Jepun antara negara yang sering menjadi pilihan pelancong datang ke negara ini. Paling menjadi tarikan, tentunya Gunung Fuji yang menjadi tanda ikonik negara maju ini. Bukan itu saja, terdapat pelbagai daya tarikan kala melancong ke negara ini.
Dari perkongsian Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun berkongsi keindahan Frost Flower yang hanya muncul ketika musim sejuk. Baca perkongsiannya.
“Frost flowers” atau juga dikenali sebagai “snow flowers” hanya ditemui ‘berbunga’ di permukaan Tasik Akan dan Tasik Kussharo di Hokkaido pada musim sejuk dan suhu yang ekstrem. Frost flowers ini sebenarnya bukanlah bunga asli, sebaliknya merupakan ais kristal yang terbentuk secara semulajadi membentuk seakan-akan bunga ros kristal.
Ads
Ads
Frost flowers ini agak jarang dan sukar ditemui di lokasi lain kerana ianya sangat rapuh dan sukar terbentuk. Ini kerana, untuk membentuk frost flowers secara semulajadi, 3 kondisi perlu dipatuhi:-
Ads
• Salji lain tidak boleh terkumpul di lokasi yang sama
• Suhu mesti di bawah -15 darjah selsius
• Mesti tiada lansung angin yang bertiup
Frost flowers ini sangat rapuh, jadi sedikit angin yang bertiup pun boleh menghancurkan frost flowers ini serta-merta.
. #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dalam tempoh kurang setahun beroperasi, hotel ini telah menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan tambahan kepada tetamu dan pihak pengurusan hotel mengambil peluang kemenangan ini untuk memasarkan hotel serta meningkatkan jualan dengan lebih tinggi.
Kemudahan tambahan juga ditambah dengan pelbagai variasi yang menarik, seperti 302 bilik mewah di hotel dan 200 bilik apartmen. Apartmen terbahagi kepada tiga stail yang berbeza. Terdapat juga 3 kolam renang, gimnasium, bilik permainan, bilik mesyuarat, dewan besar kapasiti 1000 orang.
Terdapat tujuh jenis restoran yang mempunyai konsep pelbagai – restoran mewah, makanan laut restoran terbuka dengan harga berbaloi iaitu Selasih Restoran, dan pelbagai lagi. Selain menampilkan menu yang menarik dengan harga mampu milik, restoran di Hotel Tenera ini turut tampil dengan ilham citarasa muda mahupun berusia.
Untuk keselesaan tetamu, 600 unit kawasan letak kenderaan juga disediakan. Perkhidmatan buggy, live band setiap hari kecuali Isnin serta pelbagai kemudahan mesra pelanggan yang lain.
Lagi kemudahan yang baru beroperasi ialah Serai Pool yang menampilkan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang terbuka dan kolam renang khas untuk wanita, hijab pool, bilik penyusuan, bilik permainan dan kafe. Serai Pool mula operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Menampilkan hotel berteraskan muslim friendly, hotel ini mempamerkan kakitangan wanita yang berhijab selain kebersihan adalah identiti utama hotel dalam mengekalkan konsep itu”, kata Encik Fadzly Hamzah, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera.
Bukan hanya bilik hotel dan apartmen mewah, hotel ini juga menjanjikan pengalaman berbeza, yang lain daripada hotel lain. Hotel ini memberikan servis mesra pelanggan dari pintu masuk hotel disambut mesra oleh bellman dan penyambut tetamu sehinggalah tetamu hotel daftar keluar dari hotel, layanan mesra dari kakitangan hotel ini merupakan salah satu faktor kemenangan mereka di HAPA.
Terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan pilihan umum.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kedatangan musim bunga di Belanda kalau tak pergi tengok bunga tulip tidak akan lengkap!
Namun kerana wabak COVID-19 yang melanda satu dunia ketika ini, destinasi wajib lihat bunga di Keukenhof ditutup kepada umum. Pertama kali dalam tempoh 71 tahun lokasi ini sunyi sepi tanpa kelibat pengunjung kecuali pekerja taman.
Keukenhof adalah taman bunga tulip berhampiran bandar Lisse dan setiap tahun, dari pertengahan Mac hingga pertengahan Mei, ia adalah pasar bunga terbesar Eropah. Bila sebut pasar terbesar, ia memang menggemparkan baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Ia medan pertemuan pembekal dan pengedar seluruh Eropah membabitkan jual beli bunga berkoyan-koyan.
Begitupun, dengan bayaran tertentu orang ramai boleh masuk ke Keukenhof dan melihat pameran, menikmati pemandangan dan menggunakan semua kemudahan di dalamnya. Paling mengujakan, bergambar sepuas-puasnya di dalam taman indah seluas 32 hektar ini.
Ratusan spesies dan varian pohon bunga ditanam tersusun dengan menarik di beberapa lot kecil dengan seni landskap indah. Ketika ini adalah tempoh terbaik kerana kuntum tulip sedang mekar dengan cantik.
Setiap tahun ketika musim bunga, Keukenhof sesak dengan pengunjung. Ada yang datang berkeluarga, rombongan pelajar sekolah dan pasangan bercinta. Yang datang berkeluarga terus ke beberapa lokasi berkelah, yang berpasangan menuju beberapa bangku di tepi tasik dan terusan, kanak-kanak pula berkejaran ke taman permainan dan ‘petting zoo’.
Tidak kurang juga yang lebih gemar berjalan-jalan menghirup udara pagi yang segar kerana sungguhpun suasana dingin, matahari sudah naik dan bersinar terang. Ada juga pengunjung serius, terutama golongan pencinta bunga. Ada juga yang datang bersama kamera canggih masing-masing. Sebaik masuk mereka terus mencari subjek kegemaran di merata-rata.
Seorang jurugambar Belanda sempat kongsikan foto-foto indah di Keukenhof tanpa kelibat pengunjung seperti kebiasaannya di Instagram miliknya: albertdrosphotography
“Sebagai orang Belanda yang sebenar, saya peminat bunga kami. Dan sebagai jurugambar landskap, saya menikmati musim bunga yang indah setiap tahun di mana saya selalu mempunyai masa untuk memotret bunga dan dipertontonkan kepada seluruh masyarakat dunia. Sebilangan besar daripada anda mungkin mengetahui Keukenhof sangat terkenal di dunia, taman tulip yang paling indah di dunia. Setiap tahun berjuta-juta pelancong mengunjungi kebun ini.
Tahun ini sangat ‘istimewa’. Keukenhof ditutup, untuk pertama kalinya dalam tempoh 71 tahun. Tetapi itu tidak bermaksud tidak ada bunga. Sebaliknya; bunga kelihatan luar biasa dan mendapat perhatian dan penjagaan seperti biasa. Semua tukang kebun yang bersemangat melakukan kerja mereka seperti biasa.
Bertahun lamanya saya mengambil gambar bunga dan sangat impikan taman di Keukenhof tanpa kelibat manusia lain. Ia mungkin sesuatu yang mustahil sehingga datang virus COVID-19. Ini satu-satunya peluang saya. Saya menghubungi pihak pengurusan di Keukenhof dan menerangkan apa yang ada dalam fikiran saya. Pihak pengurusan sangat bertimbang rasa lalu membenarkan saya mengambil gambar bunga di sini selama sehari. Ini pengalaman yang begitu ajaib. Tidak ada orang di taman ini membolehkan saya memotret jalan dan sudut dengan cara tertentu yang biasanya anda tidak dapat lihat kerana orang ramai.”
Pernah dengar lokasi menarik di Majalengka Indonesia? Haa… ini adalah satu daerah di Jawa Barat yang kurang diterokai ramai.
Sebenarnya di daerah Majalengka terdapat banyak destinasi pelancongan yang lebih menarik untuk anda terokai, tenang dengan menjamu mata kehijaun alam semula jadi.
Jom tengok apa yang menarik!
Terasering Panyaweuyan terletak di Sukasari Kidul, Jawa Barat Indonesia. Destinasi ini sangat cantik buat anda yang mahukan keindahan semulajadi sambil menghirup udara segar. Lokasi ini pernah popular dalam kalangan fotografer untuk mengambil gambar.
Bagi anda yang ingin masuk dan berjalan ke dalam Terasering Panyaweuyan ini dikenakan tiket masuk sebanyak 5ribu Rupiah setiap orang.
Air sungai yang jernih dan tenang pasti membuatkan sebahagian kita akan jatuh cinta dengan Situ Cipanten. Destinasi ini memang sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kaki Instagramable pasti tidak akan ketinggalan untuk melawati Situ Cipanten yang terletak di Gunung Kuning di Sindang ini.
Tiket masuk untuk motosikal hanya 5ribu Rupiah manakala 10ribu Rupiah untuk kereta.
Jika anda bawa anak-anak kecil bercuti bersama, Curug Cipeuteuy adalah menjadi destinasi yang sesuai untuk keluarga. Destinasi ini terletak di Dukuh Pasir, Bantaragung dan ada air terjun untuk anda sekeluarga bermandi-manda.
Harga untuk masuk ke taman rekreasi ini adalah sekitar 10 hingga 15 ribu Rupiah.
Bukit Mercury Sayang Kaak memang sesuai buat remaja yang inginkan penginapan berkhemah, menghirup udara segar dan menyaksikan sunset dan sun rise.
Bukit Mercury Sayang Kaak terletak di Cibuluh, Tejamulya dan waktu operasi 24 jam.
Bukit Sanghyang Dora terletak di Desa Leuwikujang dan menjadi destinasi sesuai buat kaki camping. Menginap di atas bukit sambil menikmati pemandangan Jawa Barat memang cantik terutamanya pada waktu malam.
Tiket masuk hanya 5 ribu Rupiah sahaja termasuk sewa khemah.
Nikmati keindahan dan kesegaran udara di Curug Muara Jaya. Air terjun disini terdapat tiga aras yang berada di tengah kawasa lembah. Terdapat pelbagai aktiviti di sini termasuk berkhemah dan bermandi-manda.
Tiket masuk hanya 15 ribu Rupiah manakala kalau anda inginkan pakej berkemah hanya 20 ribu Rupiah setiap orang.
Banyak juga best di Majalengka Indonesia, jadi selepas ini anda boleh cuba tempat best di Indonesia selain Bali dan Lombok!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...