Jika anda nak merasa percutian menarik di Sabah, inilah masanya! Mungkin sebelum ini anda biasa pergi tempat yang ramai orang dan biasanya akan melawat pulau-pulau di negeri itu.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna.
Percutian Menarik Di Sabah, Lelaki Ini Jumpa Tempat Best Tersembunyi!
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah.
Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki northernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya.
Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengisytiharkan 49 Hotel sebagai Stesen Kurantin menerusi Warta Kerajaan bertarikh 4 April 2020.
Pengisytiharan ini adalah bagi menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Berikut adalah senarai hotel yang terlibat:-
1. Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
2. Tanjung Rhu Resort, Pulau Langkawi, Kedah
3. Golden Sands Resort by Shangri-La, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
4. Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
5. Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
6. Best Western Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
7. COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor
8. Dorsett Grad Subang, Subang Jaya, Selangor
9. Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor
10. FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Cyberjaya, Selangor
11. Hilton Garden Inn Puchong, Puchong, Selangor
12. Hilton Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
13. Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
14. Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor
15. Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
16. Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor
17. Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
18. Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
19. Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
20. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
21. Furama Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
22. Grand Millenium Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
23. Hilton Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
24. Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
25. Hotel Royal Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
26. Ibis Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
27. Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
28. Hotel Impiana KLCC, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
29. J-Hotel by Dorsett, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
30. Living at Dsulaiman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
31. Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
32. Hotel Premiera Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
33. Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
34. Silka Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
35. Swiss-Inn Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
36. The Pearl Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
37. Hotel Crytal Crown, Johor Bahru, Johor
38. Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor
39. Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor
40. Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor
41. Hotel New York, Johor Bahru, Johor
42. Swiss-Inn Johor Bahru, Johor Bahru, Johor
43. Hotel V8, Skudai, Johor
44. Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
45. Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak
46. Hock Lee Hotel and Residences Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak
47. Hotel Kuching Park, Kuching, Sarawak
48. Ming Garden Hotel and Residences, Kota Kinabalu, Sabah
49. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Selain itu sebanyak 409 premis milik institusi dan jabatan kerajaan, telah diisytiharkan sebagai stesen kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebelum ini berkuat kuasa 21 Mac lalu. Pengisytiharan Stesen Kuarantin (No 2) 2020 itu turut dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi warta kerajaan itu mengikut Seksyen 2 Akta 342.
Berikut adalah senarai premis yang terbabit dengan pengisytiharan itu:
1. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis, Perlis
2. Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis
3. Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis, Kangar, Perlis
4. Institut Latihan Perindustrian Kangar, Perlis
5. Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis
6. Kolej Komuniti Arau, Perlis
7. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
8. Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah
9. Akademi Kastam Diraja Malaysia (Cawangan Langkawi), Kedah
10. Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Utara, Langkawi, Kedah
11. Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak Kedah, Kedah
12. Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah
13. Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah
14. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Kedah
15. Institut Kemahiran Belia Negara Naka, Kuala Nerang, Kedah
16. Institut Kemahiran MARA Alor Setar, Kedah
17. Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah
18. Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah
19. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Alor Setar (Pembantu Perubatan), Kedah
20. Institut Latihan Perindustrian Jitra, Kedah
21. Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
22. Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
23. Institut Pengurusan Peladang, Langkawi, Kedah
24. Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan, Sungai Petani, Kedah
25. Kem Bina Negara Kulim, Kedah
26. Kem Bina Negara Langkawi, Kedah
27. Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah
28. Kolej Komuniti Jerai, Guar Chempedak, Kedah
29. Kolej Komuniti Kulim, Kedah
30. Kolej Komuniti Langkawi, Kedah
31. Kolej Komuniti Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah
32. Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah
33. Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah
34. Kolej Komuniti Baling, Kedah
35. Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk, Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah
36. Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Jitra, Kedah
37. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah
38. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
39. Pusat Bimbingan Usahawan Teluk Chengai, Kedah
40. Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah
41. Pusat Latihan RELA Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah
42. Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan, Wilayah Utara, Telok Chengai, Kedah
43. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim, Kedah
44. Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan, Kuala Muda, Kedah
45. Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam, Pulau Pinang
46. Institut Latihan Statistik Malaysia, Pulau Pinang
47. Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Nibong Tebal, Pulau Pinang
48. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam, Pulau Pinang
49. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Pulau Pinang
50. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
51. Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
52. Institut Teknikal Jepun Malaysia, Pulau Pinang
53. Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Pulau Pinang
54. Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang
55. Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang
56. Institut Latihan Perindustrian Perai, Pulau Pinang
57. Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang
58. Kolej Kejururawatan, Pulau Pinang
59. Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang
60. Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang
61. Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang
62. Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang
63. Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Pulau Pinang
64. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau, Pulau Pinang
65. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, Pulau Pinang
66. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
67. Politeknik Metro Tasek Gelugor, Pulau Pinang
68. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
69. Pusat Keluarga LPPKN Bertam Pulau Pinang, Pulau Pinang
70. Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Pulau Pinang
71. SEAMEO RECSAM PENANG, Pulau Pinang
72. Hotel TH, Bayan Lepas, Pulau Pinang
73. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Ipoh, Perak
74. Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar, Perak
75. Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak
76. Institusi Kemahiran Mara Lumut, Perak
77. Institut Latihan Statistik Malaysia, Perak
78. Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Perak
79. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak
80. Institut Pertanian Parit Titi Gantong, Perak
81. Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Perak
82. Institut Tanah dan Ukur Negara, Perak
83. Kem Bina Negara Ulu Kenas, Perak
84. Kolej Komuniti Chenderoh, Perak
85. Kolej Komuniti Gerik, Perak
86. Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak
87. Kolej Komuniti Manjung, Perak
88. Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak
89. Kolej Komuniti RTC Gopeng, Perak
90. Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak
91. Kolej Komuniti Taiping, Perak
92. Kolej Komuniti Tapah, Perak
93. Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak
94. Kolej Komuniti Batu Gajah, Perak
95. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, Perak
96. Pusat Pembangunan Modal Manusia Perak, Perak
97. Pusat Pembangunan Kemahiran Perak, Perak
98. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
99. Politeknik Ungku Omar, Perak
100. Pusat Bimbingan Usahawan Manong, Perak
101. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping, Perak
102. Pusat Transformasi Luar Bandar Perak, Perak
103. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, Selangor
104. Agensi Nuklear Malaysia, Selangor
105. Akademi Penerbangan Malaysia, Selangor
106. Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Selangor
107. Institut Alam Sekitar Malaysia, Selangor
108. Institut Kepimpinan IM4U, Selangor
109. Institut Latihan Islam Malaysia, Selangor
110. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Bangi, Selangor
111. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Selangor
112. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat, Selangor
113. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Selangor
114. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor
115. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Selangor
116. Institut Penilaian Negara, Selangor
117. Institut Kemajuan Desa, Selangor
118. Institut Perakaunan Negara, Selangor
119. Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Selangor
120. Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut, Selangor
121. Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang, Selangor
122. Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor
123. Institut Koperasi Malaysia, Selangor
124. Institut Pengurusan Veterinar Cheras, Selangor
125. Institut Pertanian Serdang, Selangor
126. Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Selangor
127. Kem Wawasan Negara Meru, Selangor
128. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Selangor
129. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya, Selangor
130. Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
131. Kolej Komuniti Selayang, Selangor
132. Kolej Komuniti Shah Alam, Selangor
133. Kolej Komuniti Tanjung Karang, Selangor
134. Kolej Komuniti Hulu Langat, Selangor
135. Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor
136. Kolej Komuniti Klang, Selangor
137. Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
138. Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya, Selangor
139. Institut Perindustrian MARA Jepun Beranang, Selangor
140. Politeknik Banting, Selangor
141. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
142. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
143. Pusat Bimbingan Usahawan Serdang, Selangor
144. Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, Selangor
145. Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Serdang, Selangor
146. Pusat Latihan Mardi Serdang, Selangor
147. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam, Selangor
148. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan, Selangor
149. Akademi Kenegaraan Biro Tatanegara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
150. Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
151. Institut Integriti Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
152. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
153. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
154. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Tengah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
155. Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
156. Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
157. Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
158. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
159. Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
160. Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
161. Institut Sosial Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
162. Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
163. Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
164. Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
165. Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
166. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
167. Politeknik Metro Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
168. Akademi Imigresen Malaysia, Negeri Sembilan
169. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson, Negeri Sembilan
170. Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris, Negeri Sembilan
171. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
172. Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Nilai, Negeri Sembilan
173. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Negeri Sembilan
174. Institut Latihan FAMA, Negeri Sembilan
175. Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan
176. Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan
177. Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
178. Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Negeri Sembilan
179. Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan
180. Kem Wawasan Negara, Kuarters KLIA, Negeri Sembilan
181. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan
182. Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan
183. Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan
184. Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan
185. Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan
186. Politeknik Nilai Negeri Sembilan, Negeri Sembilan
187. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
188. Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2, Negeri Sembilan
189. Akademi Kastam Diraja Malaysia Melaka, Melaka
190. Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Induk), Melaka
191. Asrama Jururawat Hospital Jasin, Melaka
192. Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah, Melaka
193. Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka
194. Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil, Melaka
195. Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka
196. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka
197. Institut Teknologi Unggas Alor Gajah, Melaka
198. Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka
199. Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka
200. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah, Melaka
201. Kolej Kejururawatan Melaka, Melaka
202. Pusat Latihan Kemas Melaka, Melaka
203. Kolej Komuniti Kota Melaka, Melaka
204. Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka
205. Kolej Komuniti Selandar, Melaka
206. Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka
207. Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
208. Kolej Komuniti Jasin, Melaka
209. Politeknik Melaka, Melaka
210. Politeknik Merlimau, Melaka
211. Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR, Alor Gajah, Melaka
212. Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Melaka
213. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Melaka, Melaka
214. Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka
215. Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Selatan, Johor
216. Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor
217. Akademi Minyak dan Gas Johor Bahru, Johor
218. Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor
219. Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Johor
220. Institut Latihan Perindustrian Mersing, Johor,
221. Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor
222. Institut Latihan Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar, Johor
223. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
224. Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh, Johor
225. Institut Kemahiran Mara Johor Bahru, Johor
226. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Selatan, Kluang, Johor
227. Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
228. Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
229. Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
230. Institut Veterinar Malaysia Kluang, Johor
231. Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulai, Johor
232. Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Sri Ledang, Jementah, Johor
233. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Johor
234. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Johor
235. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Johor
236. Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor
237. Kolej Komuniti Ledang, Johor
238. Kolej Komuniti Muar, Johor
239. Kolej Komuniti Pagoh, Johor
240. Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor
241. Kolej Komuniti Segamat, Johor
242. Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
243. Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
244. Kolej Komuniti Tanjung Piai, Johor
245. Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Johor
246. Kolej Komuniti Batu Pahat, Johor
247. Kolej Komuniti Kluang, Johor
248. Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Johor
249. Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Johor
250. Politeknik Sultan Ibrahim, Johor
251. Politeknik Mersing, Johor
252. Politeknik Metro Johor Bahru, Johor
253. Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Kulai, Johor
254. Pusat Latihan JAKOA, Kluang, Johor
255. Pusat Bimbingan Usahawan Ayer Hitam Johor, Johor
256. Pusat Bimbingan Usahawan Pagoh, Johor
257. Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Selatan Ayer Hitam, Johor
258. Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor
259. Pusat Latihan Kokurikulum Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, Johor
260. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Batu Pahat, Johor
261. Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Kedudukan di tengah bandar Petaling Jaya dan dengan kemudahan pengangkutan awam menjadikan Utama Farm tempat wajib dilawati di Selangor.
Pada asalnya, tapak Utama Farm digunakan untuk tujuan kawasan tadahan hujan, tetapi kini bertukar menjadi ruang kebun akuaponik moden, restoran dan kawasan riadah memancing.
Utama Farm ini menggalakkan kesedaran orang ramai tentang pertanian mapan dan menggalakan pemakanan sihat dan bersih.
Jangan risau, Utama Farm tidak menggunakan racun perosak, dan dengan penggunaan sistem akuaponik NFT (nutrient film technique), jika terdapat racun, ikan dan udang tidak akan hidup.
Selain aktiviti pertanian akuaponik, pengunjung juga boleh beriadah seisi keluarga dengan melakukan aktiviti memancing udang galah dan udang harimau.
Pengunjung boleh memancing udang sebanyak mungkin dengan harga RM35/jam. Jika tidak mahir, staf boleh memberi tunjuk ajar cara untuk memancing dengan betul.
Apa yang menarik, selepas penat memancing, hasil tangkapan boleh terus dijadikan hidangan makan bersama keluarga. Hah, jangan risau ada pelbagai jenis masakan yang boleh diminta terus dari dapur, siap boleh pilih ikan terus dari kolam.
Lengkapkan hidangan udang dan ikan dengan sayur-sayuran organik “siew bak choy, kailan, choisam” terus dari kebun.
Pengunjung juga boleh memilih menjamu selera pelbagai makanan gaya Kopitiam. Macam-macam ada!
Tidak kurang juga, pengunjung boleh mencuci mata dengan jualan pokok hiasan rumah yang dipamerkan di sekitar kawasan Utama Farm. Pilih sahaja mahu yang mana, harga pasti berbaloi!
Kalau nak kelainan isi waktu lapang, Utama Farm juga boleh menjadi lokasi keraian seperti makan malam, sambutan hari lahir dan program korporat seperti bengkel, kursus dan mesyuarat. Nanti anda boleh lah beri pengalaman baru pada anak-anak waktu cuti sekolah.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mendengar nama Sungai Amazon sahaja ramai yang mengetahui bahaya dan rahsia alam ngeri yang menanti di sepanjang sungai yang melintasi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, Brazil, Bolivia, Venezuela, Ecuador,dan Guyana.
Jika diabadikan di dalam filem-filem atau dokumentari, Sungai Amazon seringkali dimomokkan serta dikhabarkan sebagai sungai yang sangat bahaya di dunia dan perlu dielakkan untuk dikunjungi. Mana tidaknya, kawasan disekitar Sungai Amazon didiami oleh komuniti peribumi yang masih tidak mengecapi arus permodenan. Mereka masih mengamalkan cara hidup kuno seperti memakan daging manusia dan sama sekali tidak menerima dan mengalukan kedatangan orang luar.
Selain itu, hutan dan sungai Amazon juga terkenal dengan haiwan pembunuh seperti ikan pirana, annaconda, buaya, serangga beracun dan binatang-binatang buas yang lain. Ada sebab atau tidak untuk anda menghabiskan masa selama hampir tiga tahun semata-mata untuk bersiar-siar di sepanjang sungai hutan Amazon? Semestinya ia kerja gila jika anda mempunyai impian untuk bercuti di sini!
Namun, seorang warga Britain, Ed Stafford membuktikan itu bukan perkara mustahil. Pada tahun 2010, dia yang berumur 34 tahun ketika itu mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 860 hari.
Setelah meninggalkan dunia ketenteraan dan berpangkat seorang kapten, dia berasa sangat bosan dengan rutin pekerjaannya di pejabat. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memberitahunya bahawa belum ada lagi manusia yang pernah dan ingin untuk berjalan disepanjang Sungai Amazon. Ed Stafford menganggap kenyataan rakannya itu sebagai satu cabaran pada dirinya.
Akhirnya dia tekad untuk melepaskan jawatan dan melakukan misi gila saranan rakannya. Ed Stafford bersama seorang rakan baiknya, Luke Collyer telah memulakan perjalanan pada 2 April 2008, meninggalkan Samudera Pasifik di bahagian selatan Peru. Pada awalnya, Ed Stafford merasakan bahawa perjalanan menjelajahi hutan sungai Amazon itu akan memakan waktu sekitar satu tahun, namun anggapannya itu ternyata silap.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan komuniti orang asli telah menangkap dan memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh haiwan sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Luke Collyer pulang ke rumahnya setelah hanya mampu bertahan tiga bulan menjelajah bersama Ed Stafford. Mungkin rakannya beranggapan misi ini mustahil dan tidak patut diteruskan demi keselamatan diri
Namun, Ed Stafford tetap ingin meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui seorang pekerja renjer hutan Peru, Sanchez Rivera. Setelah dipujuk Sanchez Rivera yang berumur 31 tahun sedia untuk membantunya sebagai penunjuk arah dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Sepanjang perjalanan, Ed Stafford dan Sanchez Rivera terpaksa berhadapan dengan pirana, ular anaconda, pusaran air, arus banjir, hujan tanpa henti, digigit ribuan nyamuk, dan penyakit berjangkit. Mereka juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada buaya Caiman yang panjangnya hingga 18 kaki.
Mereka berdua hidup dengan memakan pirana dan bahagian dalam pohon palm, serta berhenti seketika diperkampungan orang asli yang dikenali Sanchez Rivera di sepanjang sungai. Tetapi ancaman terbesar adalah masyarakat pribumi disitu yang telah dianiaya selama puluhan tahun oleh penguatkuasa wilayah, sehingga kaum ini sering curiga dan sering melakukan kekerasan kepada pengunjung asing.
Namun demikian, selama dua setengah tahun Ed Stafford tidak menyerah. Mungkin kerjaya sebagai seorang tentera pada masa lalu banyak membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sukar. Dia bersusah payah berenang, naik semula ke batas disepanjang tepian sungai dan melangkah secara perlahan sambil menebas hutan dengan parang.
Kira-kira 85 kilometer lagi berjalanan sebelum tiba di lokasi penamat, Ed Stafford pengsan akibat kepenatan melampau. Walau bagaimanapun dia tetap menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Ketika hampir tiba di lokasi penamat, Ed Stafford dan Sanchez Rivera kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim Brazil, yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Segala pengalaman indah dan detik sukar untuk menjadi manusia pertama berjalan menyusuri Sungai Amazon ini telah dibukukan dalam sebuah jilid berjudul Ed Stafford Walking The Amzon.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang misi bahaya ini dia mendapati bahawa banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca.
“Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya,” katanya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...