Kita sering menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam di pantai. Suasananya ketika itu sangat indah ditambah bunyi desiran ombak. Terasa romantik ditambah kalau pergi berbulan madu. Jika menyaksikan matahari naik dan terbenam itu biasa bagi seseorang, apa kata cuba menikmati keindahan ini di puncak pokok pula. Terasa lebih rare kan.
Dan semua pemandangan indah ini korang boleh lihat kalau bercuti ke Rainforest Tree House yang terletak di Kulai, Johor. Jadi bagi yang tengah merancang ke Johor dan mencari tempat penginapan yang berkonsepkan hutan, inilah lokasi boleh singgah.
Untuk info, Rainforest Tree House merupakan tempat penginapan yang berkonsepkan hutan tetapi ia memberikan value yang sangat menarik. Ianya seolah-olah membuatkan anda berada dalam ‘survival mood travel’. Apa yang lagi menarik, sesetengah biliknya berada di atas pokok. Kalau ada mood gayat, abaikan tapi rugilah kerana viewnya memang berbeza.
Ads
Mesti sejuk kan bila nak tidur pada waktu malam. Apabila tibanya pagi, anda boleh menyaksikan terbitnya matahari dan demikian juga pada waktu senja. Part nyamuk memang banyak tapi jangan risau kerana setiap katil disediakan sekali dengan kelambu, di mana anda dapat tidur tanpa sebarang gangguan nyamuk.
Ads
Penginapan disini pasti akan memebuatkan anda berasa lain kerana konsepnya yang sangat unik dan menenangkan. Jom ajak rakan-rakan ke sini nanti! Ia bukan saja menawarkan percutian menarik tapi banyak aktiviti boleh cuba termasuk yang suka hiking kerana ia turut ditawarkan. Perjalanan dari Johor Bahru pun tak lama, lebih kurang 40 km saja.
Sesekali kalau dapat terbang di udara umpama Iron Man pasti seronok. Tiada istilah gayat tapi bagi yang sukakan sukan air lasak bolehlah mencuba aktiviti Flyboard. Tak jauh pun, aktiviti menarik ini ada di Marina Putrajaya sahaja.
Bagi yang mahu mencubanya buat pertama kali, berat badan untuk bermain flyboard adalah mesti mencapai 40 kg dan ke atas. Ia sesuai bagi kanak-kanak, remaja dan individu yang sukakan aktiviti sukan lasak air ini.
Menurut Mr Danial Barker, harga untuk mencuba permainan air ini adalah RM300 seorang (harga promosi kala ini) dan kalau datang berdua kosnya cuma RM450 dan ia mengambil masa setengah jam untuk menikmati keseronokan ini.
“Sukan ini sangat popular di kalangan pelancong luar dan ia agak kurang dicuba oleh warga tempatan tapi kini kita menyasarkan pelancong tempatan untuk merasai keseronokan ini,” katanya memaklumkan kanak-kanak seusia 9 tahun pun ada melakukannya.
Jelasnya lagi, sebelum mencuba aktiviti lasak ini, penerangan akan diberi terlebih dahulu cara untuk “terbang” dan jika sudah yakin barulah pengunjung boleh mencubanya.
“Ketinggian flyboard ini boleh pergi agak tinggi, lebih dari lima meter tapi bagi yang pertama kali cuba, kita galakkan antara 1.5 meter ke tiga meter dahulu untuk mereka menyesuaikan diri dengan alat ini,” katanya sambil menambah, sebaik mampu naik ke udara, pemain akan menarik jet ski mengikut arah mereka terbang.
“Masa yang sama, kita akan memberikan arahan dari atas jet ski,” katanya memaklumkan aktiviti ini hanya dilakukan pada hujung minggu dan orang ramai perlu membuat tempahan lebih awal pada mereka.
Jadi, yang rasa nak jadi iron man, bolehlah mencuba peralatan flyboard yang di import khas dari Perancis ini. Syok habis.
Flyboard Malaysia Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jambatan Guillemard juga dikenali sebagai Jambatan Sungai Kusial, jambatan ini dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV pada 1925. Jambatan ini diberi nama sempena Gabenor British, Sir Laurence Guillemard. The Metro Carriage Wagon & Finance Co. Ltd, Wednesbury Works, England bertanggungjawab membinanya bermula pada 1920, dan menyiapkan sepenuhnya pada 1924.
Video atas keretapi merentasi Sungai Kelantan melalui Jambatan Guillemard
Jambatan sepanjang 609.6m ini, adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia dan merupakan yang kedua tertua selepas Jambatan Victoria di Perak. Jambatan Guillemard hasil kehebatan seni bina British yang menggunakan besi padu disalut warna hitam dan dibina kerangka tulang yang hebat. Tapak jambatan dibina dari bata merah dan disalut konkrit dan setiap satu dianggarkan setinggi 10-15 meter. Merentasi Sungai Kelantan, jambatan hitam ini menghubungkan Kusial di Tanah Merah dan Paloh Rawa di daerah Machang.
Setelah beroperasi selama 16 tahun, jambatan ini dimusnahkan tentera British pada 1941; semasa Perang Dunia ke-2 meletus di Malaya. Tentera British yang berundur ke selatan Kuala Krai, meletupkan bentangan terakhir landasan ini bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Ia kekal lumpuh selama tujuh tahun, hinggalah dibina dan dibuka semula pada 7 September 1948.
Jambatan ini diguna oleh semua jenis kenderaan, basikal, kereta, lori kecil sehinggalah ia ditutup kepada kenderaan lain pada Februari 1988. Jambatan Tanah Merah yang dibina beberapa kilometer dari Jambatan Guillemard digunakan untuk kegunaan kenderaan lain.
Sejak itu, Jambatan Guillemard hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu namun pengguna motorsikal dan pejalan kaki boleh akses jambatan melalui jalan tepi.
Tahun 1988 juga merupakan tahun bermula kesuraman antara Kampung Kusial Bharu dan Paloh Rawa. Penduduk mula berhijrah ke tempat lain selepas aktiviti ekonomi menjadi lembab. Sebelum itu, Jambatan Guillemard membantu penduduk kampung meraih pendapatan tambahan yang berniaga pelbagai hasil kampung kepada mereka yang mahu menyeberang ke seberang. dan juga di pasar berdekatan.
Hari ini, jambatan ini hanya diguna oleh Keretapi Tanah Melayu, dan menjadi sebahagian laluan keretapi hutan dari utara Tumpat ke Gemas di selatan Negeri Sembilan. Lokasi ini kini sering menjadi rakaman foto perkahwinan dan pusat tarikan pelancong.
Tasmania Island menjadi pilihan pelancong ke negara kanggaru ini kerana mempunyai persisiran pantai putih dan tarikan bangunan bersejarah. Hobart ialah ibu negeri dan pusat kewangan serta pentadbiran Tasmania, dan juga bandar kedua tertua di Australia menjanjikan seribu satu pengalaman unik buat pengunjung.
Pelancong dan pengujung yang ke Tasmania Island, ramai yang memilih untuk pusing-pusing daerah ini menggunakan kenderaan yang disewa. Memandu sendiri adalah pilihan terbaik untuk meneroka pulau ini. Selain kos lebih murah, ia juga lebih fleksibel untuk ke mana saja mengikut masa sendiri.
Pelancong luar tidak perlu mempunyai lesen memandu antarabangsa, cukup dengan membawa lesen memandu Malaysia dwi bahasa. Namun, perlu mematuhi segala undang-undang jalan raya yang sedikit ketat dan efesien.
Ikuti perkongsian & pengalaman mereka yang pernah ke destinasi ini:
Perbelanjaan : Adalah per pax (bercampur dalam RM dan AUD). Saya tak masukkan Melbourne sebab rasanya ramai dah kawan2 lain yang share.
Tasmania ni adalah tempat yang sangat unpredictable weather nya, boleh jadi panas gile, sejuk gile, hujan gile, snowy gile jadi packlah baju yang boleh guna untuk ke semua musim.
1) TRANSPORTATION
a) KL – Melbourne (Air Asia): RM1198 (return)
b) Melbourne – Hobart (TIGERAIR) : AUD 43 (include luggage 20kg kongsi berdua)
c) Launceston -Melbourne (JETSTAR) – AUD57 (include luggage 20kg kongsi berdua)
d) Car rental – APEX car rental AUD 281.45- Mid Size Sedan AUTO with GPS, zero excess insurance and road assistance, extra driver, after hours pickup and drop off, (29/8/2018, 6pm-08/09/2018, 6am) . Saya dapat kereta Hyundai Elantra. Saya sangat2 recommend APEX sebab proses pickup dan drop off yang amat mudah, kereta bersih, cun dan tak ada masalah kerosakan dan paling penting harga sewa adalah yang paling murah dalam banyak2 kereta sewa kat Tasmania.
e) Minyak : AUD65
2) Sim Card – AUD30
OPTUS – 10GB data, unlimited calls and texts
Line Ok Cuma masa kat cradle mountain tak ada line tapi bila dah area atas2 gunung tu line dapatla pulak. Ok je duduk diam2 tak main phone, sekali sekala ye dak…. Saya beli simcard di Melbourne Airport
3) Accomodation
a) HOBART – (Narrara Backpackers) Twin Room shared bathroom: AUD 34.50
OK, staff peramah. Macam ramai yang duduk situ untuk long stay.
b) EAGLEHAWK NECK – (Bluegum Hostel) Double room shared bathroom : RM124
Disebabkan tak ada orang lain, kitorang je, jadi the whole house kami yang punya..yeehawww~ malam pasang lagu rock kapak buat mini karok. cantik rumah ni sekeliling kawasan memang cantik, ayam owner bela besaq gila terjakun sat. No laundry facilities.c) LOWER LONGLEY near HOBART – (Simple Farmstay) Private self contained studio with a queen bed + pull out single bed: RM188/2 nights
Rumah cantik cumanya, sejuk gile weyh rumah ni, pakai unggun api style tradisional kena pakai kayu api, so nak hidupkan unggun api je dah makan masa 2 jam..kahhh~
d) BICHENO – (Bicheno Backpackers) Budget twin shared bathroom: RM109.50
Hostel ni best, bersih dan luas.
e) BICHENO – (Seaview HolidaY Park) Basic Triple Room: RM86.80
Ada masalah dengan bilik kitorang, heater tak function berpindah randah jugak tapi oklah asalkan heater ada, sejuk woiii…
f) LAUNCESTON – (Launceston Backpackers) Twin with shared bathroom: RM80.20
OK, kitchen luas, bilik bersih, penghuni pun ramai, meriah~
g) CRADLE MOUNTAIN – (Cradle Mountain Holiday parks) 4 bed dorm (private): RM242/2 nights
Kitchen yang sebelah bilik kitorang tu memanjang ramai orang, ada budak2 mat salleh duduk, tak habis2 memasaknya. Nasib ada kitchen satu lagi, tapi jauh sikitlah dari bilik nak menapak. Bilik Ok, heater function bagus.
h) LAUNCESTON – (SJ Hostel) Twin Room Budget: RM67.42
Hurmmm hostel ni, bed sheet and mattress berbau, harga memang murah tapi itulahnya masalah dia.
4)
a) Tessellated Pavement
b) Tasman Blow-Hole
c) The Tasman Arch
d) Devil’s kitchen
e) Singgah Doo Town
f) Remarkable Caves
COST: Park entry – HOLIDAY type (8 weeks) valid to use for all parks including Cradle Mountain. AUD60/car. Satu kereta max 8 orang sahaja. Kami beli kat Tourist Centre tak jauh dari hostel kami duduk, Narrara Backpackers. Akan ada resit, jadi sepanjang walking, trekking or hiking kat mana-mana National Park, kena bawak sekali in case ranger ada dan nak check tgk korg masuk ada pass ke x, kat kereta pun ade kena tggl macam keratin kertas dan display supaya park ranger Nampak korang masuk park dengan valid pass.
Tempat-tempat ni semua cantik2 belaka, please jangan skip satu pun~ ?
5)
a) The Cape Huay walk
b) Ralph’s Bay (nak tengok Bioluminescent Plankton)
Ini hari yang tak berapa menjadi lah sebab hujan lebat, plan asal nak pegi trekking kat Cape Huay tu tapi jalan masuk sangat berlecak dan kiri kanan pokok2 tajam habis calar2 kereta, nak park kemudian jalan kaki tapi kawasan rumah orang macam tak berani pulak nak park kereta jadi dibatalkan niat, tak tau nak pegi mana lepaq je kat rumah. Bioluminescent Plankton ni pulak ngam2 dua ke tiga hari lps balik Malaysia bersepah-sepah group cakap dapat tengok plankton ni..siap pakej aurora lagikk tauuuu….tapi kita tak ada rezeki lerrr..
6)
a) Salamanca Market
b) Mount Wellington
Boleh bawak kereta samapai ke peak, tak payah hiking tapi nak jalan kaki naik atas pun boleh. Pakai tebal sikit sebab kat peak sangat sejuk, angina menderu-deru.
7)
a) Bruny Island
Cost: AUD33. Ini cost untuk kereta dan passenger yang size keretanya kurang dari 6meter. Mungkin harga dah berubah. Boleh refer link ni: https://www.sealinkbrunyisland.com.au/ferry/prices
Plan asal adalah nak ke Maria Island tapi last minit tukar plan ke Bruny Island. Tak ingat kenapa tukar plan, sebab terbangun lewat kot? Ferry ke Bruny boleh angkut kereta sekali, kalau Maria Island kena sewa basikal atau jalan kaki untuk berjalan2 kat island.
8)
a) Sleepy Bay & Gravelly Bay
b) Cape Tourville Lighthouse
c) Hiking Mount Amos
Satu je nak pesan, kalau hujan atau keadaan boleh buat track mount amos ni licin, better jangan naik, sangat2 slippery batu-batu kat mount amos. Masa saya naik Alhamdulillah, panas terik jadi batu-batu kering, memang ketar2 lutut nak naik dan sampai atas tapi view dia subhanAllah cantik sangat-sangat tak boleh nak describe macam mana dengan kata-kata..chewahhh~
9)
a) Whalers Lookout Scenic reserve
b) Bicheno Blowhole
c) Binalong Bay
10) Cradle Mountain
Tak dapat sampai peak sebab snow tebal dan track tak nampak jelas, bukan terer sangat hiking jadi, kami setakat 1273 meter sahaja dalam 6.18km perjalanan. View sangat cantik Cuma bagi saya, mount amos lagi cantik.
Itulah cerita saya, sepanjang kat sana makan memang masak sendiri, disebabkan ada kereta jadi kitorang bawak makanan sangat banyak dan barang-barang basah beli kat sana. Tasmania ni bagi saya macam little New Zealand. tengok dalam gambar cantik bila tgk depan2 lagikkkk cantik.
Masa pergi Remarkable Cave terjumpa dengan sorang Australian ni, sembang2 dia nampak happy sangat2, sebab dia cakap dia baru lepas divorce dengan husband nya, husband dia ada affair dengan perempuan muda so husband tinggalkan dia dengan anak2. Dia cakap sepanjang kahwin, dia tak pernah ada masa untuk diri sendiri, so lepas cerai anak pun dah besar, dia berjalan-jalan secara solo, setakat jumpa tu dalam Australia je tapi dia bercadang nak ke luar negara juga.
Bila tengok dia, teringat masa mula-mula travel dulu, nampak kereta lalu pun dah happy… sekarang happy juga Cuma otak banyak berfikir untuk mencari diri yang sebenarnya…??dah jumpa ke? Jawapannya, aku masih mencari~ ☺️
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai,...