Hotel Keio Plaza Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, menjadi tuan rumah “Pameran Porselin Arita dan Imari ke-37” dari 1 Julai hingga 2 Ogos 2017, memperkenalkan kepada tetamu porselin Arita/Imari, seramik pertama dibuat di Jepun.
Tema pameran tahun ini adalah “porselin antik dalam kehidupan kontemporari” dan pelbagai produk porselin “Ko Imari (Arita Antik)” dipaparkan untuk dijual kepada pengunjung bersama-sama dengan barang-barang lain. Sebagai sebahagian daripada pameran ini, makanan khas menggunakan pinggan mangkuk porselin Arita akan dihidangkan di restoran dan bilik istirehat di dalam hotel ini.
Dengan kerjasama Galeri Maesaka Seitendo dan Tasaburo, dua peniaga seni antik yang terkenal di Tokyo, barang-barang seni yang mewakili gaya porselin Ko Imari akan dipaparkan dan tersedia untuk dijual. Juga, pengeluar ruang dan Pengerusi Persatuan Perancang Parti Jepun Yoko Maruyama akan membuat tetapan meja makan khas menggunakan hidangan porselin gaya Ko Imari untuk dinikmati oleh para peserta pameran.
Ads
Makanan khas menggunakan barang-barang porselin Arita akan dihidangkan di sembilan restoran dan ruang istirehat hotel. Selain itu, sarapan khas Jepun yang dihidangkan atas porselin Arita terhad kepada 20 tetamu menggunakan Lantai Kelab “Grand Premium”. Pihak hotel berusaha untuk menyediakan pelawat luar negara ke hotel ini dengan rasa “layanan Jepun” melalui sarapan gaya Jepun yang disediakan dengan teliti yang dicipta oleh Chef Eksekutif, Hiroshi Ichikawa dengan kerjasama pakar makanan Mackey Makimoto.
Pameran Porselin Arita dan Imari tahun ini merupakan tahun ke-37 ia dianjurkan, dan direka bentuk untuk menunjukkan bagaimana bentuk seni tradisional ini digunakan dalam gaya hidup Jepun. Tambahan pula, acara ini adalah sebahagian daripada program acara-acara pengalaman budaya Jepun Hotel Keio Plaza, yang direka untuk memenuhi minat yang semakin meningkat dalam budaya Jepun di kalangan tetamu dari luar negara, yang merupakan lebih 75% daripada jumlah tetamu hotel ini.
Sebut saja nama Dubai, pasti terlintas di fikiran anda ianya satu bandar yang mewah, gah, dipenuhi wanita-wanita cantik, intan berlian, jutawan-jutawan dan deretan kereta-kereta mewah. Yup, sememangnya Dubai dikenali di dalam internet sebagai satu bandaraya yang penuh dengan kemewahan dan emas permata.
Namun, cerita sebenar dalam internet yang selalu kita tengok tu tak mencerita keseluruhan kisah sebenar bandaraya Dubai itu pun. Sebenarnya ada sisi lain yang tidak dipamerkan untuk tatapan anda di alam maya.
Di sebalik bandaraya serba mewah itu, ada sekelompok umat manusia yang sebenarnya hidup dibawah paras kemiskinan dan seorang jurugambar daripada Iran berjaya merakamkan gambar-gambar yang pasti akan membuatkan persepsi anda terhadap Dubai akan berubah.
Gambar-gambar yang berjaya dirakamkan oleh Ferjad Berahman itu mempamerkan golongan buruh yang berkerja di Dubai untuk menyara keluarga di tanah air dan kebanyakkan daripada mereka tidak menerima bayaran gaji yang setimpal, dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang teruk.
Bertempat di Sonapur, ia adalah lokasi di mana gambar-gambar ini berjaya dirakam. Sonapur itu adalah satu daripada nama penempatan pekerja yang berada di luar bandar Dubai – jauh daripada segala kemewahan dan bangunan pencakar langit serta kekayaan orang-orang Arab di sana.
Untuk pengetahuan anda, apa yang lebih ironi mengenai nama Sonapur adalah ianya bermaksud ‘Bandaraya Emas’ dalam bahasa Hindi, tetapi menjadi penempatan kepada lebih 150,000 pekerja yang dibelenggu kemiskinan dan kekurangan dan kebanyakkan daripada mereka datangnya daripada India, Pakistan, Bangladesh dan China.
Untuk dapatkan gambaran jelas mengenai keadaan di sana, jom kita lihat gambar-gambar yang dirakam oleh Ferjad Berahman di bawah.
Pusat janakuasa solar terbaru di Datong, China, memutuskan untuk menjadi kreatif dengan rekaan baru mereka. China Merchants New Energy Group salah satu operator tenaga bersih terbesar di China, membina 248 ekar ladang solar dalam bentuk Panda.
248 ekar ladang solar dalam bentuk Panda
Fasa pertama, meliputi satu 50 megawatt janakuasa, telah siap pada 30 Jun lepas, menurut majalah PV. Projek ini telah menjana kuasa pada grid di utara China dan Panda kedua dirancang pada akhir tahun ini.
Digelar Janakuasa Panda, ia mampu menjana 3.2 billion kilowatt perjam tenaga solar selama 25 tahun, menurut syarikat itu. Ini dijangka mengurangkan penggunaan arang yang selama ini digunakan untuk penghasilan elektrik, dan menurunkan penghasilan karbon sebanyak 2.74 juta tan.
China Merchants New Energy Group bersama United Nations Development Program (UNDP) menghasilkan projek Janakuasa Panda. Projek ini adalah usaha besar memberi kesedaran kepada orang mudah di China tentang tenaga bersih. Grup ini berharap membina lebih banyak bentuk Panda pada solar sistem mereka dalam masa 5 tahun akan datang.
Semalam tular berita mengenai seorang wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya.
Mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, dan menyebabkan pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih empat jam mengusung mangsa bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.40 malam.
Oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa. Anggota bomba terpaksa berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.
Setelah berita tersebut disiarkan, rata-rata netizen tidak menyokong tindakan mangsa melakukan aktiviti tersebut kerana aktiviti mendaki dikatakan memerlukan stamina yang baik. Mangsa mungkin dikatakan ingin cuba mengurangkan berat badan selain mengamalkan cara hidup yang sihat.
Bagi Libur, berbadan besar dan mempunyai berat badan yang sangat berat tidak salah untuk mendaki jika anda mempunyai stamina dan tahap kecergasan yang baik. Oleh itu, jangan lupa untuk melihat tahap kesihatan diri anda dahulu sebelum melakukan aktiviti lasak ya. Lakukan aktiviti yang ringan terlebih dahulu sebelum memaksa diri. Sayang diri sendiri dahulu sebelum ambik pusing cakap-cakap orang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...