Kalau kita melawat sesuatu pulau, mestilah kita nak satu pengalaman yang best dan menarik. Jarang kita dengar orang pergi bercuti ke pulau semata-mata nak cari asbab yang malang, betul tak?
Tapi ada sesetengah orang yang memang suka dengan benda-benda macam ni. Makin berisiko sesuatu benda tu, lagi mereka suka dan nak pergi. Bagi mereka, lebih berisiko, lebih mencabar dan lebih menyeronokkan.
Bagaimana pula dengan anda? Kalau anda jenis yang begitu juga, ini antara 6 pulau yang merbahaya untuk korang yang sukakan cabaran melampau, hahaha..
Ads
Pulau Bikini (Kepulauan Marshall)
Nama pulau ni agak menarik tetapi ianya tidak bermaksud korang boleh datang sesuka hati ke pulau ini kerana pulau ini dijadikan tempat untuk menguji senjata nuklear. Dulu pulau ini pernah wujud penempatan manusia tetapi semenjak kerajaan mengambil alih pulau ini untuk tempat ujikaji senjata nuklear, penduduk telah berpindah keluar kerana bimbang dengan keselamatan diri dan harta benda mereka.
Pulau Poveglia (Itali)
Pulau ini pernah dijadikan tempat tinggal orang yang mengalami masalah sakit jiwa tetapi berlaku satu kejadian di mana orang sakit jiwa yang menghuni pulau ini terjun daripada bangunan dan mereka ditemui mati dalam keadaan mayat mereka membusuk dengan teruk. Kejadian itu yang membuatkan pulau ini langsung ditutup dari sebarang aktiviti. Ada juga yang mengatakan pulau ini pernah didiami oleh sepasang suami isteri yang mempunyai kuasa mistik (macam sihir la gituu..). Mereka dikatakan telah membunuh ribuan orang dan menjadikan pulau ini berhantu dan paling seram di dunia. Allahhualam.
Ads
Pulau Surtsey (Iceland)
Sekitar tahun 1963, gunung berapi yang terletak di lautan ini pernah meletus dan membentuk sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Surtsey. Antara nama lain yang menjadi jolokan kepada pulau ini adalah Pulau Raksasa Api di kalangan penduduk tempatan. Pulau ini tidak boleh dimasuki oleh sebarangan orang melainkan anda adalah seorang ahli sains yang datang untuk membuat kajian.
Ads
Pulau Farallon (Amerika Syarikat)
Pulau ini pada asalnya menjadi tapak pembuangan sisa bahan radioaktif dan dianggarkan terdapat lebih daripada 400,000 sisa bahan radioaktif yang telah dibuang di pulau ini. Selain daripada bahaya disebabkan sisa radioaktif, pulau ini juga bahaya kerana menjadi habitat kepada kawanan ikan yu putih yang sering menyerang mangsa mereka dengan ganas.
Pulau Ilha De Queimada Grande (Brazil)
Pulau yang cantik ini tersembunyi di satu kawasan di Brazil dan diakui sebagai pulau yang paling merbahaya di dunia kerana didiami oleh ribuan ular yang berbisa. Telah banyak berlaku kejadian yang membawa kepada kehilangan jiwa ekoran dipatuk ular di pulau ini menjadikan pulau ini sangat merbahaya untuk dilawati. Pulau ini terkenal dengan jolokan nama sebagai 'Snake Island'.
Pulau Okinoshima (Jepun)
Pulau ini mempunyai peraturan yang aneh kerana perempuan tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki di sini. Pulau ini mempunyai penempatan masyarakat yang kuat berpegang dengan kepercayaan Sintol dan mempercayaai selain perempuan tidak dibenarkan menjejakkan kaki di sini, lelaki pula perlu berhati-hati kerana anda tidak dibenarkan untuk memakai apa-apa pakaian sepanjang berada di pulau ini. Selain daripada itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa dari pulau ini sekiranya tidak mahu disumpah sekiranya melanggar larangan tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Beberapa minggu lalu tular mengenai kerajaan Jepun bercadang untuk mewujudkan kempen membiayai separuh kos pelancong yang melancong di Jepun.
Khabar tersebut membuatkan ramai warga dunia termasuk dari Malaysia yang gemar melancong ke negara matahari tersebut teruja dan gembira. Mereka dikatakan tidak sabar untuk mula merancang kembara ke Jepun setelah wabak COVID-19 berakhir. Namun keseronokkan tersebut tidak lama, kerana berita tersebut dikhaskan untuk kempen melancong buat rakyat Jepun sahaja.
Terbaru, Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan larangan masuk kepada pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand, menurut sumber lapor KYODO News.
Manakala, Jepun tetap mengenakan larangan masuk terhadap pelawat 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, seluruh Eropah dan sebahagian besar negara Asia. Malaysia juga termasuk di dalam larangan negara yang boleh berkunjung ke Jepun buat masa ini.
Menarik balik larangan perjalanan itu disifatkan sebagai langkah pertama dan Tokyo akan berunding mengenai syarat-syaratnya dengan empat negara berkenaan. Pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand ini akan dibenarkan masuk ekoran penularan wabak COVID-19 semakin pulih di negara tersebut selain mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun. Langkah menarik balik sekatan yang pertama mungkin akan dilaksanakan pada musim panas ini.
Vietnam, Australia dan New Zealand antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya. Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.
Gambar seorang lelaki warga asing yang memegang potongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar) di hadapan sebuah restoran segera di Temerloh tular.
Gambar berkenaan dimuatnaik di Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial lalu menarik perhatian netizen.
Warga asing tersebut merupakan seorang pelancong dari Rusia telah diselamatkan oleh polis Temerloh selepas dia ditemukan berkeliaran dan berlegar-legar di hadapan premis pasaraya sambil mengadu memerlukan makanan.
Lelaki berusia 42 tahun itu yang berasal dari Moscow, merupakan seorang backpackers yang datang ke negara ini dengan tujuan melancong. Siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac 2020 lalu. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia berada di Kuantan.
Dia kemudian berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya. Dia kemudian dipercayai menumpang sebuah lori, dan kemudiannya telah diturunkan di Temerloh oleh sebuah lori yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
Pelancong tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk menjalani saringan kesihatan berhubung koronavirus (Covid-19) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.
Pihak kedutaan Rusia telah dihubungi dan kini pihak polis sedang berusaha menguruskan penghantaran lelaki itu kepada pihak kedutaan di Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Walaupun sekadar bercuti ke negara jiran tak sampai seminggu, tapi tekak orang Malaysia ni memang tak boleh lari daripada makanan ruji yang selalu mereka makan seharian.
Mana tidaknya, setiap hari, makanan yang sama inilah mereka makan daripada pagi, petang, siang dan malam. Bila mula terkeluar daripada rutin harian ketika travel, mula la terkenang-kenang kan? Hahaha.
Kalau anda tak percaya, cuba pergi travel dengan sahabat handai anda, perhatikan salah seorang daripada mereka. Turun sahaja dari kapal terbang terus cari restoran yang menyediakan lima menu makanan ni untuk melepaskan rindu mereka.
Nasi Lemak
Roti Canai & Teh Tarik
Nasi Campur
Nasi Goreng
Mee atau Bihun Goreng
p/s: Kadang-kadang tu nasi lemak tak payah tunggu turun kapal terbang. Atas kapal terbang tu pun diorang order nasi lemak. Rindu punya pasal. Hehehe ?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!