Sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.
“Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.
“Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.
Ads
“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kg Batu, di sini pada Khamis.
Hadir sama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim.
Ads
Mengulas lanjut, melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata, ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.
Ads
Sumber: Sinar Harian
Nak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia, Usha Yang NI dulu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerajaan Malaysia mendedahkan sektor pelancongan merupakan antara yang paling terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Dalam Laporan LAKSANA Ketujuh Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, statistik menunjukkan setiap empat dari sepuluh pekerjaan dalam sektor pelancongan terkesan akibat pandemik itu.
Selain itu, beliau berkata, data terkini Jabatan Perangkaan bertarikh 29 Mei 2020, merekodkan kadar pengangguran negara pada suku pertama 2020 pada tahap 3.9%.
"Memandangkan betapa seriusnya cabaran COVID-19 kepada ekonomi kebanyakan negara, ini merupakan peningkatan yang masih di dalam kawalan berbanding 3.3% pada suku sebelumnya. Sebagai perbandingan, kadar pengangguran Suku Pertama di negara Filipina adalah 5.3% (peningkatan daripada 4.5% pada suku sebelumnya), Sepanyol 14.41% (peningkatan daripada 13.78% pada suku sebelumnya), dan New Zealand 4.2% (daripada 4.0% pada suku sebelumnya)," katanya.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah mengambil langkah drastik dalam usaha sistematik untuk mengawal kadar pengangguran dari terus menjunam. Antara usaha yang dijalankan termasuklah membuka beberapa sektor ekonomi yang kritikal untuk negara secara berperingkat, serta pengenalan program Subdisi UPAH dan Program Pengekalan Pekerjaan di bawah Pakej Prihatin. Tanpa program-program ini, besar kemungkinan kadar pengangguran adalah lebih tinggi.
Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa sehingga 1 Jun 2020 nanti.
Ia selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah.
Kebiasaannya sebelum ini (aktiviti bermudik) melibatkan pergerakan berjuta-juta orang terutamanya dari Kota Jakarta dan kota-kota berhampirannya, ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia, sama ada melalui pengangkutan darat, udara dan laut, bagi menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun berlaku pengecualian larangan itu kepada penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara itu, atau pemimpin negara luar, selain pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka.
Indonesia menutup kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya keluar negara bagi membendung penularan virus COVID-19, berkuat kuasa 20 Mac 2020 lepas sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Selalunya jika kita bercuti ke Melaka, tempat wajib singgar semestinya Bandar Hilir. Terasa tindak lengkap percutian jika tidak menjejakkan kaki terlebih dahulu di sekitar lokasi bersejarah tersebut.
Namun, akan datang, Ayer Keroh dikenal pasti sebagai destinasi wajib persinggahan pengunjung ke Melaka menerusi Kajian Rancangan Kawasan Khas Pelancongan yang dilaksanakan bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Ramai pelancong lebih gemar untuk datang ke Ayer Keroh bagi menikmati hidangan asam pedas yang sinonim dengan Melaka yang banyak ditawarkan di restoran dalam kawasan berkenaan selain memilih untuk bermalam di kawasan itu untuk mengelakkan kesesakan di bandar utama.
Pelbagai usaha dirangka bagi memastikan kawasan tersebut terus menjadi tumpuan di samping mengekalkan kebersihan dan keindahan. Antara usaha yang diambil bagi mencapai sasaran berkenan ialah meningkatkan kerja-kerja pengindahan landskap di samping pelaksanaan projek pencahayaan di kawasan sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh serta memastikan kemudahan di situ diselenggara dengan baik.
Pihak berkuasa tempatan perlu mempelbagaikan aktiviti termasuk pada sebelah malam, selain memastikan penginapan, tempat makan bagi kemudahan pelancong mencukupi serta memastikan keadaan di kawasan ini kekal bersih dan indah.
Menerusi Kajian Rancangan Kawasan Khas Pelancongan itu, satu Jawatankuasa Koridor Ayer Keroh turut diwujudkan dengan mengadakan perbincangan dengan semua operator pelancongan untuk mengenal pasti permasalahan dan menambah baik mutu perkhidmatan. Antara usaha lain dilakukan ialah menggiatkan promosi pelancongan ke Zoo Melaka yang merupakan tumpuan utama pengunjung ke Ayer Keroh dengan memperkenalkan Dinosour World dan International Bird Show dengan kerjasama daripada syarikat swasta pada awal tahun hadapan.
Image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!