Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa kelima bermula 10 Mei 2020.
Sektor tersebut termasuk pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya meliputi pelancongan domestik (dalam negeri sahaja) dan semua operasi perhotelan dibenarkan kecuali penggunaan fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan bufet.
Foto: google image
Ads
Aktiviti seni budaya juga dibenarkan meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisional, makanan tradisional, muzik dan tari (tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya.
Selain itu, aktiviti meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari, penuaian sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar juga dibenarkan.
Aktiviti lain ialah sektor sukan dan rekreasi termasuk rangkaiannya seperti latihan sukan secara individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi, aktiviti sukan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa dan rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi seperti boling padang, lapang sasar golf dan lapang sasar menembak.
Sektor lain ialah perkhidmatan ikhtisas dan profesional, pengangkutan udara, kedai menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal serta kebenaran merentas daerah.
Ads
Semua sektor yang dibenarkan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa.
Malaysia sememangnya sangat unik. Bukan saja masyarakatnya berbilang kaum tapi banyak makanan enak ada di seluruh negara. Itu belum lagi adat budayanya, flora dan fauna yang memikat hati serta lain-lain khazanah alam yang masih kekal dipelihara hingga kini. Betapa beruntungnya kita di Malaysia nan indah ini.
Jika ramai memilih kembara menggunakan kereta sendiri, menaiki kapal terbang dan lain-lain pengangkutan tapi dari satu perkongsian oleh Mohd Radzi Jamaludin di fbnya mungkin membuka minda kita memilih menggunakan perkhidmatan keretapi untuk melancong. Bukan keretapi laju yang hanya berhenti di beberapa buah stesen tapi menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur yang akan berhenti di semua stesen. Perjalanan ini hanya dari stesen Kuala Lipis ke Tumpat, Kelantan.
Berikut adalah perkongsian darinya.
Saya pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Perjalanan dipecahkan kepada 5 hari sebab hendak mereka bermalam di beberapa lokasi, nak bagi mereka rasa makanan dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi terlewat, walaupun tidak mewah, tapi mereka suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, "you know Radzi, this trip is an absolute gem, thank you for showing us your country this way."
Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia.
Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang kita tahu hanyalah Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen, sedangkan Keretapi Shuttle ini berhenti di semua pondok dan stesyen. Keretapi ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak macam kawan yang dah lama tak berjumpa.
Saya berharap, sesiapa yang bertanggungjawab di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong di luar negara, inilah masanya untuk turut mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Semoga dengan perkongsian gambar gambar ini ia dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kuala Lipis dan Tumpat. Saya nasihatkan jangan ambil satu trip. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin.Sumber : Fb Mohd Radzi Jamaludin
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berada di kawasan lapangan terbang atau di dalam perut kapal terbang pelbagai ragam yang boleh kita lihat.
Ada beberapa penumpang awam pesawat yang berasa jelik dengan perangai sesetengah daripada mereka ini berkongsi foto-foto penumpang dan situasi pelik yang berlaku ketika di lapangan terbang atau dalam kapal terbang. Ini sebahagian sahaja, rasanya ada yang lagi teruk daripada ini pun mesti ada.
Ada juga kes jelik di mana penumpang obesiti memaksa pramugari untuk membasuh punggungnya selepas membuang air besar di tandas sebuah pesawat. Tidak cukup dengan itu, dia kemudian menyuruh pembantu penerbangan mencuci punggungnya sambil menunjukkan reaksi seronok.
Seorang atendan syarikat penerbangan Taiwan, EVA Air, yang hanya menggaji kru kabin wanita berkata, itu telah membuatkan petugas trauma. Lelaki berkenaan, yang berkerusi roda dan duduk di kelas ekonomi memberitahu atendan penerbangan bahawa dia memerlukan bantuan untuk menggunakan tandas kira-kira dua jam setengah selepas pesawat berlepas dari Los Angeles ke Taiwan yang mengambil masa 14 jam.
Menurut laporan CNN, dia membuat permintaan menggunakan tandas di kelas perniagaan. Lelaki itu juga bertegas untuk membuka pintu semasa ‘membuang’ kerana jika tidak ‘dia tidak boleh bernafas’. Wanita itu bagaimanapun berjaya menutup pintu, tetapi lelaki tersebut yang beratnya dianggarkan melebihi 200kg kemudian enggan meninggalkan tandas kecuali mereka mencuci punggungnya.
Para atendan penerbangan enggan pada mulanya tetapi kemudian memutuskan untuk menjalankan tugas yang menjijikkan itu kerana dia mengugut untuk berterusan duduk dalam tandas yang mana mengikut peraturan, petugas perlu memastikan tiada penumpang berada di tandas semasa pelepasan dan pendaratan.
Kesatuan mendakwa ia terang-terangan menggambarkan satu bentuk gangguan seksual dan meminta EVA menyaman penumpang tersebut, yang pernah berak dalam sebuah penerbangan sebelum ini iaitu pada Mei 2018, menyebabkan bau busuk selama lebih 10 jam. Kesatuan itu menggesa syarikat penerbangan untuk menetapkan prosedur operasi standard, termasuk memastikan penumpang yang kurang upaya ditemani penjaga.
Anda pernah berada dalam situasi sebegini tak?
Sentiasa ingin menjadi penumpang pertama menerima beg bagasi
Habis makan buang sahaja sisa makanan di lantai
Pasukan pembersih kapal terbang terjumpa seluar dalam lelaki. Mungkin tuan badan tercicir
Kreatifnya! Anak siapa la tampal pelekat bergambar ni
Untunglah kaki muat
Malas nak pergi tandas tadi, buang air dalam bekas ini sahaja la
Cantik topi dan sepatu! Tetapi ini bukan rak di rumah anda tau
Kita boleh agak bagaimana tahap kebersihan rumah penumpang ini
Mahu tunjuk bakat bermain seruling kepada siapa tu?
Macam kenal batu ni tapi di mana ya?
Wah! Selesanya
Hmm..salah pilih topi ke bang?
Fuh, seram! Jerangkung mana ni?
Ya saya mengaku rambut awak cantik, tapi…….
Jangan sorok sangat la pak cik! Saya nampak di tingkap apa pak cik tonton
Tahu dah ni penumpang dari negara mana suka buat perangai macam ni
Poket doraemon ke tu?
Pizza ni panas sangat, nak sejukkan sikit
Hebat!
Kreatif tak bertempat
Mungkin kapal terbang ini milik keluarga si penumpang
Dapat perangai jenis yang ini memang boleh demam
Disebabkan terlampau sejuk, penumpang ini cuba untuk memanaskan wajahnya sendiri
Berita baik bagi warga Perak dan Kota Bharu, Kelantan untuk bercuti ke Langkawi.
Ini kerana syarikat penerbangan Air Asia bakal memulakan penerbangan dua hala Ipoh- Pulau Langkawi, Langkawi -Ipoh sebanyak tiga kali seminggu susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, penerbangan pertama itu bermula pada 17 September 2021. Dua lagi penerbangan dijadualkan pada 19 dan 22 September 2021.
“Sejauh ini tidak ada sekatan penerbangan domestik, namun kapasiti maksimum yang dibenarkan adalah 180 penumpang bagi setiap penerbangan. Penumpang akan menaiki pesawat Airbus A320 dari Ipoh ke Langkawi pada 17 September 2021 jam 1.40 petang dan sampai ke Langkawi International Airport pada 2.30 petang.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Air Asia untuk tempahan tiket. Namun begitu kami tidak dapat memaklumkan waktu penerbangan selepas 22 September 2021 kerana ia mungkin dijadualkan semula mengikut keperluan semasa,” katanya.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan itu melaporkan sebanyak 200,000 tiket habis terjual di mana pada hari pertama jualan tiket dibuka, sebanyak 30,000 tempahan diterima dari orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam satu kenyataan media memaklumkan sebanyak 200,000 tiket ditempah orang ramai secaar keseluruhannya. Dan katanya lagi, gelembung pelancongan ini juga menunjukkan orang ramai ingin kembali melakukan perjalanan dan memilih penerbangan sebagai keadah pengangkutan. (sumber: Peraktastic).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...