Dekat mana laluan penerbangan antarabangsa yang paling singkat di dunia? Ha mesti ramai yang tak tahu kan? Okay tak apa, Libur kongsikan info menarik ini kepada anda.
Laluan penerbangan yang paling singkat di dunia adalah daripada Anguilla, British ke St. Maarten, Perancis. Masa penerbangan yang memakan masa selama 10 minit kerana dari Anguilla ke St. Maarten hanya sejauh 12 batu sahaja.
Anguilla ini secara tepat terletak di kawasan jajahan luar British di Laut Caribbean, manakala St. Maarten di bawah penguasaan Perancis. Penerbangan daripada St. Maarten ke Anguilla akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clayton J. Lloyd.
Ads
Ads
Dan untuk info tambahan kepada anda, laluan penerbangan ini hanya dioperasikan sebanyak tiga kali sehari sahaja oleh Anguilla Air Services dan tak semua pesawat komersial digunakan di laluan ini, hanya pesawat Britten – Norman BN-2 Islander sahaja digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan di sini.
Ads
Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Anguilla ke St. Maarten ini bukan sahaja boleh menggunakan kapal terbang sahaja. Ada juga pengangkutan lain disediakan seperti feri. Jadi kalau ada siapa-siapa yang gayat nak naik kapal terbang, mereka boleh menggunakan khidmat feri untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya”idea brilliant” Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes yang melancarkan Air Asia Ride, sebuah perkhidmatan e-hailing udara semalam cukup mengujakan.
Dalam satu hantaran di instagramnya semalam, @tonyfernandez menulis:-
Launched today. AirAsia Ride is now on the SKY .The countdown starts. KLIA to Sentral 11 MINUTES.
Ini bermakna bagi mereka yang mementingkan masa dan perlukan kecepatan perjalanan, boleh mencuba Air Asia Ride yang menawarkan perkhidmatan e-hailing udara ini menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL).
Sekaligus bayangan “kereta terbang” di Malaysia menjadi kenyataan tapi diganti dengan kapal terbang lebih kecil.
Perkhidmatan ini ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang namun apa yang jelas, tambangnya belum dinyatakan secara jelas. Difahamkan ianya akan mula beroperasi pada tahun 2025.
Terdahulu, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.
Persefahaman itu sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih yang ditawarkan buat pelbagai segmen serta sasaran pengguna.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kejadian tanah runtuh di sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung di Tambun di, Perak awal pagi tadi mengejutkan ramai.
Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi 10 November 2020, sebahagian daripada sebuah villa di resort tersebut dihempap tanah runtuh, dipercayai ekoran hujan berterusan sejak malam tadi. Tedapat mangsa yang dilaporkan tertimbus di sebuah bilik penginapan Banjaran Hot Spring, Tambun ketika kejadian.
Pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan dikenali sebagai Lee Tze Jun dan Ooi Chee Wei yang menginap di hotel itu pada pukul 1.28 pagi. Pasukan penyelamat telah menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan.
Mangsa pertama merupakan seorang lelaki, ditemui kira-kira jam 9.55 pagi tadi. Manakala mangsa kedua ialah seorang wanita yang ditemui lima minit kemudian. Mayat dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh telah ditemui di sebuah bilik yang menempatkan jakuzi di salah sebuah villa yang terdapat di resort berkenaan. Kedudukan kedua-dua mangsa dikatakan ditemui berdekatan antara satu sama lain.
Kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 30-an merupakan warganegara Malaysia. Mayat akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebagai salah satu usaha untuk menambah angka kemasukan pelancong ke negara Thailand, kerajaannya mengumumkan pengembara tidak lagi perlu memohon Pas Thailand dan juga membeli insurans Covid-19 untuk bercuti ke sana.
Kelonggaran tersebut juga dilihat sebagai salah satu usaha memulihkan industri pelancongan negara Gajah Putih itu.
“Pas Thailand”, merupakan satu sistem yang mewajibkan pengembara asing menunjukkan salinan dokumen vaksinasi, polisi insurans dan dokumen berkaitan sebelum mereka menerima kod QR untuk digunakan semasa memasuki negara itu. Bagaimanapun, proses pendaftaran pra-ketibaan dan insurans perubatan dilihat telah mengurangkan minat pelancong.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr. Taweesin Visanuyothin berkata pengembara asing masih perlu menunjukkan bukti mereka sudah divaksin atau menunjukkan keputusan ujian COVID-19 negatif bagi yang tidak atau belum lengkap divaksin.
“Pengembara asing tidak lagi perlu membeli polisi insurans COVID-19 minimum AS$10,000,” katanya pada sidang media di Bangkok baru-baru ini.
what is travel insurance
Arahan Memakai Pelitup Muka Digugurkan
Sementara itu, Taweesin berkata arahan memakai pelitup muka juga akan digugurkan kecuali di tempat yang sesak dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.
Pelitup muka diwajibkan di khalayak ramai di Thailand, termasuk di kawasan terbuka, sejak pertengahan 2021 untuk mengekang penularan COVID-19.
Taweesin berkata pusat hiburan akan dibenarkan beroperasi sehingga 2 pagi berdasarkan peraturan pra-pandemik.
Pelonggaran langkah-langkah itu akan berkuatkuasa sebaik sahaja pengumuman rasmi disiarkan dalam Warta Diraja.
Bagi memulihkan industri pelancongannya, mulai 1 Jun, pelancong asing yang lengkap divaksin bebas melancong ke mana sahaja di Thailand.
Selain itu, pelancong asing yang tidak atau belum lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin mulai 1 Jun, tetapi mesti memuat naik bukti keputusan RT-PCR negatif atau ATK profesional dalam tempoh 72 jam perjalanan menerusi Pas Thailand.
Dengan pelonggaran sekatan COVID-19 di negara itu, Thailand dijangka menerima tujuh hingga 10 juta pelancong asing tahun ini.
Dari 1 hingga 15 Jun, Thailand menerima 348,699 warga asing. Rakyat Malaysia mendahului senarai dengan 61,486, diikuti India (51,800), Singapura (31,580), Vietnam (18,885) dan Amerika (15,708).
Thailand dikunjungi hampir 40 juta orang yang membelanjakan kira-kira 1.91 trilion baht pada 2019.
Sepanjang 24 jam lalu, Thailand merekodkan 1,967 kes baharu COVID-19 dan 19 kematian. Setakat ini, Thailand mencatat 4,494,880 kes dan 30,422 kematian sejak wabak itu dikesan.
Sumber: BERNAMA
Nak cuti-cuti Malaysia bawa anak-anak ke Taman Tema, kat SINI pun syok!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...