Habis la kalau anda jenis yang suka lewat-lewat atau batalkan trip secara tiba-tiba sebab polisi terbaharu Grab akan mengenakan cas kepada anda yang berbuat demikian.
Polisi Pembatalan Penumpang itu akan berkuatkuasa bermula 25 Mac ini dan penumpang yang membatalkan trip selepas 5 minit mendapat pemandu akan dikenakan denda daripada RM3 hingga RM5 bergantung kepada jenis kenderaan dan servis yang dipesan oleh penumpang.
Denda sebanyak RM3 dikenakan bagi perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTaxi (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab untuk lapangan terbang dan untuk GrabCar enam tempat duduk atau JustGrab 10 tempat duduk, denda yang dikenakan adalah sebanyak RM6. Perkhidmatan mewah yang dibatalkan seperti GrabCar Premium atau GrabCar Luxe pula akan didenda sebanyak RM5.
Ads
Grab juga akan mengenakan denda sebanyak RM5 kepada penumpang sekiranya pemandu membatalkan trip selepas menunggu di lokasi lebih daripada 5 minit.
Untuk perkhidmatan GrabShare pula, penumpang mesti berada di lokasi dalam masa 3 minit sebelum pemandu mempunyai hak untuk membatalkan trip anda.
Ads
Sekalipun polisi baharu ini akan mengenakan denda diantara RM3 hingga RM5 kepada penumpang yang membatalkan trip dan RM5 untuk penumpang yang tiba lewat lebih 5 minit di lokasi, Grab tidak akan mengenakan kedua-dua denda itu secara serentak kepada penumpang.
Ads
Selain itu, fi pembatalan akan dikecualikan jika pemandu tidak tiba dalam masa 10 minit selepas jangkaan masa ketibaan yang pertama kali ditunjukkan. Contohnya, telah menunggu lebih dari 13 minit, yuran pembatalan tidak akan dikenakan.
JAKARTA – Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup mulai hari ini.
Penutupan kesemua 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern International dalam satu kenyatannya kepada Bursa Efek Indonesia baru-baru ini.
PT Modern International sebelum ini dilaporkan telah bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Eleven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.
Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas lebih 20 kedai itu telah ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan kedai 7-Eleven telahpun menutup operasi mereka sejak minggu lepas lagi dengan meletakkan notis mengenai pemberhentian operasi.
Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada 2008 dan dikelolakan oleh PT Modern Sevel Indonesia, anak syarikat PT Modern International.
Menurut laporan kewangan suku pertama 2017 PT Modern Internasional, hasil penjualan daripada 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta (Rp1 juta lebih kurang RM300) kepada Rp138,62 juta.
Sementara itu Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita menyangkal dakwaan bahawa penutupan 7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa.
Katanya penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian yang dialami syarikat tersebut.
Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk bertemu dengan pengurusan syarikat berkenaan bagimendapat maklumat lanjut mengenai penutupan kedai francais itu. – Bernama
Kerajaan negeri menutup sementara Kampung Budaya Terengganu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Lokasi tarikan baharu pelancong yang berkonsepkan muzium hidup itu, menjadi pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh daerah di Terengganu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, penutupan tersebut dilakukan serta merta sehingga 31 Oktober 2020 selaras dengan pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Arahan penutupan melibatkan keseluruhan operasi serta pengisian program dan aktiviti di Kampung Budaya Terengganu kecuali kakitangan dalam perkhidmatan perlu seperti keselamatan dan penyelenggaraan yang tertakluk kepada kelulusan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu
Kampung Budaya Terengganu yang diadakan sekitar Kompleks Muzium Negeri itu telah bermula pada 3 September 2020 lepas dan menurut jabatan berkenaan sepanjang beroperasi, pihak pengurusan sentiasa memastikan kakitangan dan pengunjung mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
New Zealand dikhabarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami mega bakal melanda negara itu.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.
Berbanding kejadian gempa sebelum ini di Christchurch yang dicatat pada skala 6.2 magnitud pada 2011, jangkaan bacaan itu merupakan skala tertinggi bakal dicatatkan di negara itu.
Jika ia berlaku, satu tsunami besar dengan ombak setinggi 30 meter bakal melanda New Zealand di mana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada bencana tsunami di Jepun pada 2011.
Malah, lebih parah lagi, pihak berkuasa mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi amaran bencana kepada warga New Zealand, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai jika tsunami itu berlaku.
Menurut pakar tsunami di GNS Science, Dr William Power, ombak besar yang bakal melanda itu bakal berlaku dengan begitu cepat sehingga amaran tidak sempat diberikan.
Sekiranya tsunami berlaku di negara ini, kemungkinan besar amaran peringatan bencana secara rasmi tidak akan dikeluarkan sebelum gelombang gempa bumi dan tsunami itu tiba. Jadi mereka yang tinggal di pesisir pantai harus mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera.
Deretan tebing menghijau berdiri megah di sisi lautan biru, sementara air terjun mengalir dari celah gunung menuju pantai-pantai kecil yang tersembunyi. Pemandangan luar biasa...