Zoo Negara kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan tabung kecemasan hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi.
Penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan. Kos bulanan itu meliputi pembayaran gaji kakitangan berjumlah RM400,000, keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air sebanyak RM40,000
Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli menjelaskan Zoo Negara yang diuruskan oleh Malaysian Zoological Society, pada awalnya sudah mula menunjukkan momentum pendapatan yang agak memuaskan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu dengan merekodkan pendapatan sebanyak RM450,000, Julai (RM1 juta), Ogos (RM1.3 juta) dan September sebanyak RM850,000. Namun pada Oktober lepas kita hanya memperoleh RM150,000.
Ads
Pada fasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan daripada pebagai lapisan rakyat termasuk melalui kempen Adopt an Animal telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar itu.
Ads
Berhubung kenyataan sesetengah pihak yang mempersoalkan tentang dana RM1.3 juta yang disalurkan oleh kerajaan pada April lepas, Dr Mat Naim Ramli berkata dana tersebut hanya mampu menampung kos operasi selama sebulan. Sebahagian dana berkenaan iaitu sebanyak RM689,000 telah digunakan bagi membayar premium insurans tahunan panda di zoo berkenaan, dan selebihnya digunakan untuk skop operasi kebajikan haiwan seperti makanan, perubatan dan pencegahan penyakit.
Ketika gelombang pertama COVID-19 yang lepas, kerajaan telah membantu Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi mereka berikutan ketiadaan pengunjung akibat pelaksanaan PKP. Cuma sejak PKPB bermula 14 Oktober 2020 lepas belum ada lagi bantuan yang diterima. Mungkin kerajaan dalam perancangan berdasarkan kaedah bersesuaian akan terus membantu pengurusan zoo di Malaysia yang amat terkesan dengan penutupan operasi secara berterusan ini memandangkan kos yang perlu ditanggung adalah tinggi.
Ads
Zoo Negaara amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu Zoo Negara dan mereka yang berhasrat berbuat demikian boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut.
image via google & FB Zoo Negara |Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak Menunaikan ibadah Umrah kini lebih mudah dengan Nusuk dan juga pakej Umrah+ yang membolehkan pelawat dari malaysia menjelajah ke lebih banyak destinasi di tanah Arab yang asli dan bersejarah.
Bukan sahaja nak tunaikan umrah lebih mudah dengan pelantar rasmi digital bersepadu, Nusuk yang juga ada dalam versi Bahasa Melayu, malah orang Malaysia juga boleh singgah ke destinasi pelancongan menarik di Arab Saudi yang kaya dengan budaya dan sejarah.
Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi atau lebih dikenali dengan Saudi Tourism Authority (STA) pada 6 Mac telah berjaya mengadakan jerayawara bersama 21 rakan kongsi termasuk syarikat pengurusan destinasi dan pemilik hotel dari Saudi Arabia, berserta syarikat Umrah dan persatuan pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur untuk mengumumkan pelancaran Nusuk (nusuk.sa). Nusuk.sa ialah pelantar digital bersepadu Umrah yang baharu, yang mengalu-alukan jemaah Umrah dari seluruh dunia untuk merasai pengalaman Umrah secara menyeluruh.
Nusuk, satu inisiatif yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi dengan kerjasama Program Pengalaman Jemaah Umrah Wawasan 2030 telah diumumkan dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah. Nusuk akan meluaskan lagi pilihan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman umat Islam yang melawat Saudi dan meringkaskan prosedur ketibaan bagi pengunjung yang datang untuk mengerjakan Umrah.
Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, berkata, “Kini kami membuka semula pintu untuk menyambut ketibaan kumpulan jemaah Umrah yang paling besar dari seluruh dunia ke Saudi selepas pandemik, dan kami tidak sabar untuk memberikan pengalaman penempahan yang lancar dan menyeluruh, dengan pilihan perjalanan yang diperluaskan akan membawa mereka menempuh kembara keimanan melalui beberapa tarikan dan tawaran yang bercirikan Islam di antara Mekah dan Madinah, seterusnya merasai saat yang menakjubkan dan mengenali Saudi yang kaya dengan budaya dan warisan.”
Fahd Hamidaddin, Ketua Pegawai Eksekutif serta Ahli Lembaga Pengarah Pihak berkuasa Pelancongan Saudi serta Pengarah Urusan Nusuk, menyatakan, “Kami komited untuk menjadikan Saudi sebuah negara yang mudah dikunjungi oleh semua pelawat. Untuk jemaah Umrah kami telah melancarkan pelantar digital Nusuk yang direka bentuk untuk jemaah Umrah dan pelawat merancang perjalanan ibadah mereka dengan lancar. Jemaah Umrah dari Malaysia boleh memohon e-visa pada pelantar Nusuk dan boleh menempah pakej khas ke Mekah, Madinah dan tempat-tempat lain. Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menggalakkan jemaah Umrah menjelajah negara kami yang indah dan merasai pengalaman yang pelbagai dengan program Umrah+. Saudi mengalu-alukan seluruh dunia untuk melawat destinasi baharu yang paling berkembang pesat dan sempadan pelancongan percutian yang belum diterokai. Ia memberi peluang perniagaan baharu yang tiada bandingan untuk rakan kongsi yang mahu menawarkan pengalaman yang memikat hati, jiwa dan impian para pelancong ke Saudi.”
Alhasan Aldabbagh, Presiden Nusuk-APAC, berkata, “Kami sentiasa melakukan inovasi yang berterusan dan pelancaran pelantar Nusuk dalam Bahasa Melayu membuktikan ketangkasan kami dalam memenuhi keperluan pasaran. Kami berharap untuk menyambut lebih ramai pengunjung dari Malaysia berbanding sebelum ini. Nusuk akan memudahkan dan melancarkan perancangan dan penempahan perjalanan jemaah Umrah, seterusnya menggalakkan para jemaah Umrah untuk mengenali Saudi selain daripada sebagai tempat ibadah.
Malaysia yang merupakan pasaran strategik utama bagi Saudi kini mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan kongsi dan komited untuk melabur dan bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk memastikan pengalaman yang bersesuaian dan menarik bagi pasaran Malaysia. Tahun lalu, Saudi telah menerima 312,000 orang pengunjung dari Malaysia dan tahun ini mereka menjangka bilangan ini akan meningkat dua kali ganda.
Bagi memastikan matlamat ini tercapai, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi mengumumkan dua inisiatif utama semasa jerayawara Malaysia: pakej Umrah+ yang dipertingkatkan dan Visa Persinggahan.
Pakej Umrah+ yang dipertingkatkan disediakan bagi membolehkan pengembara mengetahui bahawa Saudi kini telah menjadi destinasi pelancongan menarik yang kaya dengan budaya dan sejarah, alam semula jadi yang indah dan landskap yang pelbagai. Terdapat 6 tapak Warisan Dunia UNESCO dan lebih daripada 10,000 tapak arkeologi yang menunggu untuk diterokai di Saudi, termasuk Al Balad di Jeddah, Turaif di Diriyah – tempat kelahiran Saudi serta pergunungan Aseer dan pekan kecil yang menjanjikan pengalaman warisan dan kebudayaan – yang akan memberi peluang kepada pelawat untuk merasai pengalaman tanah Arab yang sebenar.
Visa Persinggahan yang diumumkan baru-baru ini terbuka untuk semua pelawat yang berkunjung untuk melancong, urusan perniagaan dan ibadah yang menaiki pesawat SAUDIA dan Flynas. Pelawat boleh singgah di Saudi sehingga 96 jam dan menikmati satu malam penginapan hotel bersama Saudia yang diberikan secara percuma. Ini menjadikan Saudi sebagai persinggahan yang tepat untuk rakyat Malaysia yang dalam perjalanan ke Eropah, UK dan AS.
Saudi telah melabur dalam beberapa projek mega seperti Qiddiya, Neom dan Murabba baharu di Riyadh yang diumumkan baru-baru ini, dipanggil ‘Mukaab’ yang bakal menjadi pusat bandar moden terbesar di dunia.
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran pelancongan Saudi pada lama web Visit Saudi atau layari Nusuk di nusuk.sa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang sedang bercuti diragut apabila seorang ahli keluarga mereka maut di kawasan taman tema air yang menghiburkan. Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terbunuh selepas pelampung gelosongsor air yang dinaiki pecah dan runtuh secara tiba-tiba.
Kejadian ini berlaku di sebuah resort percutian terkenal di Huangshan, Wilayah Anhui China.
Sebahagian daripada bahagian atas struktur pelampung tersebut runtuh sekitar jam 4 petang hujung minggu lalu disebabkan terlampau ramai pengunjung yang berada di kawasan tersebut.
Pihak berkuasa memberitahu, mangsa dibawa ke Hospital Huangshan untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia. Difahamkan, empat pelancong lain turut cedera dalam insiden berkenaan.
Seorang jurucakap memberitahu akhbar tempatan, kanak-kanak tersebut yang dikenali dengan nama keluarga Cai sedang bermain di kawasan pengunjung yang sesak itu bersama ibunya. Ketika pelampung tersebut runtuh dia terperangkap dan mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas selain tercedera akibat dihempap orang yang terlalu ramai.
Wakil syarikat resort percutian dan keluarga kanak-kanak itu kini sedang berunding untuk menuntut jumlah pampasan yang setimpal
Menerusi video pendek yang diambil ketika insiden berlaku, ibu mangsa dilihat menjerit meminta bantuan sambil memangku anaknya. “Tolong hubungi ambulans. Tolong hubungi ambulans,” raungnya.
Bila lama travel di negara-negara Eropah, ada ketikanya kita rindukan nasi lemak, roti canai mahu pun teh tarik. Semua menu ini antara tarikan sarapan di Malaysia dan ia disukai oleh semua orang tak kira bangsa.
Bila tekak dah rindukan masakan Melayu terutama yang travel ke Kota London, bolehlah mencuba 8 café yang dikongsikan oleh Abang Bidin di FBnya (dalam page Backpackers Buddies Malaysia) untuk menikmati masakan Melayu yang semuanya sedap.
Ini senarai 8 cafe halal di Kota London boleh cuba kalau travel ke sini.
Antara restoran-restoran masakan Melayu halal di London bagi mereka yang mencari roti canai, masak lemak, asam pedas, sambal, satay, nasi ayam, nasi lemak & sebagainya. Of-course not all in one place lah!
Makan Cafe paling ramai 𝗹𝗼𝗰𝗮𝗹 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝗿𝘀 daripada pelanggan Melayu. Kekok pula bila masuk dalam kedai. Varieties masakan pun bermacam-macam.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...