persembahan dari suku kaum Afrika yang begitu mengujakan dengan rentak tarian yang pasti membuatkan mata anda tidak berkelip. Memang sesuai sekali resort ini diberi pengiktirafan sebagai ‘Asia’s first and only ecological and animal themed resort’.
Keretapi (Taiwan Railway)
THSR (Taiwan High Speed Rail)
Kereta
Bas
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada ketika anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti luar agar mereka mengenal keindahan alam semulajadi. Rugi jika anak-anak jika diberi bermain telefon sedangkan banyak lagi benda boleh diterokai.
Bagi yang bercadang menghabiskan cuti hujung minggu ini sebelum bermulanya Ramadan, boleh bawa anak-anak melihat haiwan di Husin Fauzi Farm Taman Haiwan yang terletak di Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, Kuala Selangor. Kalau dari Kuala Lumpur, masa diambil hanya sejam sahaja untuk sampai ke sini.
Di Husin Fauzi Farm (HFF) Taman Haiwan, anak-anak boleh menunggang kuda dengan harga serendah RM5. Kalau nak dedahkan anak dengan aktiviti alam, boleh menangguk ikan dengan harga cuma RM3 sahaja selain memanah dengan harga RM5 sahaja.
Di FFF Taman Haiwan ada binatang peliharaan seperti burung merak burung unta, kuda, rusa, kura-kura dan banyak lagi. Menariknya HFF Taman Haiwan ini adalah pengelola kepada sebuah Ma'ahad Tahfiz iaitu Ma'ahad Tahfiz Dar As-Thaqofah. Dan semua wang untuk melakukan aktiviti disini disalurkan terus ke Maahad Tahfiz ini. Hussin Fauzi Farm-Taman Haiwan
Waktu operasi-Isnin :- Ahad (setiap hari) Masa :- 10 AM-6 PM (setiap hari) Lokasi :- Batu 45,kampung Teluk Penyamun (google maps) Tiket Masuk=RM7 (RM2 akan disalurkan ke tabung pengurusan Ma'ahad Tahfiz Dar As-Thaqofah) kanak2 berumur 3 tahun dan ke bawah-PERCUMA
Antara aktiviti menarik boleh buat di sini pada hujung minggu dan cuti umum sahaja ialah, berkuda-RM5, Tangguk ikan-RM3, Memanah-RM5, menaiki ATV Train-RM5 (seorang) dan dewasa pun boleh naik selain ATV Sport-RM25 (30 minit) dalam litar aktiviti lasak. Boleh juga memberi makan haiwan dengan hanya bayaran RM1 sahaja.
Kemudahan yang kami ada seperti:- Tandas Awam Mini playground Gerai jualan makanan/minuman Gerai Nasi ayam ruang meja makan Surau berdekatan (kawasan ma'ahad)
Labuan Bajo ialah sebuah pekan pelabuhan di hujung barat Pulau Flores, Indonesia. Bagi pelancong, tempat ini cukup istimewa kerana ia menjadi pintu masuk utama...