Jika boleh berjimat mengapa perlu berbelanja lebih. Buat anda yang merancang untuk bercuti menggunakan bajet tertentu dan rendah, pemilihan hotel bajet pastinya berada dalam senarai paling atas.
Walaupun memilih hotel bajet yang lebih murah tidak bermakna anda boleh duduk sahaja di mana-mana hotel anda temui. Ada beberapa perkara perlu anda pertimbangkan selain faktor keselamatan.
Kali ini LIBUR kongsikan beberapa tip memilih hotel bajet untuk kepuasan anda sepanjang penginapan.
Cari melalui laman web untuk mendapatkan harga yang terbaik
Encik Google semestinya dapat membantu anda dalam hal ini. Taip sahaja 'hotel bajet', ia akan memuntahkan ratusan ribu carian dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, untuk memudahkan usaha pencarian anda apa kata anda gunakan laman web yang spesifik untuk mencari hotel murah.
Laman web seperti OYO, Trivago, Agoda dan banyak lagi dapat meringankan otak anda dalam membuat pilihan. Laman-laman web ini bukan sahaja lengkap dengan semua ciri yang memudahkan anda mencari, malah anda boleh menempah terus dari laman web berkenaan.
Muat turun apps hotel di telefon pintar juga merupakan langkah bijak kerana selain menjimatkan masa, anda juga boleh menjadi antara yang terawal mengetahui tawaran istimewa. Muat turun app OYO di sini. OYO Rooms, platform yang membantu anda mencari penginapan yang bersih dan berpatutan.
Ambil tahu jika ada kos tersembunyi
Ads
Walaupun sudah tertera harga di papan iklan (atau laman web) dengan terang, anda mungkin tidak perasan kos tersembunyi yang ditulis dengan kecil di hujung (bawah) iklan tersebut. Pastikan anda peka akan tanda-tanda seperti ini '*' atau '**' di hujung harga kerana ini menunjukkan harga tersebut akan ada peningkatan kelak.
Nama pun bajet jadi jangan jadikan kecuaian untuk melihat tanda-tanda seperti ini memaksa anda membayar lebih dari bajet yang anda peruntukkan.
Pakej percutiaan
Jika tarikh percutian anda fleksibel, ini merupakan peluang untuk anda mendapatkan pakej percutian dengan harga yang menarik. Kebanyakkan syarikat percutian akan membuat tawaran pakej percutian murah atau diskaun yang termasuk harga tiket, penginapan dan banyak lagi pada masa-masa tertentu.
Ini membolehkan anda untuk menikmati hotel penginapan yang lebih baik berbanding jika anda menempah sendiri hotel memandangkan ia datang sekali dengan pakej percutian tersebut.
Ads
Lokasi yang baik
Apabila hotel bajet ini selalunya ada kelengkapan asas sahaja, ini membolehkan anda bajet lebih untuk menerokai tempat yang anda kunjungi. Penting untuk anda menempah hotel yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam atau tinggal di tengah-tengah bandar untuk mengelakkan anda perlu berbelanja lebih untuk bergerak.
Baca review atau ulasan
Laman-laman web pasti akan menjamu mata anda dengan gambar terbaik hotel mereka (walaupun hakikatnya jauh dari itu). Jadi, anda bolehlah bergantung kepada ulasan mereka yang pernah tinggal di hotel tersebut.
Baca dengan teliti sebanyak ulasan yang mungkin untuk anda mendapat gambaran kasar akan keadaan sebenar apabila anda menempah hotel itu. Semestinya tidak semua orang bersependapat dalam soal keselesaan namun sebaiknya ambillah undian majoriti.
Ads
Servis asas yang baik
Ulasan boleh memberitahu anda banyak benda – tahap kebersihan, tahap kebisingan, kualiti makanan, tahap servis, dan lain-lain. Berlainan orang, lain kesukaan mereka. Jadi, pastikan anda tanya pada diri anda apa yang perlu ada untuk anda selesa menginap di situ. Jika anda sukakan kebersihan tetapi tidak kisah sangat perihal kebisingan, buatlah pilihan yang sesuai.
Bilik air di dalam bilik hotel
Ada sesetengah hotel murah yang menyuruh anda berkongsi bilik air dengan penginap yang lain. Tidak! Tidak kiralah bagaimana berbezanya kesukaan seseorang, berkongsi bilik air mungkin akan menjadi pengalaman ngeri untuk percutian kita.
Pilihlah hotel bajet yang ada bilik air tersedia di dalam setiap bilik agar anda tidak perlu berkongsi dengan orang lain seperti ketika kita duduk di asrama masa kolej dahulu.
Harga berpatutan
Jika anda bayar lebih, anda akan dapat lebih. Begitu juga dengan hotel bajet. Lebihkan sedikit bayaran anda untuk dapatkan keselesaan dan ciri yang lebih baik berbanding dengan memilih hotel paling murah dan anda tidak berpuas hati dengan semua perkara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada berita baik buat anda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan, majlis keramaian, acara perayaan atau menghadiri konsert.
Setelah hampir empat bulan semua perhimpunan ramai (mass gathering) termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan ekoran penularan COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan satu garis panduan untuk digunakan orang ramai yang masih mahu mengadakan perhimpunan JIKA dizinkan pihak penguat kuasa setiap negara masing-masing.
Antara garis panduan itu mengesyorkan majis keramaian tidak diadakan di kawasan tertutup sebaliknya dilakukan di kawasan terbuka dan mengehadkan tetamu yang benar-benar diyakini sihat sahaja. Garis panduan itu menjelaskan, meskipun penganjuran aktiviti keramaian akan mengundang bahaya jangkitan itu, namun jika dilihat pada sudut lain majlis secara besar-besaran akan memberi faedah dengan menyediakan peluang pekerjaan dan juga meningkatkan kesihatan mental seseorang.
Ekoran itu, WHO meminta pasukan kesihatan dan pihak penganjur untuk meneliti risiko dengan mengambil pendekatan normal baharu sebelum sesuatu majlis itu diadakan termasuk menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil dalam semua keadaan seperti berikut:
Kedatangan tetamu yang tidak diundang secara mengejut.
Meningkatkan kekerapan pengangkutan.
Tempat duduk.
Kapasiti tempat yang boleh disesuaian dengan saiz tetamu.
Melihat sama ada majlis itu boleh diadakan secara maya atau di kawasan terbuka.
Melantik beberapa ‘penyelia’ untuk memantau pergerakan tetamu bagi memastikan pematuhan SOP termasuk penjarakan sosial, etika semasa batuk dan mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan.
Individu berisiko tinggi seperti mereka yang berusia lebih 65 tahun atau mempunyai masalah kesihatan supaya tidak menghadiri majlis tersebut atau penganjur perlu membuat pengaturan khas kepada mereka.
Penganjur dicadangkan supaya sentiasa bersiap sedia dengan menyediakan tempat pengasingan khas kepada tetamu yang kurang sihat.
Ada yang beranggapan kerajaan tidak benarkan jual beli makanan secara online seperti ramai yang lakukan ketika PKP ini.
Ramai yang merungut, tidak dapat merasa juadah lain, terpaksa masak sendiri dan sebagainya. Bukan ya..anda masih boleh mendapatkan juadah berbuka pilihan hati menerusi iklan di laman sosial atau group whatsapp tempat tinggal anda. Jual beli sebegitu dibenarkan pada bulan puasa nanti.
Bazar yang kerajaan tidak benarkan adalah bazar pandu lalu atau bazar berkelompok hanya untuk peniaga sahaja yang menjual dan dihantar melalui ‘runner’. Mereka ingin gelarkan bazar sebegini sebagai e-Bazar. Cadangan operasi e-Bazar Ramadan ini menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ yang kerajaan tidak benarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Foto: astro awani
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP selepas menimbang kesan yang akan berlaku sekiranya ia dilaksanakan.
“Kalau kita wujudkan bazar contohnya, 50 bazar duduk sekelompok (walaupun tiada pembeli yang datang) dan e-hailing datang mengambil barang itu selepas menerima pesanan, ia tidak boleh dilakukan kerana bazar dan gerai seperti itu tidak dibenarkan. Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang sekarang dilaksanakan dan hantar ke rumah, perkara itu diteruskan seperti biasa,” katanya
Sebelum ini terdapat cadangan perniagaan makanan berkonsepkan tiga kaedah iaitu pandu lalu, bungkus dan ambil serta e-hailing sebagai alternatif menggantikan bazar Ramadan yang tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Menerusi facebook Public Health Malaysia, mereka ada memberi sedikit penerangan mudah untuk rakyat memahami konsep yang dinyatakan.
Konsep tempah dan ambil melalui e-hailing tidak boleh dibenarkan kerana ia memerlukan gerai beroperasi.Sebagai contoh, ada 50 bazar dalam satu kelompok dan e-hailing ambil di bazar itu selepas (pelanggan) melakukan pesanan, ini tidak boleh dilakukan sebab bazar tidak dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, e-hailing biasa yang ketika ini sudah dilaksanakan iaitu penghantaran (makanan) ke rumah diteruskan seperti biasa
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kes kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu mengantuk seringkali dilaporkan media tempatan. Ia bukan sahaja meragut nyawa pemandu serta penumpang terbabit, namun membahayakan pemandu lain jika kenderaan terbabas memasuki laluan bertentangan.
Tertidur ketika memandu dinamakan 'microsleep' merujuk kepada tempoh tidur yang berlaku sehingga beberapa saat. Tempoh 'microsleep' adalah di antara 1 dan 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka.Lebih menakutkan, individu yang mengalaminya boleh terlelap tanpa disedari.
Tidak cukup tidur dan tidak mendapat tidur yang berkualiti merupakan antara punca utama berlakunya kejadian microsleep. Selalunya jika bercadang untuk bercuti dan akan membuat pemanduan jarak jauh keesokkan hari, si pemandu akan berasa teruja sehingga tidak dapat tidur. Mereka yang berisiko tinggi ini adalah mereka yang tidak cukup tidur, kerja shift malam dan golongan insomnia. Itu merupakan penyebab microsleep kerap berlaku dalam kalangan pengguna jalanraya di Malaysia.
Apakah gejala atau tanda-tanda jika seseorang pemandu mengalami 'microsleep'?
Sekiranya anda mula tersasar dari lorong anda, itu bermakna anda mula mengalami microslee’ dan perlu berhenti dan rehat serta-merta.
Menguap berulang kali, terlepas susur keluar dan kelopak mata berasa layu dan berat antara simptom kepada keadaan itu.
Justeru, cara paling berkesan untuk mengelakkan terjadinya microsleep adalah menjaga waktu tidur dengan baik.
Cara-cara untuk elak microsleep, pertama pastikan cukup tidur sehari iaitu, 6 jam.
Kedua, cukup tidur pada waktu malam. Tidur pada waktu malam itu penting. Ia berbeza antara tidur 6 jam pada waktu malam dan 6 jam pada waktu siang.
Selain itu, sekiranya terasa mengantuk ketika memandu, dapatkan power nap selama 20 minit. Lambat sampai ke destinasi tidak mengapa, asalkan anda tiba dengan selamat.
image via google| astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...