Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu dunia mengisytiharkan perang ke atas virus Covid-19, hanya dua hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak itu sebagai pandemik.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan langkah pencegahan dengan melaksanakan strategi berkesan, mengaktifkan segala sistem tindak balas kecemasan, termasuk keupayaan sistem mengesan dan penjagaan pesakit.
Ads
“Kita mesti mengisytiharkan perang terhadap virus ini. “Ini adalah masa untuk bertindak dengan lebih bijak dan cermat, bukannya panik. Walaupun situasi itu diklasifikasikan sebagai pandemik, ia adalah satu keadaan yang dapat kita kawal. Kita boleh melambatkan penularan, mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa, tetapi ia memerlukan tindakan bersepadu semua pihak di seluruh dunia,” katanya.
Ads
Selain menjadi krisis kesihatan awam, virus itu turut menjejaskan ekonomi dunia PBB turut memberi amaran, dunia bakal menyaksikan pasaran kewangan terjejas teruk akibat ketidakpastian, rantaian bekalan global terganggu, pelaburan dan permintaan pengguna merosot dan risiko meningkatnya kemelesetan ekonomi.
Ads
Ahli ekonomi PBB menganggarkan krisis Covid-19 boleh mengakibatkan ekonomi dunia tahun ini kerugian sekurang-kurangnya AS$1 trilion atau mungkin lebih.
Baru-baru ini, industri pelancongan negara dikejutkan dengan pengumuman bahawa Malaysia tersenarai sebagai negara berstatus ‘K’ di dalam Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 9 April lalu.
Penyenaraian Malaysia sebagai negara berstatus ‘K’ oleh Amerika Syarikat itu dibuat atas dasar kebimbangan terhadap potensi penculikan atau situasi tebusan di kawasan-kawasan tertentu di wilayah timur Sabah.
Walau bagaimanapun, tindakan Amerika Syarikat di dalam Nasihat Perjalanan itu tidak menjejaskan industri pelancongan di Sabah dan Tourism Malaysia akan berusaha untuk meminta kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan Malaysia daripada senarai tersebut melalui laporan daripada Astro Awani.
Menurut Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau, pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan, dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu khususnya di pantai timur negeri itu.
Dalam pada itu, Ahmad Shah turut berkata bahawa Tourism Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 4.5 juta pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan turut menggalakkan para penggiat industri pelancongan Sabah untuk memberi kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menghasilkan pakej pelancongan menarik, dan kreatif bagi merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan ketibaan pelancong di Sabah meningkat kepada 5.5 peratus, iaitu memcecah 3.87 juta tahun lalu dan angka insiden penculikan telah menurun secara ketara kepada hampir sifar.
Justeru itu, penyenaraian Malaysia sebagai negara berstatus ‘K’ di dalam Nasihat Perjalanan Amerika Syarikat itu adalah satu keputusan yang kurang objektif dan tidak mencerminkan hakikat sebenar di lapangan khususnya situasi keselamatan di wilayah timur Sabah yang kekal selamat dan terkawal bagi pelancong.
Beberapa serpihan artifak dan syiling dipercayai berusia lebih 900 tahun yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Song, Yuan dan Ming, ditemukan di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka di Bandar Hilir
Serpihan kayu dipercayai rangka kapal dagang karam yang digunakan pada zaman itu turut ditemukan di lokasi yang sama. Kesemua bahan itu ditemukan di kawasan yang dikelilingi belukar dan lalang, secara berasingan dan berperingkat dalam tempoh dua tahun lepas oleh orang awam, termasuk kaki pancing sebelum dilaporkan kepada pihak Jabatan Warisan Negara.
Antara artifak penting yang ditemui iaitu mata wang Kesultanan Melaka zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu antara tahun 1488 hingga 1511, pecahan seramik seperti tembikar dan porselin dari Dinasti Song, Yuan dan Ming, mata wang Portugis dan Belanda jenis VOC atau Syarikat Hindia Timur Belanda.
Penemuan bahan-bahan ini dipercayai ekoran perubahan aras air dan kerja-kerja penambakan laut di sekitar Pulau Melaka sehingga menyebabkan artifak itu terlihat di permukaan lumpur dan daratan. Peralatan khas seperti 'ground-penetrating radar' (GPR) digunakan bagi mengesan rangka atau serpihan lain artifak dan rangka kapal yang mungkin berada di bawah tambakan pasir itu. Setakat ini kebanyakan artifak, syiling dan serpihan rangka kapal ditemui di permukaan iaitu di atas tanah namun kita yakin terdapat lebih banyak lagi di bawah tanah dan mungkin ada artifak yang masih elok seperti seramik pada zaman tersebut.
Ketika ini, kawasan berkenaan akan ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja ekskavasi oleh Perzim dan Jabatan Warisan Negara kerana dipercayai banyak lagi penemuan artifak seumpama itu akan ditemui di sekitar kawasan berkenaan. Orang ramai diminta membuat laporan kepada Jabatan Warisan Negara bagi apa jua penemuan agar mematuhi Akta Warisan Kebangdaan 2005 (Akta 645). Menjadi satu kesalahan sekiranya sebarang penemuan tidak dilaporkan kepada Peruruhjaya Warisan atau pegawai daerah.
image via FB Muzium & Galeri Melaka | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ketika dunia dilanda wabak COVID-19, kebanyakkan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan masih mempromosi tiket penerbangan murah, tempat penginapan dan juga pakej-pakej pelancongan dengan harga runtuh.
Ada yang marah-marah kerana beranggapan ‘golongan’ ini tidak sensitif dengan keadaan semasa. Tidak kurang juga ada yang sangat teruja untuk mengambil peluang keemasan tersebut dek harga yang ditawarkan ada yang tidak masuk akal.
Travel agency ni pentingkan keuntungan je. Tak fikirkan wabak berlaku sekarang ini. Berhentilah dari promote pakej..pentingkan diri sendiri!
Jawapan :
Untuk makluman, pihak travel agency membeli seat flight “sebelum” berlaku wabak lagi. Bukan esok nak terbang hari ni baru kami booking flight & hotel untuk anda.
Travel agency dah bayar deposit, jadi kami kena jual sebab flight & hotel tidak membatalkan service mereka. Mereka ada ( Term & Condition ) tersendiri yang valid dari segi undang – undang. Disini travel agency terikat dengan term & condition syarikat penerbangan, hotel dan wakil agent diluar negara.
Jika tidak, travel agency akan menanggung kerugian dan mungkin penyebab tutup industri travel di Malaysia jika memenuhi kehendak anda. Justeru itu, jika pembatalan dari Flight, Hotel atau arahan dari Airline dan sesebuah negara disebabkan darurat. Jika itu berlaku, travel agency akan turuti.
Travel agency juga ada kos Pejabat, bil api, air & Pekerja untuk dibayar gaji mereka. Kami juga ada keluarga. Jika kami berhenti dari promosi pakej dan berhenti dari melaksanakan kerja kami, siapa nak tanggung bayar gaji kami?
Untuk jual pakej tidak semudah membeli gula- gula dikedai. Kami buka satu – satu trip 6 bulan hingga setahun awal pun belum tentu seats penuh. Kami perlu buat persedian awal & promosi untuk memenuhkan seat kehadapan yang telah ditempah. Tidak semudah yang disangka untuk menjual pakej.
Sejak kebelakangan ini, Malaysia juga tidak ketinggalan dari menerima nasib yang sama. Ada berpuluh kes menyebabkan wabak ini. Dia datang tidak dipinta, masuknya tidak diduga. Cuma kita tahu ini adalah ujian Allah swt kepada kita bergelar nanusia & ada hikmah tersembunyi dibelakangnya.
Jika ikut pandangan kita, mungkin boleh minta kerajaan malaysia menutup semua tempat lawatan dalam negara, jangan membiarkan pelancong datang kenegara kita…tujuan untuk berjaga – jaga…Adakah kerajaan Malaysia tidak peka! Rasa- rasa lumpuh tak ekonomi malaysia jika ikut cadangan kita?
Begitu juga negara lain, mereka ada sebab membuka untuk pelancong datang ke negara mereka dan tidak tutup industri pelancongan. Penerbangan & Hotel berjalan sepertimana biasa.
Jika kita terlalu risau, kita berhenti dari melancong diwaktu ini atau dimasa akan datang. Sementara dunia sibuk membincangkan masalah ini kita rehat – rehat sahaja. Namun tidak boleh menyalahkan orang lain dan pertikaikan pekerjaan mereka.
Jangan fikirkan travel agency ini pentingkan diri sendiri. Mereka juga ada keluarga & mulut untuk disuap. Ini adalah pekerjaan mereka. Semoga kita juga pandang- pandang bila berkata- kata. Sebab kita bukan ditempat mereka. Mereka juga ada hati & perasaan yang perlu dijaga.
Kita doakan agar Allah swt menjauhkan kita dari bala dan bencana. Dijauhkan dari wabak yang tidak diduga. Semoga kita semua sihat sejahtera bersama keluarga tercinta. Semoga kita semua dalam rahmat Allah swt sentiasa. Amin Ya Rabb.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi peminat sukan permotoran, Litar Antarabangsa Sepang bukanlah lokasi asing. Setiap kali berlangsung acara perlumbaan besar, kawasan ini dibanjiri pengunjung tempatan dan luar negara...