Setiap kali hujung minggu jika ada masa terluang, ramai yang memilih untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga atau teman-teman di beberapa resort penginapan berhampiran yang selesa. Rata-rata akan mula scroll aplikasi penginapan yang menawarkan harga yang menarik dan lokasi yang menyeronokkan. Salah satu elemen penting dan bonus untuk anda jika terjumpa destinasi penginapan yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh. Hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Ini pilihan penginapan menarik yang ada disekitar Janda Baik yang mempunyai kemudahan kolam renang. Memang best bawa anak-anak!
Villa Embun
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Elemen kayu, ruang dan privasi menjadi keutamaan dengan setiap vila mempunyai ruang legar luas, siling tinggi serta dipisahkan dengan tembok tinggi. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rumah kelab, ruang mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran, barbeku serta pakej-pakej istimewa seperti majlis perkahwinan, percutian berbulan madu dan percutian keluarga.
Ads
Untuk ke vila, pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
D’Villa Janda Baik
D’Villa Janda Baik salah satu penginapan hujung minggu pilihan ramai. Berjalan di sekitar D’Villa, pengunjung pasti akan terpesona dengan susunan landskap yang mengenengahkan elemen tumbuhan. Dikelilingi alam hijau, setiap bilik di sini mempunyai konsep tertentu iaitu Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room. Paling menarik pastinya tumpuan akan diberikan kepada kolam renang yang disediakan khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Aman Rimba Private Estate
Aman Rimba Private Estate mampu memberikan kedamaian kepada tetamunya yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota. Berkonsep reka bentuk kampung Melayu tradisional, vila ini terletak di tepi Sungai Benus yang mengalirkan air jernih.
Ads
Setiap villa di Aman Rimba Private Estate menjanjikan ‘feel’ yang berbeza dari sudut rekaan iaitu bercirikan rumah tradisional Melayu sehinggalah moden kotemporari. Sementara lanskap pula bercirikan tropikal dan ala Bali. Kemudahan kolam renang yang disediakan memberikan anda peluang bersantai sambil menghayati alam sekitar.
Saufiville Boutique Resort
Saufiville Boutique Resort terletak di disebuah kawasan bukit tinggi di Janda baik. Pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke kawasan ini. Paling menarik resort ini menawarkan kemudahan kolam renang infiniti dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Walaupun berada pada suhu sekitar yang agak sejuk, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kolam renang ini anda akan dapat rasakan suhu di dalam kolam renang ini sangat suam dan begitu selesa. Terdapat beberapa buah bilik yang ditawarkan mengikut bajet anda. Resort ini juga menerima tempahan daripada tetamu luar yang datang semata-mata untuk menjamu selera sahaja tanpa perlu menginap.
Ads
Danau Daun Chalet
Danau Daun Chalets dibina di atas sebidang tanah yang penuh dengan rawa, pokok dan biodiversiti tropika.
Di resort ini terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Teratak Air (lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit), Hillside Cottage, Danau Daun I & II (terletak di tepi kolam ikan) dan Danau Daun III (memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe).
Serene Retreat
Serene Retreat berkonsepkan Bali terletak di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee. Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa. Beberapa aktiviti seperti kolam renang, basikal dan barbeku juga disediakan di lokasi ini.
Naaah! Ada dapat idea tak nak berlibur hujung minggu di mana minggu ni? Pilihan penginapan di sini memang menarik bukan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali datang ke Perlis, anda boleh menginap di Amadaz Homestudio Perlis. Tempat menginap ini memang khas untuk orang muslim sahaja ya.
Nampak lokasinya sekitar sawah padi yang terbentang hijau, memang tenang kalau dapat berehat di sini.
Tenang di Amadaz Homestudio Perlis
Dalam kawasan kini hanya ada 2 unit studio saja. Untuk harga:
1 unit muat Maximum packs 6 (RM150/days) dengan kolam berkongsi
2 Unit muat Maximum packs 16 (total harga untuk 2 unit RM280/days) dengan kolam privasi
Soal kemudahan lain, ada ruang parkir kereta yang luas. Jadi jangan risau bab nak letak kereta.
Ruang bilik 1 ada 1 katil queen, 1 katil super single dan toto serta disediakan aircond. Owh ya, boleh masak sebab memang ada dapur dan meja makan di sini. Sesuai kalau datang ramai-ramai anda nak memasak bersama.
Kolam mandi pula luas dalam 14 x 14 Kaki dengan kedalaman air 2.5 kaki.
Aktiviti Boleh Buat
Bila datang menginap di sini, anda boleh layan beberapa aktiviti lain juga seperti:
Berkayak, ini boleh buat tempahan pada owner ni untuk booking slot. Menaiki ATV RM1/minit, menaiki cruise boat di api-api ikan bakar dalam RM12/orang.
Jalan-jalan persiaran makanan bintong. Boleh juga ke Gua Kelam, Taman Ular, melawat ke Padang Besar dan terus ke Gunung Wang Kelian.
Jom, layan suasana sekitar tempat menginap ini. Tenang sungguh tengok!
Ya, banyak sangat aktiviti anda boleh join. Sangat berbaloi lah kalau nak datang bercuti si Perlis!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor 👍Baca sini http://www.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Posted by Majalah Libur on Tuesday, October 17, 2017
Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar. Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Kawasan ini diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini terbuka untuk orang awam datang berkunjung dan tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bertahun-tahun ramai yang menanti pembukaan semula taman tema di Genting Highland yang bakal menyaksikan ia diberi nama baru. Namun, perkara itu mungkin ditangguhkan seketika atas faktor dalaman. Walau bagaimanapun penantian anda itu tidak akan terhenti begitu sahaja kerana anda masih boleh bersuka ria dan berlibur di kawasan pusat peranginan itu.
Taman tema luar Skytropolis Funland bertempat di Resorts World Genting kembali dibuka setelah ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran beberapa tahun yang lalu. Ia kini tampil dengan tarikan yang lebih hebat dan meriah dilimpahi sinaran lampu neon berwarna-warni. Dekorasinya turut diceriakan dengan paparan skrin LED mega pada dinding dan siling sepanjang kira-kira 50 meter yang memaparkan pelbagai tema animasi.
Skytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.
Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.
Info
Masa dibuka: Setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Tiket: –
RM10 per game pada hari Isnin hingga Jumaat.
RM15 per game pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan.
RM60 pas previu tanpa had permainan
Sumber Foto: gentinghighland.info / PM kami untuk kredit nama sumber asal gambar kepunyaan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!