Ribuan obor-obor merah yang aneh dan jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi pantai perkelahan terkenal sejak minggu lepas.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa pelik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla. Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Foto: Borneo Today
Ads
Foto: Bernama
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’. Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan. Justeru, orang ramai dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati. Mereka juga diingatkan tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.
Ads
Ads
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Tawau merupakan daerah yang terletak di Pantai Timur Sabah. Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan juga laut melalui Pelabuhan Tawau.
Masih ada lagi rakyat Malaysia terutama yang menetap di Semenanjung Malaysia yang tidak mengetahui daerah ini dengan lebih lagi. Perkongsian daripada lelaki ini di laman sosialnya diharap membantu anda yang tercari-cari atau masih terfikir-fikir apa yang ada di Tawau.
1. Ini Tawau. Antara daerah paling hujung di Malaysia.
2. Sejam menaiki bot laju boleh sampai ke Tawi-Tawi di Filipina ataupun Pulau Sebatik di Indonesia. Dan lebih menarik, Pulau Sebatik ini ‘dikongsi’ antara dua negara. Sebelah utara punya Malaysia, yang selatan punya Indonesia. Hatta, ada rumah yang ruang tamunya di Malaysia, dapurnya di Indonesia.
3. Daerah ini menjadi ‘ruang tamu’ dan ‘beranda’ bagi Malaysia dalam berhadapan isu hubungan antarabangsa. Pertikaian wilayah minyak Ambalat (Sayuti 2010, Baureh 2019) dan isu pemilikan Pulau Sipadan (Nadirah 2011) menjadikan daerah ini tidak pernah sunyi. Tidak hairan pangakalan TLDM KD Sri Tawau dibangunkan semula pada tahun 2012 yang menjadi akses Malaysia kepada lautan pasifik.
4. Namun begitu, daerah ini tetap makmur dan damainya bukan kepalang. Asimilasi masyarakatnya dengan sub-budaya dari Indonesia dan Filipina menjadikan Tawau dari aspek sosiologinya semakin kaya dengan perkembangan budaya. Lantas warna-warni ini menjadikan ia sebagai salah satu kota budaya untuk dinikmati. Tawau setiap tahun menjadi tuan rumah bagi Festival Budaya Antarabangsa sejak tahun 2011 penganjurannya. Dihubungkan terus dari Kuala Lumpur sebanyak 6 kali penerbangan sehari (AA 4 kali, MAS 2 kali) menjadikan Tawau sebagai pintu masuk kepada pulau-pulau syurga di perairan Semporna. Selain laluan terus dari Johor Bharu dan Kuching serta laluan terus antarabangsa ke Kota Tarakan, Kalimantan Timur, Indonesia
5. Di samping itu, Tawau terkenal dengan hasil lautnya dan merupakan antara salah satu pusat pendaratan ikan terbesar serta penghasilan produk bilis terbaik di Malaysia selain Langkawi dan Tioman. Berkunjunglah ke Pasar Ikan Tawau, pasti anda temukan kelainan. Dari Ikan Yu, ikan buntal, rumpai laut, ketam nipah, udang harimau, udang galah, udang kara semua anda akan temukan dengar harganya yang cukup murah.
6. Dari segi flora dan fauna, Tawau juga menempatkan Maliau Basin sebagai The Lost World of Sabah. Hutan dara yang penuh dengan spesis-spesis langka. Disebabkan masih kaya dengan kawasan hijau dan hutan, mendapatkan daging rusa dengan harga yang murah tidak lah menjadi masalah. Dagingnya manis. Serius! Majlis kahwin dihidangkan ikan merah dan daging rusa, itu perkara biasa deh!
7. Sebagai Bandar ketiga terbesar di Sabah (selepas Kota Kinabalu dan Sandakan), Tawau diwarnai dengan rumah ibadat seperti Masjid Al Kauthar sebagai masjid terbesar di Sabah, gereja St Patrick bagi penganut Anglican, gereja Holy Trinity bagi penganut Katolik, tokong Phu Zhou bagi yang beragama Budha, kuil Thirumurugan dan Gurdwara Sahib Tawau masing-masing bagi penganut Hindu dan Sikh. Kerencaman ini mewajahkan Tawau sebagai kota silang budaya yang sukses.
8. Yang terkahirnya, soket dan palam (plug) elektrik di Tawau pun berkepala tiga dan kat Tawau pun ada Maybank kalau mahu ‘cucuk’ duit. Sebab ada kawan pernah tanya,
‘Aku nak kena bawak travel adapter ke kalau datang Tawau.’
‘Aku kena bawak duit lebih ke? Sana ada Maybank tak?’
Haha. I jawablah, semua sama macam Semenanjung, cuma turun lapangan terbang kita kena tukar pakaian, semua kena pakai cawat dan akan dapat sumpit setiap seorang. Semua berdekah ?
Kaya tak kaya Tawau ni, 90% dari kenderaan atas jalan semua 4WD okay (padahal 90% jalan berlubang-lubang ?).
Kalau tengok rancangan televisyen luar negara, macam seronok tengok aksi ‘mat salleh’ terbang di udara di kawasan yang indah. Kan seronok kalau Malaysia pun ada. Ehem..negara kita pun ada ya aktiviti sebegitu!
Ada yang nak cuba menyertai aktiviti lasak sukan luncur udara atau ‘paragliding? Antara lokasi tumpuan peminat sukan paragliding di Semenanjung Malaysia ialah yang paling popular di Pulau Indah, Jugra dan Banting di Selangor.
Lokasi lain seperti di Gunung Ledang di Johor, Bukit Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Chendering dan Kota Putra Paragliding Park Bukit Bubus, berhampiran Bukit Keluang, Besut di Terengganu. Tidak ketinggalan juga di Bukit Maras, Kuala Terengganu dan Gunung Jerai, Kedah.
Kalau dah sampai Terengganu, anda wajib singgah beberapa tempat ini untuk melengkapkan percutian di negeri ‘kaya’ dengan pantai ini.
Okay, jom tengok pantai apa yang best di sini dan makanan apa yang sedap di ‘Ganu Kita’ menurut pengalaman saudari Cik Han, katanya ada 9 tempat menarik, ya!
Cafe ni buka early morning & korang boleh experience breakfast style Terengganu. Dekat sini famous dengan Nasi Dagang & Nasi Minyak. Tapi untuk air tak banyak choice. Retro style cafe yang served Terengganu breakfast.
Pantai Mangkuk terletak di Penarik dan sepanjang pantai ni ada banyak kedai celup tepung. Boleh pilih sahaja yang mana anda nak. Exact location dalam gambar ni susah nak explain tapi anda boleh explore sepanjang pantai dan boleh jumpa port ootd kat sini.
Pantai ini terletak di Marang. Dekat sini banyak Pokok Kelapa jadi rasa tenang sangat. Dekat tepi tepi pantai pun ada pondok pondok untuk lokasi bergambar.
Pantai ini ada benteng batu bentuk Y. Pantai berdekatan dengan Jeti Marang ke Pulau Kapas. Jadi anda boleh tengok banyak kapal dekat sini. Pantai ini pun ada kanak-kanak yang mandi.
Selain Pok Nong Celup Tepung, anda patut cuba makan dekat sini. Anda boleh menikmati celup tepung sambil tengok pemandangan pantai.
Antara cafe yang famous di Terengganu. Coffee & frappe sedap. Pastry dan cake pun ada banyak jenis. Lokasi di Tok Jembal dan dalam gambar tu makanan yang diorder.
Yang ni wajib visit, floating masjid yang sangat cantik architecture. Tourist pun selalu datang sini. Kalau jalan sikit ada kedai makanan berdekatan.
Cafe yang viral sebab vibes dia tepi pantai dan lokasi pun cantik. Ada banyak pokok kelapa. Parking senang sebab tempat luas. Makanan berat tak banyak. Air dan snack pun biasa biasa. Lebih kepada tempat lepak.
Kalau nak merasa nasi kerabu sedap boleh makan di Suerasa Nasi Kerabu. Kalau nak merasa celup tepung sedap dan tempat makan yang vibes best boleh cuba di Mr.Celup Tepung Station. Mee Champa wajib cuba kalau ke Terengganu, lokasi di Dungun. Owh ya, boleh cuba makan di Warung Selera Sayang lepas balik daripada Pulau Kapas.
Itu sahaja yang anda boleh singgah bila sampai Terengganu. Jangan lupa bawa balik keropok losong juga sebagai buah tangan, baru lengkap percutian ke negeri ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...