Rakyat Malaysia Lebih Suka Guna Google Maps Daripada Waze

Share

Sebuah laman Facebook portal gajet, wiser.my mendedahkan rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Google Maps berbanding Waze untuk membantu mereka mencari petunjuk arah.

Dalam tinjauan yang dilakukan dan dikongsikan astroawani pada penghujung tahun lalu, 65 peratus memilih Google Maps berbanding hanya 35 peratus yang memilih Waze.
**media[146582]**

  • Menerusi ruangan komen, netizen memaklumkan mereka lebih suka menggunakan Google Maps kerana dianggap lebih 'boleh diharap' dan tidak memberatkan sistem telefon.
  • Namun ramai juga yang menyifatkan Waze lebih baik kerana dilengkapi real time reporting tool yang membolehkan pengguna mengetahui situasi di jalan raya dengan lebih tepat, termasuk sekatan jalan raya dan kemalangan.

**media[146580]**
Dalam pada masa itu, Google dilaporkan akan menambah beberapa ciri seperti yang ada pada Waze kepada Google Maps untuk Android dan iPhone, selain sokongan Street View (Android) dan maklumat cuaca (iPhone), lapor portal antarabangsa bgr.com. Turut akan ditambah ialah ciri mengesan penutupan lorong, objek yang menghalang laluan dan petunjuk kawasan pembinaan.
**media[146584]**
Apa pilihan aplikasi petunjuk arah anda?

IKLAN