Kalau anda tak suka tempat ramai orang, dan dalam masa yang sama nak sangat anak-anak gembira cuti sekolah, anda boleh pilih untuk ke AliyAqif Cottage.
Tempat ini memang lawa okay, confirm anak-anak akan suka. Bukan hanya ada tempat mandi tetapi anak boleh bermain pasir.
Sila rujuk gambar dulu untuk melihat persekitaran tempat ini, cantik tak?
Ads
Menurut pengalaman Puan Syahirah Omar yang datang bersama keluarganya, dia teruja melihat bahagian landskap laman cottage ni.
Setiap sudut dia dapat melihat betapa telitinya owner menghias dan bukan sekadar mencantikkan, tetapi penuh dengan sentuhan kasih sayang.
Memang rasa tenang, selesa, selamat dan dapat lari sekejap dari segala keserabutan.
Ads
Owh ya, di sini anda boleh healing minum coffee luar rumah juga tau, best!
Ads
Anak-anak akan syok dapat mandi kolam, lagi best siap ada glamping dome di backyard dan sandpit. Kalau anda nak bbq pun boleh. Memang serba serbi lengkap peralatan yang disediakan.
Pendek kata tempat ini sesuai dengan jiwa anda yang tak suka bersesak.
Lokasi:
AliyAqif Cottage, Bangi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin, lapor agensi berita Yonhap, memetik Kementerian Kehakiman negara tersebut.
Wanita yang identitinya dirahsiakan itu, dihantar pulang semalam selepas enggan membayar perbelanjaan untuk tinggal di kemudahan kuarantin disediakan kerajaan.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Khamis minggu lalu dan dihantar ke kemudahan kuarantin pada hari berikutnya selepas bersetuju menjalani kuarantin.
Bagaimanapun, wanita itu dihantar ke pejabat imigresen selepas dia enggan membayar kos perbelanjaan. Kementerian Kehakiman kemudian meluluskan pengusiran itu berdasarkan penghakiman tindakan wanita berkenaan bertentangan dengan ‘langkah-langkah kuarantin kerajaan untuk membendung wabak COVID-19.’
Ia kes pertama seorang warga asing diusir kerana enggan tinggal di kemudahan kuarantin. Minggu lalu, lapan warga asing tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana tidak mahu menjalani kuarantin secara suka rela.
Kepelbagaian budaya dan warisan Turki menjadikan negara itu sebagai salah sebuah destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ramai orang Malaysia yang memilih untuk bercuti di Turki, lebih-lebih lagi selepas ‘terpengaruh’ dengan melihat beberapa lokasi penggambaran filem tempatan yang berlatar belakangkan destinasi di negara yang terletak di sempadan benua Asia dan Eropah.
Tidak dinafikan, seperti apa yang anda lihat di dalam kaca televisyen, Turki sememangnya negara yang cantik dan menarik untuk diterokai. Pelancong boleh memilih untuk datang ke Turki sepanjang tahun, meliputi empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga berlangsung pada bulan Mac hingga pertengahan Jun, musim panas (pertengahan Jun hingga Ogos), musim luruh (pertengahan September hingga November) dan musim sejuk (Disember hingga Februari).
Antara lokasi menarik di Turki:
Istanbul merupakan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara tempat-tempat lawatan ialah seperti Leather Outlet Centre, Blue Mosque, Topkapi Palace, Muzium Hagia Sophia, Masjid Sultan Sulaiman dan Spice Bazaar.
Bursa merupakan antara destinasi pelancongan yang banyak menyimpan peninggalan sejarah Islam. Antara lokasi tumpuan pelancong termasuklah masjid tertua iaitu Ulu Cami (Great Mosque).
Cappadocia, antara tempat wajib dilawati di Turki. Pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas, malah turut dapat menyaksikan keindahan dan keunikan batuan yang cantik dilihat dari atas. Kelebihan memiliki ruang kawasan yang luas menjadikan Cappadocia antara destinasi belon udara popular di dunia.
Antara tempat yang akan dilawati di Ankara ialah Ataturk Mausoleum yang merupakan muzium dan tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk iaitu pemerintah yang menukarkan Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular. Bangunan ini menempatkan barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk di galeri pameran. Selain kenderaan beliau, pengunjung boleh menyaksikan sendiri senjata, surat, pakaian, dan jam tangan.
Di Kusadasi terdapat kota kuno Ephesus yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba. Pelancong boleh mengambil peluang untuk menyaksikan kesan runtuhan bandar purba tersebut. Ephesus turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berprestij.
Bandar ini merupakan tempat popular yang turut tercatat sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia dibawah UNESCO. Antara tempat menarik untuk dilawati ialah Hierapolis Ancient City Ruins yang merupakan kota suci dalam kesusasteraan Arkeologi kerana terdapat banyak kuil dan bangunan keagamaan.
Konya begitu sinonim sebagai pusat Islam tertua yang menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran sufi. Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi adalah Melvana Museum yang merupakan tempat bersemayamnya sang pujangga Turki yang juga pencipta Tarian Sufi iaitu Jalaludin Rumi.
Di Bolu, terdapat sebuah masjid tertua di Turki iaitu Masjid Sultan Eyub. Masjid ini juga merupakan masjid pertama yang dibangun setelah kerajaan Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih menawan kota Konstantinopel (Istanbul) pada 1453.
Kalau gayat, lupakan niat tersebut. Kata orang pandang saja gambar dan nyatakan rasa kagum. Tapi kalau korang sukakan cabaran dan mencari kelainan, bolehlah cuba bermalam di Sky Lodge Hotel Purwakarta.
Diiktiraf sebagai tertinggi di dunia selepas mengalahkan Skylodge Adventure Suites di Peru yang terkenal ekstrem di kalangan traveler dunia yang ketinggian 122 meter, Sky Lodge Purwakarta lebih tinggi iaitu sekitar 400 hingga 900 meter dan berdiri kukuh di puncak Gunung Parang. Sky Lodge ini terletak di Desa Sukamulya, Tegalwaru, Purwakarta, Jawa Barat dan untuk pergi ke sini cukup mudah kerana Gunung Parang sememangnya amat terkenal di kalangan masyarakat di sini.
Mula dirasmikan pada 28 Oktober 2017, ramai menyatakan rasa kagum dengan konsep percutian memukau ini. Untuk sampai ke hotel ini, setiap tetamu wajib memanjat tebing setinggi 500 meter dan menyeberang menggunakan cara menggantungkan badan pada tali (tyrolean) atau menggunakan tangga besi (via ferrata) untuk mendaki sebelum boleh sampai ke tempat penginapan masing-masing. Bahkan ketika mula dirasmikan lima tahun lalu, warga tempatan berpusu-pusu meneroka tempat ini untuk merasai lokasi ekstrem ini sendiri. Untuk satu lodge, ia boleh memuatkan seramai 4-5 orang dalam satu-satu masa.
Ditawarkan pada harga semalam sebanyak Rp5,000,000 (lebih kurang RM1464.00) reka bentuk hotel ini menjadi perhatian kerana diperbuat keseluruhannya daripada kaca yang membolehkan penginap menyaksikan keindahan dari puncak gunung selain pepohon yang menghijau di sekeliling kawasan tersebut. Waktu malam, udaranya sangat sejuk.
**media[]**
Lantainya diperbuat dari kayu yang kukuh, setiap lodge dilengkapi katil, tv, bilik mandi, meja makan, tandas portable, microwave, walkie talkie, air minuman, penghawa dingin selain tirai untuk menutup kawasan sekelilingnya dan terdapat 11 sky lodge sahaja
. Bagi yang menyukai perkara ekstrem, bermalam di hotel tergantung Purwakarta ini harus dilakukan seumur hidup.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...