Sejenak bermalam di Villa Renai Resort yang terletak di Pahang, pasti akan rasa bahagia bawa anak-anak bercuti.
Villa Renai Resort Pahang
Dengan cuaca panas, pilihan bercuti pasti mahukan suasana sejuk dan redup seperti hutan yang membuatkan rasa teduh. Lagi-lagi waktu pagi. Tak perlu aircond.
Ada ruang rehat di laman untuk anda relaks dan bersembang, kadang suasana macam ini pun cukup seronok kalau datang berkumpul dengan kekuarga tersayang.
Ads
Sekeliling lebih tenang dengan udara rasa segar dan minda memang jadi tenang dan happy saja kat sini.
Ads
Ada pool dan slide, anak-anak pasti seronok dapat bercuti di sini sebab ada dua pilihan tempat bermain air iaitu pool dan sungai. Nak sarapan sambil dengar bunyi sungai yang tenang, memang akan rasa layan.
Ada 2 jenis Villa dengan 1 bilik atau 2 bilik dengan harga RM300 satu malam. Memang berbaloi sebab harag itu termasuk dengan sarapan.
Jadi, untuk anda yang berada sekitar Pahang, boleh lah booking tempat ini awal-awal sebelum penuh. Yang penting, tempatnya sesuai nak bawa keluarga bercuti dan berdamai dengan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Buaya Miri yang terletak di Sarawak sering menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu kerana mempunyai keunikan pusat penempatan pelbagai buaya tersendiri. Taman seluas 9.6 hektar berkenaan yang mempunyai lebih 2,000 buaya pelbagai spesies turut menjadi tempat pelancong mengenali pelbagai spesies haiwan lain.
Selain menjadi taman buaya pertama dan terbesar di wilayah utara Sarawak, ia juga menempatkan pelbagai spesies hidupan lain seperti ular sawa, spesies burung, landak, anak beruang dan monyet.
Kebanyakan pelancong ke sini adalah dari Brunei, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea selain pelancong tempatan dari Semenanjung. Sejak mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 90an, pada mulanya hanya menempatkan 100 ekor buaya namun, mula bertambah setiap tahun sehingga mencecah lebih 100 ekor buaya.
Antara spesies buaya yang boleh didapati di taman buaya ini adalah dari jenis buaya bujang senang, buaya katak, buaya jejulong, buaya albino dan pelbagai lagi. Taman ini juga sering menjadi lokasi penyelidikan reptilia malahan hidupan liar lain yang kian pupus juga menjadi bahan penyelidikan oleh penggemar hidupan liar. Selain menjadi destinasi pilihan untuk bersantai bersama keluarga orang ramai juga boleh mengenali spesies buaya dengan lebih dekat dan disifatkan penuh misteri. Tidak seperti di taman buaya lain, di sini buayanya boleh dikatakan lebih aktif dan adakalanya begitu mendebarkan aksi spontan yang dilakukan secara tiba-tiba.
Info Menarik!
Sajian Daging Buaya Jadi Tarikan
Taman Buaya Miri bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan tersebut malah sebuah kafe di sini turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjung seisi keluarga. Daging buaya dihidangkan melalui tiga cara iaitu sup herba, sate dan masak kicap dengan harga berpatutan. Kebanyakan pengunjung yang gemar memesan daging buaya adalah dari kaum Cina dan Iban. Khasiat memakan daging buaya dikatakan mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu seperti Astma. Memiliki lesen sah untuk beroperasi, Taman Buaya Miri juga merupakan satu-satunya premis di Sarawak yang mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa untuk memasak daging buaya.
Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah ‘lockdown’ di Jeddah yang menjadi pintu masuk utama ke Mekah, bermula 6 Jun hingga 20 Jun 2020 depan.
Selepas pelonggaran perintah berkurung pada Mei 2020 lalu, tindakan lockdown terbaru itu terpaksa diambil susulan adanya peningkatan bilangan kes jangkitan Covid-19 di Jeddah selepas meneliti keadaan epidemiologi dan kadar tinggi pesakit di bahagian rawatan rapi. Ia juga sebahagian langkah kerajaan Arab Saudi untuk mengekang penularan wabak daripada tersebar semula.
مصدر مسؤول في وزارة الداخلية : تقرر إعادة تشديد الاحترازات الصحية في مدينة جدة لمدة 15 يومًا ، ابتداء من يوم غد السبت . pic.twitter.com/6wPmV8vhnM
Arab Saaudi memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu. Berikutan pelaksanaan semula perintah berkurung itu:
Ketika ini, tiada sekatan di semua bandar dan wilayah lain tetapi ada kemungkinan kementerian memperbaharui peraturannya sekiranya keadaan bertambah buruk. Arab Saudi mengumumkan 96,000 jangkitan COVID-19 dengan 642 kematian, tertinggi dalam kalangan negara Teluk. Keadaan itu juga menyebabkan ibadah umrah dilarang dilaksanakan dalam tempoh setahun.
Perkongsian info percutian ke Oxford ini dikongsiakan oleh saudara Mohamad Idham Md Razak (Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin)
Peluang bercuti ke luar negara bersama sahabat baik merupakan impian setiap kaki kembara. Rezeki penulis mendapat peluang untuk membentangkan kertas penyelidikan bersama sahabat baik Dr. Hj. Abdul Rahim Ridzuan di Oxford, United Kingdom merupakan peluang keemasan yang sukar dilepaskan. Kenalan baik kami, Profesor Madya Dr. Mohammed Hariri Bakri yang menetap di St. Clement banyak membantu di sepanjang tempoh kami berada di sana. Beliau merupakan Fellow di Oxford Centre for Islamic Studies, University of Oxford. Kami juga berpeluang melihat fasiliti tempat beliau bertugas, peluang yang jarang-jarang diperolehi.
Berikut penulis kongsikan 10 info menarik buat kaki travel di Oxford:
1. Fakta Sejarah. Oxford ialah bandar raya dan bandar di Oxfordshire, England Tenggara. Mengambil masa sekitar 2 jam dari Lapangan Terbang Heathrow dengan menaiki bas. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk sekitar 165,000 orang, dengan 151,000 orang tinggal di dalam sempadan daerah di mana Sungai Cherwell dan Sungai Thames mengalir merentasi Oxford dan bertemu di sebelah selatan pusat bandar raya. Bangunan di sekitar Oxford memiliki ciri seni bina British sejak ketibaan orang Saxon, termasuk bangunan Radcliffe Camera di pertengahan abad ke-18 yang ikonik.
2. University of Oxford. Terdapat 39 kolej di University of Oxford. Seperti kata teman penulis, Oxford adalah bandar dalam Universiti. Sepanjang berada di Oxford, kami berkesempatan untuk melakukan kembara ringkas di beberapa buah kolej yang popular di University of Oxford seperti All Souls, Magdalen, St. Cross, St. Edmun Hall. Sebagai peringatan untuk bakal pengunjung, kebanyakan masa lawatan yang dibuka kepada umum adalah pada jam 2.00 petang. Penulis juga berkesempatan melawat ke Said Business School, University of Oxford. Penulis berasa teruja kerana ini merupakan lawatan kali kedua penulis di sini.
3. Tarikan pelancong. Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di sekitar Oxford. Di antara tempat – tempat menarik dan unik yang dicadangkan oleh penulis seperti University Church of St. Mary the Virgin, Christ Church Cathedral, Blackwell’s Bookshop, Bodleian Library dan Oxford Botanic Garden. Keindahan senibina dan lanskap pasti membuatkan gambar yang bakal dimuat naik di laman sosial kelihatan mengagumkan.
4. Makanan Halal. Buat bakal pengunjung, usah risau makan halal mudah didapati di sekitar Oxford kerana terdapat banyak restoran Timur Tengah di sini. Sekiranya anda berhajat untuk menikmati makanan segera, Restoran KFC dan Nandos di Cowley Road adalah Halal untuk dinikmati. Bagi penulis, bluberry muffin dan buah-buahan segar yang terdapat di stor Marks and Spencer cukup kena dengan selera penulis sebagai pengalas perut sebelum memulakan ekspedisi.
5. Syurga membeli belah. Selain keindahan senibina dan lanskap, di sepanjang jalan raya di sekitar Oxford terdapat banyak kedai cenderamata murah dan unik seperti The University of Oxford Shop dan Flaggs. Jangan lupa ke kedai Primark berdekatan dengan Pasaraya Westgate. Terdapat pelbagai koleksi seperti haruman, alat solek dan pakaian yang murah keluaran tempatan yang wajib dibeli untuk kegunaan sendiri atau diberi pada kenalan sebagai ole-ole.
6. Kemudahan pengangkutan. Kemudahan pengangkutan di bandar Oxford amat efisien dan selesa. Terdapat banyak perkhidmatan teksi yang disediakan dengan harga berpatutan. Sepanjang berada di Oxford, penulis lebih banyak berjalan kaki. Untuk ke kotaraya London, anda boleh menaiki bas Oxford Tube atau X90. Apa yang menarik ialah bas tersebut mempunyai kemudahan akses wifi percuma dan tempat mengecas gajet.
7. Penginapan. Terdapat banyak tempat penginapan menarik bergantung kepada bajet percutian dan citarasa. Beberapa tempat penginapan yang dicadangkan oleh penulis seperti, Old Bank Hotel, Vanbrugh House Hotel, Remont Oxford Hotel dan Premier Inn Oxford Hotel.
8. Cuaca dan Musim. Seperti kebanyakan bandar di sekitar United Kingdom, cuaca kadangkala tidak menentu. Justeru, adalah dinasihatkan untuk melihat ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan. Penulis mencadangkan untuk melawat bandar Oxford pada musim bunga sekitar Mac hingga Mei atau pada musim luruh sekitar September dan November.
9. Masyarakat sekitar. Masyarakat di sekitar Oxford sama seperti di kebanyakan bandar di sekitar United Kingdom, amat ramah dan murah dengan senyuman. Justeru, jangan berat mulut untuk bertanya sekiranya ingin meminta bantuan atau sebagai penunjuk arah.
10. Kemudahan solat. Untuk pengembara Muslim, jangan gusar banyak kemudahan solat yang terdapat di sini. Penulis dan rakan berkesempatan menunaikan solat Jumaat di OUISoc yang terletak di Bangunan Robert Hooke. Komuniti Muslim yang pelbagai di sini amat mesra terutama dengan pelancong luar.
Peluang explorasi di Oxford pastinya menjadikan kenangan yang terindah buat penulis dan rakan. Banyak lagi program kembara yang kami rencanakan di masa akan datang. Pesan penulis, dalam mencari sahabat sejati carilah yang boleh mengembara bersama, sibuk mencari ilmu dunia dan akhirat, sanggup berkongsi susah payah bersama, serta sentiasa mengingatkan kita kepada Allah swt. Edisi kembara kali ini adalah salah satu medium menghayati kebesaran dan keindahan ciptaan Allah swt serta meraikan persahabatan kami yang telah terjalin hampir 10 tahun lamanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...