Pandemik yang bermula sejak awal tahun itu menyebabkan kebanyakan pemain industri pelancongan kehilangan pendapatan akibat ketiadaan pelancong. Impaknya menjadi lebih parah dan kebanyakan industri pelancongan tidak dapat bertahan lama jika COVID-19 ini berterusan untuk jangka masa yang lebih panjang.
Bagi pemain industri pelancongan di Sabah yang ketika ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan menceburi industri lain seperti akuakultur, agrokultur mahupun logistik menggunakan fasiliti sedia ada untuk menampung kos sepanjang tempoh PKPD.
Ads
Wakil pemain industri agensi pelancongan, Tonny Chew berkata ia usaha selain promosi berpanjangan dan tawaran harga istimewa kepada pelancong tempatan selepas PKPD berakhir kelak. Cuma sekarang disebabkan kes ini meningkat, jadi PKPD dilaksanakan dan buat masa ini tidak ada apa dapat dibuat. Tetapi pemain syarikat disaran untuk menceburi akuakultur, agrokultur mahupun logistik dengan menggunakan fasiliti sedia ada.
Ads
PKPD di enam kawasan di Semporna dan satu lokasi di Kunak, Sabah yang berakhir hari ini dilanjutkan dari 24 Oktober hingga 6 November 2020 depan. Setakat ini penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih terdapat penularan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.
Sepasang suami isteri dari Britain yang meninggalkan negara asal mereka pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata dan masih meneruskan pelayaran.
Ramai yang cemburu dengan kehidupan keluarga ini kerana menghabiskan masa hanya dengan belayar selain berpeluang menjejakkan kaki di pelbagai negara di dunia.
Jess Lloyd-Mostyn berusia 36 dan suaminya, James, 48 tahun memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sebelum ini hanya pasangan kekasih, dalam tempoh ketika misi pelayaran mereka telah berkahwin dan dikurniakan anak sudah melawat hampir 36 buah negara. Mereka sudah belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun ini.
Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, pasangan iniu memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3 tahun, dilahirkan di New Zealand. Manakala cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang dan berhenti sebentar di Britain pada Oktober tahun lalu.
Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.
Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. Penulis percaya kehidupan sebegini menjadi impian ramai orang kan? Tujuan hidup hanya dengan mengelilingi dunia dan menggembara melihat ciptaan Ilahi.
Umum mengetahui ketika ini Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tempoh dua minggu bermula 14 Oktober 2020.
Penuh di sosial media atau pun di dada akhbar segala info mengenai syarat-syarat yang perlu diikuti ketika PKPB ini dan antara yang paling utama adalah tidak dibenarkan merentas daerah kecuali dengan beberapa kebenaran. Namun masih ada lagi yang memandang ringan arahan tersebut dengan cubaan merentas negeri. Merentas daerah pun tidak dibenarkan, ini kan untuk merentas negeri sesuka hati.
Gara-gara tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun setelah pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin Pahang.
Keempat-empat individu termasuk seorang wanita telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor dan mendarat di lapangan terbang pulau peranginan itu kira-kira jam 3 petang pada hari pertama PKPB dijalankan. Selain juruterbang persendirian itu, kapal terbang tersebut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan akitivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.
Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas, yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor. Dek kerana itu, kompaun telah dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran.
Kesemua mereka juga dikatakan bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi ini kerana juruterbang persendirian itu mendakwa tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam. Pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan gelang kuarantin kepada empat individu itu selain akan dipantau oleh pasukan pemantauan sehingga mereka bertolak pulang kembali.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semua masjid di seluruh negara akan menghentikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membantu negara untuk memutuskan rantaian virus COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Jelasnya arahan tersebut selari dengan langkah yang diambil di beberapa negara Islam lain, seperti Arab Saudi dan Kuwait. Minggu lalu, Perlis antara negeri terawal yang membatalkan Solat Jumaat di seluruh masjidnya.
“Patuhilah arahan yang dikeluarkan dan gantilah solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing, bersama keluarga. Hampir keseluruhan bersetuju dalam kes seperti ini dan semua pihak hendaklah mematuhi perintah yang ditetapkan pemerintah. Sekali lagi pesan saya, solatlah Zohor di rumah, InsyaAllah ada hikmahnya,” katanya.