Penganjuran Karnival Bandaraya Seremban 2020 sempena pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini (13 & 14 Mac 2020), ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Foto: The Star
Langkah itu diambil bagi mengelak penularan COVID-19. Karnival yang dijadualkan berlangsung di Padang MBS, Negeri Sembilan ditangguhkan atas nasihat dan pandangan pelbagai pihak.
Ads
Buat masa sekarang negara berada dalam keadaan berjaga-jaga dan aktiviti keramaian pada masa ini adalah tidak digalakkan disebabkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Ads
Info:
Ads
Cadangan menaiktaraf Majlis Perbandaran Seremban kepada Bandaraya seperti yang diketahui sepatutnya pada Januari 2019 namun ditangguhkan sehingga awal 2020 bagi tujuan pemindahan pejabat ke bangunan baharu serta bagi tujuan penstrukturan semula pentadbiran sedia ada yang akan bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai. Penubuhan Bandaraya ini akan menjadikan keseluruhan daerah Seremban di bawah satu Pihak Berkuasa Tempatan. Penggabungan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada usaha Kerajaan Negeri merancakkan pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV) sehingga tahun 2045.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang bermula Julai ini.
Kerajaan Pulau Pinang akan mengetepikan caj hotel selama enam bulan berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember 2020, selaras dengan kebenaran merentas negeri.
Ia adalah usaha Pulau Pinang untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
Pulau Besar, Melaka, sebelum ini terkenal dengan lokasi sekitar pulau yang mengamalkan perkara-perkara mitos dan mistik. Ada sesetengah datang ke pulau ini semata-mata untuk aktiviti pemujaan dan khurafat yang dilakukan mereka yang terlalu taksub dengan sesuatu kepercayaan.
Namun, hari ini Pulau Besar, Melaka berbeza dengan situasi suatu ketika dahulu. Lokasi ini menjadi tumpuan dan kegemaran orang ramai untuk melakukan aktiviti perkhemahan terutama pada hujung minggu atau cuti umum. Suasana sekitar Pulau Besar ini sangat menarik dan sesuai untuk percutian santai keluarga.
Walau bagaimanapun, kemeriahannya terhenti seketika apabila Kerajaan Melaka menutup sementara Pulau Besar daripada sebarang aktiviti dan kunjungan orang awam bermula 28 Oktober 2020 lalu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak, bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Arahan itu selari dengan keputusan mesyuarat majlis keselamatan negeri baru-baru ini yang melarang sama sekali sebarang perjumpaan berskala besar melebihi 50 orang dalam satu-satu masa. Buat masa ini semua aktiviti berskala besar di Melaka akan ditangguhkan dan begitu juga dengan aktiviti di pulau-pulau lain yang seperti Pulau Upeh.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...