Penduduk selatan London gempar apabila mayat seorang lelaki dipercayai jatuh dari sebuah pesawat Kenya Airways ditemui di sebuah taman. Polis berkata bedah siasat akan dijalankan, namun setakat ini kematian penumpang pesawat itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.
Syarikat penerbangan Kenya Airways mengesahkan laporan awal bahawa mayat itu mungkin terjatuh daripada gear pendaratan pesawat yang sedang terbang dari Nairobi ke Heathrow. Tidak dinyatakan sama ada lelaki itu sudah mati ketika berada di dalam kebuk gear pendaratan tersebut atau setelah jatuh dari ketinggian penerbangan pesawat. Syarikat penerbangan tersebut dalam kenyataannya berkata tiada kerosakan dilaporkan pada pesawat itu dan mengucapkan takziah atas kematian mangsa.
Ads
Laporan Associated Press menyebut bahawa bahawa lelaki itu terjatuh hanya satu meter daripada penduduk yang sedang berjemur di taman.
Satu dentuman kuat didengari, dan ada yang meninjau ke luar tingkap rumah masing-masing. Pada mulanya mereka fikir orang gelandangan tidur di taman kerana pakaian individu tersebut lengkap. Namun apabila melihat dengan lebih dekat dan dapati ada darah di seluruh dinding taman.
Ads
Ads
Terkini
Mayat seorang lelaki yang jatuh dari pesawat yang dalam penerbangan ke lapangan terbang Heathrow dan terhempas di sebuah taman di selatan London kemungkinan pekerja di lapangan terbang Nairobi, kata pegawai Kenya.
Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya, Gilbert M Kibe berkata, lelaki itu sudah pasti memiliki kebenaran untuk masuk ke lapangan terbang dan melepasi kawalan keselamatan bagi masuk ke dalam pesawat. Bagaimanapun, pihak berkuasa Kenya masih belum dapat mengenalpasti mangsa yang dipercayai beku hingga mati ketika berada di ruangan tayar pesawat Kenyan Airways sebelum jatuh pada ketinggian 1066 meter.
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu, 14 Disember jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.
Dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
“Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
9Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Travel solo sering dianggap menakutkan, terutama bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Ramai yang risau akan rasa sunyi, takut tersesat atau bimbang soal keselamatan. Namun bagi sesetengah orang, travel solo bukan sekadar percutian. Ia boleh menjadi pengalaman yang membuka ruang untuk mengenal diri dengan lebih dalam.
Dalam kehidupan harian, kita sering bergerak mengikut rentak orang lain. Jadual kerja, komitmen keluarga dan tekanan hidup kadang-kadang membuatkan kita terlupa untuk mendengar suara sendiri. Bercuti seorang diri memberi peluang untuk berhenti seketika, berehat dan melihat hidup dari sudut yang lebih tenang.
Apabila berjalan seorang diri, setiap keputusan berada di tangan sendiri. Kita memilih ke mana mahu pergi, apa mahu dimakan dan bila mahu berehat. Dari perkara kecil seperti mencari penginapan atau menaiki pengangkutan awam di tempat asing, kita belajar berdikari dan membina keyakinan diri.
Travel solo juga memberi ruang untuk menenangkan fikiran. Dalam dunia yang sentiasa bising dengan notifikasi, kerja dan tanggungjawab, berada di tempat baru seorang diri boleh menjadi satu bentuk rehat yang sangat diperlukan. Kita boleh duduk lama di kafe, berjalan perlahan di tepi pantai atau menikmati pemandangan tanpa perlu berbual sepanjang masa.
Bagi mereka yang sedang penat emosi, perjalanan seperti ini boleh membantu mengurangkan rasa terperangkap dalam rutin. Melihat suasana baru dan wajah-wajah yang tidak dikenali kadang-kadang cukup untuk mengingatkan kita bahawa dunia ini lebih luas daripada masalah yang sedang dihadapi.
Namun, travel bukan pengganti bantuan sebenar jika seseorang mengalami tekanan emosi yang berat atau kemurungan berpanjangan. Jika rasa sedih, kosong atau putus asa terlalu kuat, bercakaplah dengan orang yang dipercayai atau dapatkan bantuan profesional.
Salah satu perkara paling bermakna tentang travel solo ialah kita belajar untuk selesa dengan diri sendiri. Ramai orang takut bersendirian kerana menyangka ia sama seperti kesepian. Hakikatnya, masa bersendirian juga boleh menjadi sesuatu yang menyembuhkan.
Kita belajar makan sendiri, berjalan sendiri dan membuat keputusan tanpa menunggu persetujuan orang lain. Perlahan-lahan, kita mula sedar bahawa kebahagiaan tidak semestinya bergantung pada kehadiran orang lain sepanjang masa.
Dalam perjalanan solo, kita juga lebih mudah mengenal apa yang sebenarnya kita mahu. Mungkin kita sedar bahawa kita lebih suka tempat sunyi berbanding lokasi popular, lebih suka berjalan kaki daripada mengejar itinerari padat, atau lebih menghargai suasana sederhana berbanding percutian mewah.
Walaupun travel solo memberi rasa bebas, keselamatan tetap perlu menjadi keutamaan. Pilih destinasi yang sesuai, buat kajian awal dan maklumkan jadual perjalanan kepada keluarga atau rakan. Elakkan tiba di tempat asing terlalu lewat malam, simpan salinan dokumen penting dan percaya pada naluri sendiri jika sesuatu situasi terasa tidak selamat.
Bagi yang belum pernah mencuba, tidak perlu terus pergi jauh. Mulakan dengan perjalanan pendek seperti staycation, day trip ke bandar berdekatan atau bercuti dua hari satu malam di tempat yang mudah diakses.
Akhirnya, travel solo bukan tentang melarikan diri daripada kehidupan. Ia tentang pulang semula kepada diri sendiri. Kadang-kadang kita perlu keluar sebentar daripada rutin yang memenatkan untuk melihat hidup dengan lebih jelas.
Perjalanan paling bermakna tidak semestinya diukur pada sejauh mana kita pergi, tetapi pada sejauh mana kita akhirnya berani mendengar hati sendiri. Dalam sunyi perjalanan itu, mungkin kita akan menemui diri yang lebih tenang, lebih berani dan lebih percaya bahawa hidup masih punya ruang untuk bermula semula.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melancong sememangnya menjadi aktiviti kesukaan ramai. Ada yang memilih untuk melancong bersama teman-teman, keluarga, atau berseorangan. Tidak kisah apa cara pilihan konsep pelancongan idaman anda, melancong pasti memberi 1001 pengalaman berharga kepada kalian untuk dikenang seumur hidup. Ada yang penuh dengan keseronokan, ada juga perlu menempuh detik menakutkan.
Tahun 2020 mencatat pelbagai cerita suka duka dunia pelancongan apa lagi bila dunia dikejutkan dengan wabak pembunuh,Covid-19. Ketika itu terdapat puluhan ribu rakyat kita berada di luar negara. Apabila satu persatu negara mengumumkan ‘lockdown’ bukan sahaja rakyat kita terkandas, malah ratusan ribu orang dari seluruh dunia terkandas di negara asing. Setiap negara mula menutup sempadan negara. Menghentikan penerbangan dan pelancong tiada pilihan selain terpaksa hidup ‘terkurung’ kerana tidak dibenarkan keluar atau pulang ke negara masing-masing.
Segala-galanya berubah sekelip mata. Segala perancangan yang diatur hancur. Lebih parah lagi apabila wang yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan. John Ho, adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu berhadapan dengan situasi ini apabila terpaksa memanjangkan tempoh ‘percutian berseorangannya’ di New Zealand gara-gara penularan wabak COVID-19 ini. Bukannya dia tidak mahu pulang ke negara, akan tetapi semua penerbangan keluar dan masuk di New Zealand ditutup bagi mengelak pertambahan kes COVID-19.
Percutian itu bertukar menjadi sesuatu yang pahit untuk dikenang. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhnya. Berseorangan, tidak mempunyai duit dan makanan sehingga berasa tidak berdaya ketika berada di sana. Jika rakyat Malaysia mengalami kesukaran kerana perlu menjalani perintah kawalan pergerakan di rumah sudah menyusahkan dan menyesakkan jiwa, bayangkan jika terkandas seorang diri di negara asing di saat-saat getir ini.
Ikuti kisah pengalaman John Ho yang berada di negara asing, sepanjang lockdown di sana menerusi dokufilem eksklusif Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita secara serentak pada Sabtu, 12 September 6pm di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello Awani atau strim di Astro GO!
Foto: Astro | Sumber: Astro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...