Umum mengetahui Utara Pakistan memiliki destinasi yang begitu indah dan cantik. Ramai yang mengimpikan untuk bercuti ke negara tersebut tetapi masih ragu-ragu dek keselamatan ketika berada di sana. Ada dua kemungkinan yang sering tercetus di sana, iaitu gempa bumi dan juga pergolakan politik dengan negara jiran.
Namun sebenarya, tahap keselamatan untuk bercuti ke sana adalah terjamin. Jika bercadang ke Utara Pakistan secara berkumpulan atau membawa keluarga yang ramai, perkongsian daripada Jaja Razali ini sangat membantu.
PAKISTAN LAND OF BEAUTY (Itinerary Dan Budget North Tour Pakistan 7 Days 6 Night)
Itinerary ni pack sikit sebab road tour Di North Pakistan ambik masa lebih lama dari apa yang dipapar Di google maps. Say cadangkan tambah lagi 2 hari Kalau nak tour yang relax relax….
Gambar Gambar dlm tour ni, pada bulan June. Summer Di Pakistan tapi blah Utara Pakistan still sejuk walaupun summer.
Waktu untuk melawat Pakistan Spring (March-April ), Summer (May-August), Autumn (September-October). Winter bulan Nov – February Tak digalakkan sebab salji tebal Dan banyak jalan tutup
Pakistan Cantik macam Switzerland atau New Zealand tapi nak Sewa kereta drive sendiri kat sini jalan dia amatlah bahaya.. Kena ambik tour guide atau sewa kereta dengan driver ya..
Makanan halal n sedap merata ada Tak perlu risau bab makanan
Ada banyak hotel n motel Di North Pakistan tapi dlm agoda atau booking.com terhad. Ada satu hari tu Saya dah buat tempahan di booking.com,tapi sampai lambat di Hotel, bilik dah bagi dekat orang lain Dan Hotel full. Padahal pada hari yang sama dah call hotel bagitau confirm check in. Untuk Perkara macam ni, Kalau ada tourist guide senang la nak settle sebab diorang familiar dengan tempat diorang. Kami Tak ambik tour guide tapi Nasib la husband orang Pakistan, senang nak communicate Dan Nego dalam situasi terdesak macam ni.. almaklumlah kadang owner Hotel akan ambik kesempatan cekik darah.
Untuk Visa ke Pakistan, sekarang dah boleh apply E-Visa cuma perlukan Invitation Letter (LOI) dari registered tourist company Di Pakistan, kalau datang sendiri suruh kawan dekat Pakistan jemput..
Direct flight Malindo Air : Kul-Lahore atau Pakistani & Airline Kul-Islamabad
Ads
Day 1:
-Sampai Lahore, driver pickup terus gerak ke Kaghan.
-Bermalam Di Kaghan Valley
Day 2:
-Teruskan perjalanan ke Karimabad, Hunza.
-Check In Hotel, Rest and enjoy view around hotel
Day 3:
-Visit Attahbad Lake
-Drive sampai Area Passu Cones
(Option boleh pegi lagi sampai Khunjerab Pass, boarder Pakistan-China tapi kami Tak sempat sebab terlalu leka bila singgah satu satu tempat…)
-Malam melawat Karimabad night market
-Tido Di Hotel yang sama
Ads
Day 4:
-Melawat Altit Fort
-Teruskan Perjalanan ke Lalasar
-Berhenti Di Rakaposhi point
-Berhenti Di Babusar Top
-Bermalam Di Lalasar motel
Day 5:
– Heading to Muzaffarbad
– Melawat Sa full Muluk lake
-Bermalam Di Muzaffarbad
Ads
Day 6:
-Bergerak ke Lahore melalui jalan Neelum Valley
-Singgah Di Islamabad for city view And shopping, sempat sembahyang Di Masjid Faisal
-Bermalam Di Lahore
Day 7:
-Melawat Bandar Lahore
-Melawat Badshahi Mosque
-Shopoing kain Di bazar
-Malam flight balik KL
Total cost GROUND ONLY
Untuk Transport,makanan, Penginapan ,Petrol, Toll Dan Jeep ride ke tasik RM1500/pp
Tiket flight Pakistani airline RM1800/pp. Kadang kadang boleh dapat harga murah lagi kena rajin check. Tiket Malindo air RM1500 lebih kurang)
Note: Trip kami 12 orang semua so makan, Hotel, transport kongsi , boleh la dpt harga mcmni.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dalam mood percutian, mesti kita mengharapkan percutian kita itu adalah percutian yang terbaik dan indah dengan kenangan-kenangan manis dan setiap kenangan tu bukan sahaja manis sewaktu tiba di destinasi percutian sahaja. Kenangan manis tu mesti bermula dari muka pintu rumah dari pergi sehingga balik.
Jadi, sewaktu perjalanan ke destinasi pun mesti kita mengharapkan kenangan yang baik-baik sahaja untuk kita dan orang lain. Justeru, etika ketika dalam perjalanan lebih-lebih lagi dalam pesawat sangat penting, supaya pengalaman kita tidak terjejas dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Jadi, apa etika yang sepatutnya kita buat ketika di dalam pesawat. Artikel ini Libur kongsikan kepada anda 21 tips berguna untuk anda dan rakan-rakan.
1. Elakkan barisan yang ada keluarga dan kanak-kanak
Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, cuba elakkan barisan yang dibarisi keluarga bersama anak-anak kecil. Kecepatan mereka tidak sama dengan anda yang bergerak solo atau berdua.
2. Buka jaket, jam, tali pinggang dan keluarkan barang elektronik
Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan dan memendekkan barisan, seharusnya anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala peralatan elektronik dan cecair dari bagasi tangan anda.
Buka jaket atau sweater, tali pinggang, kasut, dan duit syiling dari poket seluar anda. Masukkan botol-botol cecair dalam satu plastik berzip lutsinar. Bergerak cepat apabila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan.
3. Bawa botol kosong
Jangan beli air botol di kedai. Bawalah botol kosong anda sendiri. Hampir semua lapangan terbang di dunia ada mesin air percuma. Tinggal isi sahaja. Anda tidak perlu beli air botol sebelum atau selepas pemeriksaan. Lebih menjimatkan wang. Botol kosong tidak akan dirampas ketika pemeriksaan.
4. Patuhi had saiz bagasi tangan
Jangan degil dengan membawa beg yang jauh lebih besar dari had ditetapkan. Ini sikap yang pentingkan diri sendiri. Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang didalam pesawat.
5. Elakkan daripada memakai terlalu banyak barang kemas
Kalau nak juga pakai, masukkan ke dalam plastik atau beg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan, baru pakai semula barang kemas anda.
6. Elakkan memakai pakaian ketat terutama untuk penerbangan jarak jauh
Dalam penerbangan panjang, hampir setiap masa anda duduk di kerusi tanpa banyak bergerak. Maka, pakaian ketat anda ini boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah. Kaki boleh bengkak kerana darah tidak mengalir dengan lancar. Selamatkan diri anda daripada perkara ini.
7. Jangan pakai kasut tumit tinggi (heels) tidak kira anda di kelas pertama, bisnes atau ekonomi
Ini penting kerana tumit kasut tinggi mempunyai tapak yang tajam dan boleh bocorkan gelongsor kecemasan pesawat apabila anda memijaknya. Perkara ini boleh melambatkan pergerakan anda sewaktu kecemasan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda dan penumpang lain sekiranya perkara itu berlaku. Pakailah kasut sarung atau kasut sukan yang mudah dibuka dan yang mampu melindungi kaki anda sewaktu kecemasan. Nak bergaya, boleh bila sampai destinasi. Who knows that your heels can cost other people’s lives?
8. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, pack baju sejuk dan jaket tebal anda dalam bagasi kargo
Pakailah beberapa lapis baju dan jaket nipis ketika didalam kabin pesawat. Kalau nak bawa jaket tebal dalam kabin, pack guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini lebih menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan saja untuk anda tapi untuk penumpang lain. Dalam pesawat anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik dari pakai jaket tebal yang merimaskan. But please return the blanket.
9. Elakkan daripada memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai
Apabila berlaku kecemasan, skirt pendek anda tidak akan melindungi diri anda daripada elemen cuaca dan bahaya persekitaran. Pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.
10. Jangan tidur sewaktu pesawat berlepas dan mendarat
3 minit pertama dan terakhir di setiap penerbangan adalah minit penting atau masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka jangan tidur di 3 minit pertama dan terakhir ini!
11. Tumpukan perhatian kepada demo keselamatan
Walau anda kerap terbang beberapa kali, sentiasa tumpukan perhatian terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap pesawat mungkin berbeza daripada pesawat yang lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!
12. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun tiada turbulence
Benda semacam ini datang tanpa amaran. Anda sudah tentu tidak mahu tercampak hingga kepala terhentak di overhead compartment dan lain-lain yang boleh menyebabkan kecederaan kepada anda.
13. Jangan buka kasut
Tolong jangan buka kasut jika anda bukan jenis pembersih atau kaki berbau busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang lain. Kalau mahu buka kasut, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.
14. Sentiasa bertimbang rasa
Jika anda perlu baringkan kerusi, baringkan dengan berhati-hati kerana kita tidak tahu kalau orang di belakang sedang menggunakan meja untuk makan atau minum air panas dan sebagainya.
15. Ajari anak anda adab dan tatasusila sewaktu di dalam penerbangan
Ajar anak-anak anda untuk tidak menendang kerusi di hadapan. Ini merupakan satu tindakan biadap dan perkara yang paling tidak disukai oleh kita semua ketika berada di dalam pesawat. Usahakan apa sahaja, buat anak anda dengar nasihat anda dan bukan anda pula yang dengar kata mereka.
16. Jangan tamak
Arm rest ialah hak utama buat yang duduk ditengah-tengah. Jika anda duduk ditingkap atau di aisle, anda hanya ada satu arm rest. Kalau anda ambil dua-dua, yang duduk tengah tidak dapat apa-apa. Be considerate!
17. Hormati privasi penumpang lain
Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tidak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi kepada mereka.
18. Cuba tunggu waktu sesuai untuk ke tandas
Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai. Bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman. Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang makan barulah anda bangun.
19. Jaga kebersihan tandas
Gunakan tandas dalam pesawat seperti mana anda gunakan tandas di rumah. Jangan buat sepah. Jangan juga guna tandas terlalu lama. Ingatlah, bahawa dalam pesawat ada penumpang lain juga. Again, bertolak ansur.
20. Isi borang ketibaan dan pastikan siap sebelum pesawat mendarat
Ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari pesawat, isikan borang atau kad ketibaan. Jangan tunggu sampai imigresen baru nak isi. Jadi, penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg.
21. Tunggu bila pesawat sudah betul-betul berhenti baru anda bangun ambil beg
Tunggu giliran anda untuk bergerak ke depan pesawat. Tidak perlu berebut-rebut. Ambil beg dan bergerak dengan cekap.
Akhir sekali, Hormati anak kapal atau pramugari dan pramugara di dalam pesawat. Elakkan daripada berlawan cakap atau bergaduh tidak kira di lapangan terbang, sewaktu pemeriksaan atau terutama sekali ketika di atas pesawat.
Kalau anda tidak puas hati dengan servis yang anda terima, bincang di tepi atau di belakang orang awam. Tidak perlu marah-marah atau menjerit-jerit. Mereka ini cuba membantu memudahkan urusan anda dan mereka juga manusia dan ada perasaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Oleh kerana cuaca yang tidak menentu, buat masa ini kita hanya boleh merancang percutian di beberapa lokasi menarik sekitar dalam negara.
Salah satu yang sering menjadi pilihan kaki travel adalah negeri Kelantan.
Perkongsian dari anak jati Kota Bharu Kelantan, Ezwan Shah Nordin memberitahu 10 sebab kenapa perlu datang ke Kelantan dan beberapa lokasi menarik di negeri yang dipanggil syurga makanan.
Cuti-Cuti Malaysia; Kelantan
1. Aku sebagai anak jati Kota Bharu perlu buat perkongsian jalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Aku tak nafikan Kota Bharu adalah syurga makanan jika tahu lokasi yang perlu dilawati.
2. Pertama adalah tarikh dan masa untuk merancang ke Kota Bharu. Kota Bharu macam bandaraya lain juga sebab ada banyak jalan-jalan walaupun sesak tapi trafik masing terkawal. Selalunya elak waktu puncak contoh, jika mahu makan di bandar boleh pergi sebelum tengahari macam 11 pagi ataupun 12 tengahari. Jika mahu elakkan kesesakan jalan raya elakkan melalui jalan sehala di bandar sebab Bandar Kota Bharu jalan sehala luas dan panjang juga.
3. Boleh amalkan parking kereta di lokasi yang strategik yang dekat dengan beberapa lokasi contoh aku suka parking di depan Dataran Muhammadi sebab dkt dengan lokasi makan, lokasi bergambar, pasar dan masjid.
4. Sebut pasal parking, Kota Bharu guna mesin untuk bayar parking. Boleh guna App/syiling/touch n go dkt mesin tersebut dan jangan parking sebarang ataupun kereta akan clamp oleh pihak perbandaran. Caj RM 0.40 setengah jam dan 0.8 untuk sejam.
5. Kedua, penginapan di Kota Bharu boleh dikatakan paling murah jika yang berkemampuan boleh check in Hotel Perdana. Ada banyak pilihan hotel di bandar KB yang hanya walking distance pergi lokasi berdekatan.
6. Ketiga, lokasi menarik di KB. Datang ke Kota Bharu jika tidak bergambar di lokasi wajib ini adalah rugi, aku berikan cadangan; – Pintu Gerbang Dataran Rehal – Istana Jahar – Pintu Masuk Gerbang Istana Balai Besar – Pasar Siti Khatijah – Street Art Kota Bharu – Pantai Senok (Pantai Nami) – Menara Jam Tambatan Diraja & Tambatan Diraja – Out Town KB / Wakaf Che Yeh (jika buka semasa PKPP)
7. Keempat, soalan yang paling susah adalah makan mana ? Kota Bharu banyak pilihan makanan dan masakan, boleh dikatakan Kota Bharu ini adalah bayangan Thailand. Bukan sahaja murah, banyak dan sedap. – Cari kuih-kuih tradisional dkt Pasar Siti Khatijah (7 pagi – 10 pagi) ; kuih2. – Sarapan di Kedai Pok Mat – Sarapan di Kedai Kita – Makan tengahari di Nasi Ulam Cikgu (KB) – Makan tengahari di kedai nasi kukus (Nasi Kukus Suraini / Zaeman) – Makan malam di Kedai Siem – Makan malam di Padang Bas Kota Bharu Steamboat di Makette
8. Kelima, perkara apa yang patut dibeli di KB dan tak ada ditempat lain. Boleh dapatkan di Pasar Khatijah tingkat 1 dan 2. (Boleh pusing2 dapat harga murah dan boleh tawar menawar) – Kebanyakan produk di Thailand ada di Kota Bharu (macam kacang ketereh, kacang tin, maggi thai dan beras thai) – serunding or sambal daging (boleh rasa, jangan takut cuba, mungkin boleh kenyang) – Rempah kerutuk (hanya ada di Kelantan sahaja), kalau nak masak dekat rumah. – Alatan logam – Baju batik Kelantan antara batik yang terlembut aku pernah pakai (Pasar Buluh Kubu sebelah Pasar Siti Khatijah).
9. Keenam, pilihan pengangkutan di Kota Bharu. Aku galakkan dengan kereta dan motorsikal (sewa boleh). Contoh, datang ke KB menaik bas / flight (naik grab pergi ke bandar KB dalam RM 20.00) dan sewa motorsikal ataupun kereta.
10. Terakhir, cadangan tentatif untuk korang okay. (Jika sampai di KB pada pagi)
HARI PERTAMA 7.30 pagi : Sarapan Pagi di Kopitiam Kita (area bandar) ataupun jauh sikit Teh Beng Madu – Kedai Pok Mat 9.30 pagi : Jalan2 Street Art 11.00 pagi : bergambar di Dataran Rehal, Istana Jahar dan Istana Balai Besar (parking depan Dataran Muhammadi) 12.00 tengahari : makan tengahari dkt Kedai Nasi Ulam Cikgu 2 petang : check in hotel dan rehat 5.30 petang : Pantai Cahaya Bulan 7.00 malam : balik hotel 8.00 malam : makan (boleh pilih Restoran di atas ataupun google)
HARI KEDUA 7.00 am – bergerak ke Pengkalan Kubor dan shopping 10.00 am – melawat Pantai Sri Tujuh 11.00 am – melawat Wat2 dkt sana (Tapi tengok sama ada tutup ataupun tidak) 12.00 tengahari – beli makanan / air dan berkelah di Pantai Senok (jangan lupa bawa tikar, air basuh tangan) 3 petang – rehat di hotel 5.30 petang – Menara Jam KB (bayaran RM 2.00) 6.30 petang – boleh cari makan di Padang Bas Kota Bharu 8.00 malam – jalan2 pergi out town KB ataupun Wakaf Che Yeh
HARI KETIGA Check out hotel Makan Pagi Pusing Pasar Siti Khatijah Balik
Bagi mereka yang suka mengambil gambar, tidak sah kalau pergi ke mana-mana destinasi menarik tanpa merakamkan gambar kenangan. Tidak kiralah walaupun sekadar makan di port menarik.
Pastinya jadi acara wajib selfie atau swafoto, lagi-lagi kalau pergi dengan geng buddies untuk di muat naik di media sosial masing-masing.
Jika anda ke Kuala Lumpur jangan lupa untuk singgah ke Ruma Puteh, sebuah kafe baru yang ‘insta-worthy’ menanti kunjungan kaki selfie.
Menerusi perkongsian di Surgaroute memberitahu Ruma Puteh, sebuah rumah yang terletak berdekatan Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya. Kemudian, tempat ini telah diubahsuai menjadi kafe yang sangat instagrammable!
Kafe ini membawa konsep taman di bahagian luar dan dalam serta membawa elemen minimalis. Persekitaran menarik menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke sini.
Sesuai dengan namanya, kafe ini menggunakan warna putih sebagai warna tema tetapi cukup menarik untuk dipandang.
Memang sangat sesuai untuk aktiviti santai dan perjumpaan bersama rakan dan keluarga tak kira siang ataupun malam.
Anda boleh memilih untuk mengambil tempat duduk di bawah pohon di bahagian luar dan dikelilingi kehijauan , ataupun tempat duduk di bahagian dalam yang menyediakan penghawa dingin.
Apa yang pastinya setiap sudut kafe ini sangat cantik dan sesuai dijadikan latar belakang gambar instagram anda.
Untuk menu, mereka menyediakan masakan tempatan dan juga masakan barat. Antara yang wajib dicuba adalah Lontong Darat dan Nasi Kerabu Puteri Saadong.
Alamat:
Ruma Puteh, 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...