Satu inisiatif menarik dilakukan di Kuantan dengan memberi kadar istimewa parkir percuma jika memasang bendera pada kenderaan.
Bagi menyemarakkan rasa patriotik dan sayangkan negara, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tampil dengan satu inisiatif yang sangat kreatif menawarkan parkir percuma kepada orang ramai yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing bermula 24 hingga 31 Ogos 2020.
Inisiatif itu sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-63. Tawaran parkir percuma itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat.Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz dan cara pemasangan yang ditetapkan. Bendera pula mesti cantik, tidak pudar dan koyak. Bagi kenderaan yang parkir di tempat letak kereta MPK dan memasang Jalur Gemilang seperti ditetapkan, tiada kompaun akan dikeluarkan walaupun tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.
Ads
Tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang. Tawaran parkir percuma sempena Merdeka itu diumumkan oleh MPK hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Kuantan
"PENGUMUMAN :PARKING PERCUMA SEMPENA MERDEKA
Ads
MPK bagi parking percuma dari 24 hingga 31 Ogos sempena Minggu Kemerdekaan Malaysia yg ke 63 . Awok me letak bendera pada kereta macam dalam gambar-gambar ni, automatik penguatkuasa MPK tak kompaun walaupun awok me tak letak kupon atau tak beli caj parking dalam Pahang Go. Syaratnya kibar bendera di kereta macam dalam gambar, sekurang-kurangnya 1 bendera berukuran minima 27cm x 14 cm. Bendera mesti cantik, jangan letak yang kulor dan koyak rabak tau. Pantang paling besar adalah kalau letak bendera terbalik, berganda kompaun nya nanti. Tempohnya dari 24 Ogos hingga 31 Ogos 2020 sahaja tau. Tapi , kalau letak merata letak dalam petak kuning, parking OKU, tetap kena kompaun atau apit tayar tau.
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi mereka yang merancang mahu menghabiskan cuti di pulau terutama Pulau Perhentian, ada beberapa perkara perlu diambil kita.
Ini antara perkongsian dari sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Ahmad Syakir memberi tip yang sesuai jika mahu bercuti di sini.
Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi hentam sajalah labu. Asalkan saya dapat share info dengan semua. Pertamanya yang wajib adik kakok semua tahu. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada DUA pulau yang utama. 1. PERHENTIAN KECIL 2. PERHENTIAN BESAR
Setiap pulau ni ada banyak pantai. Jadi korang kena study, tempat mana yang korang nak tuju. Untuk mudahkan pemilihan tempat, korang kena baca sampai habis tulisan ni..
PULAU PERHENTIAN KECIL. ——————————————————— Kat sini ada macam² nama pantai. Paling femes Pasir Panjang / LONG BEACH. Apapun Long Beach ni tak sesuai untuk kanak² dan warga emas sebab kebanyakkan penginapan yang jauh daripada Jeti dan suhu panas dia berbeza dengan lain² tempat di Perhentian ni. Kalau rasa nak menginap di Long Beach juga tu boleh, tapi fulusnya mestilah lebih.
Bagi yang nak percutian lasak, padat aktiviti boleh pilih menginap di Perhentian kecil sebab banyak tempat boleh terokai. Korang hanya perlu rajin berjalan sebab kat Perhentian memang takda kereta.
Salah satunya Hiking Windmill, kalau korang menginap di LONG BEACH / CORAL BAY / D’LAGOON boleh terus ke windmill tanpa perlu bayar apa-apa caj tambahan dah.
Keduanya beromantik dengan yang tersayang sambil layan sunset. Bagi yang menginap di Long Beach, boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Coral Bay untuk layan sunset ni. 5.30 petang pergi la. Boleh lepak ‘kupi-kupi’ dulu sementara tunggu matahari terbenam.
Sebelah malam pula ada night fireshow di Long Beach. Kalau menginap di Coral Bay, korang boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Long Beach. Paling penting sediakan Torch Light la. Sebab laluan pejalan kaki tu takda lampu jalan.
Bagi yang menginap di FISHERMAN VILLAGE pula, boleh ambil water taxi ke Long Beach kalau nak tengok fireshow ni. Tambang sekitar RM30 seorang pergi dan balik. Kalau yang berkeluarga, nak menginap di Perhentian Kecil, saya suggest sangat-sangat korang menginap Fisherman Village ni. Makanan pun murah, anak-anak boleh mandi pantai juga.
PULAU PERHENTIAN BESAR ———————————————————— Pulau Perhentian Besar pula sesuai untuk yang nak buat aktiviti ringan². Lebih kepada nak relax, berkasih sayang sambil kayuh transparent kayak..
Perhentian Besar lebih mesra kanak² dan warga emas sebab kebanyakkan biliknya dekat dengan pantai dan hampir kesemua resort ada jeti mereka sendiri. Suasana lebih tenang dan ada banyak pokok untuk berteduh sambil layan anak mandi pantai.
Apa yang menarik di Perhentian Besar ni, hampir semua tempat snorkeling ada di sini. Shark Point (Area Flora, Fauna), Turtle Point area Coral View Island Resort, Coral Garden dan paling unik Lata Air Berani pun di Perhentian Besar juga ye.
Kalau rasa pening nak pilih menginap kat mana, cuba rojer saya. Saya akan bagi lebih info untuk anda.
1. Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu. Lagi satu airport Kuala Terengganu taka ada bas murah lalu, Nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.
2. Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.
3. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.
4. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup. Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti. Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rasa?
5. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?
TIPS PILIH PAKEJ MESTI TENGOK
PENGINAPAN Long beach = tempat cantik untuk mandi pantai lebih mahal tapi bising sebab setiap malam ada beach parti dengan pertujukan api.
– Coral bay – tempat cantik tapi pantai dia xberapa cantik untuk mandi tapi bolehlah sebab banyak coral sakit kaki pijak. Tapi tenang banyak tempat cantik untuk bergambar. Tempat makan ada kat restoran kecik depan tu. Nak makan malam ada kat ombak dive resort tapi makanan dia harga standart pulau.
– Kampung nelayan senang nak dpt makanan2 pun murah berbanding tenpat lain tapi jauh dengan long beach. Yang budget boleh la duk sini.
Perhentian besar sunyi sikit tapi sesuai pergi dengan family. – Snorkeling point berapa point. – Sekali dengan makan or tak kalau duduk tempat yg jauh dari restaurant ambik la pakej makan siap2. – Elektrik ada yg 7 sampai 7 elektrik ada 24 jam so kalo jenis xduk bilik ok kalo jenis duk bilik tengari mmg panas lagi2 peak season. – Peak season selalu harga peak mahal pada harga biasa. – Bot pergi dan balik Bot ni tak sampai tepat masa ikut keadaan ada lambat sangat, jadi sesiapa yg flight awal 2 or bas awal ambik awal sikit. Bot last pukul 5.
CHALET DAN RESORT PULAU PERHENTIAN KECIL CORAL BAY - Shari -La Island Resort – Ombak Resort – Ewan’s Palace – Fatimah Chalet – Aur Bay Chalet – Amelia Chalet – Maya Chalet – Senja Bay Resort – Butterfly Chalet
LONG BEACH – D Rock Garden Chalet – Lemon Grass Chalet – Chempaka Chalet – Mohsin Chalet – Bubu Villa – Trivoli Guest House – Bintang View Chalet – Matahari Chalet – Panorama Chalet – Symphony Chalet – Sunrise Inn – Bubu Resort – Moonlights Chalet – Cocohut Chalet – Tropicana Inn – Tivoli Inn – Mimpi Resort – Harrera Chalet
AKTIVITI Masa free time boleh :- – Mandi pantai – Kayak – Ataupun hiking ke windmill Yang duduk kg nelayan kalo nak pergi windmill baik ambik bot tambang sebab mmg jauh sangat2. Windmill tu bahaya sikit kalo kat tangga tu berhati2 ye. Sapa2 yang pergi pulau perhentian tak ambik gambar kat sini bagi saya tak complete. – Ambik gambar kat Shangrila Chalet Carol Bay matahari terbenam mmg superb. – Ambik gambar matahari terbit dekat longbeach – Waktu malam tempat paling hidup dekat Longbeach tengok pertunjukan api sampai dia main dekat tepi pantai mmg cantik sangat rugi xtengok part last tu lepas pada tu yang muslim baik baliklah sebab dah start beach party joget2.
Nak lagi detail boleh pm terus www.wasap.my/60179887709
Dah makin ramai orang Malaysia yang dah mula keluar negara, lebih 40 peratus peningkatan dalam pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) direkodkan sejak April yang lalu. Justeru itu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil langkah penambahbaikan untuk atasi kesulitan berhubung perkara tersebut.
Bermula 11 Mei ini enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan hingga 6 petang.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata ia merupakan antara langkah penambahbaikan Jabatan Imigresen bagi mengatasi kesulitan berhubung permohonan serta pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), selain akan menambah jumlah petugas untuk mengendalikan proses PMA.
Semua pejabat pengeluaran pasport di Semenanjung Malaysia juga akan beroperasi pada hari Sabtu dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari mulai 14 Mei, katanya dalam satu sidang media.
Beliau berkata semua kaunter Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan dibuka hingga 10 malam.
Khairul Dzaimee berkata terdapat peningkatan kira-kira 40 peratus dalam pengeluaran PMA iaitu sejumlah 165,449 dalam tempoh 1 April hingga 6 Mei lepas berbanding 111,931 pada Mac lepas.
Beliau berkata pihaknya juga telah menyediakan kaunter khas untuk bakal jemaah haji yang telah mendapat surat tawaran bagi memudahkan urusan permohonan PMA golongan terbabit.
“Mereka boleh hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada TH (Tabung Haji),” katanya.
Susulan kesesakan dalam Sistem Temujanji Online (STO), Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen memutuskan untuk menyeragamkan pemansuhan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di seluruh negara mulai Rabu ini.
Sebelum ini, dilaporkan Jabatan Imigresen akan memansuhkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang mulai 9 Mei, manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka pula mulai 16 Mei.
— BERNAMA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jalan-jalan di Fordd Pen Llechat yang terletak di utara Wales telah diiktiraf sebagai jalan paling curam di dunia. Penduduk di Harlech, Gwynedd meraikan perisytiharan tersebut selepas Guinness World Records mengesahkan bahawa jalan itu memiliki tahap kecerunan 37.45 peratus.
Gelaran jalan paling curam sebelum ini menjadi milik Jalan Baldwin di Bunedin, New Zealand dengan kadar kecerunan 35 peratus.
Untuk memperoleh rekod tersebut, kriteria yang diperlukan Guinness World Records untuk mengiktiraf sebatang jalan yang curam adalah:
Walaupun kebanyakan penduduk tinggal di kaki bukit tersebut, mereka masih perlu kerap menggunakan jalan curam ini kerana banyak kedai, farmasi dan pejabat pos terletak di puncak Jalan Fordd Pen Llechat. Mahu tidak mahu, jika berjalan kaki mereka memerlukan sepasang kaki yang kuat atau jika menggunakan kenderaan, break kenderaan mereka perlu dalam keadaan baik.
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang...